Agak lama jgak aku terpikir apa yg aku nk post dlm blog nie..
Nak citer sume ke apa yang aku buat
ALL ABOUT ME?
well,
pikir punyalah pikir, last skali rasanya mesti enjoykan
kalau aku lebih banyak coretkan tentang aku
GURU PELATIH
TRAINEE TEACHER
banyak sebenarnya pengalaman yang aku dh tempuh
5 and half years kat sana
hmm...rasanya banyak yang aku boleh kongsi
banyak yang manis-pahit-duka-masam-sumalah..
Ini adalah permulaanku.
“Perjalanan bermula dengan satu tapak”
Perjalanan aku sebagai seorang guru pelatih di IPG bermula pada tahun 2006. Kalau tak silap, aku mula mendaftar di IPG pada 10 Julai 2006. Itupun aku beruntung dapat masuk IPG walaupun second intake. Masa tu umur aku 19 tahun. Nak kata muda pun xdela sangat. Ramai kawan-kawan yang masuk kebanyakannya sekitar usia 18 tahun. Kiranya aku nie dikatakan rugi setahun la masuk ke IPG. Sebelum tu, aku habiskan study aku kat Kolej Matrikulasi Melaka selama 1 tahun.
Habis saja matrik, masa check kat internet, nama aku tak layak masuk IPG, memang aku frust jugala. Bukan apa..mak aku kan nak sangat aku dapat masuk IPG nie, lagipun aku nie jenis yang ikut cakap mak aku. Lagipun dah la dah 2 kali aku apply IPG. Bila tak dapat memang frust jugala. Mujur dapat juga masuk USM dengan result matrik aku yang tak berapa cemerlang tu. Itupun aku dapat pilihan keempat: Jurusan Sains Biologi. Berhempas pulas jugaklah aku nak sesuaikan diri aku yang pasif masa tu dengan kehidupan universiti.
Selama seminggu ++ 2-3 hari lepas tu, emak aku telefon aku. Katanya ada orang IPG telefon suruh aku daftar kat IPPP. Masa tu aku nie dah macam bengong-bengong sikit, tak tau nak buat pilihan macam mana. Kat U rasanya dah macam okay je. Tapi bila tengok mak cakap dengan aku bersungguh-sungguh,mak sebut peluang bila dapat masuk IPG, pasal elaun dan lain-lain, aku tahu mak memang nak aku masuk IPG. Bila aku nangis-nangis masa tu sebab blur sangat-sangat nak wat pilihan, mak langsung tak paksa aku. Mak ngan abah suruh aku fikir elok-elok dan buat pilihan yang terbaik.
Entah semangat apatah, klo tak silap hari tu hari khamis, aku tekad pergi ke Jabatan Pengajian Sains Biologi nak tanya pasal prosedur nak keluar daripada U. Berjalan berkilo meter jugalah aku pergi ke jabatan sana sini naik turun bukit nak selesaikan semua prosedur pengeluaran aku daripada U. Masa tu, ada beberapa pensyarah dan kakitangan U pelik bila aku cakap aku nak keluar U sebab pengajian pelajar-pelajar baru kan baru saja bermula. Tapi yang bestnya, bila aku cakap aku dapat tawaran IPG, semua kakitangan U yang aku jumpa bersetuju dengan pilihan aku. Ramai yang kata masuk IPG lebih terjamin bila nak kerja nanti…so aku dah buat pilihan tepat! Yes2X..!! arigato mak, abah!
10 Julai 2010, bemulalah perjalananku sebagai seorang guru pelatih untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pengajian selama 5 tahun setengah nie akan tamat pada tahun 2011. Aku pun dah 4 tahun bertapa di sini, dan minggu depan aku dah mula masuk IPG untuk sem 5 ditambah dengan 2 bulan praktikum.
Bila ingat balik macam mana aku dapat masuk IPG, aku sangat-sangat teruja. Pastinya aku amat-amat berterima kasih pada keluargaku yang bantu aku buat pilihan yang terbaik dalam hidup aku sekarang. Dulu aku nie tak rasa ada talent pun nak jadi cikgu, memang tak fikir pun masa kecik-kecik dulu nak jai cikgu. Tapi sekarang rasanya latihan yang aku terima di IPG telah membentuk semangat keguruan dalam diri aku. Sebagai pelatih, aku belajar banyak tentang ilmu-ilmu keguruan daripada pengalaman orang-orang tertentu, tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan, teguran dan hukuman yang diterima. Semua pengalaman pahit dan manis di IPG membentuk peribadi aku sekarang. Alhamdulillah, banyak perubahan telah berlaku pada diri ini. Namun, masih banyak yang aku kena belajar. Aku sendiri sentiasa berdoa agar aku boleh jadi guru yang sebenar-benarnya guru. Biarlah nanti ilmu yang aku sampaikan pada anak didik aku ilmu yang diberkati, ilmu yang bermanfaat. Yang penting, gaji yang aku terima bukan gaji buta yaa!
(Pic taken by my classmate: Abdillah Hafiz Mohamed masa pergi KL)
1 comment:
Assalamualaikum
Akak saya nak tanya, mcm mana akak apply for second intake ipg? Sbb saya x lepas interview haritu tp skrg ada hntar surat rayuan..betul ke ada second intake utk ipg?
Post a Comment