'Pagi masih indah biarpun petang tetap berhujan walaupun sekejap saja.
Malam penuh kedinginan hingga pagi berembun sejuk.'
"Jangan tengok kelemahan orang lain, Kak Teh."
Itu tegurannya pada aku tidak lama dulu.
Kadang-kadang aku rasa kata-katanya lagi matang daripada aku yang berusia 24 tahun ini.
Kita memang suka melihat kelemahan orang lain.
Aku juga macam tu.
Mereka juga begitu.
Pendek kata sebagai manusia, kita memang macam tu.
Mata kita, hati kita, perbuatan kita
hanya tahu menilai kelemahan orang lain.
Kita saja yang hebat sampai kita tidak nampak kelemahan diri kita sendiri.
Itu bahaya.
Bahaya bila mata kita tidak nampak kelemahan dan kekurangan diri.
Bahaya bila kita perasan kita saja yang hebat.
Melihat kelemahan orang lain pada aku sama sahaja seperti memandang rendah orang lain.
Sebagai manusia,
kita tidak layak memandang rendah orang lain.
Sebab itu bukan hak kita.
Sepatutnya,
bila tengok kelemahan orang lain, kita jadi insaf.
Bila tengok kekurangan orang lain, kita berusaha mentalbiah diri sendiri,
melihat apa yang kurang dalam diri kita dan berusaha memperbaiki kekurangan tersebut.
Itu lagi baik, bukan?
Berbanding kita hanya tahu bercakap dan mengadu domba tentang kekurangan orang lain.
Itu tidak baik.
Terima kasih sis.
Kata-kata kau insyaallah aku pegang sampai bila-bila.
Pss: 'Maaf jika aku pernah melakukan kesilapan ini pada kamu.'
1 comment:
betul kata adik ekau tu
sebab kalau kita tgok kelemahan orang kita tak sedar kita pun ada kelemahan
:-)
Post a Comment