Jan 15, 2011

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir ke-24
Cik Bee.
Post ini adalah special wish buat sahabat Mia,
 Cik Bee,
yang telah selamat menyambut hari lahirnya
pada 14 Januari yang lalu.
Tidak terlambat rasanya untuk Mia wish sekali lagi untuk Cik Bee ini:
“Selamat Hari Lahir”
“Semoga Allah merahmati kamu selalu.”

Bercerita tentang Cik Bee ini,
rasanya sampai esok lusa pun takkan habis punya.
Jadi ringkasnya di sini,
‘Cik Bee ini adalah salah sorang sahabat paling best
yang Allah telah kurniakan pada Mia.’

Maksudnya,
selain kawan-kawan lain yang setia bersama Mia,
Cik Bee ini adalah salah sorang daripadanya.

Mia dah kenal Cik Bee nie masa tahun 2007 lagi sampailah sekarang
 (merujuk kepada tahun 2011).
Dah 5 tahun nampaknya takdir menentukan Mia jadi roommate setianya
dari zaman foundation sampailah peringkat ijazah sekarang.
Agak lamakan?

Kadang-kadang Mia selalu gurau-gurau dengan dia, Mia cakap:
“Cik Bee tak boring ke tak tukar roommate?”
“Cik Bee mesti bosan kan sebab kena tengok Mia lagi?”

Jawapan Cik Bee nie senang saja.
Dia cakap dengan sapa-sapa pun dia boleh duduk.
Tengok,
Bernas dan coolKan jawapannya!
                    Jadi, itulah sebabnya sampai sekarang Cik Bee tak jemu-jemu
tengok muka Mia hari-hari di asrama.

Lagipun rutin harian kita orang pun sama saja.
Nak bangun pagi sampailah pergi ke kelas, timing kitaorang sama saja.
Mia dengan Cik Bee juga takde masalah
kalau sorang nak buat kerja malam-malam dan sorang lagi
nak tidur dengan lampu yang terpasang,
kami boleh bertoleransi sama-sama.
‘Ibarat kau tolong aku, aku tolong kau,
dan
‘jangan pentingkan diri sendiri’
itulah yang Mia rasa bila jadi roommate dengan Cik Bee nie.

Cik Bee nie juga jenis yang tak boleh 24 jam berkurung dalam bilik.
Petang-petang saja Cik Bee pasti wajib keluar bilik buat apa-apa aktiviti.
Jadi, ini sangat berbeza dengan sikap Mia
yang tersangat jarang-jarang nak lepak ke bilik orang lain.
Buat kawan-kawan yang biliknya jarang diterokai,
Mia minta maaf banyak-banyak k!

Mia juga banyak belajar dengan Cik Bee nie.
Antaranya, Mia banyak belajar menjaga kecantikan dan penampilan diri
daripada Cik Bee sebab
Cik Bee sorang yang sangat bergaya.
Kalau tak percaya, tanyalah orang-orang yang kenal dia.
Mia sebagai roomatenya yang dulu agak primitif tentang menjaga kecantikan juga penampilan diri,
Mia sebenarnya dah belajar macam-macam dengannya.
Kesannya, kalau dulu self-confident Mia agak rendah,
sekarang Mia rasa makin yakin dalam diri sendiri.
Kalau dulu, Mia terlalu fikirkan apa orang kata tentang diri Mia,
tetapi sekarang Mia lebih berpegang kepada prinsip ini:

‘Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita percaya pada diri.’

Itulah sedikit sebanyak pengaruh Cik Bee dalam diri Mia.
Namun, Mia juga bukan bulat-bulat terpengaruh dengan Cik Bee ini.
Yang sesuai, Mia terima.
Selebihnya, Mia juga ada prinsip hidup Mia tersendiri.

Mia berdoa kepada Allah
agar panjangkan tali silaturrahim di antara Mia dan Cik Bee.
Mia juga sangat-sangat tak sabar nak tengok siapakan jodoh
Cik Bee ini di masa hadapan.
(Cik Bee..klo terbaca jangan marah k! Cool!)

Akhir kata,
Selamat Hari Lahir ke-24
buat Cik Bee.


T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

2 comments:

Diyana Yusof said...

so sweet!.tapi kenapa bila besday yana, kak tiqah tak tulis mcm tu pun..next besday nanti kak tiqah tulis entry special tuk yana eh!..hehehe..jeles! jeles! jeles!

mia Olive said...

insyallah..coming soon!