Nov 26, 2010

Kamsahamida For Tagging Me

Terima kasih kepada BudakHati kerana pass award nie pada Mia.


Tapi ada pula pengerasnyerr..iaitu:
1. 
Kena senarai 7 perkara tentang diri penerima award.
2.
Kena mengeTag 10 orang untuk menerima award ini.


Ehemmm.
7 perkara tentang diri Mia yang Mia tak pernah bagitau orang lain.

1.
Mia tak suka berlakon. 
Benci..benci..benci!
2.
Mia adalah kategori perfectionist dalam kerja Mia. 
Mia tak suka kerja sememeh dan lembab!
3.
Bila potong kuku, conform akan ada satu jari yang tidak dipotong kukunya. 
Careless kan..kan..kan!
4.
Mia jarang makan sambal belacan. Muka akan gatal. Hidung akan gatal. 
Kalau boleh sume makanan yang ada belacan cuba dielakan.
Hmm..agak rugikan!
5.
Produk kecantikan yang Mia pakai sekarang adalah V.I.D.A.
kerana terpengaruh dengan roomate saya yang cantik kulitnya kerana memakai produk ini.
6.
Lappy Mia akan ada paling kurang 3 jenis software photo editor.
Senang kerja bila nak edit gambar sendiri yang tak sempOrna ..hehehe!
7.
Mia pernah terima hadiah daripada Sultan Kedah.
Hehe..bangga giler time tu!

Ok tu saja 7 perkara tentang  Mia.

Hmm..nak tag sapa ye?
Rasa macam tak layak pula sebab Mia pun dapat award nie daripada ornag lain.
Sapa-sapa yang nak amek la!

'Kamsahamida For Tagging Me'

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Nov 24, 2010

Citer Zaman Dulu

Jangan pelik bila Mia rajin menulis entri hari-hari.
Hahahaa.
Sekadar sesaja dan sesuka saja.
Kan Mia dah bagitau dulu lagi:
I l.o.v.e writing ok!
Bila dah tersuka nak menulis tu, tulis saja kan. 
Buat pe nak tahan-tahan.
Klo ada orang baca. Untung.
Klo takde orang baca. Takpe.
Sebab Mia sendiri akan baca entri Mia.
Hahahaaa.
Berbalik kepada tujuan utama entri kali nie,
Mia nak bagitau yang Mia bila dah tua-tua nie teringin sangat-sangat 
nak tengok beberapa citer yang Mia pernah tengok masa kecik-kecik dulu.
Citer zaman sekolah rendah. Citer zaman sekolah menengah.
Wahh, mesti beshkan..kan..kan..!

Semalam Mia ada tengok citer 
'Casper'
Ala citer hantu putih yang cute tu!
Citer Casper tu citer tahun 1995.
Citer yang Mia tengok masa sekolah rendah dulu.
Citer yang buat Mia tergila-gilakan hantu putih cute tu!


Pastu Mia teringin juga nak tengok citer 
'Edward The Scissorhand'
Citer nie sangat-sangat best dan bagi impak yang besar masa Mia kecik-kecik dulu.
Mia suka sangat watak Edward dengan tangan gunting yang tajam-tajam 
dan watak heroin yang cantik tu.
Citer nie pada Mia adalah sebuah citer yang sedih!
Mia pun baru tahu yang citer nie diterbitkan pada tahun 1990.
Mak oiii..lamanya!
Wah..tandanya Mia makin bertambah usia!
Iyakkksss!


Pastu korang pernah tengok tak citer
'Hook'
Ala, nie citer famous la masa time Mia kecik-kecik dulu.
Hook diterbitkan pada tahun 1991.
Hmm, dah lama juga kan!
Citer nie citer Peterpan la.
Hook tu adalah watak jahat dalam citer Peterpen.
Citer nie serious best.
Masa tu Robin William handsome lagi.
Dia jadi Peter Pan.
Yesh! Best giler citer nih!

Lagi satu citer zaman Mia kecik-kecik dulu adalah
'Fantaghiro'
Heroin perempuan yang menyamar jadi lelaki.
Wah..suka sangat citer mengarut-karut nie.
Masa Mia kecik-kecik dulu, Mia suka giler tengok wajah Fantaghiro.
Dia cantik.
Cantik sangat.
Sampai sekarang pun Mia boleh ingat lagi macam mana muka dia.
Jangan tak tahu bahawa citer nie pun diterbitkan pada tahun 1991.
Ahh..zaman Mia sekolah rendah dulOO.
Dah lama dah!


Wahahaaa..
Mia nak tengok citer-citer nie lagi.
Citer omputih sekarang tak besh macam citer duloo-dulOO..

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Jarang Masak Vs Tak Tahu Masak

'Jarang Masak Vs  Tak Tahu Masak'


Aiseymen...
Tajuk masak-memasak pulak.
Tak boleh blah r pompuan dengan masak-masak nih!
Takde topik lain ka?

Jap!
Nie bukan nak ajar memasak tau.
Bukan juga nak kongsi tip memasak.
Klo nak masak, jangan cari aku k.
Korang kena cari..hmm..sapa r?
Bling..bling***! 
Cik Princess Pisang
Setakat nie,
Mia baru tahu dia pandai masak.
Dia "Silent Cooker"
Tak percaya?
Betul.

Kategori Mia adalah 
"jarang masak."
"Bukan tak tahu memasak."
Jadi, cuti-cuti sekolah nie merupakan satu praktis yang baik untuk Mia
 rajin-rajin turun ke dapur Mia untuk memasak.
Tambahan pula, mOmmy Mia takde, 
jadi dapur tu dah jadi dapur Mia dan Mia boleh masak
 'sesuka hati.sesuka rasa. bila-bila masa.'
Hahaahaaa..
Mia paling tak suka bila ada orang lelaki pandang rendah kat perempuan dengan mengatakan:
"Kau bukan reti memasak pon!'
atau
mengatakan
"Tengok dia..dia pandai masak. Kau mana tahu masak?"
Wahh..
Berbulu telinga Mia klo dengar orang cakap macam nieh!
Macam nak bagi penabuh dua tiga das saja buat spesis-spesis macam nih!
Memang diorang tak tahu nak membeza orang yang jarang memasak dengan yang tahu memasak!
Lain la klo diorang expert bak Chef Wan yang dah beruban semua rambut tu!
(Ohoo..dah termengumpat pulak dah! Sorry k!)
Mia dah banyak kali kena.
Klo waktu masak tak masuk dapur tu, hahaaa..jaga-jaga la.
Kena cop la sebagai wanita dalam kategori tak tahu masak.
Ciss..
Singkat betul cara pemikiran orang macam nih!
Pada pendapat Mia,
orang yang jarang masak bukan bermaksud tak tahu masak.
'Mereka cuma tak berpeluang nak memasak.'
'Diorang  juga berkemungkinan tidak suka  berkongsi dapur dengan orang lain.'
'Tak sedap makan masakan sendiri. Klo nak makan, biar rasa masakan orang lain.'
Haahaa. 
Tu reason bagi orang yang jarang memasak bagi Mia.
Jadi,
cuti nie boleh dikatakan Mia adalah penunggu dapur yang setia bersama a few sibling.
Apa yang kami suka makan, kami akan memasak bersama-sama.
Ingin Mia tegaskan bahawa Mia dan siblings adalah spesis 
kategori yang jarang masak!
Kami jarang masak tapi kami bukan tak tahu masak.
Masakan kami tak pernah lagi buat orang rasa nak 
muntah.sakit perut.
atau
 p.h.o.b.i.a
nak makan.
Kami tak seteruk itu.
Untuk capai tahap expert, mungkin tidak 
sebab mana ada orang yang paling expert dalam semua hal. 

