Aug 1, 2010

Co-curriculum's Day SKDK:Sangat Syok r!

5 minggu 1 hari di SKDK.....

Yup, akhirnya Mia rasa juga 1 hari yang paling best kat sekolah nie."Hari Kecemerlangan Kokurikulum." Awalnya Mia sedih bila event nie jatuh hari Sabtu.. (hari Mia nak lepak-lepak nan golek-golek kat kampung..) tapi sekarang Mia tak sedih-sedih lagi malah hari nie Mia rasa sangat happy!..Yela kan..Khamis lepas Mia tension sangat kat sekolah sampai call amma Mia kat kampung citer sume yang Mia rasa. Mujur amma Mia paham..yang penting sekali she never forgot to give advices  to cheer Mia!..Mom..luv you soo much. Appa juga! =)

Klo ada event kat sekolah, sure la cikgu pelatih cam Mia nie ada kerja punya..(mana bley lepaskan)..dan Mia dengan senang hati juga terpaksalah menerima tugas yang diberikan oleh pihak sekolah. Mia kena jaga bahagian nasi dengan buat aerobik..ooo...AEROBIK?..alamak.........(itu yang Mia pikir masa tahu pasal tugas tu)..ok..Mia nie macam kayu juga, dah kena wat aerobik ,so buat practice la dengan members yang lain..=(.
Untuk practice aerobic pun, Mia dengan kawan2 mana ada banyak masa pun. Ada yang kena stay sekolah sampai kul 4 untuk wat projek la, ada yang busy nak wat lesson plan..kena relief class..oo..pening juga nak cari masa practice sama-sama. Mia paling risau sebab Mia yang tak pandai wat aerobik. Tempo pun  terabur-terabur. Dalam hati regret juga Mia.

Hari nie aerobik. Sekali je sempat berlatih sama-sama. Pastu amek lagu wat sendiri kat bilik masing-masing. Semalam Mia berlatih aerobic sorang-sorang sampai tertido. Hahaha..camne tu...?..Lepas Insyak, Mia buka aerobik yang nak wat tu, catat step-stepnya, dan praktis sorang-sorang lebih kurang 6-7 kali juga la. Pastu Mia tertido, dan terjaga dalam pukul 2 lebih dan Mia buat lagi aerobik tu sampai faham stepnya. Masa tu la Mia dapat msg daripada sorang member Mia kata dia MC besok dan tak dapat pergi sekolah. Dalam hati Mia..."MASYAALLAH..." ..habisla Mia camnie. So, last-last tinggal 2 orang je!...=(

Hari nie juga Mia rasa sangat happy, sangat bersyukur dan tak regret anything pun bila Mia dengan member Mia dapat conduct aerobic dengan jayanya. Feedback yang Mia dapat daripada pupils pun okay, ramai yang puji best....masa aerobik tu Mia ngan member ulang balik lagu aerobik sebab pupils nampak suka sangat dengan pergerakan yang kitaorang buat. Mia pun rasa macam tak nak stop je..macam jadi giler di atas pentas pulak..hahahaa... =D

So, kat bawah nie gambar-gambar yang Mia sempat amek masa hari tersebut:

Cikgu Asa jual roti..
(huhu..happy slalu cikgu nie!)
Nie gerai nasi yang Mia kena jaga sama Cikgu Saniah and Asrul.
(Mak oii..pedas giler nasi nyer!)

Yong Yong sama Teacher Ami jual ayam goreng..sangat laku oo!
(Pandangan Mia..sedap lagi ayam KFC kot..hahaha =)

Hero-hero anak murid aku nie..Akmal, Syazani & Hamizan.
(Mia Love To C U Happy)

Seterusnya, pic pakaian beragam yang Mia sempat amet.
Wah.sangat cute r tengok pupils Mia hari tu...
cute mute tul diorang!

Puteri yang comel!
(Pakai tudung pun cantik tau!)

Ni pun cute mute jugak kan..!

Hahahaaa...
Mia boleh tergelak dan tersenyum hari ini..well congrate untuk diri Mia juga Miss Loi and Mr.Liew. Best kerjasama ngan korang. Tak lupa juga to Cik Diyana. Hopefully ada hikmah disebalik ketidakhadiran itu.
Klo Mia ada gambar aerobik sure la Mia upload dalam BlogSaya nie!

"Co-curriculum's Day SKDK:Sangat Syok r!"

-Sekian-
-Mia Olive-

No comments: