Assalamualaikum. Salam sejahtera. Moga sihat dalam rahmat-Nya. Amin.
Menunggu hari bahagia. Lagi sebulan. Hmm...perasaan aku?
Ok..sejujurnya aku tak rasa begitu berdebar lagi. Cuma sekarang agak pening nak memastikan semua benda yang dirancang, ditempah siap dalam waktunya. Semestinya aku mahu majlis yang sempurna. Namun, aku cuma merancang, Allah yang menentukannya.
Aku bukan jenis yang TOO MUCH PICKY. Dulu iyala, jenis yang PERFECTIONIST kalau bab kerja, sekarang dah slow sikit, tapi aku tetap mahukan majlis yang lancar, pernuh berkah, tetamu yang datang dapat makan dengan selesa dan pulang dengan gembira dan mendoakan kebahagiaan aku dengan pasangan. Dan apa aku rasa sama dengan apa ma rasa. Alhamdulillah, bab kenduri, bab khemah, ma dengan abah tolong uruskan. Aku letak sepenuh kepercayaan pada ma dan abah uruskan bab yang satu itu. Orang tua-tuakan pandai bab-bab nak pilih lauk kenduri kendara, berapa khemah nak pasang dan bla..bla..bla. Yang nyata, kenduri kali ini buat catering. Aku pilih benda yang memudahkan aku dan keluarga aku serta tetamu lain. Bukan sombong taknak bina semangat muhibah dengan buat kenduri pakatan orang kampung, tapi macam aku fikir, sekarang aku nak pilih yang mudah sahaja. Paling penting, ma tak pening-pening kepala uruskan kenduri aku November ini. Last decision: CATERING.
Berbalik perihal kad kawin.=D
Tadaaa...nak cakap kad kawin aku sudah siap Isnin lalu.
Syukur En.Tunang uruskan semuanya seperti yang aku cerita dalam entry lalu bagaimana tunang aku uruskan kad kahwin sorang-sorang. Hehe. Cerita bab kad kawin ni...macam-macam juga la halnya. Mula-mula En.Tunang suruh aku ikut housemate aku survey kat kad kawin kat Klang. Aku pun dengan tidak berperasaan ikut je la sebab masa tu baru bulan 5-6 macam tu. Langsung tak fikir nak tempah kad. Aku ikut housemate ke Sijangkang. Okay juga kadnya, cuma bila tengok harga paling murah dapat kad cantik adalah RM0.50. Hmm...rasanya boleh survey lagi dapat yang murah. Seorang kawan sekolah mencadangkan aku buat kad kat Contena In Klang. Tapi nak cari masa En. Tunang datang Klang agak susah sebab terikat dengan kerja dan jauh jugak. Bila cerita kat En. Tunang, dia cakap dia nak ikut kawan dia tempah kad kat Damansara. Ingat lagi bersemangat En. Tunang hantar beberapa contoh kad kawin suruh aku pilih. Akhirnya, sama-sama pakat pilih kad kawin yang SIMPLE, senang tetamu nak rujuk dan paling penting MURAH. Kos kad kami RM0.29 sen sebab ambil 1000 keping termasuk banting 3 keping. Bahagilah kad tu half aku dengan dia.
Cerita paling hot pasal kad. Malam Isnin tu, En.Tunang call. Baru saja aku nak buka mulut tanya pasal kad kawin, dia dengan rasa bersalah boleh cakap nak tempah kad kawin kat tempat lain. Katanya, kad lambat, bila call takde respon. Kawannya dah tempah kat tempat lain pun dah dapat. Hmmm...aku mula la berdebar. Dah nak masuk bulan 11 tak siap kad lagi.! Macam-macam aku tanya tunang.
"Ish...sempat ke nak tempah lain?"
" Mak dengan kawan-kawan sekolah dah tanya pasal kad."
"Kan tempah kat tempat lain tak sempat nak siap macam mana?"
Aku hampir nak nangis kerisauan. Dah la duit dah bayar hampir semua. Adohaii...
Mujur aku tak cakap pelik-pelik kat tunang aku. Dalam hati agak membebel-bebel juga aku. Aku pun fikir kesian jugak kat tunang sebab dah berusaha tempah kad kawin. Aku pun slow-slow cakap tak apalah, kita tempah la kat tempat lain. Mahal sikit tak apala, nak buat macam manakan? Aku pun dah redha.
Tup..tup...tunang aku boleh cakap,
"kad dah sampai la. Tadi, kat sekolah saya."
Perghhhh...nak terkeluar ja perkataan B*****G. Mujur tak terkeluar. Aku hampir-hampir nak nangis. Jahatnya tunang aku kenakan aku!! Time tu rasa nak menyinga saja dengan dia. Dia dah tergelak-gelak kat aku. Ahhh...jahat! Sungguh!
Inilah kad kawin aku dengan en.Tunang. Aku paling suka peta kad kawin ni. Sangat kemas dan cantik dan mudah difahami. Senang cerita aku suka semua laaa...pasal kad aku. Walaupun takde bling-bling, sebab dah tertera nama aku dengan en.Tunang, alhamdulillah, rasa makin kuat la perasaan kami nak kawin. Paling penting warna kad kawin adalah warna tema kenduri sebelah tunang. Hmmmm...nak jugak dia menang! Tak kisah la.
Hahahaha.
Kad kawin pun dah siap dilipat. Itu pun balik kampung ma yang tolong aku lipatkan. Ma cakap aku lipat kemas sangat sebab guna remote Astro nak bagi kertas lipat rapat-rapat. Hmm..takde la. Saja lipat siap-siap sebab kalau abah tolong lipat nanti sure herot petot kadnyer. Hehehe...sori babah! Esok aku nak pergi pejabat agama hantar borang kawin. Kalau dah lengkap, dah lepas, dah cop semua, baru comform aku nak war-warkan majlis kawin ni dan edarkan kad. Bukan apa, sebab takut borang kawin ada masalah dan tarikh kawin kena tunda...kan naya aku dengan en.tunang. Esok penentu segalanya.
Tunggu kiriman kadnya yee...
Tata. Assalamualaikum.
Ikhlas,
Mia Olive
No comments:
Post a Comment