Nov 19, 2011

Kala Bosan

Salam sume. Hye..hye..hye!

Gatal tangan.
Capai Olympus capture pic dia nie.
Edit sana.
Edit sini.
Buang lubang-lubang deman campak.
Buang parut degil.
Buang eyebag.
Adjust warna sket.
Hasilnya.







Selitkan sikit lirik lagu terbaru blog aku nie..


Sedapkan lagunya...


Mikha Tamboyang - Cinta Pertama

Ku tak tau
Mengapa aku malu
Setiap aku tau dia didekatku


Aku susah
Bila dia tak ada
Tak ingin jauh ku darinya


 
Ada rasa
Yang tak biasa
Yang mulai kurasa yang entah kenapa



Mungkinkah
Ini pertanda
Aku jatuh cinta
Cintaku yang pertama



Tuhan tolong berikan isyarat
Semoga ada jawaban atas doaku
Gelisah aku mendambakan cinta
Yang indah tanpa air mata

Nov 18, 2011

Pre-graduation Dinner PISMP Ambilan Januari 2008.

Salam sume. Hye..hye..hye!

Selasa.
14 November 2011.
Pre-graduation Dinner PISMP Ambilan Januari 2008.
Hotel Berjaya, Penang.









Bertolak bukan kemain awal. Pukul lima lebih.
Alih-alih sampai pukul 7.10 malam.
Pukul 7.30 nak kena ready dah.
Langsung sembahyang dan make-up mana yang sempat.

Nampak semua bergaya glamour malam tu.
Semua cantik. Semua handsome.
Sayang,
susah nak cari putera yang single.
Haha..gurau aje.

Pertama kali pakai kasut bertumit 2 inci.
Hai…baru 2 inci tapi rasa macam Tyra Bank sebab tinggi
dari orang lain yang pakai kasut 4 inci.

Masa persembahan.
Baru aje nak ambil lauk best.
Tak sempat sebab kena tukar baju untuk persembahan.
Haish…sempat cekau 2 lauk aje.
Perut lapar gila.
Tapi tak sempat nak sumbat ape-ape.

Persembahan bermula.
Boleh pulak sound trouble.
Slow kot.
Mintak dia ulang balik lagu Bollywood.
Pasang 2 speaker bagi kuat sikit.
Terus gelek tak hinggat dunia.
Haa..kena tipu lagi.

Boleh plak masa menari ada si penggelek sampingan.
Datang tanpa diundng.
Tapi, terima kasih.
Takut kempunan tak dapat naik pentas sama.
Aiks…jangan marah.
Gurau aje.

Makan time.
Aiks..baru nak sumbat nasi semua busy amek gambar plak.
Baru cekau piring nak angkat kek sedap.
Tak jadi makan lagi sebab takut takde gambar plak.
Bergambar dengan pensyarah tersayang.
Terus balun kek tak hinggat dunia.
Haa..tipu lagi.

Makan beberapa potong je.
10 potong kek bersaiz kuib.
Tapi, lekat celah gigi aje.
‘I want more food!’

Mata nampak spagetti.
Berlagak orang putih plak.
Tengok staf hotel masak.
Senang giler kot.
Campak sesuka hati aje.
Dapat spagetti senyum kemain.
Terus duduk tengok apa yang kurang dengan spaggetti nie.
Ceshh…boleh lak lupa amek kuahnyer.
Tapi, aku bantai gak spaggetti kering tu sebab takmau perut terus merayu minta makanan.
Nak kata sedap tipula sebab memang aku tak boleh blah dengan spagetti.
Entahla…perut setia selera melayu kot!

Menghampiri penamat.
Pukul 11 malam dah kena tinggalkan hotel.
Wah…macam Cinderella.
Sudah berubah jadi gadis biasa.

Nov 17, 2011

Kalau sebut pelajar Sains ..... "Wahhh...hebatnyerrrrrrrrrrrrr"

Salam sume. Hye..hye..hye


Jamuan perpisahan dengan pensyarah dan staf Jabatan Sains.
Sedih. Itu apa aku rasa. 
Korang aku tak tahu la...









5 tahun setengah diorang didik aku di IPG nie.
Betulkan mana yang salah,
marahkan mana yang silap,
dan tegurkan apa yang kurang.


Pensyarah jabatan Sains di IPG aku memang hebat.
Pada aku kerja diorang top.
Sebab tu student diorang pun macam tu.
Hehehe.


Eii...bukan aku reka cerita tau..ini kenyataan.
Sebab tu aku dengan budak-budak Sains lain selalu buat kerja lebih dan teruk
berbanding bebudak course lain
Kerja kitaorang bukan boleh main redah aja.
Kena buat betul-betul.
Kena ikut spesifikasi yang pensyarah Sains tetapkan.
Kalau masuk awal semester je,
awal-awal lagi sudah ada taklimat dengan kerja kursus yang lengkap.
Kalau buat seminar,
kena anjurkan macam seminar antarabangsa.
Walaupun ada yang cakap pensyarah-pensyarah Sains jabatan aku 
cerewet, banyak songeh,
tapi itulah yang mahalnya dapat jadi anak didik diorang.


Kalau sebut pelajar Sains ..... "Wahhh...hebatnyerrrrrrrrrrrrr"


Itu apa aku rasa.


Buat Pn. Zainab, tutor tersayang,
cikgu baik sangat walaupun cikgu dapat kelas saya yang banyak karenah. 
Maaf kalau saya dengan kawan-kawan ada buat salah silap pada cikgu.Tapi memang banyak pon.
Maaf juga sebab tak pernah sambut besday cikgu selama 5 tahun lebih berada di sini.
Maaf sebab tak pandai tunjuk kasih sayang macam kelas satu lagi buat dekat tutor diorang.
Maaf atas semuanya, cikgu.


Pn. Norizan,
walau pun dulu sume orang takut, menyampah, meluat dengan cikgu,
saya takde rasa macam tu pon.
Saya paling suka cara cikgu handle kelas saya dulu.
Saya suka cikgu appreciate kerja saya.
Saya suka bila cikgu percaya saya boleh buat kerja.
Pendek kata saya kagum dengan cikgu.
Terima kasih.


Cik Juriah,
dulu boys kelas saya suka buli cikgu sebab cikgu pensyarah baru lagi.
Masa tu cikgu tak garang langsung.
Bila nak semester seterusnya, cikgu jadi garang.
Diorang pun dah tak berani nak main-mainkan cikgu lagi. Takut kena sembur.
Cikgu memang best dan sempoi.
Cikgu suka tegur saya dengan kawan-kawan. Saya suka sangat.
Saya takkan lupa wajah cikgu bila cikgu marah orang yang masuk lambat dalam kelas...
wah..kecil-kecil sepedas cili api!



Dr. Yeoh,
saya pandai fizik sebab Dr. Yeoh bagi motivasi pada saya.
Dr. tahu saya suka kraftangan, 
sebab tu Dr. suruh saya join kelas kraftangan yang dia buat dengan junior.
Sayang sebab saya sibuk dengan tesis masa tu.
Dr.Yeoh tepuk bahu saya lepas perasmian seminar diadakan.
 Saya bersyukur.


Dr. Parvinder,
semua cakap Dr. jenis psyco orang.
Saya tak lupa soalan Dr. dulu...
"Burung kentut ke tak??"
Hahaaa...saya rasa semua tak lupa tentang soalan itu.
Masa wat tesis, Dr. paling best.
Masa anjur seminar, Dr. paling banyak marah, tegur, nasihat dan ingatkan saya.
Sebar Dr.pilih saya jadi pengerusi seminar,
itulah pengalaman berharga saya dapat di IPG ini.
Terima kasih Dr.P.


Cikgu Azilina.
Cikgu paling cantik di Jabatan Sains.
Dulu saya tak kenal sangat cikgu macam mana.
Bila cikgu selia saya untuk praktikum 2 dan 3,
wahh..cikgu sangat sempoi orangnya.
Cikgu tak kedekut nak bagi idea kat saya suruh buat aktiviti best masa praktikum dulu.
Sebab ada cikgu, saya tak takut nak hadapi praktikum.
Terima kasih.


Pn. Hariton,
saya rasa cikgu paling cool antara semua pensyarah di jabatan Sains.
Cikgulah yang boleh masuk dengan boys kelas saya.
Sebab ada cikgu dengan cik Zuraini,
budak-budak Sains dapat merasa kajian lapangan di Kuala Lumpur, Pahang, dan Perak.
Saya akan ingat pesanan cikgu:
"Duit gaji, bagi mak merasa dulu. Jangan kawin awal sangat......"
Saya sayang cikgu.


Cikgu Mior,
saya takkan lupa kata-kata cikgu.
"Pengerusi macam terputus urat senyum"..
Hahaa...
Saya tak sangka cikgu nangis tadi.
Wah...cikgu sayang kitaorang rupanya!


Pn. Haliza,
terima kasih sebab jadi pensyarah paling peramah dan 
tak pernah lupa untuk tegur saya dengan rakan-rakan.
Saya harap semua pensyarah akan ramah-tamah macam cikgu jugak! 


Madam Tan,
saya tak sempat jumpa madam masa hari terakhir madam di sini.
Walaupun madam takde di sini,
saya tetap hargai jasa dan nasihat madam masa bantu saya buat tesis hari tu.
Saya memang tak dapat nak balas budi madam yang sangat banyak tu.
Berjuta-juta terima kasih.

Buat Cik Zuraini, Madam Yew, Cikgu Faridah, Cikgu Zawiyah, Cikgu Abdul Rahman, Cikgu Anuar,
dan staf-staf jabatan Sains, Kak Roshan (sekarang dah pindah ke jabatan lain..x best nyer)
kakak-kakak dan abang-abang yang pernah tolong sediakan peralatan eksperimen dan pinjaman alatan Sains
untuk saya dan kawan-kawan.
Terima kasih semuanya.


Moga jabatan Sains IPGKPP terus cemerlang!
Yeyeeeeeeeeee!


Nov 13, 2011

Segmen Kongsi Gambar Orang Cantik

S E G M E N  K O N G S I  G A M B A R  O R A N G  C A N T I K
Sekali Seminggu


Kongsi gambar orang cantik.
Semua orang suka tengok orang lawa.
Aku juga.
Kadang-kadang mata aku tengok orang tu lawa. Tapi ada orang yang cakap tak cantik pun.
Takpa. 
Mata orang memang lain-lain.
Asal aku nampak cantik, aku akan letak dalam segmen nie.


Gambar bertuah 1: Seohyun SNSD

Sumber goggle

Apa pendapat korang?

Teringin nak wat benda nie......idea apa pepagi nie??

Salam pagi.
Awal aku bangun yee..
Opss..silap.
Aku mana tidur lagi.
Tetiba datang idea nak tulis benda nie.

"Apa benda aku tiba-tiba teringin nak cuba?"

1. 
Main roller coaster.


Aku sangat-sangat teringin nak rasa pengalaman main benda nie 
dan menjerit sampai nak tercabut urat leher dan muntah hijau.
Mesti best kan.


2. 
Ice skating/roller blade


Aku suka tempat sejuk.
Tapi aku tak pernah lagi jejak tempat yang ada musim sejuk. Ada salji.
Bukan aje tempat salji betul, yang artifial pun aku tak pernah jejak.
Paling sejuk setakat nie kat Cameron Highland aje.
Kesiankan?
So, aku rasa mesti best kan kalau dapat main ice skating.
Meluncur di tempat sejuk...hmm...syoknya kalau ada peluang!
Sayangnya,
 aku tak pernah tahu macam mana nak main benda nie..sobsobsob!
Meh sini klo ada sesiapa yang boleh ajar aku...
please..please!!


3. 
Berenang.

Rasanya dah lama aku tak main air. 
Tak terjun sungai. Tak buat kuak lentang dalam air.
Ala..aku tipu aje. 
Aku tahu main air tapi langsung tak pandai terjun,
 tak pandai berenang dan tak pandai selam pun.
Asal air sampai leher aje,
aku rasa tak boleh bernafas.
Jadi, aku sangat jeles bila tengok orang pandai berenang.


Agaknya bila aku boleh buat semua benda nie??? 


Sumpah aku teringin sangat nak wat aktiviti-aktiviti nie...
sumpah best dan rasa boleh hilang sume stress!



Nov 12, 2011

Kerja cikgu rasanya lagi ramai wanita yang beratur nak wat laki kot!

Semalam ada jugak aku baca status sorang cikgu muda nie.
Tengah promote dirinya yang masih single dan berharap ada orang sudi berkenalan dengannya.
Lucu jugak sebab dia pulak seorang lelaki.

Zaman sekarang kalau perempuan masih single memang tidak pelik.
Tapi kalau lelaki masih single dan sedang promote dirinya memang agak pelik juga bagi aku.
Sebabnya,
lelaki sekarang beruntung.
Banyak pilihan.
Sebab itu ada yang bersenang-lenang kumpul 'spare part'
sebab nak pilih yang terbaik.


"Kerja cikgu...rasanya lagi ramai wanita yang beratur nak wat laki kot!"

Jadi aku memang guling-guling gelak bila baca status dia.

Buat lelaki-lelaki sekalian,
korang makhluk beruntung.
Untung-untung korang pun, 
koranglah kalifah yang punya banyak tanggungjawab.
Memandangkan spesies korang makin pupus berbanding perempuan,
(itu apa yang orang cakap sekarang la...)
aku harap korang jadilah antara lelaki berkualiti di antara lelaki yang terbaik.
Kalau korang terbaik,
perempuan pun sanggup jadi bini keempat korang tau!
Oppss..isu sensitif nie.
Maaf-maaf.



Just nak share pic nie.
Pic kembar hensem.

"Untungnya emak bapa korang ye dapat anak kembar hensem cam korang nih!"





'Even orang cakap aku pakai tudung labuh pun boleh join tarian...'

Hari ini hari Sabtu.
Esok Ahad.
Lusa Isnin.
Tandanya exam final paper sudah dekat.
Bersediakah aku?

Kongsi pic..first time try pakai selendang...susah jugak ye bebelit sana sini.
Menyampah!

Jangan tanya.
Final year buat aku malas nak ambil exam.
Tapi bukan tandanya aku tak peduli.
Gila kalau aku tak buat yang terbaik final nie.
Nak mapus kalau aku tak lepas exam nie.
Jangan cari nahas kay!
Anyway aku selalu cuba lawan kemalasan aku.
Kawal buka muka buku. Kawal blogging.
Hari nie saja tak betul sikit layan bebenda nie.
Oh ya!
Nak bagitau.
Sekarang juga aku busy berlatih tarian Bollywood.
Masih menyempatkan kau ya, mia??!
Final dinner punya pasal.
Sanggup pergi pinjam costume bebudak India malam tadi.
2 malam mengerang sakit kaki..sakit lutut sebab 
tergedik-gedik menari dua malam berturut-turut.
Tak sedar jam mencecah angka 3 pagi.
Mujur jumpa geng-geng sporting.
Thank you semua.
Sebab korang latihan kita jadi best sangat.
Paling lawak ada yang cakap orang macam aku pun join tarian.
Anyway.
Aku pun jenis pemalu. 
Tak pernah tunjuk bakat menari kat orang. 
Muka aku pun bukan jenis muka tebal.
Aku pun takut terlupa step tarian.
Tapi sebab aku nak enjoy final year lah, aku nak wat sesuatu.
Sebab tu aku join tarian.

'Even orang cakap aku pakai tudung labuh pun boleh join tarian...'
(hmm..takdelah labuh sangat tapi insyaallah masih labuh tutup dada).

Sekarang juga kengkawan aku semua asyik sibuk prepare pakaian glamour untuk dinner.
Sakan yek korang?

Aku?

Aku suka gaya simple tapi manis.
Lagipun aku bukan spesis glamour sangat dan tak pandai nak bergaya glamour sangat.
Apa pun kita kena bersederhana.
Senang cakap nak jimat duit dari beli baju mahal-mahal!
HuHuHuuu!
Aku risau sebab tak pandai make-up!
Hopefully nanti ada orang baik hati tolong make-upkan aku.
Macam make-up Irma Hasmie.




Sweet sangat kalau boleh make-up macam dia.
Ngeh..ngeh..ngeh..
Mood berangan.
Tolonglah..!







Nov 3, 2011

Bahaya bila mata kita tidak nampak kelemahan dan kekurangan diri.

'Pagi masih indah biarpun petang tetap berhujan walaupun sekejap saja.
Malam penuh kedinginan hingga pagi berembun sejuk.'



Aku tertarik dengan kata-kata adik aku yang berusia 16 tahun.


"Jangan tengok kelemahan orang lain, Kak Teh."


Itu tegurannya pada aku tidak lama dulu.
Kadang-kadang aku rasa kata-katanya lagi matang daripada aku yang berusia 24 tahun ini.


Kita memang suka melihat kelemahan orang lain.
Aku juga macam tu.
Mereka juga begitu.
Pendek kata sebagai manusia, kita memang macam tu.


Mata kita, hati kita, perbuatan kita
hanya tahu menilai kelemahan orang lain.
Kita saja yang hebat sampai kita tidak nampak kelemahan diri kita sendiri.


Itu bahaya.
Bahaya bila mata kita tidak nampak kelemahan dan kekurangan diri.
Bahaya bila kita perasan kita saja yang hebat.


Melihat kelemahan orang lain pada aku sama sahaja seperti memandang rendah orang lain.
Sebagai manusia,
kita tidak layak memandang rendah orang lain.
Sebab itu bukan hak kita.


Sepatutnya,
bila tengok kelemahan orang lain, kita jadi insaf.
Bila tengok kekurangan orang lain, kita berusaha mentalbiah diri sendiri,
melihat apa yang kurang dalam diri kita dan berusaha memperbaiki kekurangan tersebut.


Itu lagi baik, bukan?
Berbanding kita hanya tahu bercakap dan mengadu domba tentang kekurangan orang lain.
Itu tidak baik.


Terima kasih sis.
Kata-kata kau insyaallah aku pegang sampai bila-bila.







Pss: 'Maaf jika aku pernah melakukan kesilapan ini pada kamu.'

Nov 2, 2011

Gatal tangan!

Mood exam datang lagi.
Duit hujung-hujung ciput je.
Tapi apa aku buat?

Aku beli buku nie.
Haha..masuk exam ke kak?
Cukup ke duit kak?

Entah.
Gatal tangan nak beli.
Asal ada 3 buah.
1 bagi pinjam Miz Otai jap.
Bagi dia try dulu.







Tak sabar nak buat benda nie.
Tak sabar nak wat duit.

Nov 1, 2011

Tips Penulisan Tesis

Hye..hye..hye!
Pagi yang indah..pagi yang ceria.

Semalam sudah dapat tesis, hari nie nak kena serah dah.

Amboi...!
Tak dapat nak berdating sikit dengan tesis sendiri,
dah ada orang nak amek.

