Oct 30, 2009

10 PERKARA BURUK DALAM FB

Dua tiga hari nie, slalu jugak aku explore facebook (fb)orang..tengok apa benda terbaru..hmm..Daripada fb tu, aku dah list beberapa benda yang aku tak suka:

1. Sekumpulan wanita yang cantik tapi cara percakapan (aku observe cara
diorang taip...)..hmm...tak secantik orangnya pun..
2. Tak suka cermin keburukan diri tapi suka cermin orang lain kelemahan
orang lain.
3. Tak reti bersyukur..
4. Banyak buat bisness ketupat..
5. Ada pulak nasi tambah..tambah cili pedas-pedas!
6. Ada ke kawan pun sokong benda negatif yang kawannya buat..(pikirla sikit)
7. Kaki bodek..ish..ish..
8. Orang bagi nasihat berguna dianggap penyibuk..(manusia kena saling ingat-
mengingati untuk dirinya dan untuk KAMU jugak!)
9. Berlakon kononya dialah mangsa keadaan padahal dialah yang
memporakperandakan keadaan...
10.Cakap tak serupa bikin..pusing sana..pusing sini..
11.Ada orang perasan bagus..(padahal banyak lagi orng terHEBAT)

Apa yang aku list ini berdasarkan pendapat aku sendiri. Tiada kaitan dengan sapa-sapa.

Oct 29, 2009

SORRY

Kepada kawan-kawan..weih sorry kalau korang rasa aku makin serius dan banyak diamkan diri sekarang especially dalam kelas. Aku pun dapat rasa perubahan diri aku nie. Korang jangan salah anggap pulak..mungkin aku dalam proses nak berubah attitude sikit, nak sesuaikan dengan keadaan yang aku pilih.Aku harap korang faham..apapun aku sayang korang dan aku harap friendship kita tetap utuh dan diberkati Allah selalu.

I WANT

I want to be independent person
I want to change my activities
I want to meet other people
I want to control myself
I want to be a new person
I want new experience
I want to do everything by my own
I want people understand me

Oct 26, 2009

T.E.S.T E.C.O.S.Y.S.T.E.M & B.I.O.D.I.V.E.R.S.I.T.Y



Aku baru saja selesai buat open text book bagi subjek eco dan bio.
Hmm..mmg la boleh buka buku, tapi rasanya take time..
hmm..lagi lambat nak cari jawapan..
At least kalau dah master suatu topic, so no hal lah nak jawab soalan test tu.

Hmm...tapi aku berbangga la dengan diri aku..
Tak sia-sia aku baca beberapa topik tuk buat latihan semalam
At least ada yang dah conform betul dah..
Yang tak reti tu memang aku biar kosong dulu
Pas ni baca balik..fokus balik..
Lengkapkan note yang tak complete lagi


Exam pun tak lama lagi
Kena serius sket..
Kurang main-main..
Serius sikit
Hmm..

Oct 25, 2009

K.O.T IPPPP 2009


 t-Qa, Zulie, Shimah (AJK Teknikal) & KakPah (AJK Minuman)

Berdasarkan aura komitmen dan kerajinan yang ada pada diri kami...(chewahhhh...!)
kami semua dengan jayanya telah dipilih menjadi  
AJK Teknikal Kejohanan Olahraga Mini Tahunan IPPPP  bagi tahun ini.
Walapun tugas di bahagian teknikal ini agak berat seperti
mengangkut peralatan untuk setiap sukan yang dijalankan,
namun kami sebagai wanita telah berjaya menjalankan tugas dengan jayanya..
(ish..malulah aku kalau jadi orang lelaki..malas betul nak amek kerja bahagian ini!)
Walaupun berpanas rentung di bawah
terik mentari yang membahang..(amboi..puitis betul bahasa)..
aku dengan geng teknikal lain telah buat kerja dengan bersungguh-sungguh.
Banyak benda baru jugak yang kami belajar 
walaupun ada jugak kena marah masa K.O.T tu..
tapikan walaupun kena marah, letih, muka burn dan sebagainya..
Aku rasa sangan gembira..seronok sangat dapat kerja fully untuk acara  balapan semalam.
Moga-moga dapat peluang untuk terlibat lagi pada masa akan datang!
Yeah!
Majulah Sukan Untuk Negara! 


Oct 19, 2009

A.K.U M.A.L.A.S



Aku malas..wahhhh!
Benci betul kalau cuti ciput cam nie!..
dah la besok exam SDP..hari nie dah nak balik maktab..benci lah..
Hmmm...
nak wat camne..
Sekarang barulah aku faham kenapa orang cakap belajar tu jihad
Ye la banyak benda kena korban
Sumenya jihad
Wah..sedar la wahai cik T-Qa...
Kena rajin sikit
Fokus
Sekarang dah nak sampai musim kronik
Fokus..fokus..fokus


Oct 18, 2009

PRESENTATION SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)

Pembentangan SDP group aku dah selesai..
walaupun malu jugak kena behave macam kanak-kanak..
hahaha..aku bangga la dengan group aku..
Sume very comited..cute..hardworking
Well..kita dah capai objektif..
So..nie gambar korang aku letak dalam blog kesayangan aku nie..
hehehe


Topeng-topeng ciptaan group aku!

 
Cuba teka siapa kami?

 
Ini lah kami..shimah, Yana, Shida, T-qa

 
Kami disebalik tabir..chewah!



JAMUAN RAYA PISMP SAINS SEMESTER 4



Pada minggu yang lalu, kombinasi pelajar 4 SNED 1 & 4 SNED 2 telah membuahkan hasil apabila berjaya mengadakan sambutan Hari Raya bagi tahun ini. Ini bukannya program kali pertama yang menggabungkan kedua-dua kelas, tetapi secara peribadi ia merupakan satu progam yang berjaya selepas program BIG bagi semester ini.
Kalau sebut saja pasal hari raya, memang tak sah kalau tak sebut pasal makanan, baju raya, biskut raya, make-up..waaa…sumelah…
Kalau makanan, muahhhh..sedap beb!
Kita orang makan nasi tomato, sate ayam dengan daging, soto ayam…wah!..Memang kenyang r malam tu!
Tak lupa juga jasa kengkawan yang rajin tolong menyediakan makanan malam tu..macam En. Syukri yang support sate kita orang, soto ayam hasil kerja tangan Fariezza dan Ida, kuih raya yang diberi oleh Abdillah..serunding oleh En. Hafiz..hmmm….apa lagi yek?!! Haa..lupa lak..agar-agar milo yang sedap!
Meskipun certain orang je yang involve dengan makanan, jangan lupa jugak pada AJK aktiviti pada malam tu..penat diorang pikir nak buat aktiviti apa..kena sediakan hadiah lagi..balut lagi..
Apa pun aku tabik spring pada orang-orang yang aku rasa paling komited..paling rajin dan paling ikhlas buat kerja..
Aku tak de hadiah nak kasi tapi jangan risau, jasa korang Allah tentu bagi ganjaran…
Apapun aku pun terasa jugak menyumbang jasa walaupun sikit je..
haha..tu ketupat aku jangan lupa jadi hiasan kat sana..(gurau je!)
Bawah nie beberapa gambar mase jamuan tu..


With my friends


Puan Halizah ..Tutor 4 SNED1











My Lovely Tutor!

Oct 17, 2009

ANYAMAN KETUPAT

Buat pengetahuan sume, sekarang aku sudah pandai buat anyaman ketupat..
hmmm..apa namanya nie..
a'ah..ketupat bawang dan ketupat sate.
Ish..mujur ada benda jugak aku belajar masa pergi camping aritu..
dan terima kasih yang tak terhingga
kepada cikgu ketupat aku,
Cik Herdiyana..si lady yang cute lagi anggun..
Lepas dia ajar aku, tup..tup termaster dah sekarang..hehe..
Tak sia-sia aku belajar atas katil sambil mata pun dah kuyu
tunggu sarung ketupat selatan nie siap
Belagak pulak aku nie..sorry yek!
Nie lah hasilnya..
Berkat usaha yang tak pernah nak putus asa..
Cantik x?!!

Pasni conform r tak risau kalau jadi menantu orang selatan..
hahaha..

Oct 14, 2009

CAMPING PULAKOR IPSAH

7 - 10 Oktober 2009, aku and the geng Puteri Islam pergi camping kat Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKOR) IPSAH...

1st day kat sana... 
Pasang khemah & Bina Gajet


Ni gambar lepas bina khemah group kitaorang.."Aisya Humaira"


Bina gajet


2nd day

Gambar suka-suka 
Dari kiri: Sya, aku, Kak Pah, Shimah, Yani,Yana, Oya (depan)


 

Aktiviti masakan rimba..sangat best!!


 


Hidangan spesial..sedap sangat! 

Ikan Bakar Aisya Humaira


Roti Mentega Lilit Aisya Humaira


Malam One Malaysia..
cayalah Puteri Islam..syok r chorus speaking kita!


3rd day
Tatacara perjumpaan PPIM
kawat beb..!


Lepas tu..gila bergambar r kita orang...

 
 
 

Aktiviti Kembara
Boleh pulak masuk hutan..


Kraftangan
Buat ketupat nie..bukan senang..mujur aku dah jadi junior ketupat nie ..haha


Last day..
Bye-bye PULAPOR..

The End

Oct 13, 2009

S.A.K.I.T I.T.U 1 C.U.B.A.A.N

Sakit tu 1 cubaan daripada Allah kepada kita. Kiranya cubaan Allah kepada akulah masa nie. Sakit..sakit dan sakit...

Kalau aku sakit..wahhhh...memang teruk la..selesema+batuk+sakit perut+penat sume cukup. Dah lama jugak aku sakit nie..Sem nie dah masuk dua kali aku sakit sampai aku dh escape kelas 7 jam. Pelik jugak aku..dh lama sakit, tak surut-surut penyakit aku nie. Jeles jgak aku bila adik-adik aku sume dh takde penyakit nie.

Masa kecik aku dah ada penyakit asma nie. Bukan aku je malah abah, Udin dengan Mila pun ada. Tapi aku nie pun spesis teruk jgak la.Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah, aku memang tak tahu aku ada penyakit ini. Yang aku ingat masa tengah hari tu sorang cikgu panggil abah aku sebab aku batuk dan penat teruk. Aku masa tu tahu menangis je.

Pastu masa sekolah menengah pulak, masa tu aku sekolah petang. Datang jugak penyakit a,ku. Dahla time tu galas beg dengan pegang buku berat-berat naik bas pulak tu. Dalam bas tu dah la dengan suasana bising..sesak pulak tu...memang rasa nak mati dah..so..sampai je rumah, aku rebahkan diri atas tilam...

Penah jugak masa tu dalam pukul 3-4 pagi, abah dengan mak terpaksa bawak aku pergi ke hospital sebab aku sesak nafas.Lepas pakai pam oksigen, baru elok sikit. Besoknya aku dah ok sikit...

Hmmm...kalau datang penyakit nie, macam-macam yang aku fikir. Rasa macam nak mati pun ada. Kadang-kadang penyakit nie la yang buat aku insaf sikit..baru terfikir banyak mana amalan aku kat dunia nie yang boleh dibawa ke akhirat..

Romate aku kata bila kita kena sesuatu penyakit, tu tandanyanya nak buang dosa-dosa kita. Betulla tu..Bila sakit takde la kita nak cakap pelik-pelik..masa tu la kita baru nak sedar diri..tahu nak bersyukur..

Sesungguhnya penyakit itu satu cubaan Allah kepada kita..

Oct 6, 2009

KEEP SMILING


Hahahahaaaa....wah terasa sangat lebar senyuman aku kala ini..
Nak tahu kenape??..
Hmm...hari nie hidup aku tenang sangat...damai...nyaman...
Sebabnya hari nie takde orang menganggu aku..hahaha
Wah...nampaknya berkesan jugak apa yang berlaku semalam..
Itu la yang dikatakan ada hikmah disebalik kejadian..
Kesedihan semalam sudah membawa kepada kegembiraan pada hari ini
Besok aku ada camping kat IPSAH pulak
Tapi masih kena siapkan final reflection kena hantar besok...
Apapun..i'm try my best..
Hahahahaaaa..aku suka sangat hari ini..
Moga terus berpanjangan...
Wah..baru terasa dunia ini indah sikit..
Keep smiling mia!!!

Oct 5, 2009

SURAT KEPADA SI BUDAKPULAU



Kepada Si Budak Pulau,



Aku layangkan surat ini untuk meluakan perasaan tidak puas hati aku atas tindakan kau pada hari ini. Kau telah buat aku terasa hati yang amat sangat.


Saudara,


Kau kata aku tak jujur sebab meletakkan beberapa lukisan di dalam portfolio aku. Kau kata aku meniru kelas lain..padahal semasa di dalam kelas kita tak belajar pun menghasilkan lukisan itu semua. Kau kata nanti bila portfolio dah hantar kepada pensyarah, pensyarah akan ingat orang lain tak buat kerja, aku sorang je yang rajin wat keje...


Realitinya saudara ...


Saudara  kena pikir...memang la kita belajar teori..tapi teori kalau tak diaplikasikan..tak hasilkan sesuatu..ia  ibarat sia-sia saja..tak faham..rugi je..lagipun lecturer sendiri pun ada cakap masa dalam kelas dengan lecturer baru  aritu..dia kata..."kamu letak je la apa-apa yang kamu lukis ke.."..nie mesti saudara  tak dengar nie..atau mungkin ponteng kelas kot...so membabi-buta menyakitkan orang lain...



Lagi satu saudara...
Kau ada minat kau tersendiri..aku pun sama..
Aku sukakan lukisan dan aku amat cemburu bila tengok kelas lain dapat hasilkan bahan-bahan lukisan yang cantik..dan aku pulak..masuk kelas tak pernah pun hasilkan apa-apa..
Jadi bila ada peluang nie..aku baca sikit nota yang kita dapat, kemudian aku tanya kelas lain dan aku hasilkan lukisan dan corak sendiri...malah aku tak pernah pun mintak bantuan orang lain untuk hasilkan lukisan aku dalam portfolio..malah pasal jenis-jenis garisan tu aku cuba ingat balik apa yang aku belajar masa form 1,2,3..sebab masa tu aku sangat suka dan sayang subjek nie...



Kemudian kau kata macam tu kat aku...
So..boleh kau rasa betapa sedihnya aku kau cakap macam tu?


Kau baik tetapi mungkin kau tak sedar pun tindakan kau selalu mengecilkan..mengguris hari orang..
Sebagai kawan sekelas, patut ke ke kata kat kawan kau macam tu?
Aku rasa kau masih tak kenal antara kerajinan dengan kejujuran..

Dan tanya diri kau..kau nie betul-betul jujur ke sampai kau boleh menilai kejujuran orang lain??



Yang ikhlas,
mia Olive

KENAPA SUKA SAKITKAN HATI ORANG


Hari nie boleh dikatakan hari yang aku paling tention skali. Semalam aku tidur lewat sebab wat keje ecosystem sket. Pastu pagi tadi cari buku praktikal 14 hilang entah ke mana, padahal set-set buku yang lain ada je...hmm..pastu pergi kelas.....memang tengah control mood pun pagi tadi..tak nak moody sangat..so jumpa geng aku ok la sket..bleh happy-happy..

Nak dijadikan cerita..
hmmm...dalam kelas aku nie ada sorang budak duk kacau aku tak abis-abis...dah memang dasar kalau orang utara kata 'ketegaq'..'kepala batu'..semua la..
Aku nie memang dah cuba sabar...so sabar r...dia tolak-tolak kerusi aku pun..aku sabar..
 Sebelum ini pun klo aku wat keje, dia ambil pen aku..ketuk pen aku masa aku tengah menulis..aku sabar lagi...
Dia cakap aku pegi pinjam tudung awek die..aku wat bodoh je..aku sabar
Dia baling biji limau..dia percikkan isi limau kat muka aku..aku biarkan..aku sabar..
Sebab dalam otak aku nie selalu fikir, kalau sabar dapat pahala..
Lagipun takkan aku nak bina sengketa dengan kawan sekelas kot..
Takkan aku nak kumpul lawan kot..
Mana tau nanti kalau aku kena wat keje dengan die ke..tak ke problem pulak kalau masing-masing gaduh...
Keje tak selesai...

So arinie..dia kacau aku lagi..
Pastu  ada sorang nie..saja je nak test mood aku arinie..
So..korang puas la buat aku menangis
Korang ingat korang dah menangla wat aku habiskan tisu berhelai-helai
Wat aku tention
Wat aku tak fokus kelas
Apa yang korang buat pada aku berbayar
Aku percaya kepada Allah
Mana tahu besok lusa hari korang merasa apa yang aku rasa
Saat itu korang akan sedar betapa sakitnya apa yang aku rasa
Aku cuba sayang korang macam kawan-kawan lain..
Aku tahu korag baik..tapi korang tak pernah fikir tindakan korang sebenarnya menyusahkan...menyakitkan orang lain..
Janganlah bergembira di atas kesedihan orang lain
Mana tahu..turn korang pulak lepas nie..


Oct 4, 2009

IF I FALL IN LOVE

i want to share this poem to all of you..&
Thank You to someone there too...
Wish you all the best


ANAK SAUDARA SAYA!


Kengkawan..cute x 2 orang anak saudara aku nie..cutekan!!
Sorang namanya Rahayatul ' Aisyh..sorang lagi namanya Nurul Alia Batrisya..(betul la kot bunyi nama diorang gitu..hmm..pikir jap..)
Weih..rindunya kat diorang..

C.I.N.T.A



Aku baru je dengar satu lagu nasyid nie..tiba-tiba tertarik dengan satu ayat yang berbunyi macam nie..
"Tak mungkin aku kecewa bercinta..andai ini bukan takdirnya...".
.haa...begitulah bunyinya...
Kemudian aku mula terpikir, patutlah la ramai orang yang selalu kecewa bila bercinta..malah bukan sekali je..ada yang dah banyak kali dikecewakan...tak kiralah si perempuan atau si lelaki yang dikecewakan..hmm..kesian kan..

Apa yang aku terpikir bila terdengar lirik lagu nie..hmm..bila kita jatuh cinta dengan seseorang, sebenarnya kita tak pernah pikir pun adakah dia itu adalah sebenar-benar-benar jodoh yang memang dijodohkan kepada kita. Sebelum kita conformkan die tu adalah jodoh kita, kita dah pasang macam-macam angan-angan kononnya si die tu adalah segalanya.. si dialah jodoh kita. Dalam hati, kita riak bercakap si dia memang jodoh kita!
Tapi terpikirkah kita adakah si dia itu memang jodoh yang ditakdirkan kepada kita..jodoh yang telah tertulis untuk kita.hmm..pikir...

Pada pendapat akulah setelah menilai maksud di sebalik lirik nie, aku rasa kita selalu dikecewakan kerana kita bercinta dengan orang yang bukan ditakdirkan menjadi jodoh kita...kita dah bercinta dengan orang yang salah...padahal orang tu jodoh orang lain..

Apabila tiba saat kita dikecewakan, orang akan cakap takde jodoh..carilah orang lain...
haa...sekarang sapa yang merana..diri kitakan..
Aku rasa klo betul-betul nak bercinta, biarlah kita bercinta dengan orang yang sebenar-benarnya ditakdirkan menjadi jodoh kita. Biarlah dengan si dia kita kenal, dengan si dia kita bercinta dan dengan si dialah kita berkahwin.

Macam mana kita nak tahu jodoh kita??..
hmm..memang kita tak tahu siapa jodoh kita..tapi kita kena percaya dengan ketetapan Allah. Usahalah..berdoa..Sesungguhnya hanya Allah Mengetahui segalanya.

Semoga kita bertemu dengan si dia, si jodoh yang sebenar-benarnya jodoh kita...insyaallah...