Aug 27, 2010

My First Time


"Kali pertama mengenangkanmu, aku hanya mampu tersenyum.."


Mia tengah berbual-bual dengan sorang kawan malam tadi. Dia bagitau Mia tentang kali pertama dia bertemu dengan ex-boyfriend nyer..huhu..pastu tercetus pulak idea Mia nak wat post tentang 'My First Time'. Sebabnya Mia tau korang pun mesti banyak perkara jugakan yang bermula dengan  'My First Time'..contohnya  'My First Time' jatuh cinta,  'My First Time' bawa kereta,  'My First Time' kerja..banyak lagilah..semuanya bermula dengan   'My First Time'........Bagi Mia, hidup  nie macam rojak..sume rasa ada! Itulah yang mencorakkan hidup kita sekarang! Alhamdulillah...

Mia pun ada citer sendiri tau. Mia pun banyak  'My First Time' juga. Semua perkara yang berlaku dalam hidup Mia juga adalah disebabkan  'My First Time'...Jom baca sikit  'My First Time Mia':

'My First Time' membaca: 

  • Mia belajar membaca masa darjah 2..(oo..slownyer saya!)
  • Bila mak Mia tau Mia tak boleh membaca, dia terkejut sangat. Bukannya apa, mak Miakan cikgu Bahasa Melayu, so dia betul-betul tak sangka Mia tak boley baca.
  • Pastu, mak Mia drill la Mia..hari-hari pagi-pagi duduk kat meja belajar membaca dengan mak Mia. Garangnya tak yah la cakap Mak Mia sangat garang masa dia muda-muda dulu. Mia nie hari-hari nangis. Air mata nie hari-hari menitis bila kena scold dengan mak Mia! ..hehe..tula sapa suruh tak reti baca..
  • Pastu alhamdulillah sebab berkat jasa mak Mia, Mia dah boleh membaca, malah dah nak jadi cikgu pon sekarang!..sapa sangka kan...
 'My First Time' melukis:
  • Mia mula melukis masa darjah 1. Mia pun tak sedar Mia ada bakat. Patutlah masa sekolah rendah dulu, kawan-kawan Mia selalu suruh Mia lukis dalam buku diorang. 
  • Masa sekolah rendah juga, ada sorang cikgu nie perasan bakat Mia. So, dia suruh Mia masuk pertandingan melukis..'who know memang Mia is soo lucky..and Mia win that competition!' Maka makin berkembang la bakat melukis Mia bagai putik rose yang berkembang mekar..ewah-ewah.. =D
  • Masa form 1-3 kat SMKKN, Mia memang aktif dalam bidang nie. Paling best bila menang pertandingan melukis potret Perdana Menteri sempena Hari Kemerdekaan. Mia suka sangat potret yang Mia hasilkan tu..hmm...puas hati!
  • Time form 4-5, Miakan jadi pasif kat sekolah baru. 'i'm never involve in any school's activities'. Mujur seorang hamba Allah nie (sorang kawan lama Mia) bagi nama Mia kat sorang cikgu sebab dia tau Mia boleh lukis. Memang rezeki Mia bila Mia masih lagi boleh menghasilkan lukisan sendiri dan menang competition tu...alhamdulillah..Mia sangat berterima kasih kepada guru PS Mia masa form 1-3, Cikgu Rohani. 'Mia really admire her..admire her stail in drawing!'
  • Sekarang pun Mia masih melukis. Hari-hari wat ABM, Mia mesti lukis punyer!..bila relief class pun Mia pasti akan masukkan unsur2 melukis especially for Year 1.
 'My First Time' fall in love:

  • Hahaaa..yang nie Mia rasa lucu sket!..Mia takde lover pun..secret admire banyak la...
  • Dulu adalah Mia suka kat beberapa orang. Tapi rasanya diorang pun termasuk kategori secret admire jugak! 'Tak boleh dicapai, tengok cukup la..hahahaha...'
  • Sekarang lagilah..takde nak suka sapa-sapa..belum masa kot..(walaupun mak Mia selalu suruh menyelam sambil minum air..opsss..Mia tak reti la maa!).
  • Mia tunggu je..kalau ada someone yang ditakdirkan dengan Mia..adalah...klo tak ada, maka x adalah!..(p/s: soo letih bila tengok problem orang bercinta!)
Ok..cukupla Mia kongsi 3  'My First Time'. Hopefully bila korang-korang baca post nie, boley bagi inspirasi tuk pikirkan ' Your First Time' pulak k!..ok time for Mia undur diri sebab masih berlambak assigment dok tunggu Mia. Biasalah, semua nak kejar-kejar Mia suruh siapkan..maklumlah nak dekat raya nie..(hmm..sibuk je asemen2 nie1)..
 - the end-

-Mia Olive-

1 comment:

natrahmohdmansor said...

hehehe