Takpela.
Bila tengok tesis,
terkenang saat bersusah payah dulu.
Boleh bergenang air mata tau.

Buat aku terfikir-fikir nak amek master nanti.
Sanggupkah aku mengharungi detik-detik seperti membuat tesis peringkat ijazah nie?

Huishhhhhhhh!

So, 
memandangkan aku masih dalam mood 'tesis' lagi,
mari sini baca tips yang aku nak kasi kat korang kalau nak wat tesis.

'Even tesis aku takde la baik sangat (baik la..sebab aku buat sendiri tau!).'


Tip 1:

Masa buat proposal tesis tu, sila buat betul-betul.
Kalau ko buat main redah je proposal,
 nanti ko jugak yang pening kepala masa nak tulis laporan tesis.
Silap-silap kajian ko tak jadi atau ditolak oleh supervisor.
Masa tu meraung weii...menangis air mata darah kot!


Tip 2:

Bila kau kutip data,
elok sangat kalau ko boleh guna banyak instrumen kajian.
Instrumen kajian tu apa?
Itu alat ko guna nak kutip data la.
Macam ko jalankan temu bual, buat ujian, buat pemerhatian, rakam video dan bla..bla..bla..
Nanti semua data yang ko kutip boleh bantu ko tulis laporan kajian ko
panjang-panjang, tepat dan boleh dipercayai.


Tip 3:

Bila dah kutip data,
ko kena tau la nak tulis laporan macam manakan.
Masa tu ko kena la rajin berkolaberasi, sharing, jumpa, tanya 
supervisor, pensyarah, dan kawan-kawan ko.
Klo ko jadi katak di bawah tempurung, emas berketul dalam mulut,
alamatnya penulisan laporan ko tak jalan la.


Tip 4:

Bila sudah mula tulis laporan kajian,
aku sarankan ko buat sikit-sikit tapi berterusan.
Sehari ko tulis 2-3 ayat pun takpe tapi jangan stop.
Itu lagi bagus daripada ko buat banyak-banyak...stop beberapa minggu dan nak sambung balik.
Bila ko amalkan cara slow and steady nie,
nanti ko sendiri pun terkejut,

"Eh..bila masa aku wat tesis sampai tebal macam nie??"


Tip 5:

Jangan kedekut.
Nie ko takut kertas ko habis, ink habis,
ko antar draf sikit je kat supervisor ko untuk disemak.
Macam aku,
aku agak bazir jugak kertas sebab nak antar draf kat supervisor.
Hasilnya,
bila dapat draf akhir, semua mistake, wrong typing sume mendaalah tu
dah takde.
Itu le..kena rajin hantar draf kat supervisor tau!
Jangan kedekut kertas nak print kerja ko tau.

Tip 6:

Bila laporan dah siap,
ko mesti nak jilid tesis ko.
Mesti ko nak print beberapa copy kan.
Ini tip penting aku nak ingatkan korang.
Bila nak pilih kedai printing, kedai photocopy, 
sila pilih kedai yang dah biasa jilid tesis, dah biasa printing tesis.
Bukan yang biasa-biasa saja
Klo nak produk tesis ko elok, tak cacat, sila dengar nasihat aku nie.


Cuba bayangkan,
sebelum ko pergi jilid tesis,
ko punyalah berusaha bersungguh-sungguh sediakan master copy yang perfect,
alih-alih produk tesis ko dapat CACAT!

Tak ke ko sakit hati?

Macam aku juga la.

Tesis aku 80% perfect..

10 peratus aku tolak sebab masa dia photostat master copy, 
bleh plak lekat line kat bawah buku tu..
Hasilnya..buku aku cacat sikit sebab 
kejap korang jumpa line..kejap takde...jumpa balik..
STRESS tau!


Lagi 10 % aku tolak sebab error mind map aku buat boleh lak tak nampak.
Aku kena ikut guna bold pen plak.
STRESS tul!