Jun 29, 2010

PRAKTIKUM HARI 2

Hari ke-2 praktikum kat SK Dato Kramat..masih slamat..masih berjalan lancar..masih aku boleh tersenyum..

Setakat nie aku sangat berpuas hati dengan sekolah nie..dengan cikgu-cikgunye..dengan budak-budaknya..dengan pekerja-pekerjanya. Cikgu-cikgu yang aku jumpa pun sangat 'helpful'..senang nak bincang dan tak kedekut ilmu langsung. Aku syukur sangat dipermudahkan segala urusan aku kat sekolah nie. Hopefully, sumenya dapat berkekalan sampai bulan ogos nantilah..amin!

Hari ini aku banyak jumpa cikgu..Cikgu Hadi, Cikgu Sham dan Cikgu Zulkifli..
haha...patutnya pagi tadi kena ajar pj tapi hari ini baru aku berpeluang jumpa cikgunya.. alhamdulillah syukur tak kena ajar tadi, tapi agak lucu jugak bila pergi padang pakai kasut tumit dengan baju kurung dengan tanah padang yang lembab-lembab tu.Hmm..kasut aku dengan kain-kain baju kurung kotor bertanah la. Takpelah, janji urusan aku dengan cikgu PJ dah sudah dh...

Dengan cikgu Sains pulak..hehe..sukanya...diorang sangat baikkkkkkkkkk...tabik spring la kat diorang! xdelah nak act semacam je bila kita nak minta bantuan. Hehe..selamat bekerjasama dengan cikgu..bantulah saya yang baru nak belajar jadi cikgu sains ini yea!

Hari nie kena ganti kelas tahun 6..6 usaha..kelas ketiga. Aku kata okay la..takdelah teruk-teruk sangat nak kena control, tu suka tu! Cuma suara baru nak practise kot!Rasanya..bukan..wajibnya aku kena keluarkan suara dari perut bila nak bercakap. Sebabnya tadi aku tak keluarkan suara perutlah maka suara aku pancit awal...x sampai sejam dah mula serak suara aku nie!Ishhh..teruk..

Jadual waktu aku dapat pun xdelah padat sangat. Seminggu aku ajar 9 jam saja..7 Sains dan 2 PJ. Okay la tu. Isnin ngan Rabu x de kelas. Masa yang sesuai nak wat lesson plan ngan bahan bantu mengajar. Overall terima kasih banyak2 jugalah kat PK1 yang bagi jadual tu yea!

Malam nie kenalah tengok apa yang patut untuk lesson hari khamis ngan jumaat nie. Wat lesson plan..ok pensyarah pembimbing (baru je jumpa tadi)..dah bagi briefing kat aku. Portfolio dh kena ready minggu depan, juz bagitau die klo dh ready nak kena observe. Hehe..belum lagi kot Puan sebab saya nak kenal2 dengan budak-budak dulu dan introduce topic hari khamis nie..mula mengajar minggu depan. Hmm..maybe week ke-3 Puan boleh observe saya..lagi cepat lagi bagus..lagi relax!

Ok..itu saja yang nak aku postkan hari nie..huhu..sedikit letih tetapi gembira juga!

No comments: