Mar 29, 2011

List Masa Lalu

satu-satu-tiga

'Hujan masih renyai di luar setelah lebat menyembah bumi,
Kesejukan mula mencekam dada apabila pagi menjelma.'

Ayat bermadah.
WahWah.
Mia suka.
Tapi tak pandai sangat.
Mia bukan orang sastera.
Mia orang Sains.
HaaHaa.
Ya ke?
Mengiktiraf diri sendiri tak salahkan?



Bila hujan, Mia mudah terimbau kenangan lalu.
Mia teringat list yang Mia pernah buat masa Mia duduk di matrik dulu.
Dalam list tu, terdapat beberapa perkara yang Mia nak capai pada masa hadapan.
Maksudnya sekarang.
Jom baca apa yang Mia dah capai dan belum tercapai..mungkin!

1. 
Mia nak lanjutkan pelajaran ke menara gading.



Nampaknya hasrat itu telah tercapai. 
Bukan sahaja Mia pernah merasa belajar di universiti, 
malah sejak tahun 2007 lagi, 
Mia sudah bertapa di institut perguruan atau bahasa mudahnya 'si maktab' ini 
untuk 5 tahun setengah.
Niat nie dah tercapai.
Alhamdulillah.

2. 
Mia nak ada laptop sendiri sebab senang nak menaip cerita sendiri.

Masa sekolah menengah lagi, Mia mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan
walaupun takdelah serious sangat pun. Hanya suka-suka saja dan untuk mencabar diri sendiri.
Cheewah..
Dulu Mia suka privatekan apa yang Mia tulis sampaikan senyap-senyap Mia hantar karya Mia
dekat majalah sekolah sehingga selamat dipublishkan..(hahaaa)
Sejak itu, Mia sering berdoa agar boleh ada komputer sendiri.
Alhamdulillah. Allah perkenankan doa Mia.
Hahaa..bukan saja 1, malah Mia sudah ada dua laptop.
Cuma sayang, yang lama tu dah tak hidup lagi..
Sekarang nie lappy Mia jenamanya CompaQ. Sesuailah dengan status Mia sebagai studentkan.
Tak payah nak beli mahal-mahal sangat. Yang penting sekali, lappy ini adalah pilihan abah Mia dan Mia suka dengan lappy nie.

3.
Mia mesti dapatkan lesen kereta supaya senang nak bawa
 mak dengan abah pergi jejalan.


Okay..lesen motor dan kereta dah ada.
Klo pasal lesen moto, Mia dah ambil masa form 4 lagi. 
Start form 5 dah ada motor sendiri untuk ulang alik ke sekolah. 
Cuma Mia pelik sikit sebab klo kat Penang nie, Mia tak pernah bawa motorsikal pun. 
Hmm..iyalah..
kat sinikan banyak sangat pemandu yang bawa motor gelojoh dan teruk. 
Penang juga sibuk..Mia tak suka...
Pasal lesen kereta pula, Mia ambil lepas habis matrik. 
Masa foundation kat maktab nie, baru sah dapat lesen P.
Namun, hasrat nak bawa ma dan abah masih tak tercapai.
Itulah, dapat lesen simpan dan buat pekasam saja dalam purse. 
Tak reti-reti nak cuba bawa kereta.
Pastu rasa jeles bila tengok orang bawa kereta..dan bertanya pada diri,
 '..bilalah diri ini nak memberanikan diri bawa kereta yeee...'

4. 
Bina family sendiri dan hidup bahagia selamanya.


WahWah..
bab ini sikit sensitif yaa.
Hasrat tu memang dah lama ada cuma masanya belum tiba.
Sapa taknak ada family sendirikan?
Mia sebagai seorang gadis yang semakin berganjak ke usia wanita dewasa,
Mia juga terfikir tentang perkara ini.
Bagi Mia,ia bukanlah suatu perkara yang boleh 
dipandang enteh.remeh-temeh.sesuka hati.seikut rasa.
Perkara ini serius dan perlu difikir semasak-masaknya.
Klo ada jodoh adalah...
Tak payah nak pening-peningkan kepala k!


Cukup dahulu empat list masa lalu yang Mia nak kongsikan.
Terima kasih kerana membaca dan terbaca.
Adios..!

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Mar 27, 2011

Malam Sanjungan Budi



'YB'?
Yang Berhormat?
Yang Botak?
Yang Buncit?
Manakah satu gelaran yang sesuai?
Manakah satu yang menjadi pilihan?


Semalam,
 Mia dan rakan-rakan cikgu pelatih telah join
cikgu-cikgu SKTK ke Eastin Hotel sempena 
Malam Sanjungan Budi 'YB' Salim Bin Saat.
Bila nampak perkataan 'YB' kat situ, Mia terfikir
bekas GB nie dah naik pangkat ke?
Mia tertanya-tanya.
Ooo..
rupanya 'YB' yang dimaksudkan itu adalah Yang Bersara.


Apa yang Mia nak kongsikan di sini 
adalah beberapa perkara yang Mia rasa bermakna pada diri Mia
 semasa event tersebut berlangsung.


Pertamanya, event nie buat kat hotel.
Wah!
 Bukan calang-calang cikgu-cikgu nak rajinkan diri
 keluarkan budget buat kat hotel.
Nie first time Mia dengan rasa bertuahnya 
dapat ikut serta dalam event nie.
Best..
sebab
Mia dapat m.a.k.an.
Heheheeee..(gelak nakal).




Yang kedua, 
Mia suka tengok cikgu-cikgu kat sini.
Semua nampak bekerjasama dan sayangkan bekas GB nie.
Bila buat slide tayangan, ada guru yang menangis.
Itu tandanya bekas GB dah berjasa kepada sekolah dan guru-guru.
Itu penting!




Mia suka dengan kata-kata PK1 Puan Mariamah.




"Kalau pesara tentera tidak dipanggil tentera,
Kalau pesara peguam tidak dipanggil peguam,
kalau pesara pensyarah tidak dipanggil pensyarah,
tetapi kalau pesara guru, masih tetap dipanggil guru.."


Wahh...terasa diri ini istimewa sebab menjadi sebahagian daripada profesion ini.
Bangganya..




Yang ketiga,
kalau nak jadi guru berkaliber, kita kena pandai banyak bidang.
Kena boleh bersajak, bermadah, jadi pengacara, menyanyi,
boleh buat slideshow yang best-best..jadi photographer..
haa..itu baru cikgu berkaliber.
Semua benda boleh buat.
Mia nak jugak masuk golongan tersebut..insyaallah.
Amin.



Yang keempat,
makan jangan bazir.
Okay..klo buat kat hotel, 
juz keluarkan budget dan layan semua makanan yang ada kat situ.
Memang banyak sampai tak terkira.
Jari pun tak cukup nak kira.



So, nasihat Mia klo rasa diri kita tak larat nak makan semua, 
amek sikit-sikit saja.
Ambil la semua jenis benda pon, 
janji kuantitinya jangan banyak sangat.
Lepas tu makan perlahan-lahan.
Jangan gelojoh dan akhirnya tersandar kekenyangan
Okay!

Lastly, enjoy yourself.
Itu penting.
Tak  payah nak berprotokol sangat sampai makan tak bunyi sudu garpu langsung,
sampai mulut takde berminyak langsung.
Klo control makan ..
tersangat la rugi..
heeeheee.
Orang ajak makan, so enjoy la time makan k!


Pss:
Teringat kata-kata sorang anak murid nie:
"Klo orang kat negara lain mati sebab takde makanan,
klo orang Malaysia pula mati sebab terlebih makanan."
Yeah..good boy!



T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A



Mar 26, 2011

M.i.s.s


Saya rindu mereka.
Saya rindu kampung halaman.
Saya rindu negeri Kedah.
Ya..bila hujan, 
makin kuat perasaan rindu nak kampung.
Bila hujan,
saya teringat hujan di kedah.
Bila hujan,
saya macam boleh bau tanah negeri jelapang padi ini.
Bila hujan,
saya boleh nampak pokok-pokok hijau yang tersenyum girang.
Gambar ini buat saya rasa semua tu.


Saya sayang negeri Kedah.
Kalau posting pun, saya tetap harap dapat Kedah
walaupun orang yang dengar boleh senyum sinis saja.
Saya sayang negeri saya.
Saya sayang Kedah.
Kedah tak memeningkan kepada macam Penang.
Saya nak balik Kedah.
Saya harap saya ada peluang berkhidmat di kedah.
Saya rindu negeri Kedah Darul Aman.




T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Hari Persaraan Guru Besar SKTK


Meskipun sekejap sahaja Mia dapat kenal guru besar,
namun pada mata Mia,
beliau adalah seoraang GB yang sangat baik pada guru-guru
dan 
sangat pentingkan keindahan dan kecerian persekitaan sekolah.
Tidak pelik melihat 
guru-guru dan murid-murid menangis semalam kerana 
beliau sudah banyak berbakti kepada sekolah ini.
Selamat bersara cikgu.

Foto aktiviti semasa
Hari Persaraan Guru Besar SKTK
pada 25 Mac 2011.















Lilin Seorang Guru
Pernah langkah ku payah

Menuju ke destinasi

Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku 
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini



T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A


Hari HOT saya

Minggu nie adalah hari H.O.T Mia.
Kali pertama dalam hidup Mia sebagai guru pelatih marah dan denda murid.
Kali pertama juga Mia berhadapan dengan murid paling degiiilllllllllllllll..sangat degil.
Al-kisahnya macam nie..
Mia ajar diorang Sains dan B.Inggeris.
Masa waktu Sains, sume takde masalah.
Bila waktu BI, sume wat masalah.
Memang H.O.T betul
Mia bagi petikan BI untuk diorang baca dulu.
Sorang budak cakap, tak faham.
Okay.
Mia tanya words mana tak faham. 
Diorang jawab: sumeee.....!
Okay.
Listen to me. Siap buat body language macam bercakap dengan orang bisu.
Diorang accept. Ada yang dah faham sikit.
"Cikgu, boleh cakap Bahasa Melayu tak? Tak faham!"
 Sorang budak lain beritahu.
Baik. 
Daripada diorang tak belajar apa-apa,
 at least Mia bagi input juga kat diorang.
Mia baca petikan tu satu-persatu dan translate perkataan yang diorang tak faham.
Mia suruh diorang tulis perkataan tak faham dalam bahasa Melayu.
Ada sorang boy nie, duduk kat tempatnya pun tergedik-gedik, macam tak senang duduk.
Mia perasan dia tak ambil pusing langsung apa kawan-kawannya buat.
Teks petikan yang Mia bagi dibuatnya topi atas kepala.
Pastu, tersengih-sengih bila Mia tegurnya.
Bila Mia tanya, siapa yang tak faham, dialah yang angkat tangan awal sekali.
Pastu bila tanya apa yang tak faham, dia cakap semua.
Siap suruh ulang daripada awal Mia translate perkataan sampai habis.
'Mak..oiii..geramnya hati aku.'   Mia cakap dalam hati. Rasa darah nie naik tiba-tiba.
Padahal budak-budak lain semua dah boleh faham apa yang Mia sampaikan.
Mia suruh boy nie berdiri.
Mula-mula Mia tegur dia. 
Bila tegur, budak nie masih tersengih-sengih dan siap kacau kawan kat sebelah dia.
Mia panggil boy nie kat depan.
Mia suruh dia berdiri kat depan.
Dia degil. Dia tak bergerak langsung. Cakap-cakap Mia dia tak ambil pusing langsung.
Masih tersengih-sengih kat tempat duduk dia.
Mia dah nak darah.
Macam nak makan je budak nie!
Degil betul.
Mia suruh lagi sampai Mia perasan murid-murid lain juga minta boy nie pergi ke depan.
Rasanya diorang pun tahu Mia tengah marah.
Last sekali, datang juga dia kat depan.
Mia stop pengajaran Mia hari nie. Mood dah takde nak mengajar.
Mia tanya murid murid lain apa yang Mia rasa waktu tu.
Diaorang cakap cikgu tengah marah.
Mia tanya kenapa cikgu marah.
Diorang cakap sebab diorang buat perangai sampai Mia marah.
Mia tanya lagi, sekarang kamu nak salahkan siapa sebab kamu tak boleh belajar hari nie?
Diorang tunjuk jari pada si boy nie.
Bukan sorang tapi hampir keseluruhan murid dalam kelas tu.
Si boy yang kat depan nie tersengih-sengih lagi.
Nak kena betul dia nie.
Klo ada lesen, sah Mia dah rotan dia nie.
Mia suruh boy nie minta maaf kepada rakan-rakannya di hadapan kelas.
Dia degil lagi. Dia tersengih-sengih lagi. Dia tak tahu nak duduk kat depan tu diam-diam.
Dia tak cakap langsung.
Mia nak berang dengan boy nie dan cakap kalau dia tak cakap 'saya minta maaf kawan-kawan', 
Mia akan tahan satu kelas daripada balik awal.
Pastu Mia duduk dan buat kerja Mia.
Time tu satu kelas diam. Senyap.
Tenang sangat rasa.
2-3 orang budak pujuk si boy supaya cakap 'Saya minta maaf kawan-kawan'.
Masih tak mahu cakap.
Loceng pun dah berbunyi. Satu kelas dah tak senang duduk bila tengok murid-murid lain dah balik.
Mia pun bangun dan suruh murid-murid lain siap-siap nak balik kecuali si boy nie.
Mia dengar sorang murid nie cakap pada si boy nie. Lebih kurang macam nie bunyinya:
"Nanti hang nak balik dengan sapa? Nak hujan nie. Kena balik jalan nanti."
Semua budak dah beratur elok-elok kecuali si boy nie. 
Masih berdiri kat depan tengok kawab-kawan nak balik.
Mia bagi last chance padanya untuk minta maaf. Kawan-kawan juga suruh minta maaf.
Mia pun taknak jadi kejam sangat sampai dia kena balik jalan nanti.

