Syukur alhamdulillah!
Puji-pujian buat Allah yang Maha Besar, Maha Agung lagi Maha Penyayang.
Mia sebagai hamba Allah yang lemah ini sangat-sangat berasa bertuah
kerana masih lagi menjadi perhatian-Nya,
masih lagi menjadi kesayangan-Nya
di saat ini.
Alhamdulillah.
Hari ini Mia dah rasa kurang sikit beban tentang praktikum 3 ini.
Tadi Mia dah pergi ke sekolah tersebut,
tinjau-tinjau apa yang patut
dan berkesempatan bersemuka dengan PK1
sekolah tersebut yang begitu bertoleransi dengan Mia dan rakan-rakan.
Hasilnya,
first impression Mia pada sekolah ini adalah
"Good!".
Hati Mia makin tenang malah bersyukur kerana dikurniakan rakan sepraktikum
yang bagus-bagus belaka.
Kalau dulu asyik fikirkan masalah pengangkutan dan elaun yang habis
sebab bayar teksi RM30 sehari,
sekarang Mia rasa lega sikit sebab dah ada pengangkutan yang lebih mudah
walaupun sekolah yang Mia nak pergi kali ini lebih jauh.
Jadi, Mia tak kisah kalau kena bayar lebih pun asal
Mia tak payah sewa-sewa rumah dan tinggal jauh dari IPG ini.
Paling best Mia dapat pergi praktikum dengan kawan-kawan Mia.
Alhamdulillah.
Mia betul-betul bersyukur kepada Allah.
Allah memang sayang Mia.
"Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah!"
T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A
No comments:
Post a Comment