Ramadhan 2013.
Sudah 26 tahun Ramadhan menjenguk diri ini sejak dilahirkan.
Sudah masuk tahun kedua aku bekerja dan Ramadhan masih tidak jemu menemui ini.
Alhamdulillah.
Pertama, syukur sebab aku masih berkesempatan bernafas dan merasai bulan Ramadhan. Bulan yang mana semua umat Islam berlumba membuat kebajikan. Iman yang lemah tiba-tiba meningkat menjelang Ramdhan. Itu kuasa Ramadhan melebihi bulan-bulan lain.
Ramadhan 1 : cerita si anak kecil.
"Teacher, dia cakap saya batal puasa sebab telan air liur."
Terkebel-kebil anak ini melihat aku saat kaki baru melangkah ke dalam kelas.Aku senyum.
"Tak batal. Air liur tu dalam mulut awak. Kalau awak telan pun tak kenyang kan?? Lain la kalau awak ambil makanan atau minum, awak masukkan dalam mulut sampai rasa kenyang, itu baru batal."
Anak itu terangguk-angguk kepalanya. Maksudnya, dia sudah faham. Aku senyum. Itu penerangan guru biasa untuk memahamkan anak kecil.
Cukup cerita sekolah.
Hari ini aku rindu ma. Sebelum berbuka, aku sempat telefon ma. Hati membuak-buak suruh telefon ma.
"Masak apa hari ni?" aju ma sejurus aku menelefonnya.
"Orang masak kat bazar ja ma," balasku.
Seronok bersembang dengan ma. Bab makanan berbuka berpuasa, air apa nak buka puasa, buah durian dan manggis kat kampung, perihal kesihatan abah dengan cerita adik-beradik. Rasa macam lama tak telefon ma, dan kesempatan yang ada aku gunakan sebaiknya.
Membayangkan diri ini bakal berkahwin tidak lama lagi ( insyaallah...doa.), entah.. aku jadi sedih. Ya Allah, aku belum cukup menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak ma. Banyak yang aku tak buat lagi untuk ma. Untuk abah.
Sempatkah aku?
Sepanjang tarawih, aku teringat ma dengan abah kat kampung. Usia mereka yang makin lanjut, kedut-kedut pada wajah mereka, tangan yang kasar bekerja, tahap kesihatan yang menurun.
Pendek kata, mereka sudah tua.
Sempatkah aku?
Sepanjang doa, aku rasa sebak saat berdoa.
"Ya Allah, kasihanilah la kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi diri ini sejak aku masih kecil. Panjangkan lah usia mereka, berikan mereka kesihatan yang baik, rezeki yang baik buat mereka. Lapangkan la dada mereka, berikan la kegembiraan kepada mereka."
Ya. Aku masih belum cukup memberi kegembiraan kepada mereka.
Sempatkah aku?
Sampai saat ini, aku makin rindu ma. Rindu abah.
Entah.
Rasa nak peluk mereka.
Ramadhan 1: Apa dah buat??
1. niat puasa (dah).
2. bangun pkul 5 pg. Sempat buat tahajud sahaja.
3. bersahur dengan housemate. (makan banyak-banyak, takut lapar. Kurma tak tinggal. sebab tau boleh
tahan perut).
4. solat subuh (sempat buat solat sunat rawatib).
5. mengaji lebih 4 muka surat.(ingat nak cover time x boleh puasa nanti).
6. zikir (selesai smbanhyang zikir la kejap).
7. doa
8. merenung dosa lalu (ada buat) ='(
9. solat dhuha (alhamdulillah sempat).
10.kurangkan makan masa bukak puasa (dh buat. sembahyang pun sangat selesa sebab perut tak
meragam).
11.tarawih (amin. masih kuat).
12.kurang msg tunang (hmm..2 kali ja. nak bersahur dengan buka puasa. call pun tak).
Apa tak patut buat tapi dah buat?..haisshhh...kurangkan tau!!
1.tutup jam 4.30 pg. (tak sempat nak buat solat sunat taubat, hajat dengan witir).
2.tidur lepas subuh..(arghh...terbuat jugak).
3.membebel kat murid (x dapat tahan marah).
4.perasaan syak wasangka...(teruk!!).
5. men fb (kurangkan).
6. baca gosip artis.(hadoi haii...sempat lagi----->beautifulnara).
5.tido lewat (ok. stop skrg n tido---->selesai update blog).
No comments:
Post a Comment