Nov 22, 2010

Selebriti Plastik.Bukan Real

"Selebriti Plastik.Bukan Real"




Wahh..gempak tak tajuk kali nie?
Haahaaaa...
Jangan salah sangka pulak.
Mia bukan mahu gosip.
Lagi pun ini bukan melodi.
Bukan juga hipTV tau.
Mia sesaja nak kongsi dimensi baru dunia Mia bila Mia mata Mia nie
terbuka luas melihat realiti selebriti plastik.Bukan real.
Fokus Mia tentulah kepada selebriti korea yang kebanyakannya adalah 
P.L.A.S.T.I.K!
P.L.A.S.T.I.K!
P.L.A.S.T.I.K!




Sejak beberapa minggu yang lalu,
 Mia rajin juga surf internet baca perkembangan artis korea 
(ini tak bermanfaat..OK! Jangan pandai-pandai nak tiru..K! Debushhh kang!).

Nak dijadikan cerita, masa tu Mia sedang syok-syok download pic artis korea,
terkeluar la picture before and after pic artis-artis korea yang buat plastic surgery nie.
Mia ingat tak ramai selebriti korea yang buat bedah plastik nie, rupanya tersangat-sangat la ramai.
'Patutla muka lawa, hidung mancung comel dan mata besar gedabak!'

Hmm..
Lepas tu Mia ada terbaca dalam satu website tentang plastic surgery,
dan kata-kata si website tersebut yang menarik hati Mia ialah:
"Persaingan dunia hiburan menyebabkan kebanyakan selebriti korea melakukan pembedahan plastik untuk tampil cantik dan menarik.."
Ok. 
Kenyataan ini tidak dapat dinafikan.




Cuba bayangkan kalau ada 1 orang yang berbakat tetapi x menarik,
 nak bersaing dengan 1000 orang berbakat yang tampil cantik hasil pembedahan plastik 
wahh..
tentulah yang 1 tu orang tak nampak.
Betul tak?

Jadi tak pelik la klo selebriti-selebriti korea sukakan pembedahan plastik 
untuk mencantikkan wajah dan tubuh mereka.
Hmm..




Daripada sumber-sumber yang Mia baca,
 Mia boleh buat kesimpulan bahawa:
"..amat tidak pelik melihat orang korea membuat pembedahan plastik.."
"..amat juga tidak pelik jika Mia lihat muka diorang sepesen je.."
"..muka bujur, hidung mancung cantik comel, mata lip lap..lip lap.."



Itu semua bukan real.Itu plastik saja.

Baru-baru nie pun dalam surat khabar Berita Harian, 
ada satu artikal tentang pembedahan plastik di Korea.
'Remaja-remaja di sana belajar bertungkus-lumus untuk cemerlang dalam pembelajaran 
dan sebagai ganjarannya,
 ibu bapa diorang sanggup benarkan anak-anak diorang 
buat pembedahan plastik untuk menaikkan hidung bagi mancung dan membesarkan mata.'
Pss: 
Masa baca artikal nie, Mia dah tak hairan dah.
 Itu realiti di Korea sekarang. 
Tak tahu la klo kat Malaysia pun nak jadi macam tu.. nauzubillah..!




Sekarang mata Mia dan terbuka luas.
Kalau Mia tengok drama Korea atau video klip selebriti Korea, 
pasti Mia akan tilik muka diorang sedalam-dalamnya.
Sah..memang betul.
Selebriti Korea memang berbakat.
Tetapi..

"..diorang plastik. Bukan real."



T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

No comments: