Jan 31, 2011

Istimewakan mereka?

'A Picture Speaks More Than A Thousand Words'


That's how i feel.
That's how i think.
...
Bila tengok pic nie, Mia rasa sayu.
Macam rasa satu kesunyian bila tengok pic nie lama-lama.
Tiba-tiba terbit rasa rindu !
ooOhoo..tak tahu!
Tapi itulah yang Mia rasa sekarang.
Tengok pic nie pula!


Pic nie pula buat Mia merenungkan masa depan.
Masa selepas tamat belajar tanpa diorang lagi.
Macam tak percaya yang Mia dah bersama dengan diorang sume almost 5 year.
Inilah dia muka-muka yang Mia menghadap saban tahun.
Muka-muka yang mengajar Mia 1000 rasa!
Gembira.suka.sedih.nangis.benci.geram.duka.lara,
silih berganti,
sume kerana diorang juga.
HaaHaa..
Bila ingat balik perkara-perkara lepas,
rasanya  perkara-perkara macam itulah yang 
mewarna-warnikan lagi hidup Mia dia IPG.
Memang susah nak gambarkan perasaan ini,
sebab macam-macam ada.
"Rindu".
yEs!
This is how i feel just now.
Itu yang Mia rasa sekarang.
Rindu nak belajar dalam kelas bersama-sama,
tengok gelagat diorang yang suka kacau orang,
tengok macam-macam gaya tido mereka..
hahaaa..
diorang memang lucu sangat!
Malah, diorang juga semakin matang.
Betul!
Berbalik kepada zaman foundation Julai 2006,
Mia rasa diorang betul-betul macam budak-budak.
Bagi Mia, 
diorang tak mature masa tu dan 
langsung tak care tentang perasaan orang.
Malah, diorang suka buat onar dalam kelas
sampai naik menyampah.
Paling geram bila rasa diorang suka bully girls dalam kelas.
Masa tu Mia rasa geram dan betul-betul geram dengan perangai diorang.
Sampai klo buat kerja group, 
memang Mia nak elakkan jadi ahli kumpulan diorang.
Pastu diorang suka treat Mia dengan girls yang lain macam lelaki.
Kadang-kadang (selalu sangat) sesuka hati je cakap kasar sampai hati ini
rasa terguris berdarah dan bernanah juga.
(Wahh..dahsyat betul ayat-ayat nie kan?)
=)

Tahun 2011,
diorang dah tak macam dulu lagi.
Tambah-tambah lagi sejak perginya sorang teman sekelas kami,
Mia rasa mungkin masing-masing sudah mula saling menghargai satu sama lain.
Setakat ini semua kelas bersama diorang sangat happening, sangat best.
Klo terasa apa-apa pun, memang tak simpan dalam hati dah.
Biar je..juz pikir diorang bergurau je.


Itulah kelas kami.kelas Mia.kelas T4SN2.
6 girls & 11 boys.
"Istimewakan kelas Mia?"
Ya, 
mereka sangat istimewa pada Mia.


T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Jan 30, 2011

Apa keBendanyer Supra tu?!

Tak tahu la sama ada Mia nie ketinggalan zaman ke, 
ketinggalan purba ke..
atau apa-apa saja yang jenis ketinggalan..

Bila my little bro bagitau Mia yang dia  'pau' duit akak dia yang sorang lagi 
juz nak beli Supra,
dalam otak Mia berkata:
"Apa kebendayer si Supra nie??"
Mia tertanya-tanya.
Setelah diberitahu oleh my little bro,
OooOOO..baru tahu..!
Rupanya Si Supra tu spesis footwear yeee..
Hah..cemgini rupanyer!


 Supra footwear little brsikit-sikit lebih kurang camgini r.
Cuma Supra footwearnyer lebih dominan warna merah terang.
'Ibarat kasut Santa Clause plak Mia rasa.'
HaaHaa!

"Ko pakai ke kasut camginie?"
Bukan Mia saja tanya, malah my mom, my dad dengan sibling lain 
sume tanya soalan yang sama.
Kitaorang mestilah pelik coz takkan la nak pakai Supra kat Pekan Kuala Nerang.
Kalau nak melawa sorang-sorang kat Alor Setar tu,
tak kisah la.

Pastu kitaorang wat lawak dengan my little bro,
 cakap kat dia, 
"..pasni kasut tak boleh nak letak kat luar rumah r, takut orang curi.
Kasut berharga Rm200 tu boleh simpan tido.
Klo bawak pergi masjid, kena simpan dalam guni.
Karang tak kusyuk sembahyang, takut orang curi pulak!"

Mia try Supra tu.
Rasa 
Lucu. Lawak.Geli hati. Tergelak!
HaaHaa.
Macam kasut Santa Clause!





T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Jan 29, 2011

I'm Home!

i'm home.
Rasa best sangat kalau tak pikir pasal kerja masa cuti.
Aman gila rasanya. 
Tapi Mia tak nafikan kepentingan assignment yang diberi sebab
tanpa keje-keje nie, mana Mia nak grad kan!
Betul x?..betul kan!
Hari nie hari Sabtu.
Best giler lagi dapat shopping pekan Sabtu a.k.a pekan nat.
Shoping tudung.Shopping makanan.Shopping mata.
HaaHaaa!
Mia rasa x rugi pon shopping tudung kat sini
sebab murah, banyak pilihan, 
dan tak payah bazir.
Mesti pakai punya tudung-tudung nie masa praktikum nanti.
Suka..suka..suka!
Pasti dapat temankan sis Mia beli barang-barang dia.
Lagipun bukan selalu Mia nak pergi shopping dengan dia.
Nie la baru rasa betul-betul beli barang dengan sis Mia yang sorang nie.
Memang awesome r today!
Tambah-tambah lagi 2 orang sis akan balik arinie.
Syok. Best.Happy.Senyum. Enjoy!
Happy holiday sume!
Pss:
'Jangan bazir-bazir elaun tau! Jangan hujung sem jadi sengkek plak!'


T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Jan 28, 2011

Awesome!

EDU class was soo enjoyable today.
Thank you to Dr.Khoo for the special give.
I'm appreciate it.
To all my friend,
thank you for giving me a big smile. a big laugh.
You are awesome.
You are enjoyable.
HaaHaa.


+ Happy Holiday
+ Happy Proposal
+ Happy Practicum


'Friends at school are big and small.'
'Friends at school are best of all!'

'My friend is nice.We like to play.'
'We play together every day.'
'We laugh and cry, and laugh again.'
'Because, you see, we're
Friends
Friends
Friends!'


T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Jan 27, 2011

C+??

“Accept the pain and get ready for success!”


Pagi tadi  Mia dah dapat transkrip exam.
Mulanya pasrah, pastu tengok 1 subjek ada C+.
Okay, memang buat Mia terkejut.
Kalau subjek major dapat camtu, rasanya Mia tak terasa sangat,
sebab semester lepas, Mia pun rasa tak buat yang terbaik dalam subjek major.

Malangnya C+ tu  bukan untuk subjek major.
Bila check dengan rakan sekelas, mostly dapat A to B+.
Diri ini dapat C+ untuk subjek tu.
Perasaan:
sedikit sedih dan tertanya-tanya??’
Bukan nak pertikaikan keputusan tersebut,
tetapi Mia sangat-sangat tertanya-tanya kenapa jadi macam nie?
Lagipun Mia buat kerja sekali dengan rakan-rakan lain,
amat pelik jugalah bila yang lain dapat gred okay,
tapi diri ini dapat gred tercorot.

Mujur rujuk pada tutor dan dia sendiri terkejut dengan isu gred ini.
Yalah, tutor Mia yang bagi markah,
jadi dia sendiri tahu bagaimana nak menilai diri ini.
Malah my tutur juga tunjukkan bukti hitam putih yang dia bagi
markah yang bersesuaian dengan apa yang Mia telah laksanakan.

Waa..
Mia Appreciate sangat my tutor sebab dia sangat memahami!
She’s the best cool tutor for me and my class too!’

Kalau ada tersalah key-in markah,
rasanya tak patut kot sebab kalau buat kerja elok-elok,
benda-benda camni takkan terjadi.
(Nada tak puas hati!)

Hopefully, pihak yang terbabit dapat ambil berat isu ini.
Kalau betullah diri ini layak untuk mendapat C+,
sekurang-kurangnya berilah satu penjelasan
supaya diri ini tahu kelemahan diri yang boleh diperbaiki.

Tak dapat bertukar gred pun xpe, tapi Mia nak tahu apa sebabnya isu C+ tu.
Itu saja.

Wassalam.



T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Jan 26, 2011

Penangan Khurafat!


Tindakan gila di saat-saat genting!
Itu yang Mia rasa.
Keluar petang tadi tengok citer Khurafat.
Ala..citer seram + beri keinsafan
lakonan Samsul tu!
First aku rasa bazir tengok citer tu.
Bukan sebab x best..aku boleh bagi 4 bintang over 5.
Yang bazirnya,
Mialah!
Daripada duduk tegak, pastu senget-senget sikit badan aku,
pastu dah melurut ke bawah sampai kepalaku lagi rendah daripada cushion depan.
Faham maksud Mia?
Maksudnya, Mia nie penakut.
Datang je scene gelap, cepat saja jejari Mia menutup muka.
Pastu mata pun suka-suka nak terpejam.
Munculnya scene cerah,scene siang, Mia rasa lega sangat.
Tak stress. Tak kecut perut.

HaaHaa.
Nak tergelak juga tengok aksi sendiri yang penakut tu.
Nie mungkin sebab dah lama Mia tak tengok citer seram kot.
Dulu mungkin Mia kebal sikit dengan citer-citer seram nie.
Sekarang, lemah sikit urat hati Mia sebab dah lama tak layan citer-citer camgini.
HaaHaa.
Pastu duduk pula sebelah Cik Polaris yang takde perasaan.
Dia nie memang gilakan citer-citer seram kot!
Cis..tak panggung kat Mia langsung.
Begitu fokus tengok hantu-hantu dan mayat dalam citer Khurafat tu.
Ishishishh..!
Cik Imah pula sebijik cam Mia.
Nak kata kembo takdenyer.
Keja tutup muka je!
Cik Bee ngan Otai pula keje sembang saja.
Nak cover takut r tu!
Alahai khurafat..memang buat Mia gila!
Gila takut.
Gila seram.
Gila-gila!


T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Jan 25, 2011

Troli..no, i'm not!


Bila tengok usaha orang lain  dah berjela-jela
 siapkan proposal action research, 
Mia pun rasa tercabar juga.
Sebelum nie terhegeh-hegeh Mia buat kerja,
sekarang nampaknya agak kelam kabut juga nak niyapkan drafnya.
Sekurang-kurangnya 'i have something to show and discuss with my supervisor.'
Takdelah dia je yang asyik bertanya perkembangan action research Mia.
Takdelah dia chop Mia budak pemalas.
Kena tolak baru berjalan.
Macam troli pulak.
But..i'm totally
bukan spesis troli!
'Troli..no, i'm not!'
HaaHaa.
Buktikan!
T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Jan 23, 2011

TasTe of RainBow


"If little tiny blue birds can fly over the rainbow, why can't I?"


Rainbow. Pelangi.
Hidup ini macam pelangi.
Penuh berwarna-warni.
Ada suka..ada duka.
Yang pahit dan manis, semua ada dalam hidup kita.
Macam makan gula-gula  pulak!
Sekejap manis..sekejap pahit..malah kadang-kadang ada rasa masam juga.

Dalam hidup ini, kita selalu mahukan zon yang selamat.
Zon yang elok-elok saja.
Zon yang takde cabaran.
Dalam hidup ini, kita hanya inginkan kehidupan yang manis-manis saja.
Kononnya, yang manis saja yang boleh membahagiakan kita.
Yang manis sahaja dapat menceriakan hari-hari kita.


Padahal,
kita sebenarnya terlupa bahawa yang zon yang pahit penuh duka juga  
merupakan zon terbaik yang patut kita tempuh.
Kalau dihitunglah, rasa-rasanya kita sebagai manusia nie ‘learn best’
melalui pengalaman lalu yang dikatakan ‘zone tak selamat’ itu.
Korang tak percaya?
Takpe.

Cuba tengok baby.
Walaupun, terjatuh terduduk terhantuk tersepak bucu,
Last-last sekali boleh juga baby berjalan kan.
Pastu boleh pula berlari.
Bukan ke itu salah satu contoh terbaik.
My mom ada cakap baby adalah manusia yang cekal.
'Tak pernah putus asa.'
Sebab itu baby banyak belajar.
Sebab itu baby banyak meneroka.
Sepatutnya kita yang dewasa ini ada semangat macam seorang baby kan..?

Kita selalu lupa sebenarnya yang manis itu boleh jadi yang pahit juga.
Tak percaya juga?
Takpe!
Sila baca lagi!

Persoalan pertama:
‘Kenapa wujudnya penyakit diabetes?’
Jawapannya, kuantiti gula yang banyak dalam badankan!
Persoalan kedua:
‘Apa rasanya gula?’
Jawapannya , maniskan!
Persoalan ketiga:
Korang suka ke kalau korang ada penyakit diabetes?’
Jawapannya, sah-sah taknak kan!
Nah!
Cuba baca dan pikir!

 Walaupun contoh nie bukanlah 100% tepat,
Sekurang-kurangnya ini contoh paling mudah Mia nak tonjolkan pada korang.
Maksud mudahnya,
Mia nak kita semua ingat bahawa
kita tak semestinya selamat kalau selalu memilih zone yang selamat saja!
Lagi satu,
yang pahit itu juga dapat membantu diri kita.
Tak faham??
Takpe.






Contohnya,
macam makan ubatkan!
Banyak ubat yang rasanya pahit berbanding manis.
'Kalau manis pun pasti ada rasa kelatnya kan!'
No wonder la ada orang sampai termuntah-muntah makan ubat,
sampai air mata aor hidung pun terkeluar kan!
Sebab itulah Mia nak berpesan kepada diri ini juga dah sah-sahla untuk korang juga 
bahawa dalam hidup ini kita kena pilih route.jalan yang pelbagai.
Jangan asyik nak pilih jalan selamat saja.
Jangan pilih yang manis, yang elok saja.
Sebabnya, kita kadang-kadang tak sedar,
"..jalan yang pahit itu juga
boleh membawa kita ke jalan yang benar dan selamat."


Jangan ada yang salah faham pulak dengan statement ini.
Maksud Mia, 
"..jalan yang pahit itu bukanlah jalan yang membawa kita ke arah
 membuat perkara-perkara negatif,
tetapi jalan-jalan  penuh cabaran dan berliku-liku.."
yang kita ingat akan menyusahkan kita sekiranya kita memilihnya,
padahal itulah jalan dan pilihan terbaik yang membantu kita.
Titik.


Pesanan:
"Design your life as a Taste of RainBow"
...
 SciEnce Facts! 


RainBow? 
"A rainbow is an optical and meteorological phenomenon'
" When the Sun shines onto droplets of moisture in the Earth's atmosphere and forms a spectrum of light to appear in the sky. "


T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A






Jan 21, 2011

Result Dah Keluar!

Ibarat menunggu buah durian gugur, akhirnya gugur juga si buah durian ini..
...

Haa, 
macam itulah rasanya kalau menunggu keputusan peperiksaan semester lepas.
Akhirnya terkeluar jugalah resultnya tanpa disangka-sangka.
Paling best terus dapat check melalui laman IPG sendiri.
Senangkan macam tu.
Cuma takde privacy sikit.
Result kau Mia boleh tahu, result Mia kau orang boleh tahu.
Sama-sama tahu.
'No secret anymore!'

Komen sikit Mia pasal result ko!



Pertama sekali Mia ucap alhamdulillah.
Syukur kepada Allah.
Bagi Mia pointer yang dapat ini amat bersesuaianlah dengan usaha Mia.
'Sikit usahanya, sikitlah dapat.'
'Banyak usahanya, banyaklah kutip pointer.'
'Sederhana usahanya, sederhanalah dapatnya.'
Korang pegang je konsep nie, baru takde rasa frust sangat!

Sejujurnya, Mia dengan sekecil-kecil kuman terasa frust-tak-frust sangat dengan pointer nie.
Takpelah, dengan berpegang kepada konsep kat atas tu,
Mia rasa memang sesuailah pointer tersebut dengan Mia.
Allahkan Maha Adil.
Korang rajin, korang dapatlah.
Dia-kan tak pernah sia-siakan hamba-Nya yang tekun berusaha.

Mia juga nak ucap tahniah buat 2 orang teman Mia yang pegang pointer tinggi kelas Mia semester nie.
Cik Otai dan Cik Shim.
Itulah korang, dulu suka sangat merendah-rendahkan diri klo sebut pasal result.
Sekarang, kan korang dah buktikan korang juga ada kelebihan.
"Don't underestimate yourself k!"
Jangan tak tahu pulak lepas nie korang akan tunjukkan persaingan yang sihat
 dalam kelas tau.
Itu yang best tu.
(^_^)

Kalaulah girlS SN2 baca entry nie,
Mia nak korang tau yang Mia nak sangat kita sume dapat grad dengan cemerlang tau.
Al-maklumlah, inikan tahun terakhir kita.
Biarlah susah senang kita bangun kita bersama.
Lagipun,
memang bestkan  kalau semua dapat berjayakan!
'Cuba bayangkan kita semua pakai topi dan jubah grad,
pastu dapat terima ijazah di atas pentas.
Ada pula ibubapa yang tengok di bawah sana,
kita pula siap pegang berjambak-jambak bunga dan hadiah,
pastu kita sama-sama bergambar dengan topi yang dilambung ke udara.
Wah..wah..wah..!
Mia dah mula berangan.
Macam dalam drama pulak!
Tapi pasti best kan..!

'Walaupun impian itu nampak jauh lagi, tapi terasa semakin hampirkan?'



T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A




Manusia Memang Berbeza.Tak sama.

Manusia Memang Berbeza.Tak sama.
...
Kadang-kadang Mia terfikir pasal diri sendiri
dan Mia tanya diri Mia:

"Kenapa Mia tak sama macam orang lain?"
"Kenapa Mia tak peramah macam orang lain?"
"Kenapa Mia tak reti nak bagi respon macam mereka?"
"Kenapa Mia tak tahu nak beinteraksi dengan mereka padahal mereka 
bukan orang asing pun?"
"Kenapa Mia rasa canggung bila buat kerja kumpulan dengan diorang?"
"Mia nie makhluk asing ke?"


Bila korang sume baca persoalan berikut, rasanya korang pun boleh pikir macam mana 
perilaku spesis manusia macam Mia kan?

'Pendiam. Berat mulut.Kera sumbang. Katak di bawah tempurung.'
Apa lagi yaa?
Hmm..macam.. 
'kura-kura dalam cengkerang!'
'Itik tenggelam tak timbul.'
'Kucing kehilangan anak.'
Apa-apa saja seumpamanya.

Realitinya Mia memang berbeza dengan korang sume.
Sangat-sangat dan sangat berbeza!
Genetik sudah tentu!
Pengaruh persekitaran lagilah!
Latar belakang Mia tidak dapat dinafikan!

Itulah sebabnya Mia tak sama macam korang sume yang begitu ramah-tamah
dan riang macam kanak-kanak Ribena.

Ada masa-masa tertentu Mia boleh menjadi begitu ramah-tamah
sampai roomate Mia cakap Mia macam bertih jagung.
'Non-stop talking!'
Bila Mia rasa tak selesa, rasa canggung, rasa pelik,
maka Mia lebih banyak diamkan diri daripada bercakap dengan orang tersebut.
Mia akan lebih banyak mendengar atau tersenyum saja.
Hanya lihat dan dengar saja macam mana orang bercakap dan berinteraksi.
"..???.."
Kalau mencelah pun sikit-sikit macam kuman saja.

Bila hati Mia rasa tak selesa, Mia akan kata pada diri Mia:
"Diam lebih baik daripada berkata-kata."
Mia cakap macam tu pun sebab Mia takut tersalah cakap
atau respon Mia bagi tak sesuai dengan apa yang orang cakap.
Sebab itulah mulut Mia akan dikunci saja.
Cara ini juga sebenarnya bukanlah cara terbaik,
tetapi itu secara automatik terjadi pada diri Mia.
Mia sendiri pun pelik!


Mia cuba juga memperbaiki kelemahan diri yang satu ini.
Kadang-kadang Mia tengok cermin dan praktis cakap sorang diri.
Walaupun sedikit nampak macam orang tak betul,
tetapi hasilnya agak berkesan. 



Siapa yang tak terfikirkan tentang tanggapan orang lain pada diri sendirikan..?
Mia sendiri pun fikir.
Yalah, mana Mia tahu  tanggapan orang tentang diri Miakan..
Kat belakang macam-macam orang boleh cakap..

Kata-kata hati Mia:
'Mia mungkin spesis pendiam, tetapi tak bermakna Mia spesis sombong.'
'Dalam 10 orang manusia, mungkin Mia 1 daripada mereka yang ada sifat istimewa ini.'
'Manusia Memang Berbeza.Tak sama.'
'Jika sikap ini buat kamu tidak selesa, Mia mohon maaf yaa!'

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A