Oct 27, 2013

KAD KAWIN KITA

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Moga sihat dalam rahmat-Nya. Amin.


Menunggu hari bahagia. Lagi sebulan. Hmm...perasaan aku? 


Ok..sejujurnya aku tak rasa begitu berdebar lagi. Cuma sekarang agak pening nak memastikan semua benda yang dirancang, ditempah siap dalam waktunya. Semestinya aku mahu majlis yang sempurna. Namun, aku cuma merancang, Allah yang menentukannya.


Aku bukan jenis yang TOO MUCH PICKY. Dulu iyala, jenis yang PERFECTIONIST kalau bab kerja, sekarang dah slow sikit, tapi aku tetap mahukan majlis yang lancar, pernuh berkah, tetamu yang datang dapat makan dengan selesa dan pulang dengan gembira dan mendoakan kebahagiaan aku dengan pasangan. Dan apa aku rasa sama dengan apa ma rasa. Alhamdulillah, bab kenduri, bab khemah, ma dengan abah tolong uruskan. Aku letak sepenuh kepercayaan pada ma dan abah uruskan bab yang satu itu. Orang tua-tuakan pandai bab-bab nak pilih lauk kenduri kendara, berapa khemah nak pasang dan bla..bla..bla. Yang nyata, kenduri kali ini buat catering. Aku pilih benda yang memudahkan aku dan keluarga aku serta tetamu lain. Bukan sombong taknak bina semangat muhibah dengan buat kenduri pakatan orang kampung, tapi macam aku fikir, sekarang aku nak pilih yang mudah sahaja. Paling penting, ma tak pening-pening kepala uruskan kenduri aku November ini. Last decision: CATERING.


Berbalik perihal kad kawin.=D 


Tadaaa...nak cakap kad kawin aku sudah siap Isnin lalu. 




Syukur En.Tunang uruskan semuanya seperti yang aku cerita dalam entry lalu bagaimana tunang aku uruskan kad kahwin sorang-sorang. Hehe. Cerita bab kad kawin ni...macam-macam juga la halnya. Mula-mula En.Tunang suruh aku ikut housemate aku survey kat kad kawin kat Klang. Aku pun dengan tidak berperasaan ikut je la sebab masa tu baru bulan 5-6 macam tu. Langsung tak fikir nak tempah kad. Aku ikut housemate ke Sijangkang. Okay juga kadnya, cuma bila tengok harga paling murah dapat kad cantik adalah RM0.50. Hmm...rasanya boleh survey lagi dapat yang murah. Seorang kawan sekolah mencadangkan aku buat kad kat Contena In Klang. Tapi nak cari masa En. Tunang datang Klang agak susah sebab terikat dengan kerja dan jauh jugak. Bila cerita kat En. Tunang, dia cakap dia nak ikut kawan dia tempah kad kat Damansara. Ingat lagi bersemangat En. Tunang hantar beberapa contoh kad kawin suruh aku pilih. Akhirnya, sama-sama pakat pilih kad kawin yang SIMPLE, senang tetamu nak rujuk dan paling penting MURAH. Kos kad kami RM0.29 sen sebab ambil 1000 keping termasuk banting 3 keping. Bahagilah kad tu half aku dengan dia. 


Cerita paling hot pasal kad. Malam Isnin tu, En.Tunang call. Baru saja aku nak buka mulut tanya pasal kad kawin,  dia dengan rasa bersalah boleh cakap nak tempah kad kawin kat tempat lain. Katanya, kad lambat, bila call takde respon. Kawannya dah tempah kat tempat lain pun dah dapat. Hmmm...aku mula la berdebar. Dah nak masuk bulan 11 tak siap kad lagi.! Macam-macam aku tanya tunang. 


"Ish...sempat ke nak tempah lain?"
" Mak dengan kawan-kawan sekolah dah tanya pasal kad."
"Kan tempah kat tempat lain tak sempat nak siap macam mana?"

Aku hampir nak nangis kerisauan. Dah la duit dah bayar hampir semua. Adohaii...

Mujur aku tak cakap pelik-pelik kat  tunang aku. Dalam hati agak membebel-bebel juga aku. Aku pun fikir kesian jugak kat tunang sebab dah berusaha tempah kad kawin. Aku pun slow-slow cakap tak apalah, kita tempah la kat tempat lain. Mahal sikit tak apala, nak buat macam manakan? Aku pun dah redha.
Tup..tup...tunang aku boleh cakap,

"kad dah sampai la. Tadi, kat sekolah saya."

Perghhhh...nak terkeluar ja perkataan B*****G. Mujur tak terkeluar. Aku hampir-hampir nak nangis. Jahatnya tunang aku kenakan aku!! Time tu rasa nak menyinga saja dengan dia. Dia dah tergelak-gelak kat aku. Ahhh...jahat! Sungguh!




Inilah kad kawin aku dengan en.Tunang. Aku paling suka peta kad kawin ni. Sangat kemas dan cantik dan mudah difahami. Senang cerita aku suka semua laaa...pasal kad aku. Walaupun takde bling-bling, sebab dah tertera nama aku dengan en.Tunang, alhamdulillah, rasa makin kuat la perasaan kami nak kawin. Paling penting warna kad kawin adalah warna tema kenduri sebelah tunang. Hmmmm...nak jugak dia menang! Tak kisah la.

Hahahaha.

Kad kawin pun dah siap dilipat. Itu pun balik kampung ma yang tolong aku lipatkan. Ma cakap aku lipat kemas sangat sebab guna remote Astro nak bagi kertas lipat rapat-rapat. Hmm..takde la. Saja lipat siap-siap sebab kalau abah tolong lipat nanti sure herot petot kadnyer. Hehehe...sori babah! Esok aku nak pergi pejabat agama hantar borang kawin. Kalau dah lengkap, dah lepas, dah cop semua, baru comform aku nak war-warkan majlis kawin ni dan edarkan kad. Bukan apa, sebab takut borang kawin ada masalah dan tarikh kawin kena tunda...kan naya aku dengan en.tunang. Esok penentu segalanya.

Tunggu kiriman kadnya yee... 

Tata. Assalamualaikum.

Ikhlas,

Mia Olive









Oct 19, 2013

Membina Mahligai Indah Sampai Syurga

Allah jadikan manusia ini hidupnya berpasang-pasangan. Sama ada kita suka ke tak suka ke...kalau Allah cakap dia jodoh kita, sampai hujung nyawa dialah peneman kita siang malam, susah senang. Bergaduh? Normal la...pergi la tanya orang yang berkahwin, ada ke yang tak berselisih pendapat, tak naikkan suara, tak tarik muka. Hmm...semua mesti ada. Sebabnya, kita dan dia tak sama. Kromosom XX dengan XY mana nak sama! Jadi, nak elakkan bergaduh berpanjangan, sama-sama kena mula cari titik persefahaman. Sama-sama kena belajar baik buruk pasangan masing-masing. Sama-sama kena banyak berdoa pada Allah agar rumahtangga aman harmoni dan penuh berkah. Hmm...Bercinta bagai nak rak. Bersms berlambak-lambak. Istiqarah setiap malam sebelum menerimanya. Maka, bila dah rasa dia jodoh kita, maka sama-samalah jaga jodoh yang Allah berikan.Jangan salahkan Allah beri kita jodoh yang salah. Sebabnya kita selalu dipertemukan dengan orang yang salah agar kita dapat fikir hikmahnya dan seterusnya dipertemukan dengan orang yang baik. Betul tak? Ayat ni biasa dengarkan... =)

Moga kebahagian milik kita.

Baru mukadimahnya....


Wahwahwah...rasa umur makin matang. 26 tahun. Percakapan dan tak serupa budak-budak dah. Dah rasa macam orang dewasa yang dah merasa makan garam. Hmm...pengalaman seciput. Usia tak mengira. Asal kita pernah lalui, maka kelebihan milik kita,. Setahun pengalaman jangan dipandang enteng, sebab itu membezakan saya dan awak. Kita dan dia. Dia dan kita jugak.

Lama juga mendiamkan diri sejak Ramadhan lalu. Bukan apa. Menulis ni bukan sesuka hati nak goreng aja. Kalau tak lahir dari hati, orang yang menulis pun tak rasa ada kepuasan, yang membaca sekadar melihat seimbas lalu. Iyakan?

Penghujung 2013. Maknanya semakin dekat dengan hari besar. Hmm...tapi takde la berdebar sangat. Cuma sekarang tunggu masa si lelaki tandatangan borang dan menunggu masa balik kampung untuk hantar borang nikah. Mula risau kad kawin in the process tak pasti lagi tarikh tepat nak dapat kad kawin. Hantaran masih belum buat dan semua serah aja kepada kawan sekolah tolong buatkan. Kasut pengantin belum pasang batu. Baju nikah tak jadi nak sewa sebab terlalu voke sangat dan akhirnya bertaruh nyawa buat baju nikah yang lebih simple dan boleh dipakai untuk acara lain (harap-harap la!). Shawl baru nak tempah khas. Veil lagi....bla..bla...Lagi 2 barang tak sempat nak beri kat En.Tunang sebab masing-masing sibuk la hujung tahun ni. Deepavali kot bagi kat dia. Huh! Tengah pening nak fikir rumah lepas kawin. Penghujung tahun ni makin sensitif. Banyak benda nak fikir. En.Tunang pun kadang kata ter'smash' kita kalau tersalah kata. Saya lagi la terlebih sensitif kalau terasa hati dengan En.Tunang. Sindrom bakal pengantin macam itulah. Mujur kata maaf tak lepas dan baik semula lepas tu. Masing-masing nak bina masjidkan....

Alhamdulillah..orang beruntung sebab En.Tunang yang banyak tolong settlekan bab-bab kawin ni. Barang hantaran dia yang beli dulu. Then, baru kita pulak terkedek-kedek nak beli. Borang kawin dia dah uruskan dulu, then baru turn orang nak surf borang apa nak kena isi. Pastu, kad kawin dia yang tolong tempahkan. Sebab orang percaya dia lagi pandai pilih kad kawin, so semua urusan kad kawin dia uruskan. Orang goyang kaki aja. Angguk je apa dia pilih dan komen sikit-sikit dan siap drafnya. Baju pengantin pun orang banyak tanya dia sebab dia lagi tau design terkini berbanding orang. Mula dulu ingat En. Tunang ni jenis 'picky'..hhmmm..memang la..hahahaa. Tapi beruntung juga sebab kita yang jenis tak kisah ni dijodohkan dengan orang yang sikit 'picky', then baru boleh dapat cari baju pengantin yang puas hati sikit.

Sebenarnya, kata En.Tunang kami bertunang agak lama juga. Bulan 3 sampai 11.9 bulan. Sekadar berkongsi pengalaman bertunang. Betul apa orang tua cakap. Bertunang adalah satu tempoh yang mencabar. Dugaan banyak, rindu pun banyak, cemburu banyak, gaduh banyak...semua ada. Pandai-pandailah uruskan emosi. Jadi, selalu berkomunikasi, berterus terang dan jangan simpan perasaan tak puas hati sorang-sorang. Macam saya ni jenis yang suka orang cakap terus terang. Dan En.Tunang pun rasanya dah faham dengan perangai orang.Orang pun sikit-sikit dah belajar kenal dia macam mana.Tapi itulah, fasa bertunang belum cukup untuk kita kenal pasangan kita. Lepas kawin tu lagi banyak kita nak kenal, nak belajar perangai masing-masing. Kata seorang teman, lepas kawin la perangai yang tidak disangka ada dalam diri pasangan kita. Pasangan kita pun akan rasa macam tu juga kat kita. Hmm...gerun jugak dengar. Tapi, terima semua tu sebagai nasihat. Mula belajar the truth of rumahtangga. Nak bahagia ke nak derita? Kita yang pilih.

Sekadar berkongsi perasaan sebagai seorang bakal pengantin.


Berkahwin seronok tapi tanggungjawab lepas kawin amat besar. Rumahtangga boleh menjadi penentu syurga dan neraka isteri. Isteri yang taat dan sentiasa menyenangkan hati suami dan semestinya mentaati Allah Yang Esa, pahala banyak terkumpul dan dijanjikan syurga. Mendalami ilmu rumahtangga sebelum sampai masanya amat baik. Kadang kala tertanya diri ini,

Bolehkah aku jadi isteri yang baik? 
Adakah rumahtangga yang bakal dibina penuh bahagia? 
Adakah yang indah-indah kita rasa sekarang akan terus dirasai selepas berumahtangga?
Adakah suami akan gembira mendapat aku sebagai isterinya?
Bolehkan aku memberi kebahagiaan kepada suami aku?
Adakah aku dapat melahirkan zuriat yang baik untuknya?
Bolehkan aku taat dan tak melawan suami aku?
Kalau suami nak kawin lain, aku boleh terimakah?
Adakah dia dan aku akan kekal hingga hujung nyawa? 

Too much questions around my head. Pening.

Pernah dengan seseorang berkata. Katanya lebih kurang macam ni la...

"Sebagai wanita kita harus bersyukur kerana ada lelaki yang nak jadikan kita isterinya."

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah temukan aku dengan En. Tunang. Terima kasih mak abah sebab terima En. Tunang. Terima kasih En.Tunang sebab terima diri yang banyak kurang ini. Terima kasih bakal mak En.Tunang sebab beri kebenaran En.Tunang untuk terima diri ini. Terima kasih hati sebab terbuka hati terima En. Tunang. Doa semua urusan perkahwinan kami berjalan lancar, penuh berkah.Amin.Jom sama-sama bina mahligai indah
sampai syurga.


Ikhlas,

Mia olive.




Jul 11, 2013

Diari Ramadhan

Ramadhan 2013.



Sudah 26 tahun Ramadhan menjenguk diri ini sejak dilahirkan.
Sudah masuk tahun kedua aku bekerja dan Ramadhan masih tidak jemu menemui ini.

Alhamdulillah. 

Pertama, syukur sebab aku masih berkesempatan bernafas dan merasai bulan Ramadhan. Bulan yang mana semua umat Islam berlumba membuat kebajikan. Iman yang lemah tiba-tiba meningkat menjelang Ramdhan. Itu kuasa Ramadhan melebihi bulan-bulan lain.

Ramadhan 1 : cerita si anak kecil.

"Teacher, dia cakap saya batal puasa sebab telan air liur."

Terkebel-kebil anak ini melihat aku saat kaki baru melangkah ke dalam kelas.Aku senyum. 

"Tak batal. Air liur tu dalam mulut awak. Kalau awak telan pun tak kenyang kan?? Lain la kalau awak ambil makanan atau minum, awak masukkan dalam mulut sampai rasa kenyang, itu baru batal."

Anak itu terangguk-angguk kepalanya. Maksudnya, dia sudah faham. Aku senyum. Itu penerangan guru biasa untuk memahamkan anak kecil.

Cukup cerita sekolah. 

Hari ini aku rindu ma. Sebelum berbuka, aku sempat telefon ma. Hati membuak-buak suruh telefon ma.

"Masak apa hari ni?" aju ma sejurus aku menelefonnya.

"Orang masak kat bazar ja ma," balasku.

Seronok bersembang dengan ma. Bab makanan berbuka berpuasa, air apa nak buka puasa, buah durian dan manggis kat kampung, perihal kesihatan abah dengan cerita adik-beradik. Rasa macam lama tak telefon ma, dan kesempatan yang ada aku gunakan sebaiknya.

Membayangkan diri ini bakal berkahwin tidak lama lagi ( insyaallah...doa.), entah.. aku jadi sedih. Ya Allah, aku belum cukup menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak ma. Banyak yang aku tak buat lagi untuk ma. Untuk abah. 

Sempatkah aku?

Sepanjang tarawih, aku teringat ma dengan abah kat kampung. Usia mereka yang makin lanjut, kedut-kedut pada wajah mereka, tangan yang kasar bekerja, tahap kesihatan yang menurun. 

Pendek kata, mereka sudah tua. 

Sempatkah aku?

Sepanjang doa, aku rasa sebak saat berdoa.

"Ya Allah, kasihanilah la kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi diri ini sejak aku masih kecil. Panjangkan lah usia mereka, berikan mereka kesihatan yang baik, rezeki yang baik buat mereka. Lapangkan la dada mereka, berikan la kegembiraan kepada mereka."

Ya. Aku masih belum cukup memberi kegembiraan kepada mereka.

Sempatkah aku?

Sampai saat ini, aku makin rindu ma. Rindu abah.

Entah.

Rasa nak peluk mereka.


Ramadhan 1: Apa dah buat??



1. niat puasa (dah).
2. bangun pkul 5 pg. Sempat buat tahajud sahaja.
3. bersahur dengan housemate. (makan banyak-banyak, takut lapar. Kurma tak tinggal. sebab tau boleh 
    tahan perut).
4. solat subuh (sempat buat solat sunat rawatib).
5. mengaji lebih 4 muka surat.(ingat nak cover time x boleh puasa nanti).
6. zikir (selesai smbanhyang zikir la kejap).
7. doa 
8. merenung dosa lalu (ada buat) ='(
9. solat dhuha (alhamdulillah sempat).
10.kurangkan makan masa bukak puasa (dh buat. sembahyang pun sangat selesa sebab perut tak 
     meragam).
11.tarawih (amin. masih kuat).
12.kurang msg tunang (hmm..2 kali ja. nak bersahur dengan buka puasa. call pun tak).


