Jun 29, 2012

July is the best month


Lama tak dapat internet sebab wireless tiba-tiba hilang arah, hidup bagai kembali bernafas dapat tengok blog sendiri. Ceis! Recently rasa hidup macam boleh bernafas. Rasa macam manusia. Rasa macam dapat lihat dunia luar. Almost a few month betapa kat Klang nie mula Januari lalu, Julai is the best month. Rasanya Julia nie banyak benda yang teringin nak buat dapat buat. Hang out dengan kawan-kawan baru. Okay! Kopitiam Pak Ali dah jumpa. Mohd Chan dah try. Orang belanja. Then, nasi arab yang tak penah makan pun dah santap. ABC Shah Alam dah makin muak. Coolblog dah mula jadi favourite. Apa lagi? Dapat ronda malam-malam tengok cahaya lampu pun cukup. Yeshh! Memang terbaik kalau dapat orang yang faham kita. Share benda dengan kita. Borak-borak dengan kita. Dapat jumpa orang yang lagi happy daripada kita, kita yang muram atau takde perasaan mula jadi gumbira. Why? Sebab aura kawan-kawan ceria nie buat diri sentiasa tersenyum dan baru terasa nikmat hidup.


Aku bagi petua sikit.


“Kalau kita nie jenis yang tak ceria, kawan la dengan orang yang lebih ceria dan tahu macam mana nak gelak. Then, kita pun belajar untuk jadi ceria dan rasa betapa indahnya hidup nie.”


Hidup sebelum ini hanya rumah sewa---sekolah----rumah sewa. Sampai rumah selalunya sunyi dan kurang selesa. Nak hang out, kadang-kadang saja ada peluang. Kawan kat sekolah semua dah kawin, takkan nak ajak pi keluar kot!  Cuti sure nak main dengan anak-anak, nak jaga laki. Sebab aku benci suasana sunyi kat rumah, maka aku rela sibukkan diri pergi sekolah ajar tuisyen. At the same time dapat gaji. Alhamdulillah. Cukup. Asal jumpa murid boleh gelak-gelak dengan diorang jadilah. Pastu, balik rumah jadi sunyi balik sampai aku fikir:


“Arghhh…. tak suka. Hidup apa macam nie? Sunyi. Buat rutin hidup yang sama. Cuti tak dapat nak hang out gelak-gelak. Dah bekerja bergaji pun hidup masih macam nie!"



Then, my lappy is my friend. Ada lappy, ada wireless, ada blog. Blog macam kawan maya yang dapat dengar apa aku nak sampaikan. Bila internet takdak minggu sudah, alahai macam mau beli unifi ganti wireless senget ni. Bila dah survey, dapat lak wireless semalam. So, hold dulu yang tak bape penting, utamakan yang paling penting dahulu.


"Gaji ada. Keselesaan hidup takdak. Useless.Sampai bila nak hidup macam nie saja?"



Then, bila jumpa kawan-kawan baru bulan Julai nie, demi Allah aku rasa hidup terisi. Hari pertama kenal, rasa macam dah lama kenal. Tak kekok nak bercakap, nak gurau senda, gelak-gelak, makan dan jalan sama-sama, sembahyang sama-sama. Dengan diorang, aku kenal cinta Masjid. Betapa kat Masjid Shah Alam yang dah lama jadi idaman nak pergi kat situ. Syukur! Allah kurniakan insan-insan ini padaku. Sekarang hidup jadi macam best sebab ada orang nak berbual, nak bercerita dan berkongsi benda yang sama. Then, next week dapat pergi kursus sama-sama dengan new housemate yang memang ramah tamah dan ceria. 



"Lihat, betapa hebatnya Allah aturkan hidupku!"



No comments: