Oct 19, 2013

Membina Mahligai Indah Sampai Syurga

Allah jadikan manusia ini hidupnya berpasang-pasangan. Sama ada kita suka ke tak suka ke...kalau Allah cakap dia jodoh kita, sampai hujung nyawa dialah peneman kita siang malam, susah senang. Bergaduh? Normal la...pergi la tanya orang yang berkahwin, ada ke yang tak berselisih pendapat, tak naikkan suara, tak tarik muka. Hmm...semua mesti ada. Sebabnya, kita dan dia tak sama. Kromosom XX dengan XY mana nak sama! Jadi, nak elakkan bergaduh berpanjangan, sama-sama kena mula cari titik persefahaman. Sama-sama kena belajar baik buruk pasangan masing-masing. Sama-sama kena banyak berdoa pada Allah agar rumahtangga aman harmoni dan penuh berkah. Hmm...Bercinta bagai nak rak. Bersms berlambak-lambak. Istiqarah setiap malam sebelum menerimanya. Maka, bila dah rasa dia jodoh kita, maka sama-samalah jaga jodoh yang Allah berikan.Jangan salahkan Allah beri kita jodoh yang salah. Sebabnya kita selalu dipertemukan dengan orang yang salah agar kita dapat fikir hikmahnya dan seterusnya dipertemukan dengan orang yang baik. Betul tak? Ayat ni biasa dengarkan... =)

Moga kebahagian milik kita.

Baru mukadimahnya....


Wahwahwah...rasa umur makin matang. 26 tahun. Percakapan dan tak serupa budak-budak dah. Dah rasa macam orang dewasa yang dah merasa makan garam. Hmm...pengalaman seciput. Usia tak mengira. Asal kita pernah lalui, maka kelebihan milik kita,. Setahun pengalaman jangan dipandang enteng, sebab itu membezakan saya dan awak. Kita dan dia. Dia dan kita jugak.

Lama juga mendiamkan diri sejak Ramadhan lalu. Bukan apa. Menulis ni bukan sesuka hati nak goreng aja. Kalau tak lahir dari hati, orang yang menulis pun tak rasa ada kepuasan, yang membaca sekadar melihat seimbas lalu. Iyakan?

Penghujung 2013. Maknanya semakin dekat dengan hari besar. Hmm...tapi takde la berdebar sangat. Cuma sekarang tunggu masa si lelaki tandatangan borang dan menunggu masa balik kampung untuk hantar borang nikah. Mula risau kad kawin in the process tak pasti lagi tarikh tepat nak dapat kad kawin. Hantaran masih belum buat dan semua serah aja kepada kawan sekolah tolong buatkan. Kasut pengantin belum pasang batu. Baju nikah tak jadi nak sewa sebab terlalu voke sangat dan akhirnya bertaruh nyawa buat baju nikah yang lebih simple dan boleh dipakai untuk acara lain (harap-harap la!). Shawl baru nak tempah khas. Veil lagi....bla..bla...Lagi 2 barang tak sempat nak beri kat En.Tunang sebab masing-masing sibuk la hujung tahun ni. Deepavali kot bagi kat dia. Huh! Tengah pening nak fikir rumah lepas kawin. Penghujung tahun ni makin sensitif. Banyak benda nak fikir. En.Tunang pun kadang kata ter'smash' kita kalau tersalah kata. Saya lagi la terlebih sensitif kalau terasa hati dengan En.Tunang. Sindrom bakal pengantin macam itulah. Mujur kata maaf tak lepas dan baik semula lepas tu. Masing-masing nak bina masjidkan....

Alhamdulillah..orang beruntung sebab En.Tunang yang banyak tolong settlekan bab-bab kawin ni. Barang hantaran dia yang beli dulu. Then, baru kita pulak terkedek-kedek nak beli. Borang kawin dia dah uruskan dulu, then baru turn orang nak surf borang apa nak kena isi. Pastu, kad kawin dia yang tolong tempahkan. Sebab orang percaya dia lagi pandai pilih kad kawin, so semua urusan kad kawin dia uruskan. Orang goyang kaki aja. Angguk je apa dia pilih dan komen sikit-sikit dan siap drafnya. Baju pengantin pun orang banyak tanya dia sebab dia lagi tau design terkini berbanding orang. Mula dulu ingat En. Tunang ni jenis 'picky'..hhmmm..memang la..hahahaa. Tapi beruntung juga sebab kita yang jenis tak kisah ni dijodohkan dengan orang yang sikit 'picky', then baru boleh dapat cari baju pengantin yang puas hati sikit.

Sebenarnya, kata En.Tunang kami bertunang agak lama juga. Bulan 3 sampai 11.9 bulan. Sekadar berkongsi pengalaman bertunang. Betul apa orang tua cakap. Bertunang adalah satu tempoh yang mencabar. Dugaan banyak, rindu pun banyak, cemburu banyak, gaduh banyak...semua ada. Pandai-pandailah uruskan emosi. Jadi, selalu berkomunikasi, berterus terang dan jangan simpan perasaan tak puas hati sorang-sorang. Macam saya ni jenis yang suka orang cakap terus terang. Dan En.Tunang pun rasanya dah faham dengan perangai orang.Orang pun sikit-sikit dah belajar kenal dia macam mana.Tapi itulah, fasa bertunang belum cukup untuk kita kenal pasangan kita. Lepas kawin tu lagi banyak kita nak kenal, nak belajar perangai masing-masing. Kata seorang teman, lepas kawin la perangai yang tidak disangka ada dalam diri pasangan kita. Pasangan kita pun akan rasa macam tu juga kat kita. Hmm...gerun jugak dengar. Tapi, terima semua tu sebagai nasihat. Mula belajar the truth of rumahtangga. Nak bahagia ke nak derita? Kita yang pilih.

Sekadar berkongsi perasaan sebagai seorang bakal pengantin.


Berkahwin seronok tapi tanggungjawab lepas kawin amat besar. Rumahtangga boleh menjadi penentu syurga dan neraka isteri. Isteri yang taat dan sentiasa menyenangkan hati suami dan semestinya mentaati Allah Yang Esa, pahala banyak terkumpul dan dijanjikan syurga. Mendalami ilmu rumahtangga sebelum sampai masanya amat baik. Kadang kala tertanya diri ini,

Bolehkah aku jadi isteri yang baik? 
Adakah rumahtangga yang bakal dibina penuh bahagia? 
Adakah yang indah-indah kita rasa sekarang akan terus dirasai selepas berumahtangga?
Adakah suami akan gembira mendapat aku sebagai isterinya?
Bolehkan aku memberi kebahagiaan kepada suami aku?
Adakah aku dapat melahirkan zuriat yang baik untuknya?
Bolehkan aku taat dan tak melawan suami aku?
Kalau suami nak kawin lain, aku boleh terimakah?
Adakah dia dan aku akan kekal hingga hujung nyawa? 

Too much questions around my head. Pening.

Pernah dengan seseorang berkata. Katanya lebih kurang macam ni la...

"Sebagai wanita kita harus bersyukur kerana ada lelaki yang nak jadikan kita isterinya."

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah temukan aku dengan En. Tunang. Terima kasih mak abah sebab terima En. Tunang. Terima kasih En.Tunang sebab terima diri yang banyak kurang ini. Terima kasih bakal mak En.Tunang sebab beri kebenaran En.Tunang untuk terima diri ini. Terima kasih hati sebab terbuka hati terima En. Tunang. Doa semua urusan perkahwinan kami berjalan lancar, penuh berkah.Amin.Jom sama-sama bina mahligai indah
sampai syurga.


Ikhlas,

Mia olive.




3 comments:

Anonymous said...

terima kasih Allah sbb bahagiakan hati kwn2 sy. doakanla kite smpai sna. nk tgk akad nikah scara live. boleh? >.<

fat said...

Tahniah tikah..
Selamat berkahwin :)

Antara said...

Allah.. Allah. tahniah setingginya. tompang hepi! ^^ semoga dipermudahkan urusan ya! :D