Nov 24, 2010

Jarang Masak Vs Tak Tahu Masak

'Jarang Masak Vs  Tak Tahu Masak'


Aiseymen...
Tajuk masak-memasak pulak.
Tak boleh blah r pompuan dengan masak-masak nih!
Takde topik lain ka?

Jap!
Nie bukan nak ajar memasak tau.
Bukan juga nak kongsi tip memasak.
Klo nak masak, jangan cari aku k.
Korang kena cari..hmm..sapa r?
Bling..bling***! 
Cik Princess Pisang
Setakat nie,
Mia baru tahu dia pandai masak.
Dia "Silent Cooker"
Tak percaya?
Betul.

Kategori Mia adalah 
"jarang masak."
"Bukan tak tahu memasak."
Jadi, cuti-cuti sekolah nie merupakan satu praktis yang baik untuk Mia
 rajin-rajin turun ke dapur Mia untuk memasak.
Tambahan pula, mOmmy Mia takde, 
jadi dapur tu dah jadi dapur Mia dan Mia boleh masak
 'sesuka hati.sesuka rasa. bila-bila masa.'
Hahaahaaa..
Mia paling tak suka bila ada orang lelaki pandang rendah kat perempuan dengan mengatakan:
"Kau bukan reti memasak pon!'
atau
mengatakan
"Tengok dia..dia pandai masak. Kau mana tahu masak?"
Wahh..
Berbulu telinga Mia klo dengar orang cakap macam nieh!
Macam nak bagi penabuh dua tiga das saja buat spesis-spesis macam nih!
Memang diorang tak tahu nak membeza orang yang jarang memasak dengan yang tahu memasak!
Lain la klo diorang expert bak Chef Wan yang dah beruban semua rambut tu!
(Ohoo..dah termengumpat pulak dah! Sorry k!)
Mia dah banyak kali kena.
Klo waktu masak tak masuk dapur tu, hahaaa..jaga-jaga la.
Kena cop la sebagai wanita dalam kategori tak tahu masak.
Ciss..
Singkat betul cara pemikiran orang macam nih!
Pada pendapat Mia,
orang yang jarang masak bukan bermaksud tak tahu masak.
'Mereka cuma tak berpeluang nak memasak.'
'Diorang  juga berkemungkinan tidak suka  berkongsi dapur dengan orang lain.'
'Tak sedap makan masakan sendiri. Klo nak makan, biar rasa masakan orang lain.'
Haahaa. 
Tu reason bagi orang yang jarang memasak bagi Mia.
Jadi,
cuti nie boleh dikatakan Mia adalah penunggu dapur yang setia bersama a few sibling.
Apa yang kami suka makan, kami akan memasak bersama-sama.
Ingin Mia tegaskan bahawa Mia dan siblings adalah spesis 
kategori yang jarang masak!
Kami jarang masak tapi kami bukan tak tahu masak.
Masakan kami tak pernah lagi buat orang rasa nak 
muntah.sakit perut.
atau
 p.h.o.b.i.a
nak makan.
Kami tak seteruk itu.
Untuk capai tahap expert, mungkin tidak 
sebab mana ada orang yang paling expert dalam semua hal. 

Mia pun masih belajar memasak.
Masih membeli buku-buku resepi untuk belajar memasak.
Dan tentunya Mia suka tengok orang memasak untuk belajar memasak.
Pada pendapat Mia, 
memasak nie macam study.
Klo nak berjaya kena rajin buat. Macam buat ulangkaji.
Baru pandai.
Mana ada orang lahir-lahir pandai memasak.
Jangan nak tipu la ngan Mia!
Haahaa.
The end of this entry, mia nak tegaskan:
"Jangan senang-senang nak labelkan orang nie tak tahu masak. Tak expert masak."
(Kalau korang pun tak tahu masak!)

Lagi baik klo cakap:
"Takpe tak tahu masak. Biar saya ajar macam mana nak masak."
(Klo korang expert hal masak-memasak nih!)

Mia lebih suka orang macam nih.
Dia tahu respect orang.



T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

No comments: