May 26, 2012

Cerita Rojak. Banyak nak cakap.

Quick update. Kay nak ucap Selamat Hari Lahir kat diri sendiri. Aku nak cakap umur aku dah separuh jalan. Dah 25 tahun. Lagi 25 tahun maka makin dekat jemputan aku menghadap Allah. Sob..sob..sob..!





Nak bagitau tahun nie sambutan besday paling best sebab dapat sambut dengan guru dan anak murid. Aku dipanggil naik atas pentas, ada potong kek dan anak murid menyanyikan lagu hari jadi. Siap dua version lagi. Bahasa Melayu dengan Inggeris.Okay...cukup setakat itu. Aku tak perlu sambutan yang vouge! Aku dah gembira sangat-sangat. 


"Tengok! So simple to make me smile the whole day. So awak kat sana, awak akan rasa bertuah dapat aku yang tak banyak karenah nie. Hehhe"


One more thing. Impian nak ke ICT dah tercapai. Okay! Memang tak pernah ada dalam list nak pergi melawat ICT pun. Tapi bila selalu sangat lalu daripada Klang ke Shah Alam dan nampak ICT macam dekat je, so aku pun mula berangan.


'Alangkah bestnya dapat pergi sana sekali seumur hidup...'








Dan hasrat tu sudah tercapai minggu lalu. Aku dah sampai mana. Haha...malukan nak cakap baru sampai sana padahal orang lain dah berkurun-kurun sampai sana. Ahh...lantak. Tak kesah asal aku pun dah sampai sana dan dapat tengok lampu-lampu yang cantik. 



Satu benda aku suka kat sana adalah naik wheel yang besar tu. Sumpah best bila ada kat puncak. Tengok bawah saja terus jantung dub dap dub dap. Horror. Tapi aku rasa romantik sangat bila naik wheel tu. Rasa macam dalam cerita korea plak dapat naik wheel tu. 


"Sila tengok dream high........ada satu part tu scene dalam wheel. Sampai boleh buat lelaki kat bawah nie menangis bagai nak rak"

Source: Google


"Itula...aku depan TV tengok ko sebelah mata pun tak pandang. Kan menangis dah tak berlaguuuu..."


Sambung pasal cerita ICT tu. Teringin nak cuba yang kerusi goyang tu. Ala, kita duduk atas kerusi pastu dia pusing-pusing sampai kita rasa macam superman tu... Hari tu aku teringin nak try, tapi kengkawan aku semua spesis penakut. Takkan aku sorang je nak naik. Aku pun tahan la hati dan tak jadi nak cuba kerusi goyang tu. Takde rezeki. Tapi takpe sebab my housemate cakap nak ajak pergi Sunway Lagoon main kat sana. Orite! Aku pegang janji. Gaji dah ada, so tak kisah la nak spend tu main-main hiburkan hati. 

Lagi satu, aku nak makan lagi ais kacang special nie. Korang bley p cari kat medan makan Uitm. Mengidam bila sekali dah makan. Murah, sedap dan berbaloi. AKu promote nie!





Arghh....sekarang dh pukul 11.06 am. Pukul 12 dah nak gerak ke KL Central dengan Su. Nak ikut dia pergi Pudu pastu nak jalan-jalan kat Jalan TAR. Malam karang aku nak balik Kedah dengan sis aku. Aii..dia ada kursus sampai pukul 4 pulak dah. Jenuh r nak tunggu dia kat KL Central sampai kul 6 petang. Halal je la...

Sambung cerita aku sikit lagi. Semalam Jumaat. Perayaan Hari Guru 2012. Serius aku dapat kumpul banyak hadiah. Masa 16 hb Mei tu, aku dapat 2 saja. Aku ingat anak murid tak suka sebab aku nie garang dengan diorang. So, aku nilai bilangan hadiah diorang sebagai penilaian prestasi aku kat sekolah. Sedih. Tapi semalam berpusu-pusu budak jumpa aku kasi hadiah. Wahh...aku memang tak expect dapat hadiah banyak. Penuh 2 beg recycle aku. Heheh...sapa tak seronok dapat hadiah. Then, masa dapat satu novel daripa sorang cikgu nie. Hehe..tq banyak2. =) Aku memang enjoy sangat2 semalam. Memang cikgu-cikgu sekolah aku semalam sangat best. Tolak je sorang staf tak betul tu cukup! Cukup la gambar mencerita semuanya. 







Setakat ini sahaja. 
Tata. See u again. 
Nak enjoy holiday saya. 

"No call for work please!"

May 24, 2012

"Suka hati aku la!"

Mood tak baik. Benci masuk pejabat. Benci jumpa orang tua jongang tu. Tiba-tiba rasa nak jadi kanggaru dan tinju dia kuat-kuat biar terpelanting jauh daripada sekolah sampai masuk ke dalam hutan yang orang lain tak boleh jumpa dia. Hah! Padan muka.




Dua hari lepas, seorang cikgu lelaki nak pinjam kertas jawapan Sains Tahun 4 daripada aku. Memandangkan kertas tu aku dah lubangkan supaya senang nak tanda, maka cikgu lelaki nie pun ucap la terima kasih kat aku. Entah dari mana datangnya orang tua jongang tu pun tak tahulah. Datang tak berjemput dan boleh pulak terhegeh-hegeh kat meja aku sambil menyampuk. Setakat dia nak cakap dengan cikgu tu aku tak hairan la. Tapi yang aku paling geram mulut dia yang macam sampah tu. Boleh dia cakap L.U.C.A.H kat aku depan cikgu lelaki itu. Ko bayangkan lepas dia cakap macam tu, cikgu lelaki tu pun sampai boleh blah daripada tempat aku. 


Bangang punya orang tua! Ko ingat aku nie perempuan konservatif sangat sampai tak faham maksud tersirat ko yang gatal nak mampus tu! Macam nak tangan-tangankan je dia nie! Tak sedar diri. Lepas cakap macam tu, aku pandang orang tua sampai dia blah daripada tempat aku. Agaknya dia tahu aku faham apa dia cakap dan muka aku memang tengah geram. Kalau dia tunggu lagi, memang aku dah sembur dia cukup-cukup.


“Kurang ajar!” Hati aku memang cakap macam tu.


Kalau dengan aku yang ajar anak dia, dia boleh kurang ajar, no wonder la dengan orang lain dia boleh buat macam tu jugak. Mahu je aku balas,


“Kalau ada lelaki cakap kurang ajar macam tu kat anak encik, apa encik rasa?”


Tapi aku tak sempat balas sebab dia dah blah dulu. Bila aku selidik dan aku tanya cikgu-cikgu lain, rupa-rupanya memang orang tua jongang nie ada wayar putus. Bukan sikit tapi banyak. Ramai aku dengar mulut-mulut cikgu kompen dan sindir dia. Hmm...kalau dengan cikgu-cikgu senior dia boleh berkurang ajar, cakap lucah, dengan aku yang baru nie lagilah. Lagi naik miang keladi dia tu. Makin banyak la mulut dia keluarkan sampah- sampah busuk tu.


Dulu masa aku makan kat kantin, segaja dia sekat pintu aku nak keluar . Pastu, boleh dia cakap kat aku slow-slow sampai sebutir patah perkataan haram aku tak  faham.  Dia ingat aku nie ada telinga gajah ke nak dengar suara romantik dia tu (perghhhhhhhhhhhh…muntah hijau aku).  Aku yang nak berkejar kekelas nie pun balas la,


“Encik cakap apa nie, tak faham. Encik fikir dulu r nak cakap apa kat saya. Saya nak pergi kelas nie. Minta lalu sikit!”


Aku memang cakap tegas dengan dia. Muka dia memang aku tak pandang. Meluat. Cikgu-cikgu dalam kantin pun pandang dia semacam. Pelik dengan perangai dia yang tiba-tiba halang aku nak lalu. Apa punya orang la!


Lepas kejadian dia cakap L.U.C.A.H kat aku, aku memang tak pandang langsung muka dia bila masuk pejabat nak hantar register dengan nak punch kad. Register pun aku suruh anak murid aku hantar sekarang. Kalau dia masuk ke dalam bilik guru, stop kat tempat aku pun, aku buat bodoh je sambil tanda buku budak. Kadang-kadang aku dengar dia macam sengaja cakap kuat-kuat bila sebut nama aku atau panggilan cikgu baru dalam bilik guru sambil pandang-pandang aku. Salah orang la kalau ingat aku terhegeh-hegeh nak tengok dia!


Hari nie orang tua jongang ni cari pasal lagi dengan aku lagi. Aku pergi ke pejabat bahagian photostat sebab nak ambil buku program Perayaan Hari Guru yang akak sesi petang hantar semalam untuk direzo. Bila sampai sana, rupa-rupanya belum direzo. Kak Ima ada di situ beritahu dia belum rezo sebab cikgu petang tu tak cakap nak rezo atas kertas warna apa. Jadi, aku pun minta kak Ima rezo atas kertas warna purple muda je. Masa kak Ima keluar sekejap, orang tua nie pun masuk dalam bilik photostat tu.


"Muka nie lagi. Asyik-asyik muka Atiqah je, takde muka lain ke," sinis dia sindir aku. 


Aku tak duduk dia saja. Aku pun balas sindiran itu.


"Saya pun tak larat jugak tengok muka encik hari-hari," balasku tegas sambil mengira kertas purple di atas meja. Jumlah semua 49. Masih tak cukup. Jumlah semua mesti 60. Bak kata Ustaz  Najid semalam.


Dia tak duduk diam. Dasar mulut dah macam longkang dia, dia terus bercakap lagi. Tapi aku buat pekak saja. Biarla orang tua jongang tu bebel sorang-sorang. Lagi dilayan makin sakit hati. Kak Imah datang lepas tu.


"Cikgu nak rezo berapa?" tanya Kak Imah.Dia antara pekerja di sekolah ini yang banyak tolong aku. 


"Kak Imah photostat 60 la sebab untuk PIBG sekali." 


Tiba-tiba orang tua nie menyampuk. 


"Mak aiii...kenapa banyak sangat. PIBG tu bape orang je nak datang. Jemput semua, tah-tah dua orang je yang ada!" 


Dia bercakap siap dengan muka-muka berkerut tak puas hati. Hmmm...sapa tengok memang akan faham kenapa aku tak nak tengok muka dia.


"Ustaz Najid yang pesan. Saya ikut je." Balasku.


Baru semalam, Ustaz Najid selaku pengerusi perayaan Hari Guru esok berpesan kepadaku supaya buat lebih buku program untuk jemputan PIBG.


"Takpa la Kak Imah. Kalau banyak sangat, buat 50 saja la." Aku memberitahu Kak Imah. 


Orang tua jongang tu masih belum pergi dari situ. Masih menyibuk di situ, padahal mana pernah dia photostat apa-apa kat aku dan cikgu-cikgu lain. Semuanya, Kak Ima dengan Kak Zah saja yang tolong aku. Ini tiba-tiba mahu menyibuk kat situ. 


"Itulah, nak berak baru sibuk nak korek lubang!" Dia menyindir aku.


Bangang punya orang tua! Dia cakap macam tu sebab dia ingat aku nie jenis yang hantar kertas nak photostat, pastu sibuk nak ambil hari tu jugak.


Woi jongang! Semalam lagi la aku hantar dalam pukul 2.00 petang. Ingat aku nie spesies yang tak consider kerja orang ke. Aku hantar semalam sebab hari ini aku nak ambil nak lipat buku program tu. Nak wat camne kak Imah tak photostat lagi. Kak Imah pun tak kisah aku tunggu kat situ dan tolong rezo lagi kat aku. Yang kau tu dah la tak tolong orang, pastu sengaja pulak nak sakitkan hati aku. Apa punya orang la buat perangai macam tu! Gila.


Aku memang naik angin hari ni. 


"Suka hati la." Aku membalas ringkas. Aku bangun daripada kerusi kak Imah. 


"Takpa Kak Imah. Saya tinggal kertas kat sini dulu. Nanti saya datang amek." 


Aku mula bergerak. Tapi, telinga aku sempat menangkap kata-kata orang tua jongang tu.


"Amboi, sempena hari guru, boleh ke cikgu cakap macam tu...suka hati! Ni belum kahwin. Kalau dah kawin..." Ajuknya menambahkan api kemarahan aku.


Arghhh. Sumpah aku menyampah. Aku geram. Aku benci.


"Suka hati aku la!" Suara aku memang boleh dengar dengan jelas. Kata-kata yang agak kasar dan kurang sesuai dituturkan oleh guru baru seperti aku.Arghhh..lantak!


Aku melangkah keluar daripada bilik photostat. Saat itu aku rasa telinga aku mula imun sampai tak dengar langsung bebelan orang tua itu pasal aku. Suka hati la kau nak sumpah seranah aku ke...apa ke.


"Dah la aku ajar anak kau, boleh kau kurang ajar dengan aku. Nanti aku sumpah kang...bukan anak-anak kau tapi aku sumpah KAU tu!"


May 19, 2012

"Alhamdulillah!"

Wei aku nak cakap aku gembira hari nie. 
Rezeki mencurah-curah turun. 
Dapat RM110 hari nie...
Kau ada?


