Nov 24, 2010

Citer Zaman Dulu

Jangan pelik bila Mia rajin menulis entri hari-hari.
Hahahaa.
Sekadar sesaja dan sesuka saja.
Kan Mia dah bagitau dulu lagi:
I l.o.v.e writing ok!
Bila dah tersuka nak menulis tu, tulis saja kan. 
Buat pe nak tahan-tahan.
Klo ada orang baca. Untung.
Klo takde orang baca. Takpe.
Sebab Mia sendiri akan baca entri Mia.
Hahahaaa.
Berbalik kepada tujuan utama entri kali nie,
Mia nak bagitau yang Mia bila dah tua-tua nie teringin sangat-sangat 
nak tengok beberapa citer yang Mia pernah tengok masa kecik-kecik dulu.
Citer zaman sekolah rendah. Citer zaman sekolah menengah.
Wahh, mesti beshkan..kan..kan..!

Semalam Mia ada tengok citer 
'Casper'
Ala citer hantu putih yang cute tu!
Citer Casper tu citer tahun 1995.
Citer yang Mia tengok masa sekolah rendah dulu.
Citer yang buat Mia tergila-gilakan hantu putih cute tu!


Pastu Mia teringin juga nak tengok citer 
'Edward The Scissorhand'
Citer nie sangat-sangat best dan bagi impak yang besar masa Mia kecik-kecik dulu.
Mia suka sangat watak Edward dengan tangan gunting yang tajam-tajam 
dan watak heroin yang cantik tu.
Citer nie pada Mia adalah sebuah citer yang sedih!
Mia pun baru tahu yang citer nie diterbitkan pada tahun 1990.
Mak oiii..lamanya!
Wah..tandanya Mia makin bertambah usia!
Iyakkksss!


Pastu korang pernah tengok tak citer
'Hook'
Ala, nie citer famous la masa time Mia kecik-kecik dulu.
Hook diterbitkan pada tahun 1991.
Hmm, dah lama juga kan!
Citer nie citer Peterpan la.
Hook tu adalah watak jahat dalam citer Peterpen.
Citer nie serious best.
Masa tu Robin William handsome lagi.
Dia jadi Peter Pan.
Yesh! Best giler citer nih!

Lagi satu citer zaman Mia kecik-kecik dulu adalah
'Fantaghiro'
Heroin perempuan yang menyamar jadi lelaki.
Wah..suka sangat citer mengarut-karut nie.
Masa Mia kecik-kecik dulu, Mia suka giler tengok wajah Fantaghiro.
Dia cantik.
Cantik sangat.
Sampai sekarang pun Mia boleh ingat lagi macam mana muka dia.
Jangan tak tahu bahawa citer nie pun diterbitkan pada tahun 1991.
Ahh..zaman Mia sekolah rendah dulOO.
Dah lama dah!


Wahahaaa..
Mia nak tengok citer-citer nie lagi.
Citer omputih sekarang tak besh macam citer duloo-dulOO..

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

No comments: