Jun 13, 2012

"Cuba pikiaq, celah mana aku nak pikiaq pasai jodoh klo cam ini la sibuknya aku"


Sebenaqnya aku tak kisah pon orang cakap aku tak macam orang Kedah. Mai Selangoq mengajaq terus takdak slang Kedah. Suka hati. Asai aku tau aku orang Kedah dan aku tak kacau orang cukup. Kalau menyampah tu masalah hampa bukan aku. Hah! Jahat.

Bila mengajaq memang aku guna bahasa sana sebab banyak yang baku, tapi bila marah budak memang sedap guna bahasa Kedah.

“Hang mai sini!” “Ishh…nak kena sungguh!” “Awat la ketegaq sangat!” “Pemalas nak mampuih!”

Mukadimah saja. Haqi nie aku takdan nak letak kepala langsung. Dari pagi sampai malam aku dok wat qeja tak beqenti. Risau gak takut lebih sangat wat kerja sampai lupa pikiaq pasai jodoh. Aduhaiii…

Kelas full 3 jam sampai rehat. Sambung 1 jam lepas rehat. Kalau tak besa memang ketaq lutut berdiri dalam kelas. Dah la jenis aku nie jenis yang tak reti nak duduk. MOla dulu memang aku rasa nak pengsan sebab letih. La ni alhamdulillah rasa lega sikit sebab boleh berdiri sampai duduk 3 jam sambil jalan-jalan pusing kelas tengok budak wat qeja.

Haqi nie kena observe dengan 3 orang cikgu. 1 cikgu tumpang kelas aku nak ajar budaknya menjahit. 2 lagi cikgu pelatih shadow nak ambik kelas aku untuk tiga bulan. Takpa aihh…aku mengajar apa yang boleh ja. Tak heran r hampa kat hujung sana. Asal budak aku wat keja, paham jadi la.

Hah! Tipu. Berpeluh tergagap-gagap sikit gak masa tanya budak soalan.

‘Haisyyhhhhhhh…besala. Hak betoi pun rasa salah kalau orang tengok kita mengajaq.’

 Tapi okay la…takdak la teruk sangat.

Habih kelas ja terus tanda buku PSK tuk tiga kelas dalam 60 lebih sampai habis sekolah. Time orang lain semua balik rumah sebab petang nie ada koko, aku duk lagi tanda buku sampai habis. Mujuq gak satu qeja dah selesai.  Pastu, balik rumah aku tak terus mandi sembahyang letak kepala.  Hampa jangan tiru perangai nie tau. Aku tunggu bagi badan sejuk  dulu sambil aku print markah budak nak tampai dalam buku. Pastu aku isi buku adap. Aduh! Tu la sapa suruh sedap sangat cuti. Ha…malam nie sumpah memang stay up la nak isi buku adap budak. Esok last nak kena hantaq. Haiss..aku klo takdan hantaq esok, nak wat kepala sendiri gak. Aku hantaq hari Jumaat.

‘Ada berani ka?’

Tengok jam sampai pukui 3, aku pi basuh baju sebab serabut tengok dalam baldi. Kalau biaq, esok nak kena basuh lagi banyak. Dok tonyoh la baju sambil mandi sebab nak jimat masa. Selesai sembahyang tukaq baju make up semua, dah pukul 4.15. Pi la lari-lari jalan kaki pi sekolah. Peluh toksah cakap la banyak mana.

Sampai sekolah, tengok KOKO tak mOla lagi. Aku masuk bilik guru check jadual perlawanan badminton untuk program Tunas Atlet. Ha elok la. Aku pi meeting, aku wat jadual perlawanan, sedia borang markah, tukang cari budak, tukang amek gambaq…….wooo…wooo…wooo..Mujuq gak ada Kak Aya volunteer tolong aku jadi pengadil. Amin.

Budak-budak pon satu hai gak. Aku punya susah susun atuq game, ada la yang tak mai, nak tukaq partner..pi melilau kat tempat lain. Nak angin gak aku. Memang petang tadi naik gak suara aku. Last sekali aku wat cara mudah. Yang mana ada yang tu lawan. Sapa tak dak, batai penyertaan. Hah! Siap. Petang tadi siap semua game lelaki dan perempuan Tahun 4 dan 5. Selesai nie, maknaya esok 1M1S, tak payah susah-susah nak lawan lagi. Tunggu bagi hadiah kat depa ja.

Habis KOKO ingat nak blah. Kak Aya ajak men badminton lak. Enjoy gak main dengan dia. Pastu partner dengan budak-budak pulak. Memang terbaik la. Rasa badan cam tak letih langsung, padahai seminit rehat pun aku tak dan lagi hari nie.

Habis main, terus balik rumah sembahyang Asar. Cis! Lewat-lewatkan solat lagi. Ampun Allah. Aku tak sengaja. Pukui 6 lebih aku mesej Jiha cakap nak pergi pasar malam. Perut baru tau lapaq. Jiha hon ja keta dia, terus ja aku ikut dia pi pasaq malam. Memang aku bantai beli 2 jenis ayaq dengan soto dengan mutabak daging. Mujuq aku tak pi beli nasik dengan sate lagi. Kang meletOp perut aku makan macam-macam.

Sampai rumah dah azan Maghrib. Aku tak makan lagi tapi terus mandi dan sembahyang dulu. La nie aku duk lappy taip apa aku wat kat sekolah sampai la saat ini. Okay. Perut tersangat padat sampai mata mOla rasa nak tutup.

‘Oh jangan! Malam nie aku ada misi hebat nak kena wat. Tak wat cari nahas.’

Kay..nak pi Solat Insyak sat…pastu nak letak Balm Tiger kat perut dan letak kepala dalam 30 mins sat. Klo terlajak, tandanya aku memang cari penyakit. Hah! Lesson plan tuk esok tak siap lagi. Argh...lupakan seketika. Mata nak layu nie...ohh..tidak! 

Kay, terima kasih sampai baca kat sini. Assalamualaikum.




Pss: 
"Cuba pikiaq, celah mana aku nak pikiaq pasai jodoh klo cam ini la sibuknya aku"





3 comments:

kak cik said...

insyaAllah ada la tu...lambat dgn cepat ja.

iKhRam said...

tudia.. sibuk sgt aihh..!!
takut cheq.. hahaha

Antara said...

sila guna google utk carik jodoh. google earth, bukan google map tau. ekeke ^^

mudah2an dipercepatkan niat baek tu. ameenn~ =)