Apa tak patut buat tapi dah buat?..haisshhh...kurangkan tau!!



1.tutup jam 4.30 pg. (tak sempat nak buat solat sunat taubat, hajat dengan witir).
2.tidur lepas subuh..(arghh...terbuat jugak).
3.membebel kat murid (x dapat tahan marah).
4.perasaan syak wasangka...(teruk!!).
5. men fb (kurangkan).
6. baca gosip artis.(hadoi haii...sempat lagi----->beautifulnara).
5.tido lewat (ok. stop skrg n tido---->selesai update blog).









Jul 9, 2013

MISCOMMUNICATION itu normal =)

Cerita.


"Saya depan rumah awak ni!" katanya.

Aku gelabah. "Biar betul awak ni..ha..kang kena dengan saya kot!" 

Aku terus menjenguk ke luar tingkap.Tiada dia.

"Awak tipu!" Aku marah. Muka mula mencuka walaupun dia sikit pun tak nampak. 

Arghh..geramnya bila kena main macam tu.

Semalam lagi.

"Saya nampak awak kat Sogo. Saya tengok ja awak dengan kawan awak. Ada tiga orang." katanya.

"Awak tipu. Tak percaya." Aku tak endahkan dia. Tau dia tengah main-main.

Suaranya kedengaran selamba."Ye la. Awakp pakai tudung macam kelabu-kelabu sikit warnanya. Betul tak?"

Aku gigit jari. Biar betul dia ni. Dah la masa tu sedang sibuk membelek pakaian dalam kat bawah tu walaupun tidak membeli. Arghhh...kalau betul malunya...

Aku tak mengalah. " Ye ke? Saya pakai baju colour apa?" Aku tanya lagi.

Akhirnya dia diam. Akhirnya dia tergelak-gelak kecil.

"Ye la. Saya tak pergi pun."

"Awakkkkkkkkk!!"

Rasa nak debik ja budak sorang ni.

Pagi ini.

Handphone bergegar.3 gambar masuk wassup.Gambar baju kurung bermanik.

Aku senyum. Aiks...promote baju pulak.

Dia : Tgok la baju ni. Klo bkenan.Awk pki saiz apa?
Aku: Brapa hrga?
Dia : xpa la.Sy tny saiz. Ada yg bkenan x?
Aku: 38 pn bleh..40 pn muat elok.
Dia : M ke L?
Aku: L la..
Dia : hmm..sy dh agak awk L. Yg ada M ja.
Aku: xpa la. xade  xpa. Tq ingt sy.
Dia: Sy amek wrna hijau tu.Blh kot.Ok x wrna hijau?
Aku: Ok ja. Ada warna lain lg x?

Lama tunggu dia balas. Risau dia ingat aku tak suka warna pilihnya.

Dia : Ada. Tp org dh amek. Nk tgok ka?
Aku: Apa awk pilih sy trima =) tqvm
Dia : Ya la..

First rasa nak tergelak. First time lelaki berpngkat en. tunang nak bagi baju kurung kat aku. Ingat untuk buat hantaran tapi dia cakap saja nak bagi. Tersenyum lebar la aku. 

Tapi lepas itu aku mula sedar. Sebenarnya aku rasa terharu.

Entah.

Aku memang rasa terharu dengan en.tunang.

"Terima kasih sebab terima saya."






Jul 6, 2013

Apa tabiat awak ??

Tiba-tiba terbelek kuku sendiri dan ternampak kuku ibu jari kanan yang satu-satunya tidak diketip.

Alahai...selalu jadi macam tu. Careless.

Nak tahu, itu la antara perkara yang selalu aku buat. Rasanya dah jadi tabiat dah pun. Nak cakap tabiat baik pun tidak, tabiat buruk pun tidak. Hmm...yang pasti, aku tahu kalau aku ada tabiat tertentu, awak semua pun mesti adakan....kan...kan...kan.. 

Jom. Aku nak refresh apa tabiat/pelakuan/perbuatan yang ada dalam diri ini. Kalau en.tunang terbaca pun, boleh la dia berkenal-kenalan dengan tunangnya yang satu ini. (^____^)

SATU


Kalau mengetip kuku, tak tahu la kenapa aku selalu tertinggal nak mengetip salah satu kuku di jari. Kadang-kadang jari anak, tapi selalunya kuku ibu jari kanan comform terlupa nak ketip. Hai...pelikkan! Tak terasa pulak nak check satu-satu lepas ketip kuku. Careless kot...confuse!

DUA


Kalau makan nasi bungkus atau apa saja yang berbalut surat khabar atau kertas minyak atau seumpamanya, selalunya aku mesti lipas kertas bungkusan tu kemas-kemas sebelum buang. Kan setengah orang lepas makan terus saja konyotkan bungkusan tu semuakan...tapi aku tak buat macam tu. Aku mesti lipat-lipat dulu kemas-kemas sampai dapat bentuk segi tiga atau segi empat sama, kemudiaan baru buang. Dulu, tak perasan aku ada tabiat macam ini. Ada seorang kawan tegur aku suka lipat bungkusan kertas, pastu aku mula alert dan perasan... "Ya la...aku buat macam tu...".

TIGA


Kadang-kadang aku terasa nak dengar lagu kat lappy. Ambil earphone pasang kat telinga. Dah lama-lama buat kerja baru perasan...aku tak pasang lagu pon...action jewww...

EMPAT


Kalau sidai baju kat penyidai, aku biasanya akan susun baju ikut panjang dan jenis baju. Mula dengan baju t-shirt dulu, track suit dan akhir sekali baju kurung. Serabut tengok baju tak sama panjang sidai kat penyidai...adohaiii...

Okay. Cukup empat dulu. Bersambung...

Hope for miracle


Buat yang tak tahu musim kerja cikgu, sekarang kami musim sukan. Ada sekolah yang dah lama siap sukan sejak minggu lepas. Ada yang baru  nak bersukan macam sekolah kami ni. Sebut musim sukan, kali ini tahun kedua aku kena berkolaberasi dengan Kak D uruskan persembahan pompom. Bahagian mencari lagu, aku serahkan kepada Kak D. Kenapa? Sebab aku respek orang lama. Bagi dia pilih lagu, kemudiaan sama-sama bina tarian untuk persembahan murid. Tahun ini kami buat konsep Bollywood dengan English song. So bab rentak yang lemah gemalai aku serah kat Kak D, manakala aku lebih suka uruskan persembahan berbentuk aerobik untuk digandingkan dengan pergerakan Bollywood. 

Melatih murid buat persembahan bukan mudah. Kak D buat pemilihan budak. Maksudnya, budak yang dipilih adalah budak-budak yang betul-betul berminat. Sempat budak-budak yang dipilih berlatih selama 2 minggu. Namun, hari tak selalunya cerah. Tahun lepas, persembahan yang aku dengan kak D uruskan berjalan lancar. Tahun ini, kami berdepan dengan cabaran sampai buat rasa nak give-up pun ada.

Seminggu sekolah bercuti campur jerebu hari itu, latihan pompom memang tergendala. Tambah pula, buka saja sekolah ramai budak pompom tarik diri. Katanya, tarian yang dibuat nampak 'gedik'. Hmm...nama pun tarian bollywood, kalau tak gerak sana-sini, tentu la tak menarik. Keras bagai kayu!' Paling geram majoriti yang tarik diri adalah murid kelas pandai. Adohaiii...!! Puncanya ikut geng...!.

Jadi, yang tinggal murid-murid kelas belakang. It's ok. Kami tetap teruskan walaupun bilangan sebenarnya lebih 30 orang berkurang kepada 22 orang. Itu pun ada budak last minit yang nak masuk. Tak apa. Aku terima. kak D terima. Kami sanggup datang pagi dan petang latih budak-budak ni memandangkan lagi 3 hari untuk rehearsal. 

Ingat mudah nak latih murid kelas belakang?

Itu cabarannya. Mereka ada skill, tapi mereka lemah bab nak memahami arahan dan terpaksa diulang berkali-kali dan diulang setiap hari. Tak apa. Hari-aku aku dengan kak D ingat benda yang sama.

'Jangan lupa step.'
' Senyum.'
' Jangan masam muka tu.'
' Kenapa nak takut!'
' Gerakkan pompom!'
' Lompat sikit, jangan malas!!'
' Kira!'

Last sekali masa training, masih ada yang nak melompat pun tak tahu. Takpa. Ada masa. Bagi masa kat awak belajar melompat. Ajar lagi. Dengan baju-baju kurung cikgu melompat-lompat ajar awk.

Awak sorang ini pulak, senyum pun tak mau. 

"Sombong."

Aku sound budak ini. Siapa tak marah kalau hari-hari ulang benda yang sama, nak buat persembahan muka masam macam apa tah. Senyum sikit pun taknak. Geram!

Awak sorang lagi.

Cikgu dan pesan jangan menari mata pandang kaki. Pandang depan. Tengok audience. Awak cakap awak takut.

'Masyaallah....! Rupa ada, pandai menari...tapi takde self-confident!!'

Sudah ditegur tapi masih sama. Taknak berubah. Aku malas nak cakap apa dah. Aku tengok saja mereka buat persembahan. Semua yang aku tak harap terjadi terjadi. Lupa step, ada yang tak melompat, ada yang syok sendiri, ada yang menari sesuka hati. Heyyyyy....mana yang cikgu dah ajar awak semua? Ini awak bagi lepas dua minggu latihan pagi petang!

Kesimpulannya, hampa. Ahad dah hari Sukan. Kenapa masa training persembahan awak sangat okay? Sekarang bila kat padang untuk training, awak semua jadi takut, low self-confident, mula buat sesuka hati, lupa step, dah tak dengar teguran, tak rasa bersalah buat salah.

Seriously, rasa hampa. 

Tahun depan, kalau kena latih lagi, aku sudah ada pelapis. Tak mau ambil tahap 2 lagi. Nak cari murid tahun 2 dan 3 pula. Lagi dekat dengan hati. Lagi comel. Lagi senang mendengar kata.


Ok. Sebenarnya tak nak rasa hampa. Hope for miracle. Kalau sempat pagi sukan kita praktis sekali lagi. Kalau sempat kay.


Jul 3, 2013

Nak ini boleh??

Kembali admire dengan si dia setelah sekian lama tangan tak betul-betul membelainya. Betul. Lepas kehilangan si dia lama dulu, rasa nak cari kekasih hati yang baru. 
Comel sangat...!!

Awak...saya nak ini, boleh??...

Tapi, saya tau awak tak suka kucing! 
Nanti kalau saya kawin dengan awak, awak tak bagi saya bela kucing.
Tapi, saya nak satu.
 :'(


Hadiah satu kat saya. 
Nak macam kucing Hanis Zalikha.
Tidur kat sebelah teman saya. 
Bila awak takde.






Apr 21, 2013

TQ buat aku rasa penting :)

Jadi tunangan orang untuk 26 hari dan seterusnya sampailah ikatan janji termenterai dan hidup bersamanya sampai akhir hayat. Amin. Itu doa aku. Perasaan sekarang biasa-biasa saja. Usikan orang jangan nak cakap la. Banyak. Especially rakan sekolah.

"Bertunang lama mana? Jangan lama-lama sangat tau..." Nakal saja suara mereka. 
"Hmm...rajin. Sapa la yang beruntung dapat kau ni...??". Mengekek saja gelaknya. 
"Bertunang ni mencabar...". Tambah yang lain. 
"Darah manis...jaga-jaga." Peringatan pun ada. 