Haha. Okay. Tak nak berlagak. Cuma nak kongsi rasa betapa aku rasa sangat bersyukur yang amat-amat kepada Allah. Hari nie aku belek purse aku yang tebal, tapi cuma  ada sepuluh ringgit saja plus duit syiling yang lebih tiga ringgit. Sekali tengok purse macam duit banyak, sekali berat syiling aje la. Aku pergi sekolah hari nie, ada kelas tambahan. Biasalah orang bujang macam aku, Sabtu adalah untuk mencurahkan bakti dan khidmat di sekolah.Tak kisah la. Lagipun minggu nie tak wat apa pun. So, buat pahala tolong akak Farah datang sekolah hampir setiap Sabtu untuk tuisyen Sains Tahun 4. Tapi rasanya aku pernah merungut Sabtu aku selalu diganggu, maka rasanya ada pahala yang sudah ditolak kot! Aduhai!...Jangan merungut lagi Tiqa. Kena ihklas bila buat sesuatu. Aku tengok Cikgu Tai jual vitagen. Dengan perut lapar aku bawa keluar duit 50 sen dua keping. Tapi, aku batalkan niat. Malas la nak kasi 50 sen kat cikgu Tai! Aku simpan duit dalam purse. Perut memang tengah menggelegak minta isi makanan. Terpaksalah aku pujuk perut supaya tahan kejap. 

"Balik rumah nanti kita cari makan ye, perut!"


Masa tengah mengajar Sains, akak Farah singgah kejap kat kelas aku.


"Cikgu!" 


Anak murid bagi hint cakap akak Farah nak jumpa aku. Kak Farah hulurkan RM60 kat aku. Katanya, untuk 3 jam mengajar hari ini. Aku terima duit dengan senyuman lebar (siapa yang tak senyum dapat duit wei!).


"Alhamdulillah!" 





Sungguh aku tak dapat gambarkan perasaan aku. Cukup tersentuh dengan rezeki yang Allah kirimkan pada aku hari ini. Kalau boleh aku nak pergi nak gunung dan jerit kuat-kuat,


"Terima kasih Tuhan! Alhamdulillah! Syukran!!!"


Aku dapat call daripada mak Taufiq.


"Malam nie cikgu free tak? Taufiq nak pergi tuisyen malam nie." tanyanya.


Aku on saja. Sebabnya akak nie call aku awal-awal bagitau anak dia nak datang tuisyen. Jadi, boleh la aku prepare apa yang patut untuk Taufiq nanti.


Baru saja sebentar tadi Taufiq balik dalam pukul 9.10 malam. Aku suruh dia buat kertas matematik 2 sekolah aku. Mujur Taufiq bukan murid sekolah aku. Jadi, mudah la aku nak cedok (ambil) bahan-bahan daripada sekolah aku untuk ajar dia. 


Lagi satu nak bagitau, walaupun umur aku 25 tahun dan si Taufiq nie umurnya 11 tahun, tapi sungguh aku cukup segan dengan dia. First dia datang tuisyen kat umah aku, aku anggap dia macam adik aku je dan aku tak pakai tudung ajar dia dengan pakai pulak baju tangan pendek. Taufiq nie pula belajar di sekolah agama. Maka, lepas habis saja tuisyen aku nampak dia terus  pergi sembahyang kat masjid depan rumah aku. Sejak tu, aku jadi malu dengan dia. Sekarang, bila dia datang tuisyen saja, aku memang pakai baju tangan panjang dengan bertudung. Rasa selesa sikit nak ajar dia. Dia pun takde la malu-malu nak tanya aku. Okay! Taufiq  dah ajar aku jaga aurat even dengan budak-budak pun. 


"Alhamdulillah Allah kirimkan Taufiq untuk ingatkan aku betapa pentingnya menjaga aurat. Maaf aku manusia yang masih jahil!"


Sambung semula cerita gaji tambahan. Masa tengah ajar Taufiq, dia hulurkan sampul duit raya kat aku.


"Apa nie?" tanyaku. 


Taufiq pandang aku dan kata,


"Nie yuran. Mak suruh kasi kat teacher." 


Aku terima sampul yang dihulurkan itu.


"Alhamdulillah!" 


Keluar lagi perkataan itu. Syukran jazilah! Allah sesungguhnya Maha Kaya. Allah baik sangat padaku. Rezekiku datang lagi. Lepas Taufiq balik, aku buka sampul itu. Terkandung RM50 sebagai tanda aku ajar Taufiq selama 2 jam dalam bulan nie. Sejam aku dibayar RM25. Banyakkan? Kalau akak bagi aku sepuluh pun aku terima sebab bukan apa-apa sangat mengajar Taufiq nie. Dia buat latihan Matematik dan aku tengok dan bantu apa-apa yang dia tak faham. Sambil-sambil dia buat kerja, aku pun boleh buat kerja aku juga. Jadi, memang tak rasa letih, penat lelah pun. Senang sangat!


Jadi keseluruhannya, hari ini aku dapat duit RM110 untuk 6 jam mengajar kat sekolah dengan private tuisyen. Satu je yang aku boleh cakap:


"What you give you get back."
"Jangan kedekut jangan berkira."
"Duit dunia tak bawa ke akhirat."
"Sentiasa percaya rezeki kita dalam catatan Allah."
"Ada rezeki adalah. Kalau takde jangan mengeluh, tapi berusaha lagi."



Sekian cerita aku malam ini. Tamat.

May 18, 2012

Nak tahu waktu paling best denda murid?


Hahaa...time nak rehat dengan nak balik. Maka, amat beruntung la cikgu-cikgu yang kena mengajar pada kedua-dua waktu tersebut. Hari ini aku fikirkan strategi lain lagi nak bagi budak-budak duduk diam. Last period tadi aku kena jaga periksa kelas pandai tahun 4. Sebenarnya kalau kena jaga kelas pandai, lagilah besar dan banyak cabarannya. Jaga pula paper PJK yang terang bederang senang untuk mereka jawab. About 30 mins, semua dah mula bising tanda kertas sudah berjawab. Lagi 30 mins aku nak kena fikirkan macam mana nak kawal mereka.

Aku amalkan seorang bising, maka seminit lewat balik. Aku catat 1 kat papan hitam bila aku dengar suara murid bercakap. Mulanya berkesan, namun pandai pulak diorang padamkan tengah satu dan jadi dua.

"Cikgu, dah jadi dua la." Seorang budak memberitahu aku.

Hai...sejak bilalah diorang padam pun aku tak tahulah...pandai tul!

Kemudian, seorang murid minta padaku untuk minum air dibelakang. Aku benarkan. Tapi, bila sampai belakang, pandai pula dia minum air sambil main-main dengan kawan-kawannya. Hai...cerdik betul!

Ada juga yang sengaja tanya aku untuk dapatkan jawapan. Budak cerdik ada-ada saja ditanyanya supaya aku memberikan jawapan. Mujur aku bukan jenis yang senang diperbodohkan oleh budak-budak ini.

Bila kelas bising juga, aku duduk buat tak tahu saja. Aku aim budak-budak yang tak dengar arahan aku.

Bila loceng berbunyi, masing-masing siap bangun dan galas beg nak balik. Tapi, memang aku sengaja tak kasi mereka balik. Aku cakap:

"Ada cikgu suruh kamu balik? Semua duduk tempat sekarang. Jangan ada siapa yang bergerak.!" Arahku. 


Budak kalau nak balik memang mendengar arahan. Itu yang sedap tu mengajar time nie.

Aku duduk berlagak di mejaku dan aku tengok wajah sorang-sorang yang mula cuak dan tidak puas hati.

'Sorry, ada aku kisah! Kalau arahan aku taknak dengar, jangan harap aku nak lepaskan korang macam tu je.'

Semua senyap saja.

"Sebelum balik kita main sifir dulu. Siapa boleh jawab boleh balik."

"3x8"..tanyaku terus. Masing-masing angkat tangan. Tapi aku sengaja tak pilih murid yang buat bising. Aku pilih budak perempuan yang berperangai baik dahulu. 

"24"

"Okay, balik. 5x7"

Seorang murid yang banyak bercakap cuba menjawab. Namun salah. 

"35"

"Balik."

"3x6"

"18." 

"Balik."

Aku main sifir sampai separuh kelas sudah balik. Memang best sebab setiap soalan tu aku conduct dengan cepat. Jadi yang betul-betul bersedia saja dapat menjawab. 

Sekarang yang tinggal adalah murid-murid yang buat bising. Seorang murid yang suka berjalan aku lihat tergagap-gagap mahu menjawab apabila melihat kawan-kawannya sudah balik.

Dalam hati aku tersenyum puas. Kasi pengajaran supaya tak main-main lagi masa aku masuk kelas diorang. Tamat.


May 17, 2012

i got their replied!

Yesterday was my big day.
Teacher's Day.




I sent my wishes to them.
Then, i got their replied.

IP_Pn. Zainab replied:

"Tq 4 still having my name cross 2 yr heart.
u want 2 know something,
u are a great teacher 2.
selamat hari guru.


IP- Ckg Yeoh PC replied:

"Thank you very much Atiqah for the lovely words of praises.
 You hv been a wonderful student & we will remember u. 
i am sure u will be a wonderful teacher in school who is loved by your students.
Happy Teacher's Day to u too.
-Dr.Yeoh-

IP_Pn.Juriah replied:

"Tq Tiqah. Selamat menyambut hari guru yang pertama sebagai guru terlatih.
Tentu banyak dapat hadiah esok.
Semoga semua anak murid cikgu menjadi guru yang cemerlang
dan Allah sentiasa merahmati kita semua."

IP-Ckg Anwar Ki replied:

"tq atiqah, i also wish you Happy teacher day. 
always be nice to your student."


IP-Ms norizan replied:

"Tq very much Atiqah. You are a hardworking and good student. 
Enjoyed teaching u.
Happy Teacher Day 2 u too.
Be a dedicated n commited teacher."

Ip- Mdm Mariah replied:

"Tq so much Atiqah for ur touching words. 
U will be a great teacher too!"

IP- mdm Amy replied:

"Awww so sweet! Your message is to touching,
makes me want to cry.
Messeges like this make all the hard work worthwhile,
and encourages me to keep going.
Muaks!"

IP-PN.AZILINA replied:

"Thanks atiqah.
i'm touch.
Jadi guru yang cemerlang suatu hari nanti.
Gud luck."

IP- Ckg mior013 replied:

"Ibu atau guru lbh hebat?
Seorang ibu hanya dpt menidurkan seorang anak.
Tetapi seorang guru dpt tidurkan seisi kls.
Memang guru lebih hebat!
Selamat hari guru."

IP- Mdm Tan Seok Kiang replied:

"TQ. IT SO SWEET TO HEAR FROM YOU."


I had sent these wishes to my lecturers.


......



"Special wishes for you...
Thank you for guiding and nurturing me. 
If i could give grades to teachers...
i would give you A+ for being the most wonderful teacher to me.
You guided me when i was lost,
 you supported me when i was weak, 
you have enlightened me all through...
No more in your class,
but  i always be your student.
Happy Teacher's Day.
Thanks for giving me the key to my future.
(Atiqah sned2 - PISMP intake 2oo8)

......

Untuk hati yang ikhlas menerima =)

Adaptasi sebuah cerita sebenar ke dalam cerita fantasi.
Belum tentu betul, belum tentu benar, belum tentu salah, belum tentu pasti.
Inilah apabila tangan mula bergerak...lantas hati mula bercerita.
Di antara fantasi dan realiti...



Untuk hati yang ikhlas menerima
- by Cikgu Zulaiqa -

I




Sebagai guru baru di sekolah ini, banyak cabaran yang harus aku tempuhi. Selain karenah anak-anak didik yang pelbagai, aku juga berhadapan dengan karenah guru dan staf-staf yang kadang kala menyenangkan hati, tapi ada juga yang menyesakkan hati aku. 

"Kak Liza, boleh saya pinjam stamp pad yang besar tak? Nak cop kertas lukisan." tanyaku kepada Kak Azliza.

"Tah, akak takde. Cuba tanya Hakimi," balas Kak Azliza. 

Kalau bab berurusan dengan Encik Hakimi, aku sungguh tak suka. Satu, aku perasan perangainya pelik dan suka mengusik aku yang bukan-bukan. Macam lelaki miang pun ada. Bukan aku yang cakap, tapi Kak Bibah yang  satu negeri dengan aku berpesan supaya jangan dilayan sangat lelaki itu.

Dengan berat hati, aku bersemuka dengan Encik Hakimi.

"Encik Hakimi ada stamp pad besar tak? Saya nak pinjam sebab nak cop kertas lukisan sekarang," tanyaku.

Lelaki itu pandang aku sambil menggelengkan kepala.

"Tak ada." Dia menggelengkan kepala sambil senyum sinis. Argh...sumpah aku menyampah!

"Tapi Kak Fina cakap dia ada pinjam kat sini, tu saya tanya tu." balasku. 

Baru sebentar tadi aku jumpa Kak Fina dan tanya mana dia dapat stamp pad besar dan jawabnya di pejabat. Siapa pulak yang pinjam kali ini? Aku mula mengeluh.

"Ada tak nie?" Aku bertanya lagi. Aku pandang Encik Hakimi betul-betul.

Dia menggangguk.

"Cuba jalan terus...a'aaa...jalan terus ke depan...," arahnya padaku.
"Jalan la lagi. Nampak tak laci kat depan tu. Tapi bukan yang itu, pandang belakang balik. Tengok laci bawah sekali...". 

Aku terpaksa mengikut arahannya. Aku cari stamp pad di dalam laci-laci tersebut, tapi tak nampak satu batang hidung pun.

"Takde pun Encik Hakimi. Senang-senag Encik Hakimi la tolong cari kat saya." Balasku sedikit geram.

"Memang la takde kat situ, sebab ada kat sini..." Encik Hakimi menggoyang-goyangkan stamp pad di tangannya sambil tersenyum padaku.

Aku mula berang. 

'Boleh main-mainkan aku pula. Agrhhh...orang tua ni nak kena tinju dengan aku nie!'

