Sebenaqnya aku tak kisah pon orang
cakap aku tak macam orang Kedah. Mai Selangoq mengajaq terus takdak slang
Kedah. Suka hati. Asai aku tau aku orang Kedah dan aku tak kacau orang cukup. Kalau
menyampah tu masalah hampa bukan aku. Hah! Jahat.
Bila mengajaq memang aku guna bahasa
sana sebab banyak yang baku, tapi bila marah budak memang sedap guna bahasa
Kedah.
“Hang
mai sini!” “Ishh…nak kena sungguh!” “Awat la ketegaq sangat!” “Pemalas nak
mampuih!”
Mukadimah saja. Haqi nie aku takdan
nak letak kepala langsung. Dari pagi sampai malam aku dok wat qeja tak beqenti.
Risau gak takut lebih sangat wat kerja sampai lupa pikiaq pasai jodoh. Aduhaiii…
Kelas full 3 jam sampai rehat.
Sambung 1 jam lepas rehat. Kalau tak besa memang ketaq lutut berdiri dalam
kelas. Dah la jenis aku nie jenis yang tak reti nak duduk. MOla dulu memang aku
rasa nak pengsan sebab letih. La ni alhamdulillah rasa lega sikit sebab boleh
berdiri sampai duduk 3 jam sambil jalan-jalan pusing kelas tengok budak wat
qeja.
Haqi nie kena observe dengan 3 orang
cikgu. 1 cikgu tumpang kelas aku nak ajar budaknya menjahit. 2 lagi cikgu
pelatih shadow nak ambik kelas aku untuk tiga bulan. Takpa aihh…aku mengajar
apa yang boleh ja. Tak heran r hampa kat hujung sana. Asal budak aku wat keja,
paham jadi la.
Hah! Tipu. Berpeluh tergagap-gagap
sikit gak masa tanya budak soalan.
‘Haisyyhhhhhhh…besala.
Hak betoi pun rasa salah kalau orang tengok kita mengajaq.’
Tapi okay la…takdak la teruk sangat.
Habih kelas ja terus tanda buku PSK
tuk tiga kelas dalam 60 lebih sampai habis sekolah. Time orang lain semua balik
rumah sebab petang nie ada koko, aku duk lagi tanda buku sampai habis. Mujuq
gak satu qeja dah selesai. Pastu, balik rumah
aku tak terus mandi sembahyang letak kepala.
Hampa jangan tiru perangai nie tau. Aku tunggu bagi badan sejuk dulu sambil aku print markah budak nak tampai
dalam buku. Pastu aku isi buku adap. Aduh! Tu la sapa suruh sedap sangat cuti. Ha…malam nie sumpah memang stay up
la nak isi buku adap budak. Esok last nak kena hantaq. Haiss..aku klo takdan hantaq
esok, nak wat kepala sendiri gak. Aku hantaq hari Jumaat.
‘Ada
berani ka?’
Tengok jam sampai pukui 3, aku pi
basuh baju sebab serabut tengok dalam baldi. Kalau biaq, esok nak kena basuh
lagi banyak. Dok tonyoh la baju sambil mandi sebab nak jimat masa. Selesai
sembahyang tukaq baju make up semua, dah pukul 4.15. Pi la lari-lari jalan kaki
pi sekolah. Peluh toksah cakap la banyak mana.
Sampai sekolah, tengok KOKO tak mOla
lagi. Aku masuk bilik guru check jadual perlawanan badminton untuk program Tunas
Atlet. Ha elok la. Aku pi meeting, aku wat jadual perlawanan, sedia borang
markah, tukang cari budak, tukang amek gambaq…….wooo…wooo…wooo..Mujuq gak ada
Kak Aya volunteer tolong aku jadi pengadil. Amin.
Budak-budak pon satu hai gak. Aku
punya susah susun atuq game, ada la yang tak mai, nak tukaq partner..pi melilau
kat tempat lain. Nak angin gak aku. Memang petang tadi naik gak suara aku. Last
sekali aku wat cara mudah. Yang mana ada yang tu lawan. Sapa tak dak, batai penyertaan.
Hah! Siap. Petang tadi siap semua game lelaki dan perempuan Tahun 4 dan 5.
Selesai nie, maknaya esok 1M1S, tak payah susah-susah nak lawan lagi. Tunggu
bagi hadiah kat depa ja.
Habis KOKO ingat nak blah. Kak Aya
ajak men badminton lak. Enjoy gak main dengan dia. Pastu partner dengan
budak-budak pulak. Memang terbaik la. Rasa badan cam tak letih langsung,
padahai seminit rehat pun aku tak dan lagi hari nie.
Habis main, terus balik rumah
sembahyang Asar. Cis! Lewat-lewatkan solat lagi. Ampun Allah. Aku tak sengaja. Pukui
6 lebih aku mesej Jiha cakap nak pergi pasar malam. Perut baru tau lapaq. Jiha
hon ja keta dia, terus ja aku ikut dia pi pasaq malam. Memang aku bantai beli 2
jenis ayaq dengan soto dengan mutabak daging. Mujuq aku tak pi beli nasik
dengan sate lagi. Kang meletOp perut aku makan macam-macam.
Sampai rumah dah azan Maghrib. Aku
tak makan lagi tapi terus mandi dan sembahyang dulu. La nie aku duk lappy taip apa
aku wat kat sekolah sampai la saat ini. Okay. Perut tersangat padat sampai mata
mOla rasa nak tutup.
‘Oh jangan! Malam nie aku ada misi
hebat nak kena wat. Tak wat cari nahas.’
Kay..nak pi Solat Insyak sat…pastu
nak letak Balm Tiger kat perut dan letak kepala dalam 30 mins sat. Klo
terlajak, tandanya aku memang cari penyakit. Hah! Lesson plan tuk esok tak siap lagi. Argh...lupakan seketika. Mata nak layu nie...ohh..tidak!
Kay, terima kasih sampai baca kat
sini. Assalamualaikum.
Pss:
"Cuba pikiaq, celah mana aku nak pikiaq pasai jodoh klo cam ini la sibuknya aku"
3 comments:
insyaAllah ada la tu...lambat dgn cepat ja.
tudia.. sibuk sgt aihh..!!
takut cheq.. hahaha
sila guna google utk carik jodoh. google earth, bukan google map tau. ekeke ^^
mudah2an dipercepatkan niat baek tu. ameenn~ =)
Post a Comment