Nov 17, 2011

Kalau sebut pelajar Sains ..... "Wahhh...hebatnyerrrrrrrrrrrrr"

Salam sume. Hye..hye..hye


Jamuan perpisahan dengan pensyarah dan staf Jabatan Sains.
Sedih. Itu apa aku rasa. 
Korang aku tak tahu la...









5 tahun setengah diorang didik aku di IPG nie.
Betulkan mana yang salah,
marahkan mana yang silap,
dan tegurkan apa yang kurang.


Pensyarah jabatan Sains di IPG aku memang hebat.
Pada aku kerja diorang top.
Sebab tu student diorang pun macam tu.
Hehehe.


Eii...bukan aku reka cerita tau..ini kenyataan.
Sebab tu aku dengan budak-budak Sains lain selalu buat kerja lebih dan teruk
berbanding bebudak course lain
Kerja kitaorang bukan boleh main redah aja.
Kena buat betul-betul.
Kena ikut spesifikasi yang pensyarah Sains tetapkan.
Kalau masuk awal semester je,
awal-awal lagi sudah ada taklimat dengan kerja kursus yang lengkap.
Kalau buat seminar,
kena anjurkan macam seminar antarabangsa.
Walaupun ada yang cakap pensyarah-pensyarah Sains jabatan aku 
cerewet, banyak songeh,
tapi itulah yang mahalnya dapat jadi anak didik diorang.


Kalau sebut pelajar Sains ..... "Wahhh...hebatnyerrrrrrrrrrrrr"


Itu apa aku rasa.


Buat Pn. Zainab, tutor tersayang,
cikgu baik sangat walaupun cikgu dapat kelas saya yang banyak karenah. 
Maaf kalau saya dengan kawan-kawan ada buat salah silap pada cikgu.Tapi memang banyak pon.
Maaf juga sebab tak pernah sambut besday cikgu selama 5 tahun lebih berada di sini.
Maaf sebab tak pandai tunjuk kasih sayang macam kelas satu lagi buat dekat tutor diorang.
Maaf atas semuanya, cikgu.


Pn. Norizan,
walau pun dulu sume orang takut, menyampah, meluat dengan cikgu,
saya takde rasa macam tu pon.
Saya paling suka cara cikgu handle kelas saya dulu.
Saya suka cikgu appreciate kerja saya.
Saya suka bila cikgu percaya saya boleh buat kerja.
Pendek kata saya kagum dengan cikgu.
Terima kasih.


Cik Juriah,
dulu boys kelas saya suka buli cikgu sebab cikgu pensyarah baru lagi.
Masa tu cikgu tak garang langsung.
Bila nak semester seterusnya, cikgu jadi garang.
Diorang pun dah tak berani nak main-mainkan cikgu lagi. Takut kena sembur.
Cikgu memang best dan sempoi.
Cikgu suka tegur saya dengan kawan-kawan. Saya suka sangat.
Saya takkan lupa wajah cikgu bila cikgu marah orang yang masuk lambat dalam kelas...
wah..kecil-kecil sepedas cili api!



Dr. Yeoh,
saya pandai fizik sebab Dr. Yeoh bagi motivasi pada saya.
Dr. tahu saya suka kraftangan, 
sebab tu Dr. suruh saya join kelas kraftangan yang dia buat dengan junior.
Sayang sebab saya sibuk dengan tesis masa tu.
Dr.Yeoh tepuk bahu saya lepas perasmian seminar diadakan.
 Saya bersyukur.


Dr. Parvinder,
semua cakap Dr. jenis psyco orang.
Saya tak lupa soalan Dr. dulu...
"Burung kentut ke tak??"
Hahaaa...saya rasa semua tak lupa tentang soalan itu.
Masa wat tesis, Dr. paling best.
Masa anjur seminar, Dr. paling banyak marah, tegur, nasihat dan ingatkan saya.
Sebar Dr.pilih saya jadi pengerusi seminar,
itulah pengalaman berharga saya dapat di IPG ini.
Terima kasih Dr.P.


Cikgu Azilina.
Cikgu paling cantik di Jabatan Sains.
Dulu saya tak kenal sangat cikgu macam mana.
Bila cikgu selia saya untuk praktikum 2 dan 3,
wahh..cikgu sangat sempoi orangnya.
Cikgu tak kedekut nak bagi idea kat saya suruh buat aktiviti best masa praktikum dulu.
Sebab ada cikgu, saya tak takut nak hadapi praktikum.
Terima kasih.


Pn. Hariton,
saya rasa cikgu paling cool antara semua pensyarah di jabatan Sains.
Cikgulah yang boleh masuk dengan boys kelas saya.
Sebab ada cikgu dengan cik Zuraini,
budak-budak Sains dapat merasa kajian lapangan di Kuala Lumpur, Pahang, dan Perak.
Saya akan ingat pesanan cikgu:
"Duit gaji, bagi mak merasa dulu. Jangan kawin awal sangat......"
Saya sayang cikgu.


Cikgu Mior,
saya takkan lupa kata-kata cikgu.
"Pengerusi macam terputus urat senyum"..
Hahaa...
Saya tak sangka cikgu nangis tadi.
Wah...cikgu sayang kitaorang rupanya!


Pn. Haliza,
terima kasih sebab jadi pensyarah paling peramah dan 
tak pernah lupa untuk tegur saya dengan rakan-rakan.
Saya harap semua pensyarah akan ramah-tamah macam cikgu jugak! 


Madam Tan,
saya tak sempat jumpa madam masa hari terakhir madam di sini.
Walaupun madam takde di sini,
saya tetap hargai jasa dan nasihat madam masa bantu saya buat tesis hari tu.
Saya memang tak dapat nak balas budi madam yang sangat banyak tu.
Berjuta-juta terima kasih.

Buat Cik Zuraini, Madam Yew, Cikgu Faridah, Cikgu Zawiyah, Cikgu Abdul Rahman, Cikgu Anuar,
dan staf-staf jabatan Sains, Kak Roshan (sekarang dah pindah ke jabatan lain..x best nyer)
kakak-kakak dan abang-abang yang pernah tolong sediakan peralatan eksperimen dan pinjaman alatan Sains
untuk saya dan kawan-kawan.
Terima kasih semuanya.


Moga jabatan Sains IPGKPP terus cemerlang!
Yeyeeeeeeeeee!


2 comments:

Antara said...

ok. sedih. taknak komen banyak. sedih.

ap2 pon. tahniah ye. selamat sudah pengajian. =)

mia Olive said...

>antara: mmg sedih bila dh tamat pengajiankan...zaman paling best kot =(