Aku terus mengambil stamp pad daripadanya dan aku ucap terima kasih dengan nada suara yang agak geram.



II



Pagi ini aku tiba awal di sekolah. Kelihatan kelibat Kak Afida di dalam bilik guru. 

"Iqa, Zamani masih solo lagi!" Kak Afida ketawa sambil mengangkat surat khabar B-POP semalam dan melambai-lambai ke arahku. 

Aku faham maksudnya itu.

"Amboi Kak Fida, tahu la saya nie solo. Agak-agak la nak promote Zamani kat saya akak...penyanyi tu...!" balasku sambil ketawa lucu. Kak Afida turut ketawa. Aku pula sudah biasa dengan sakatnya sejak hari pertama masuk ke sekolah ini lagi.

"Eee..tak malu nak skema jawapan orang!" Itu sakatnya semasa aku ingin meminjam skema jawapan Pendidikan Sivek dan Kenegaraan. Kalau tak terbiasa, memang kita akan rasa Kak Afida mulutnya sangat pedas.

"Lain kali bawa la troli...!" tegur Kak Fida semasa aku ingin pulang ke rumah. Aku sekadar ketawa mendengar tegurannya itu. 

'Tahulah aku selalu bawa banyak beg ke sekolah sampai tak cukup tangan. Disakatnya aku supaya bawa troli pula..hai Kak Fida...Kak Fida!' Aku tersenyum.


III


"Iqa, meh sini jap cabut undi." panggil Kak Wahida. 

"Untuk apa ni kak?" tanyaku sambil mencabut nama yang ada di situ.

"Nombor berapa dapat?" tanya Kak Wahida.

"22 - Dia" jawabku sambil melihat catatan yang ditulis oleh Kak Wahida pada sekeping kertas.

"Nie untuk acara tukar hadiah sempena hari guru nanti. Limit hadiah tak kurang daripada RM30. Orang lain tak tahu siapa bagi hadiah kat dia. So, jangan risau kay. Satu lagi Iqa kena tulis survey kat sini tentang hadiah apa yang Iqa nak orang lain kasi kat Iqa nanti..." panjang lebar Kak Wahida menerangkan kepadaku.


'Hai, ini yang tak best nie. Nak kena cari hadiah dekat Dia?..Alamak...!' Hatiku mula resah. 

Aku pun bukan bercakap sangat dengan cikgu daripada Sarawak itu. Kalau berselisih pun sekadar menganggukkan kepala dan senyum sikit saja. Dia pun macam tu juga.

Aku terus mengambil borang survey di atas meja Kak Wahida. Beberapa orang guru sudah mengisi borang tersebut. Agak lucu membaca survey mereka. Antaranya:

Kak Ros : 'Nak tudung warna apa-apa pun takpe, asal beropol. Saiz L!
Kak Midah : 'Nak baju baby umur 8 bulan...yang comel-comel saja. Hehehe..
En.Mazlan : 'Nak ipod free...tapi...apa-apa pun takpe...'
Kak Syarifah:  'Brooch boleh. Kain pasang. Tudung saiz L warna pink. Salah satu.'

.
.
.
.
Aku melihat nama yang tentera dinombor 26.

Dia: 'Saya nak hati yang ikhlas...'

Tersenyum simpul aku baca tulisannya itu. Agak menarik dan lucu padaku. Kak Sharifah yang baru berdiri di sebelahku menambah,

"Paling lawak inilah...saya nak hati dia yang ikhlas..." Dia mengajuk tulisan tersebut dan  ketawa bersamaku.




III


"Akak dengar anak kau sakit ye," tanya Kak Surya, satu-satunya cikgu India di sekolah ini.

Aku memasang telinga sambil menanda buku di tempatku.Aku malas mahu mengalihkan pandanganku ke arah kak Surya. Kalau aku mengalihkan wajahku, pasti aku bakal memandang tepat ke wajah Dia. Entah kenapa dengan dia aku jadi kekok pula. Mungkin sebab dia jarang bercakap dengan aku barangkali.


Aku tidak banyak tahu mengenai guru-guru lain, selain yang rapat dengan aku saja. Antaranya yang tidak rapat itu, termasuklah Dia. Bila mendengar tentang keluarganya, sibuk juga aku memasang telinga tanpa pengetahuannya.

"A'a, demam. Ni macam mana akak boleh tau nie?" suara Dia kedengaran. Aku dengar lagi perbualan mereka.

"Ala, si Riya bagitau akak semalam Mukmin tak datang sekolah. Itu kak tahu tu" balas kak Surya. 

Perbualan selebihnya tidak lagi kedengaran apabila aku mula kusyuk menanda buku Matematik 5 Usaha. Alahai...banyak betul salahnya....


IV


Aku baru selesai mengajar. 6 masa terus hari ini tanpa rehat. Memang letih dan paling kesian kelas terakhir apabila suaraku mula lemah dan tidak bertenaga lagi. Masuk saja bilik guru, kedengaran suara gelak ketawa besar guru-guru lelaki di hadapan. 

"Amboiii, besarnya gelak kau!" tegur kak Surya kepada Dia. Kak Surya kalau sudah bersuara, satu bilik guru boleh kedengaran suaranya. 

"Haisyhhh....mana boleh bagi tau!" Cikgu Jamal menjawab. Butir-butir perbincangan mereka tidak jelas pada pendengaran aku. Hanya yang jelas adalah ketawa mereka yang melampau-lampau sampai buat aku tergeleng-geleng kepala tanpa disedari.

Tiba-tiba aku terperasaan satu mata seakan memandangku. Tapi aku malas untuk membalas pandangan itu. Aku leka menanda buku-buku murid yang bertimbun di atas mejaku sampai alpa pada pandangan manusia itu.

'Aduhaii..banyaknya!'Rungutku di dalam hati.


V


Peperiksaan bermula hari ini. Namun, kelas dalam jagaan aku agak bising sehingga aku perlu meninggikan suaraku memarahi murid-murid. Sepatutnya, waktu peperiksaan aku boleh berehat sambil menggoyang kaki membuat kerja lain, tapi ini terbalik pula. AKu kena juga menengking dan membebel pada murid-murid yang suka bercakap tanpa berhenti-henti. Rasanya suara aku pun boleh melawan suara saprano Kak Surya. Nasib la kalau cikgu-cikgu di kelas sebelah boleh dengar suara aku...

Aku memandang bangunan di sebelah. Tak jauh, hanya beberapa meter sahaja. Tapi cukup jelas untuk melihat murid-murid tahun empat di sana. Aku meninjau-nijau cikgu mana yang ada di bangunan sebelah kerana bimbang dan malu suara tengkingan aku boleh kedengaran sampai ke sana. Dalam kesibukan mata aku melihat ke arah sana, aku terpandang kelibat si Dia. Rupa-rupanya dia juga memandangku sambil tersenyum apabila mata kami bertemu. Aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku. Ada sebabnya.

'Satu, aku malu sebab menjerit dengan kuat sampai Dia di sana boleh dengar.'
'Satu lagi aku malu sebab dia pandang dan senyum padaku.'

Bila masuk sahaja bilik guru, aku hanya menebalkan mukaku apabila Dia ada di situ. Arghh...malunya...


VI


Loceng bunyi 5 minit lewat daripada biasa. Terkejar-kejar aku menaiki tangga ke tingkat tiga. Aku cukup takut kalau lewat masuk ke kelas. Aku tidak mahu mengganggu masa guru-guru lain, apatah lagi aku guru baru. Tidak mahu namaku disebut suka lewat masuk ke kelas.

Sampai sahaja di kelasku, masih ada Dia di dalamnya. Begitu kusyuk membaca sesuatu sambil murid-murid menyalin kerjanya di hadapan. Aku pula menunggu di tepi pintu menunggu Dia keluar dengan segera.

"Cikgu, cikgu Zulaiqa dah datang!" seorang murid memberitahu dia. 

Dia menyedari kehadiran aku di situ lantas mula melangkah keluar. Tidak seperti dulu, sampai sahaja di depan pintu dia terus keluar tanda menegurku. Tapi hari ini, dia senyum dan menegurku,

"Iqa jar apa?" tanyanya.

"Saya ajar Matematik." Balasku ringkas lalu terus melangkah ke dalam kelas. 

'Aiks...takkan baru tahu aku ajar apa kot!' Hatiku tertanya-tanya. Argh...apa-apa je la.


VII


Sambutan Hari Guru diadakan hari ini. Sebagai guru baru, aku memang bersemangat menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia.' Aku tiba-tiba rasa bersemangat dan bangga menjadi seorang guru. Di akhir sambutan hari guru, jamuan telah diadakan di kantin sekolah. Sebelum pulang, aku kembali semula ke bilik guru untuk memgambil hadiah-hadiah murid untuk dibawa pulang. 

Ketika memasukkan hadiah-hadiah tersebut, aku terpandang sebungkus hadiah berwarna pink beriben coklat di atas mejaku. Begitu cantik dan kemas bungkusannya. Barangkali, mungkin ada anak muridku yang baru meletakkan hadiah tersebut . Sekeping kad yang tersisip di atas hadiah itu kubuka.





"Untuk hati yang ikhlas menerima..."