Mia pun masih belajar memasak.
Masih membeli buku-buku resepi untuk belajar memasak.
Dan tentunya Mia suka tengok orang memasak untuk belajar memasak.
Pada pendapat Mia, 
memasak nie macam study.
Klo nak berjaya kena rajin buat. Macam buat ulangkaji.
Baru pandai.
Mana ada orang lahir-lahir pandai memasak.
Jangan nak tipu la ngan Mia!
Haahaa.
The end of this entry, mia nak tegaskan:
"Jangan senang-senang nak labelkan orang nie tak tahu masak. Tak expert masak."
(Kalau korang pun tak tahu masak!)

Lagi baik klo cakap:
"Takpe tak tahu masak. Biar saya ajar macam mana nak masak."
(Klo korang expert hal masak-memasak nih!)

Mia lebih suka orang macam nih.
Dia tahu respect orang.



T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Nov 22, 2010

Selebriti Plastik.Bukan Real

"Selebriti Plastik.Bukan Real"




Wahh..gempak tak tajuk kali nie?
Haahaaaa...
Jangan salah sangka pulak.
Mia bukan mahu gosip.
Lagi pun ini bukan melodi.
Bukan juga hipTV tau.
Mia sesaja nak kongsi dimensi baru dunia Mia bila Mia mata Mia nie
terbuka luas melihat realiti selebriti plastik.Bukan real.
Fokus Mia tentulah kepada selebriti korea yang kebanyakannya adalah 
P.L.A.S.T.I.K!
P.L.A.S.T.I.K!
P.L.A.S.T.I.K!




Sejak beberapa minggu yang lalu,
 Mia rajin juga surf internet baca perkembangan artis korea 
(ini tak bermanfaat..OK! Jangan pandai-pandai nak tiru..K! Debushhh kang!).

Nak dijadikan cerita, masa tu Mia sedang syok-syok download pic artis korea,
terkeluar la picture before and after pic artis-artis korea yang buat plastic surgery nie.
Mia ingat tak ramai selebriti korea yang buat bedah plastik nie, rupanya tersangat-sangat la ramai.
'Patutla muka lawa, hidung mancung comel dan mata besar gedabak!'

Hmm..
Lepas tu Mia ada terbaca dalam satu website tentang plastic surgery,
dan kata-kata si website tersebut yang menarik hati Mia ialah:
"Persaingan dunia hiburan menyebabkan kebanyakan selebriti korea melakukan pembedahan plastik untuk tampil cantik dan menarik.."
Ok. 
Kenyataan ini tidak dapat dinafikan.




Cuba bayangkan kalau ada 1 orang yang berbakat tetapi x menarik,
 nak bersaing dengan 1000 orang berbakat yang tampil cantik hasil pembedahan plastik 
wahh..
tentulah yang 1 tu orang tak nampak.
Betul tak?

Jadi tak pelik la klo selebriti-selebriti korea sukakan pembedahan plastik 
untuk mencantikkan wajah dan tubuh mereka.
Hmm..




Daripada sumber-sumber yang Mia baca,
 Mia boleh buat kesimpulan bahawa:
"..amat tidak pelik melihat orang korea membuat pembedahan plastik.."
"..amat juga tidak pelik jika Mia lihat muka diorang sepesen je.."
"..muka bujur, hidung mancung cantik comel, mata lip lap..lip lap.."



Itu semua bukan real.Itu plastik saja.

Baru-baru nie pun dalam surat khabar Berita Harian, 
ada satu artikal tentang pembedahan plastik di Korea.
'Remaja-remaja di sana belajar bertungkus-lumus untuk cemerlang dalam pembelajaran 
dan sebagai ganjarannya,
 ibu bapa diorang sanggup benarkan anak-anak diorang 
buat pembedahan plastik untuk menaikkan hidung bagi mancung dan membesarkan mata.'
Pss: 
Masa baca artikal nie, Mia dah tak hairan dah.
 Itu realiti di Korea sekarang. 
Tak tahu la klo kat Malaysia pun nak jadi macam tu.. nauzubillah..!




Sekarang mata Mia dan terbuka luas.
Kalau Mia tengok drama Korea atau video klip selebriti Korea, 
pasti Mia akan tilik muka diorang sedalam-dalamnya.
Sah..memang betul.
Selebriti Korea memang berbakat.
Tetapi..

"..diorang plastik. Bukan real."



T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Nov 20, 2010

This Is The Way Mia Control Her Stress

Manusia normal pasti saja ada perasaan bosan, stress, sedih dan putus asa.
Tapi yang membezakan perasaan negatif di antara manusia adalah bagaimana kita cuba mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya.
Betulkan kata-kata ini?
......


Mia juga manusia biasa. 
Mia juga ada perasaan:
"..marah, stress, sedih dan putus asa."
Bila semua perasaan negatif ini wujud dalam diri Mia, Mia akan jadi:
"..tersaaaanngggat murung,
rasa hidup nie macam meaningless..down.
Kurung diri dalam bilik, menangis menangis dan menangis sampai mata pun tak boleh nak buka.
Langsung tak makan dan automatik terasa diri ini macam zombi bertulang rangka 
yang berpenyakit anoreksia nervosa!"
Heeeee...
Teruk..teruk!

Jadi macam mana Mia atasi masalah kemurungan Mia ini?

Hmmm..
Selalunya, masa berkurung dalam bilik, Mia akan cari alternatif untuk menceriakan diri Mia.
Macam mana?

"Kalau ada lappy, Mia akan tengok cerita dan dengar lagu puas-puas sampai 
tertido untuk melupakan masalah yang Mia hadapi.
Klo ada buku pula, Mia akan baca sampai habis 
termasuk kulit-kulit buku sekali."

Paling penting"
"..bila masuk waktu solat, jangan tak solat."
"Stress macam mana pun, kena solat jugak!"

Bila ingat Tuhan, baru hati rasa tenang sikit.
Lagi satu,
"..waktu solat dan doa tu, haaaa...nangis la banyak-banyak time tu."
Pohon Allah ringankan masalah yang dihadapi.
Pohon Allah banyak-banyak beri kesabaran dalam diri.
Pastu, 
bila diri dah relax sikit, baru Mia boleh berfikir dengan positif.
Baru nak nampak sebenarnya apa yang berlaku ada hikmah tersendiri.
Lagipun, itu baru saja ujian kecil, bukannya yang besar-besar.
Klo yang kecil dah macam tu, maunya ujian yang besar-besar dah tak tau nak buat apa.
Tapi yang penting, 
apa-apa saja masalah kita, mengadu pada Tuhan.
"Jangan lupa solat!Jangan lupa solat!Jangan lupa solat!"
(ok..3x Mia tegaskan!)
"Jangan lupa baca Al-Quran juga."
Klo dua benda penting nie Mia tak buat, 
haahaaa..
tah-tah dah lama dah masuk paper
"..ada yang bunuh diri ke..lompat sungai...terjun jambatan Pulau Pinang.."
Nauzubillah..
Mintak dijauhkan semua benda-benda buruk tu berlaku pada diri Mia.
Amin.

"See..this is the ways how i control my stress!"


And Mia can s.m.i.l.e. again!

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Nov 19, 2010

H.E taught M.E


"1 mistake he made..."
" why we need to forget 1000 good things he made to us?"
......


The lesson in the past taught me to be a better person in the future.
See how he taugh me...


'He taught me to be a p.a.t.i.e.n.t person'
'He taught me to be a l.o.y.a.l girl'
'He taught me not be a p.l.a.y.f.u.l '
'He taught me to be the b.e.s.t before I can get the b.e.s.t'

'He taught M.E to be i.n.d.e.p.e.n.d.e.n.t woman'
'Knowing him..before and after'
'He taught me soo many thing.'
'He also taught M.E to think
 l.o.g.i.c.a.l.l.y
p.o.s.i.t.i.v.e.and m.a.t.u.r.e..'
'He taught M.E e.v.e.r.y.t.h.i.n.g'

He said:
"Don't be soo W.E.A.K because of ME."


'Between Love & Friendship
He taught me to appreciate  
F.R.I.E.N.D.S.H.I.P.'

Then,

I c.h.o.o.s.e Friendship

Friendship always there for M.E
Always l.i.s.t.e.n to what i say


He is a f.o.r.e.v.e.r friend
He taught me everything.



T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Nov 10, 2010

Hobi: Cerita Lappy


Malam ini bulan masih berbentuk sabit.
 Tak percaya??
Buktinya,
 Lihatlah awan. Tenunglah bintang.
Maka kau akan dapat jawapannya.


Kejayaan 1 minggu tidak menulis post-post baru.
Mia sangat B.A.N.G.G.A dengan diri ini.
Namun, ia bukan bermaksud Mia L.U.P.A.kan BlogSaya.
Tak pernah pun.
Paling K.U.R.A.N.G sehari pasti sekali Mia akan cuba menjenguk BlogSaya.
Sekadar melihat post-post baru B.L.O.G.s yang Mia followed.
Mia tak pernah M.I.S.S satu pun.
Tak percaya??
Tak apa.
(X__X)

Kembali ke dunia nyata. 
Dunia Mia.
Sekarang Mia ada 1 misi lagi yang masih belum selesai.
Exam Mia. 
1 paper minor pada minggu depan.
Semalam dan pagi tadi dah selesai exam 2 paper major.

Bagi pendapat sket:
"Spot H.A.M.P.EH.tapi takpe sebab A.L.T.E.R.N.A.T.I.V.E framework Mia lagi besh!"

Jadi, malam nie Mia nak relax-relax kejap. Nak relax sel-sel otak. Nak relax muscle tangan.
Tak nak.tak mau S.T.R.E.S.S-stress dan nak layan blog kejap.
Dan Mia dengan S.U.K.A.C.I.T.A.nya nak khabokan:
"Mia sangat-sangat tak sabar nak balik rumah minggu depan!'
Yesh.yesh!
Okay.
Jangan terover excited sangat.
Attention: 'Abaikan keseronokan Mia ini.'

Memandangkan Mia tengah relax sekarang (kejap saja ok!),
Mia sesaja gatal tangan nak kongsi apa benda yang ada kat kepala Mia sekarang.
Nak tahu?
Hmmm, 
Klo korang tak nak amek tahu pun Mia masih nak bagitau 
sebab klo tak bagitau korang sekarang, sudah tentu korang langsung tak tahu kan!
Ok. 
Dalam otak Mia nie, Mia tengah arrange apa jenis cerita yang Mia nak layan
lepas E.X.A.M. dan masa C.U.T.I nie.
Baaanyaaakkkk sangat cerita yang Mia nak tengok. 

Kat bawah ini adalah cerita-cerita & drama-drama yang dah ada dalam senarai otak Mia.
Jom tengok!

.1.
You're Beautiful (2009)

Cerita Korea paling best. 
Rating Mia: 5/5
Mia dah tengok lebih 5 kali.

Tapi dah lama tak tengok. 
Jadi, nak tengok lagi nanti.
Mia Watak hero paling syok.



.2.
Autumn Concerto (2010)
Cerita Taiwan dengan 1000 perasaan.
Rating Mia: 4/5
Mia suka suara heroin yang lembut giler 
dan watak anaknya yang comel sesangat tu!
Betul!



.3.
Sassy Girl Chun Hyang (2005)
Cerita Korea yang sweet sangat.
Rating Mia: 4/5
Dulu tengok kat tv. 5 tahun lepas.
Sekarang tengok balik.
Baru layan sampai episode 6/17.




.4.
Shinning Inheritance (2009)
Cerita korea lagi.
Cerita bertemakan kekeluargaan yang best.
Rating Mia: 5/5
Mungkin cuti nie pecah rekod  ketiga waktu cuti nanti kot.



Itu saja cerita-cerita & drama-drama yang otak Mia dah set nak tengok cuti nanti.
Walaupun hobi Mia nie memang tak patut diamalkan,
tapi Mia sarankan:
"klo korang rasa tak elok jangan ikut ok!"
Tepuk dada sendiri.
Tanya hati.
Sekian.

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A