Berganjak ke usia 24...
Apa perasaan Mia agaknya?
Sejujurnya,
Mia sudah bersedia dengan usia ini sejak tahun lepas lagi.
Masa usia Mia 23, Mia selalu ingat yang usia Mia 24 tahun.
Pernah juga Mia tersilap wish birthday kawan Mia dengan mengatakan
selamat hari jadi yang ke-24 padahal umurnya masih lagi 23.
Tengok,
betapa Mia terasa bahawa usia ini makin cepat berjalan.
Pejam celik-pejam celik,
nampaknya itulah hakikatnya.
Tahun ini usia Mia bakal ke angka 24 tahun.
Kalau dulu Mia senang-senang panggil orang 'akak' dan 'mak cik',
nampaknya bersesuaian dengan usia sekarang,
Mia kenalah guna panggilan 'adik' dan 'kakak' pada diorang pula.
Kalau nak bayar kat Tesko,
5 tahun dulu boleh la akak-akak cashier kat kaunter sana panggil Mia 'adik'.
Sekarang, diorang sume dah up-kan panggilan Mia kepada 'akak'.
Nampak sangat Mia dah jadi wanita dewasa.
Well,
apa nak buat?
Mia tak kisah pun.
Malah, Mia sangat sedar akan 'ketuaan' diri ini saban tahun.
Mujurlah uban saja yang segan nak tumbuh lagi.
Kalau tak,
Mia pasti rasa diri ini macam mak cik-mak cik pula.
Alahai,
Mia hampir-hampir terlupa la pula!
Memang Mia dah terang tang-tang-tang jadi mak cik pun!
Gelaran Mak Jang,
itulah yang kedua-dua anak saudara Mia harus panggil sekarang.
Gelarang mama pula?
AyooYo..
Itu takmau pikir lagi.
Takmau pikir-pikir sakitkan kepala ibarat nak buat assigemnt action research.
Trademark Mia
"Kalau ada jodoh adalah, kalau takde doa pada Allah, mudah-mudahan ada."
Yang penting jangan pening-pening kepala, loyakan tengkuk atau sakitkan perut.
Dalam dunia nie bukan itu je matlamatnya.
Jodoh itu mungkin satu perkara daripada 1001 perkara lain dalam hidup Mia.
By da way,
selaras dengan peningkatan usia yang bakal ke angka-24,
Mia harus pikir macam mana nak jadi wanita dewasa,
bertindak seperti orang dewasa,
berfikir seperti wanita dewasa,
bergaya seperti wanita dewasa
dan
apa-apa saja berkaitan dengan wanita dewasa.
Wah-wah-wah..
tinggi menggunung betul impian Mia nie!
Biarlah impian itu segah usaha yang dilakukan,
baru dapat hasilnya.
Betul tak?
(^____________^)
T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A
No comments:
Post a Comment