Dalam hidup ini, bukan semua perkara boleh buat kita tersenyum gembira.
Betulkan?
...
Dua belas-lima-dua
saat tangan ini bergerak.
saat tangan ini bergerak.
Petang semalam, masa Mia masih lagi mamai-mamai tidur,
al-maklumlah baru balik dari kampung,
seorang teman Mia ini tiba-tiba call minta tolong Mia sediakan teks ucapan
untuk majlis penyampaian sumbangan
buat keluarga teman Mia yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi.
Mia pun setuju nak bantu dia sebab bukan senang teman ini nak minta tolong
dengan Mia, bahkan mungkin Mialah orang terakhir yang dia nak minta tolong..
(agaknya la..)
Mujurlah ada teman-teman lain juga yang tolong Mia
menyediakan teks ucapan ini.
menyediakan teks ucapan ini.
Ada yang menyumbangkan ayat berbunga-bunga,
ayat-ayat tak berperasaan,
ayat keluh-kesah
dan macam-macam jenis ayat lagilah.
Mia pun cubalah nak menyesuaikan ayat-ayat yang diorang kasi
supaya tak nak nanti majlis tersebut nampak sedih sangat
atau terlalu gembira pula.
Last sekali, siap juga teks ucapan tersebut.
Takdelah sebegitu sempurna sangat atau terlalu kurang.
Alhamdulillah,
akhirnya teks ucapan itu telah selamat
dibacakan oleh teman yang minta tolong Mia tadi.
Macam biasa,
Mia selalu kalah dengan monolog diri sendiri.
Beriya-iya bermonolog kata tak nak.tak mau sedih-sedih.
Last sekali terburai, terjuntai dan terkeluar juga air mata ini.
Tapi Mia sedih bukan pasal teman ini baca teks ucapan tersebut.
Mia sedih bila dengar kata-kata daripada bapa arwah teman Mia
dalam majlis pada pagi tadi.
Mia dapat tengok reaksi sedih ibu bapa dan abang arwah.
Kata-kata sebak dan menyentuh hati daripada seorang bapa yang tabah
dan redha menerima ketentuan Allah.
Ya, hati Mia sangat-sangat tersentuh.
'Semoga Allah berikan ketabahan kepada mereka kerana mereka
adalah insan-insan terpilih.'
Itu doa Mia dalam hati.
T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A
2 comments:
semoga ketabahan itu milik mereka untukk hari ini, esok dan selamanya
kte pn xdpt thn sebak tgk ayah arwah menangis..
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..
semoga mereka smua tabah dgn dugaan dari Allah..
sesunggahnya org yang tabah dan sabar itu besar ganjarannya..:)
Post a Comment