Ingat gadis je jadi rebutan, rupanya cikgu pon jadi rebutan jugak!
Assalamualaikum. Salam sejahtera juga.
JUMAAT
Penghulu segala hari. Hari para jejaka hensem pergi masjid dengar khutbah Jumaat. Hahaha. Hari paling best. Boleh tanya kat semua cikgu. Semua akan cakap Jumaat memang best. Bilik guru cepat saja lenggang kalau Jumaat. Tapi aku rasa biasa saja sebab aku kerja setiap masa sampai cuti pun duk kejar aku setiap masa. Kadang terdetik kat hati sampai bila aku nak cakap kat diri nie,
'selagi aku berdaya, aku akan buat kerja.'
Habis life aku takkan nak jadi hamba kerja saja kan?
Haishhh...dah mula nak merungut. Sudah...sudah...sudah! Aku memang boleh terima apa-apa kerja selagi terdaya. Habis? Kalau tak wat kerja nak wat apa? Cuti-cuti melepak meronggeng berjoli, tidur sampai matahari hampir terbenam, tengok cerita Korea tak hinggat dunia, balik kampung???
Damn. Miss nak balik kampung lagi. Tapi tak suka kalau balik kampung nak balik sini jadi liat dan air mata meleleh. Lagipun, tak terfikir pun nak balik kampung kalau cuti setakat dua hari. Cukup tak berbaloi kalau setakat balik kampung dan terperap dalam rumah, masing-masing buat hal sendiri sampai even nak makan sama pun tak sempat. Kay sudah.
CIKGU REBUTAN
Kenyataan, cuti pun sekolah tak sanggup nak lepaskan aku. Padahal, aku nak sangat lari daripada kerja tapi nak wat camne. Dah jadi cikgu rebutan. Cukup pakej pulak tu. Anak dara lagi. Rumah dekat pula. Rajin lagi. Hah! Perasan. Tak cukup cuti, kadang kala malam pun kena kerja jugak. Itu kalau ada yang sangat-sangat perlu bantuan.
Baru-baru ini, sorang akak minta ajar anaknya BM. Nie pun sebab cikgu senior duk promote aku kat akak nie. Nak tolak, si akak nie so nice dan nampak usaha dia nak bagi anaknya bijak. Lagi satu dia tak harap aku ajar anak dia bagi dapat A, just bagi anak dia faham BM cukup la. Lagi 2 bulan nak exam UPSR, si akak minta aku continuous ajar anak dia BM pukul 6-7 every Monday, Tuesday, Thursday and Friday. Bila dia sebut berapa aku nak, then pasal soal bayaran aku cakap,
"That's okay kak. Tengok pencapaian result dia dulu, then kita discuss about bayaran."
Bukan nak tunjuk aku baik tapi guru yang tak bertauliah nie berharap dapat bantu seorang ibu yang mahu anaknya berjaya. Kalau nak ajar pun, aku akan anggap anak dia tu macam my little brother. Lagipun, buat masa sekarang takde terdesak sangat nak kutip duit.
Before decide anything, aku fikir jugak, kalau aku tak mengajar then pukul 6-7 adalah masa aku spend untuk rehat, layan FB, layan movie sampai malam pun tak habis-habis. Compare dengan masa tu aku ajar budak untuk UPSR just for 1 hr, which one is better?
Sebab tu aku pilih yang ini. Asal Sabtu lepas 12.30 tgh dengan Ahad satu hari jangan ada yang kacau. Tapi tetap ada yang kacau. Sepatutnya, my name dah register under Science Year 4, tapi kalau cikgu-cikgu English ada komitmen yang 'terpenting' sampai tak dapat datang kelas tambahan hari Sabtu, then aku diminta ajar BI dan lepaskan Sains untuk cikgu lain. A little bit sedih because,
'I love Science more than i love English.'
'I can teach Science well than English.'
'I can talk a lot about Science than English.'
Tapi nak wat camne. Benci tapi otak cakap buat dengan ikhlas. Buat yang termampu. Bayaran masuk jugak. Itu yang risau tu. Kalau ajar tak best, budak tak paham, ingat gaji dapat tu halal ke? Bab halal-halal nie jangan main, bawa sampai ke kubur tu.
Aku nak cari keberkatan di dunia. Kalau ada keberkatan, insyaallah kat akhirat takdak la kena soal dengan malaikat mungkar nangkir lama-lama. Takda la badan aku kena libas dengan cemeti api neraka. Tak mau la kena bakar dengan api neraka. Takut bila fikir duit gaji yang dapat tak halal. Boleh rosak semua amalan.
HARI TERBUKA SEKOLAH
Rabu lalu aku ada hari terbuka. Seperti yang dijangkakan oleh guru-guru lain, budak-budak bermasalah memang tak datang ke sekolah. Hah! Petang koko ada pulak ye korang-korang nie!
Then, i heard some bad new about one of my anak from other anak-anak. Sorang anak ceritakan kisah si anak saya yang sorang lagi. Aku memang tersentap. Pendek kata, sebab ada penjaga yang tak bertanggungjawab, then anak ini jadi macam tu. Okay! Sedih dan mula fikir dah besar apa akan jadi pada dia. Macam mana yang girl berumur 11 tahun boleh tanggung problem yang besar. Macam mana perasaan dia? Apa yang ada dalam fikiran dia? Kat siapa dia nak mengadu? Aku macam nak ambil satu masa dan korek cerita daripada anak itu. Sebab tengok dia pun aku tahu dia ada masalah. Cuma tak dapat detect masalah apa. Sekarang dah tahu sikit-sikit, harap boleh tahu semuanya. Nanti nak tanya empunya badan.
Satu lagi, sorang anak nie memang bermasalah pun. Tapi depan emaknya, pandai dia berlakon macam pijak semut tak mati. Rasanya si emak nie ingat anaknya baik sangat, sampai nak marah anak pun boleh cakap lemah gemalai. Hei, akak. Jangan lembut sangat dengan anak. Kena bantai jugak dengan rotan sekali sekala.
Sorang parent lagi suka hentam cikgu dengan sekolah. Berangin juga aku tapi alhamdulillah, mujur aku tak rasa nak berdebat dengan encik nie. Sebabnya, aku fikir,
'patutla anak teruk. Dah mentality parent pun macam tu.'
Sepatutnya, kalau anak tak pandai paksa la dia datang tuisyen sekolah. Nie tak, dia siap cakap,
"saya tahu anak saya tak boleh. Jadi, saya tak nak ambil kelas tambahan..."
(Cehh..padahal ko taknak bayar duit kelas tambahan anak ko!)
"..lagi satu, lembaran kerja yang RM5 tu kena bayar jugak ke? Bukan sekolah yang sediakan ke? Itu saya hold dulu."
Amboi-amboi. Orang tak kutip yuran sekolah pun kira untung la. Sekolah tak cas buku teks pun kita bagus la. Nie nak berkira-kira. Sebab tu, tuhan pun berkira juga nak bagi anak ko pandai. Geram satu lagi dia cakap cikgu tak bagi anak dia kerja. Padahal, kalau bagi 5 soalan Matematik pun belum tentu anak dia buat kat rumah. Nampak sangat tak check beg anak kat rumah, then dok harap cikgu pulak ambil peranan jaga anak dia 24 jam. Hello, ingat orang takde kerja lain ke??? Cuba sesekali jadi cikgu kat anak-anak pulak...
SATU KISAH
Aku teringat satu kisah nie. Kisah betul. Seorang ibu yang susah sanggup pinjam duit orang semata-mata nak kasi anak-anak dia berjaya. Usaha ibu itu berbaloi sebab semua anak-anaknya berjaya. Namun, ajalnya telah tiba. Alhamdulillah, anak-anak sudah berjaya dan anak-anaklah yang melangsaikan semua hutang ibunya itu.
That's a great story. Kejayaan seorang anak itu bukan sebab anak itu pandai. Tapi usaha, doa dan redha ibu bapa yang memimpin kejayaan anak itu. Jadi, jangan berhenti berusaha untuk bantu anak-anak berjaya.
'Doa seorang ibu itu mustajab. Pasti Allah memakbulkannya.'
PENUTUP
'Orang yang selalu berkira-kira kat dunia nie, selalunya Allah pun akan berkira-kira dengannya jugak.'
No comments:
Post a Comment