Suasasana sunyi membuatkan mood untuk menulis itu ada.
Minda sekarang makin jelas tentang apa yang ingin disampaikan.
Salam a'alaik. Salam sejahtera.
Juga selamat pagi,
(ya, jam dah bergerak ke angka satu-lima-dua).
Bermulanya minggu kedua di bulan Januari di tahun 2010.
Baru saja 2 post yang sempat Mia titipkan di sini.
Bila masa sibuk mula datang, memang tak sempat nak pandang.
Lalu, terlepas pandang kadang kala.
Biasalah, masa mula B.E.R.T.U.K.A.R.
Bahkan tahun juga B.E.R.T.U.K.A.R.
Jadi, Mia juga perlu B.E.R.T.U.K.A.R.
Tahun ini dan semester ini juga menuntut Mia agar sentiasa
B.E.R.T.U.K.A.R
cara, corak dan tingkah laku sendiri.
Mia mahu B.E.R.T.U.K.A.R menjadi:
"lebih matang, lebih cepat, lebih bijaksana dan lebih berfikir
tentang hidup, diri dan persekitaran Mia."
Hidup Mia hampir menjangkau 24 tahun,
siapa tahu macam-macam boleh berlaku.
Moga-moga Mia dapat manfaatkan umur ini
untuk mempelajari tentang orang di sekeliling Mia,
lebih mengenali kualiti diri sendiri,
berusaha mencapai kecemerlangan diri,
menjadi kebanggaan ibu bapa,
juga
menjadi sebahagian hamba-Nya yang bertaqwa.
Amin.
Aktiviti Mia sekarang adalah belajar untuk menyediakan proposal untuk kajian tindakan.
Meskipun dengarnya macam mudah,
sebenarnya banyak benda yang nak kena tengok juga.
Due date 21 Februari 2010.
Jadi,
memang masa agak terhad juga untuk Mia
berfoya-foya. bermain-main.
It's time to change.
Hopefully,
kata-kata ini boleh mengkaunselingkan diri Mia di saat ini.
"Nak berjaya kena ikut contoh orang yang sudah berjaya."
By da way, good luck for me.
Takde apa yang Mia harapkan selain dapat bergraduate tahun nie
sebagai hadiah buat mak abah Mia.
Jadi inilah langkah pertamanya.
Langkah pertama akan menentukan langkah seterusnya.
Biarlah jatuh tergolek dahulu sebelum teguh berdiri.
Time to C.H.A.N.G.E.
Masa untuk B.E.R.T.U.K.A.R.
Wassalam.
T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A
No comments:
Post a Comment