Si boy nie takde pilihan.
Terucap jugalah kata-kata 
'Saya minta maaf kawan-kawan' 
daripada mulut emasnya tu.
Mia tanya kawan-kawan sama ada diorang teri atau tidak kata-kata maaf tu.
Bila semua cakap terima, baru Mia lepaskan si boy yang degil tadi.
Dalam hati Mia cakap,
betapa sukarnya apabila berhadapan dengan murid macam nie..
Betapa H.O.T dan panasnya diri Mia hari tu...



T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Mar 20, 2011

Selamat Pengantin Baru

Tahniah.
Teman sekolah Mia telah melangsungkan 
perkahwinannya baru-baru ini.
Selamat Pengantin Baru.
Moga kekal ke akhir hayat.


Pss:
"Turn Tuan Tanah nie bila pula?"
"Question mark..??"

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Mar 19, 2011

Sudah pergi


Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir..
dunia yang fana akan ditinggalkan..
hanya amalan yang akan dibawa..


Suratan.
Ketetapan.
Atok Mia dah pergi.
Ma sebak lepas dapat call dari mak ngah.
Namun, ma tabah.
Mak tak nangis depan anak-anak, depan Mia.
Ma terima dengan hati yang tenang.
Ma, 
apa pun Mia harap ma kuat.
Mia harap ma tabah.
Mia nak mak sabar.
Ini dugaan.
Allah dah beri jalan terbaik.
Allah sayangkan tok.
Moga arwah tok bersama orang-orang yang beriman.
Amin.


T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Dia Berkuasa

Tiada yang lebih berkuasa..hanya Dia..
Ya..Dia Maha Kuasa..
Siapalah kita..? Hanya hamba-Nya yang tiada apa-apa.
...


Alhamdulillah.
Ma dah balik rumah.
Seminggu juga ma jaga tok di hospital.
Cuma tok je yang tak berapa sihat.
Ma bagitau Mia apa yang doktor bagitau ma.
Kata ma,
"..buah pinggang tok rosak teruk.
Stok pula makin merebak.
Merebak sampai ke otak.
Bila minum susu, tok dah muntah-muntah. 
Oksigen pun makin kurang.
Kata doktor, kalau nak buat dialisis boleh.
Tetapi dengan keadaan tok yang terlantar, tidak boleh bergerak..rasanya kesian kat tok.
Kalau jantung tok berhenti pun, doktor pun tak akan pam jantung tok lagi.."
Yaa..tok dah uzur..
Kata ma, kesian tok kalau badannya dicucuk-cucuk jarum.
Even amek darah pun, ma kata tok meraung-raung.
Kalau bercakap dengan tok pun, 
hanya matanya saja yang bergerak.
Bila ma sembahyang, ma kata hati ma tak tenang.
Ma risau akan keadaan tok sekarang.
Masa Mia tengok tok aritu pun,
ma cakap sebelah badan tok tak boleh sentuh.
Tok akan tersentap dan meraung.
Masyallah.
Nampaknya dugaan kali ini hebat buat family kami.
Terutamanya buat ma.
Kata ma, 
"..kita kena terima apa yang akan terjadi.."
Sebagai seorang anak, ma dah berusaha menjaga tok.
Namun, segalanya  terserah kepada Allah.


Dia Maha Berkuasa.
Mia sebagai anak ma berdoa agar ma tabah menghadapi segalanya.
Dia lebih mengetahui segalanya kerana,
"Dia Berkuasa."
"Makhluk tak berkuasa."

Pss:
"Teringat masa tok kuat dulu. Tok suka ambil lidi penyapu dan cucuk satu-persatu daun mempelam yang gugur di halaman sampai bersih.."

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A