Pendek kata bertunang memang ada perasaan mencabar. Aku pun rasa macam tu. Iya la...kita mula rasa ada orang di sisi kita. Ada orang nak bersembang. Ada orang motivate kita. Tipu la kalau cakap takde perasaan nak jumpa tunang sendiri. Mengaku ada. Tapi cukup bersyukur sebab Allah jauhkan jarak kami. Lepas tu, hujung minggu comform masing-masing ada aktiviti sendiri yang tak sama. Bila Sabtu aku free, dia ada golf. Bila Ahad dia free, aku ada tuisyen kat masjid. Hmmm...jadi, kalau nak jumpa kena fikir 3,4...sampai 10 kali dan tujuan apa nak jumpa. Saja-saja...berseronok..suka-suka...atau ada keperluan? Semua tu kena fikir. Lagi satu, kena fikir juga keadaan tunang sendiri. Tak kesian ke dia nak drive jauh-jauh jumpa kita? Jadi apa-apa tengah jalan, diri sendiri akan susah hati. 

Bila jadi tunang orang, first belajar kenal tunang sendiri dan kenal diri sendiri untuk sesuaikan diri bila kawin nanti. Yang aku perasan, tunang aku tak suka orang gemuk. Dalam hati bila dengar...'amboiii...!'. Hahah...padahal aku suka makan banyak. Nasib la nak bebel nanti kalau aku gemuk. Pastu en.tunang memang dah cakap dari dulu lagi, dia tak suka orang tak habiskan makanan. Set! Kami sama. Pastu, en.tunang ni jenis yang banyak mendengar compare aku yang lagi banyak bercakap. Kalau call, aku tegur dia tak banyak bercakap, dia pun balas, 'dah awk call, awak la yang cakap.' Arghh...sudah. Betul la tu. Lelaki memang macam tu. Tunang aku orang kampung. Dia boleh buat keja-keja kampung. Itu kelebihan dia. Dia buat aku rasa penting. Misalnya, dulu dia nak melawat sepupu dia yang bersalin. Dia tanya aku nak kena bawa apa, nak buat macam mana. Then, bila sakit, dia tanya macam mana nak recover mulut pahit sebab sakit. Hmm...aku takde la berpengalaman sangat, tapi bila dia tanya macam tu boleh rasa macam kita diri kita penting pada dia. Tempat dia boleh rujuk. Hmm... :) suka la. 

Bertunang memang mencabar. Aku mula faham apa si akak-akak dengan si abang-abang kat sekolah kata. Hopefully, hujung tahun selesai semua benda. Kalau tak sempat hujung tahun. 

K. Itu je nak sembang.

Tahniah buat kawan semaktab yang nak kenduri bulan 5 nanti. Ramai. Harap ikut jejak mereka. Amin.





Mar 29, 2013

Sekarang, dia encik tunang saya. Saya cik tunang dia.

27.03.2013. Majlis pertunangan. 



Pendek kata langkah pertama sebelum menempah tiket jadi isteri orang. Doakan. Biarkan saya kenal orang tu, kawan dengan dia, bertunang dengan dia dan jadi isteri dia, dan tamat riwayat sebagai orang yang berbakti kepadanya. Cerita kami pendek saja. Sekadar berkongsi bagaimana kenal dia. Dia add fb saya bulan 3 tahun lepas. Itu pun sebab maksu dia kenalkan, dan maksu dia kawan kak saya. Dia cakap dia baca blog saya dan pernah chatting dengan saya, tapi dia kata saya jual mahal. Hmm...mestilah saya jual mahal. Saya tak kenal dia. Dia 25 dan saya 26. Saya nak cari orang yang mature, paling kurang sebaya saya kalau nak kawan. Sudah tentu otak saya tak fikir dia  akan wujud dalam hidup saya.  Saya approve fb dia pun sebab saya fikir dia budak maktab yang posting sama macam saya. Itu saja. Nak lebih-lebih saya tak berkenan. Gambar dia kat fb pun saya tak pernah terbuka hati nak tengok betul-betul. Dia orang asing masa tu. 

Dalam bulan 5, selalu juga dia tegur. Kalau saya rajin, saya sembang banyak sikit. Kalau malas, saya tutup chat buat kerja yang tak sudah-sudah. Kalau bersembang pun takde sentuh pun pasal bab-bab hati. Semua pasal kerja, pasal apa guru baru kena buat. Itu saja. Dalam bulan 12 tahun 2012, cuti panjangkan masa tu. Saya buka message box. Dia message saya, cakap nak kenal saya dengan serius. Hmm...jantung saya macam terhenti sekejap. Sekali baca, kata-kata dia memang bukan main-main. Kali kedua dia minta nombor saya. Dulu, pernah sekali dia mintak, tapi saya tak pernah bagi pun. Sejak tu, saya senyap sekejap. Hari-hari saya fikir, betul ke dia ni. Saya buat istiqarah sebab saya taknak salah pilih orang yang bakal jadi teman hidup saya. Entah, suatu hari saya terbuka nak bagi nombor saya kat dia. Saya cakap ini nombor mak saya, apa-apa pun kena cakap dengan mak saya dulu. Hah...comform la dia x berani nak message saya. 

Akak suruh saya ajak dia datang kenduri kakcik dengan Nadiah. Boleh la tengok orang nya macam mana. Masa hari kenduri tu memang dia datang dengan mak dengan maksu dia sekali. Dari jauh, dia dah boleh nampak saya, dan saya pun mudah je nak cam dia. Padahal, saya tak tengok pun lagi gambar-gambar dia kat fb. Memang malu jugak masa first time jumpa dan sembang dengan mak dia. Dia lagi la malu. Senyum je. Sepatah pun susah nak cakap. Sebab kawan-kawan saya datang masa tu, saya pun memang tak sempat nak sembang, layan dia dengan family dia dengan baik. Saya nampak dia nak balik, tapi saya memang tak sempat nak hantar dia balik. Hmm...sebab rasa bersalah, lepas kenduri saya call dia. First time. Saya mintak maaf dan ucap terima kasih. Dia tengah drive masa tu. Dia cakap saya bercakap laju macam kereta api. Satu butir pun tak sempat nak catchup. Haha. Saya nervous la. Sungguh. 

Lepas tu, saya mula kenal dia melalui gambar-gambar kat fb. Tengok orangnya macam mana, cara bercakap ok ke tak...semua saya tengok sampai saya ada rasa percaya dia nak kenal saya betul-betul. Tak lama lepas itu, keluarga dia datang merisik saya. Lawaknya, masa tu kak saya ambil sekeping gambar zaman belajar yang ala-ala innocent je wajah saya. Pendek kata gambar tak bergaya langsung. Haha..sampai mak saudara dia cakap.."Ni gambar zaman bila ni?". Satu malam dia tanya saya, "nama mak awak siapa? nak kenal jugak." Tak terfikir pun rupa-rupanya dia tanya sebab dia nak call mak saya, sembang dengan abah juga pasal tarikh pertunangan. Bila dia buat macam tu, saya jadi..."wah....beraninya dia!" . Ye, saya kagum dengan dia. Ingat senang orang lelaki nak cakap dengan orang tua kita, kalau dia betul-betul tak serius. 

Beberapa hari sebelum majlis pertunangan, dia personally singgah untuk jumpa parents saya. Boleh nampak muka dia agak cuak, dan risau. Saya pula tak dengar langsung apa yang ibu bapa saya sembang dengan dia. Lepas tu saya tanya dia,  "takut tak jumpa parent saya?". Saya dengar dia gelak. Katanya, "sejuk tangan. Nak tau abah awak tanya apa? Dia tanya dah sembahyang belum?". Saya terus tergelak besar dengar kata-kata dia. Saya dah agak abah akan tanya soalan itu, dan saya memang dah cakap awal-awal, kalau jumpa abah, itu soalan famous. Wajib jawab! Dua hari sudah, majlis pertunangan selesai sudah. Paling tak boleh lupa, dia tak ingat jalan rumah saya. Saya tahu, dia pun nervous macam saya. Namun, syukur alhamdulillah. Majlis pertunangan kami berjalan lancar. Sekarang, dia encik tunang saya. Saya cik tunang dia. Doakan kami dapat meneruskan langkah seterusnya tanpa ada halangan. Moga, Allah permudahkan urusan kami. Amin.




Feb 24, 2013

Terima Kasih

Lama tak update blog. Sekarang terus taip non-stop. Ye la...dah pepagi ni duk berjaga tak sedar diri. Ditemani anak-beranak jiran sebelah yang masih pot-pet bersembang tak hingat dunia. Hahah. Tapi menemani aku saat ini. Terima kasih. 

Ya, mengaku tak de feel nak update blog sebab busy sangat. Entah la...kerja banyak kot dan sampai tak sedar diri stress. Last sekali terperasan kerja membukit dan aku masih gagal nak selesaikan semuanya dengan hanya petik jari Ohoo...ada ke orang petik jari selesai semua kerja? Magician je boleh wat macam tu ! Tapi itu pun just trick. 

'Kun fa ya kun. Hanya Allah boleh buat semua itu dalam sekelip mata.'

Ting!

Terima kasih atas kurniaan cinta ini.

Semoga pengakhirannya indah.


Jan 21, 2013

A hope

Just a short note from my heart. 

I fall in love with him. Sound disgusting. Never mind. He was so brave. Slowly he get to know me and yesterday his family came to my house. So, they'll come back again on March for engagement. Now, i am preparing myself to be his fiance and a wife too. Fullstop. =D

Do you believe it. It's just a dream. Hope come true.
Hahaha.
source: fb

Jan 13, 2013

Hey LOVE 1. See the future, please!



Bila kita mula kenal seseorang, kita jadi nakal. Kita nak tahu, nak korek pasal dia in the past. Walaupun kita rasa dia mahu stay dengan kita, tapi kita cukup tak puas hati. Mulut cakap taknak ambil tahu pasal dia yang lalu, tapi masih cuba-cuba korek dia yang lalu. 

Kita memang nakal kan? Samalah seperti kita tak mahu dia tahu pasal kita yang lalu, kita jangan buat macam tu pada dia. Tahu tak salah tapi bila sengaja nak ambil tahu, it's hurting actually. Kita ingat tak kisah, padahal kita sangat kisah. 

'Aku tak macam tu, tapi dia macam tu. '  

Then, kita mula bandingkan dia dengan kita. Kita jadi cemburu, jadi ego, jadi tak suka dengan dia yang lalu. Kita terbawa-bawa ke masa kini. Sampai ada sikit rasa luka dalam hati. 

Siapa yang mencari penyakit sekarang?

 See the future, please!

Nak korek sampai ke lubang cacing?

Kita la yang rugi. Sakit hati. Bahkan, mungkin akan kehilangan dia yang kini!

Dia sedar dia silap. Cukup la.

Dia yang kini insyaallah lebih baik daripada yang dulu.

Siapa yang beruntung?

Kita.



Terasa nak ada anak sendiri...

HE gives him a love to give me his loves. 

Budak Tahun 1 sangat comel. "May i go to the toilet?" Sorang little girl yang sangat suci lagi bersih hatinya meminta kebenaran.Hidayah Salwani. Bulat mata dia pandang aku dengan rambut comel ikat tocang. Cantik melepasi bahunya. See? Baru ja ajar my pupils camne nak cakap bila nak pergi toilet, sorang dah apply dalam kelas. Sebab Teacher Atiqah cakap, "siapa tak cakap 'May I go to the toilet?' teacher tak kasi dia pergi...hahaha! Tapi bila tengok muka kanak-kanak suci bersih berkerut retak seribu, okay...lepas juga la diorang...

Paling best baru sampai sekolah, baru duduk-duduk nak buat kerja, sorang little girl yang lain pula sambil pegang ais pop ulang dua tiga kali depan bilik guru sambil sengih-sengih pandang aku. Tambah comel bila gigi depan hilang sebatang. Hahaa...balas senyum ja la. Boleh dikatakan hari-hari si comel Rabiatul Adawiyah mundar mandir depan bilik guru...iyalah meja teacher Atiqah betul-betul depan pintu...

Sejak hari pertama teacher Atiqah masuk kelas tu, nama dia la yang paling banyak teacher Atiqah sebut. "Azimmmmmmmm....!". Pastu, dia pandang dengan pandangan sayu, tapi dia buat benda yang aku tak bape berkenan macam main duit syiling, lempar botol air, sekeh kepala kawan. Mujur budak-budak. Nak marah banyak-banyak tak jadi sebab muka alahaiiii...kesian sangat. Satu hari masa program transisi, aku minta my pupils nyanyi lagu ABC sambil clapping their hand. Azim x buat pun.  Then, aku ajar macam mana nak lukis apple, book, cat and duck. Mujur i love drawing and setakat simple2 things tu... insyaallah boleh lukis. Budak memang exciting kalau teacher diorang boleh lukis. Dan paling best, aku ajar lukis guna simple shapes dan majority budak yang kita ingat tak reti melukis boleh buat. Asal nampak 4 benda tu, then aku bagi STAR besar2 kat buku diorang. Dan buat pertama kalinya si Azim panggil teacher ni datang kat dia sebab dia tak pandai buat line pakai pembaris...huhu...tersentuh jugak sebab dia mau buat kerja yang aku bagi.

Satu hari tu kena cerita pasal haiwan. Punya la fikir-fikir, last sekali teringat cerita The tortoise and the Swans. Masa cerita, siap bawa pic lagi dengan mimik muka dah macam apa tah masa cerita kat budak. Pastu, at the end of the story, kita semua tahu yang si tortoise mati sebab buka mulut sampai terlepas gigitan pada kayu masa swan bawa dia terbang. Si Iman Khadija pandang muka aku dan kata, "teacher, teacher cerita sedih sangat. Rasa nak nangis sama...". Then, i looked to other pupils. A'a la... muka diorang pun dah berkerut macam nak nangis sama. Hahhaa...then berjaya la kot cerita aku tu!

Iman Khadija memang observer terbaik la. Dua hari berturut-turut dia buat aku rasa malu, rasa nak gelak dan rasa bangga pun ada gak.Masa masuk kelas, nak kena ajar pasal kebersihan diri. Tanya budak-budak comel siapa yang datang sekolah mandi, gosok gigi, shampoo rambut semua. Pastu si Iman menambah, "teacher, saya nampak gigi teacher satu warna kuning."  Aloooo......rasa tak terjawab. Aku akui la, satu gigi kat tepi tu warnanya tak serata sangat. Tonyoh la ubat gigi cap apa pun, still tak berubah-ubah sampai rasa fed up. Tapi, nak cover tetap nak cakap takde la kuning sangat punnnn...Then terpaksa balas la, "esok pagi, teacher nak pergi la jumpa doktor gigi nak bagi cantik gigi teacher. Kamu pun kena buat macam tu jugak!". 

"Teacher, hari ni teacher nampak putih." Okay. Accept that. Ucap tqvm kat Iman Khadija. "Awak pun comel jugak." Dia senyum manis. Sangat comel orangnya.

Ada hari aku kena ajar pasal shapes. Ingat masa kena wat microteaching. Pasal shapes juga. Minta murid draw the shape in the air by moving their finger. Okay. Budak enjoy. Pastu drill diorang pasal shape. Suruh diorang bangun. Minta murid form small circle and big circle in the air. Guna tone suara yang comel ala-ala Tweety for small circle dan big tone suara ala2 Giant untuk big circle and draw shape in the air base on the size. Memang enjoy sangat-sangat dengan budak-budak. Last sekali, aku suka ajar diorang melukis. Aku pilih sponge box sebab kat diri sponce box tu ada banyak sangat shape yang budak-budak boleh tengok. 
"Teacher, tangan sponge box bukan macam tangan doremon la.." komen sorang budak kecil ni. Actually, saja nak cepat dan aku lukis tangan circle saja. Layan je la budak-budak ni...

"D for what?" tanya aku kat budak-budak tahun 1 ni. "Dog..DOG...dog!!" jerit la diorang. Pastu, aku cuba ingat macam mana rupa anjing. Bantai je aku lukis anjing yang jadi pape tu. "Tak macam dog pun..." ngomel sorang budak. Aku pun tak satisfy dengan lukisan aku. Hmmm..."tak payah la lukis anjing. Teacher ajar lukis duck. D for DUCKKKKKK. Quack..quack!!" Then, aku terpaksa buat action kepak-kepakkan tangan aku dan ubah lukisan tadi. Lukis Duck lagi mudah daripada Dog. 

Mengajar Tahap 1 lagi  sangat menarik. Malah lebih mencabar. Juga memerlukan kesabaran.

Aku jadi bersemangat bila nak masuk kelas, dari jauh lagi kanak-kanak kecil ini bersorak riang menyambut aku di pintu.

Then, mula nak kikis perasaan takut nak mengajar BI sebab memang dah mula mengajar BI pun.

Pastu, kena belajar layan mereka bak seorang ibu melayan anaknya.

Tak boleh garang sangat, tapi mesti tegas.

Buat diri terasa nak ada anak sendiri.

Teringat kata si Manny,

"Do you plan to have child this year?" Hahahah...i'm not marry yet Manny!!!

Haha.