Nov 1, 2010

Z.A.R.A 4


Titik-titik hujan mula jatuh satu-persatu ke lantai bumi. 
Rumput-rampai dan tumbuh tumbuhan lain kelihatan semakin menghijau selepas disimbahi titisan air hujan.
Kabus-kabus mula meyeliputi bukit-bukau di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Panglima.
Yusman yang ketiduran tadi mula tersedar apabila terasa air hangat mengalir ke pipinya.
Dia tahu dia menangis.
Diusapnya air mata itu perlahan-lahan.
Kenangan masa lalu menerjah di ruang mimpinya.
Hatinya pedih saat terkenangkan arwah bapanya.
Yusman sayang ayahnya.
Sampai sekarang kasih sayang ayahnya masih bersisa dan langsung tak luput 
walaupun usianya makin berganjak dewasa.
Namun, Yusman akur. 
Takdir menentukan hayat bapanya tidak lama.
Yusman juga bersyukur kerana wanita yang menyebabkan bapanya maut juga sudah tiada.
'Ya, tuhan itu Maha Adil,' ucap hatinya.
Nasib bapanya terbalas dengan kematian wanita itu setahun yang lalu.
Yusman tersenyum puas.
Air hujan yang makin mencurah di celahan daun pokok Teja mula 
membasahi dirinya yang tersandar di batang  pokok itu.
Sisa air mata yang berbaki diusapnya lagi.
Yusman memandang jam ditangannya yang menunjukkan pukul 3 petang.
Kawasan sekolah pula sudah lengang kerana hampir kesemua pelajar-pelajar sesi pagi telah pulang ke rumah.
Yusman bangun perlahan-lahan lantas meninggalkan kawasan padang rumput tersebut.
.......



Tidak jauh daripada tempat Yusman berada, tanpa dia sedari, rupa-rupanya tingkah laku dan perlakuannya sedang diperhatikan oleh seorang gadis yang sedang berpayung tidak jauh dari situ.
Gadis berambut ikal mayang melangkaui paras bahu itu agak kehairanan 
kerana dia melihat Yusman yang berseorangan ketiduran di bawah pokok. 
Malah,lelaki itu juga kelihatan menangis dan tersenyum di dalam hujan.
Di fikiran gadis itu, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena mengenai Yusman.
'Gilakah dia?' 
Ujur hatinya lalu segera meninggalkan tempat tersebut. 
Gadis itu tidak mahu kehadirannya disedari oleh Yusman.






No comments: