Jul 9, 2009

DIARI CINTA DI HATIKU II

Pagi itu, usai sahaja aku menunaikan solat subuh bersama abah dan mama, aku menggunakan sedikit masa yang terluang untuk melayari internet. Rasanya sudah lama aku tidak membalas kiriman e-mail teman-teman di kampus. Wajah Suraya, Fatimah, Kak Nisa dan Azam masih tersemat kukuh dihatiku. Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik saja aku telah menamatkan pengajianku dengan cemerlang dalam bidang pendidikan.

Saat aku membaca satu persatu e-mail yang dikirimkan, mataku tertatap pada sebaris nama yang sudah lama tidak kudengar. Hatiku sedikit berdebar tiba-tiba. Ya, nama itu hampir sahaja lupus dari ingatanku. Masakan kiriman e-mailku setahun yang lalu baru kini mendapat balasannya. Tanganku lantas membuka e-mail tersebut. Bait-bait kata yang tertulis itu kubaca perlahan-lahan. Kata-katanya masih tersusun indah seperti dahulu. Ya, Amir Mukhlis Mohamad sentiasa membuat aku terpegun dengan kata-katanya. Setiap bicaranya berhikmah, malah perlakuannya juga berhemah.


Ahad, 5 Jun, 2009 14:13
Daripada:
Kepada : "sara_qistina@yahoo.com"


Salam alaik...


Kepada saudari Maisara Qistina,
Maaf seandainya kiriman ini baru bertandang,
Mungkin waktu bergerak begitu perlahan,
Untukku membalas utusanmu
Ku tahu kau insan pilihan yg berada di atas jalan-Nya
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Kau pasti redha dan sabar menempuh segala ujian.

Alhamdulillah Sara, aku sentiasa mengingati diri kau.Mungkin satu hari nanti kita akan bertemu seandainya takdir menentukannya. Insyaallah...

No comments: