Jul 29, 2009

SAJAK LUAHAN HATI

Wahai kawan,
Aku panggil kau ego..sebab itulah kau
Kau tidak pernah fikirkan orang lain
Kau kata A, kau harap semua orang akan kata A juga
Kau kata B, kau ingat semua orang bersetuju memilih B
Padahal kau harus fikirkan kawan kau ini
Aku punya perasaan juga
Aku takut perasaan sayangku padamu bertukar benci
Aku takut perasaan hormatku padamu menjadi arang
Padamu kawan
Bantulah aku untuk terus sayangi dirimu
Bantulah aku untuk aku kasihi dirimu
Jangan biarkan perasaanku padamu menjadi arang
Waktu itu,
Kau merana dan aku terseksa

Jul 27, 2009

DIARI CINTA DI HATIKU III

Semalam aku menerima panggilan telefon daripada Kak Nisa. Katanya dirinya telah dirisik oleh seorang akauntan yang tinggal sekampung dengannya. Pemuda itu juga menjadi pilihan kedua ibu bapanya. Wah, Kak Nisa sungguh bertuah. Orangnya begitu cantik, lemah lembut, solehah dan pandai memasak. Pada aku, memang beruntung sesiapa yang berjaya memiliki hati Kak Nisa.

Masa di universiti dulu, Kak Nisa adalah teman serumahku. Selain Kak Nisa, rumah yang terletak kira-kira 5 km daripada universiti itu turut dihuni oleh Suraya, Fiza, Marlia dan Dian. Di kalangan teman serumah, aku lebih rapat dengan Kak Nisa dan Suraya. Fiza dan Marlia boleh dikatakan agak bersosial dan jarang ada di rumah. Dian pula hampir setiap minggu pulang ke rumahnya. Oleh itu, banyak masa aku habiskan bersama Kak Nisa dan Suraya. Ini telah mengeratkan tali persahabatan di antara kami bertiga.

"Kak Nisa kiranya dah bersedia nak kawin la nie ye?" Aku bertanya kepada Kak Nisa semasa dia menghubungiku. Kak Nisa kudengar tertawa kecil.
"Insyaallah, Qis. Rasanya akak dah bersedia. Akak percaya pilihan mak dan ayah akak tak salah. Mungkin jodoh akak dah sampai kot," balas Kak Nisa.
"Kak Nisa, Qis tak sabar nak makan nasi minyak Kak Nisa. Cepat-cepat hantar kad tau!" Aku bersuara ceria sebagai tanda berkongsi kegembiraan dengar Kak Nisa.
Sekali lagi Kak Nisa kudengar tergelak kecil.
"Ye la tu. Entah-entah Qis dulu yang bina masjid. Dapatlah Kak Nisa jadi pengiring Qis nanti," usik Kak Nisa.

Aku sekadar melepaskan ketawa kecil. Hmm, ada-ada saja idea Kak Nisa kalau ingin mengusik aku. Selepas itu, aku menukar topik berkaitan kawan-kawan sekampus yang lain. Seboleh-bolehnya aku cuba mengelak daripada membincangkan soal cinta yang mengaitkan diriku. Soal cinta itu, biarlah di hatiku saja.


"Kalau ada jodoh, tak ke mana Kak Nisa...".Itulah kata-kata terakhir aku sebelum mengakhiri perbualan aku dengan Kak Nisa.





Jul 20, 2009

PERASAAN DI HATI

Setiap kali hari Isnin, semua macam liat saja hendak mengikuti matapelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK). Tambahan pulak, waktu PJK nie pukul 3.00 petang, matahari pun masih rembang lagi. Belajar pula teori. Mata yang memang sudah lali memang menunggu saja untuk ditutupkan. Aku pun tidak terkecuali dalam golongan sebegitu.

Tapi setiap kali subjek PJK nie,akan timbul satu perasaan dalam hati aku bila aku tengok En. Nadarajan. Dia adalah cikgu luar yang mengajar batch aku yang ada 5 kelas. Dalam perjumpaan PJK kali ke-3 nie, hanya dua kelas yang hadir sebab tiga kelas yang lain ada BIG dekat Perak.

Sebenarnya aku kesian dengan En Nadarajan. Setiap kali ada kelas, memang wujud perasaan itu. Pada aku, En. Nadarajan memang seorang yang sangat baik dan sabar. Namun, disebabkan sifat beliau itu jugaklah, bebudak batch aku memang ambil kesempatan atas kebaikan dan kesabaran beliau.

Pada aku, diorang memang kurang sopan dan tak tahu nak hormat guru yang mengajar di depan. Bila En. Nada mengajar, bagi kuliah yang pada pelajar-pelajarnya, aku dapat tengok ada yang bercakap, gurau-senda, tidur, baling gumpalan kertas dekat pelajar-pelajar lain, main sodoku la..malah ada yang rajin pulak menulis nota dalam bahasa jawi serta melukis. Bila En. Nadarajan mengajar, ada pulak pelajar yang mintak break. Bila bagi break 5 minit, ada yang salah guna sampai 15-20 minit. Masuk dalam kelas sudah la lewat, kemudian mengganggu konsentrasi orang lain.

Memangla aku pun bukanlah fokus 100% dalam kuliah PJK, tapi pada akulah, sebagai pelajar x salah kalau kita tunjukkan rasa hormat kita pada cikgu yang mengajar di depan. Tambahan pula kita nie bakal pendidik. Macam mana kita nak didik orang kalau kita sendiri pun tak tahu nak didik diri sendiri, tak tahu nak hormat orang yang bagi ilmu dekat kita??

Kalau habis bosan pun dengar kuliah PJK, tak payah nak kacau orang lain yang nak belajar. Tak payah nak buat bising-bising macam budak kecik. Pergi balik tidur dalam bilik sudah!! Lagipun, En. Nada dah habis baik mengajar kita. Dah la dia mengajar di sekolah pada waktu pagi. Lepas tu, dia siap sediakan nota kuliah bagi pada kita. Yang kita pulak, ada hargai apa yang dia buat pada kita??..bukan payah pun, diam dan pasang telinga saja dengar kuliah dia. Tak payah tulis nota pun takpe sebab En. Nada dah sediakan.

Cuba saudara sudari bayangkan kalau saudara saudari berada dalam situasi En. Nada...Tak ke diri tu berasa sedih bila apa yang disampaikan tidak diambil peduli oleh pelajar-pelajar sendiri.

"Ibarat kepala yang dipijak-pijak.." Itulah yang aku bayangkan kalau aku berada di tempat En. Nada.

***
Pesanan:

Kalau ingin berjaya, hormati guru. Kalau sikap buruk itulah kita tunjuk pada guru kita, tidak mustahil pada masa akan datang, anak murid kita boleh tunjukkan sikap yang lebih buruk daripada itu kepada kita. Jadi, fikir-fikirkanlah....

Jul 19, 2009

PEMBERITAHUAN

Pose Diari Cinta Di Hatiku akan diteruskan apabila masa mengizinkan..terima kasih.

Jul 14, 2009

ZOO TAIPING,KUALA SEPETANG

AKTIVITI BUDAK SAINS - ZOO TAIPING & KUALA SEPETANG, PERAK.

Pada hari ini, 14 Julai 2009, seramai 18 orang guru pelatih 4 SNED 2 telah pergi ke Zoo Taiping dan Hutan Bakau Kuala Sepetang untuk aktiviti bagi praktikal Sains 3 . Berikut adalah jadual aktiviti kami sepanjang berada di tempat-tempat tersebut:

7.45 pg :
-Berkumpul di Blok Sains, bergambar, naik coaster, makan nasi lemak dan bertolak ke Zoo Taiping.
9.30 pg :
-Tiba di Zoo Taiping.
10.00 pg:
-Aktiviti mencari haiwan bermula. Semua pelatih sibuk mencari zoo keeper untuk menyoal siasat tentang haiwan-haiwan yang dipilih.
12.00 tgh:
-Berkumpul untuk mendengar penerangan tentang zoo dan bertanya soalan dengan "orang kuat zoo".
1.00 tgh:
-Bertolak ke Kuala Sepetang.
1.45 tgh:
-Sampai di Kuala Sepetang. Berhenti makan mee udang yang sedap.
2.20 ptg:
- Tiba di pusat bakau Kuala Sepetang. Melihat tayangan tentang pembuatan arang kayu bakau dan penghasilan produk bakau daripada En. Nashiruddin yang baik hati. Sesi soal jawab dijalankan.
- Berjalan mengelilingi hutan bakau yang sangat cantik untuk melihat spesis-spesis bakau di Malaysia.
-Melawat tempat pembuatan arang kayu bakau.
-Masuk ke dalam 'igloo' yang panas.
-Bergambar
-Ambil air asap daripada kayu bakau.
4.50 ptg:
- Bertolak ke Bukit Merah untuk solat jamak.
7.15 mlm:
- Tiba di institut perguruan.

Kesimpulannya, aktiviti kali ini amat bagus dan berfaedah.Pengurusan masa untuk menjalankan aktiviti amat memuaskan dan para pelatih kelihatan gembira. Mereka telah memberikan komitmen yang sangat baik.Pelbagai ilmu pengetahuan telah diperolehi dan selepas ini bolehlah para pelatih menyiapkan praktikal 3 dengan jayanya.

Jul 9, 2009

DIARI CINTA DI HATIKU II

Pagi itu, usai sahaja aku menunaikan solat subuh bersama abah dan mama, aku menggunakan sedikit masa yang terluang untuk melayari internet. Rasanya sudah lama aku tidak membalas kiriman e-mail teman-teman di kampus. Wajah Suraya, Fatimah, Kak Nisa dan Azam masih tersemat kukuh dihatiku. Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik saja aku telah menamatkan pengajianku dengan cemerlang dalam bidang pendidikan.

Saat aku membaca satu persatu e-mail yang dikirimkan, mataku tertatap pada sebaris nama yang sudah lama tidak kudengar. Hatiku sedikit berdebar tiba-tiba. Ya, nama itu hampir sahaja lupus dari ingatanku. Masakan kiriman e-mailku setahun yang lalu baru kini mendapat balasannya. Tanganku lantas membuka e-mail tersebut. Bait-bait kata yang tertulis itu kubaca perlahan-lahan. Kata-katanya masih tersusun indah seperti dahulu. Ya, Amir Mukhlis Mohamad sentiasa membuat aku terpegun dengan kata-katanya. Setiap bicaranya berhikmah, malah perlakuannya juga berhemah.


Ahad, 5 Jun, 2009 14:13
Daripada:
Kepada : "sara_qistina@yahoo.com"


Salam alaik...


Kepada saudari Maisara Qistina,
Maaf seandainya kiriman ini baru bertandang,
Mungkin waktu bergerak begitu perlahan,
Untukku membalas utusanmu
Ku tahu kau insan pilihan yg berada di atas jalan-Nya
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Kau pasti redha dan sabar menempuh segala ujian.

Alhamdulillah Sara, aku sentiasa mengingati diri kau.Mungkin satu hari nanti kita akan bertemu seandainya takdir menentukannya. Insyaallah...

Jul 7, 2009

DIARI CINTA DI HATIKU I

"Jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak".

Petikan ayat itu kuulang lagi.Ku cuba tafsirkannya melalui catatan diari hidupku sendiri. Akhirnya hati kecilku mengakui kenyataan itu.

"Jangan terbang tinggi, kalau jatuh akan parah"
..............................................................................................................................................................................

Aku bukanlah pelipur lara yang bijak bermadah pujangga. Apa yang lahir dari hatiku adalah suara hatiku yang ingin berbicara. Aku punya mata yang bisa melihat alam yang luas terbentang. Aku punya sepasang telinga untuk mendengar setiap bunyi yang masih melangkaui batas-batas frekuensi kemampuanku, dan aku punya satu mulut untuk melontarkan perbicaraanku. Aku juga mempunyai satu hati yang mana di dalamnya tersimpan 1001 rahsia yang tiada siapa mampu mencerobohinya kecuali Tuhan yang Maha Esa. Hatiku ini adalah milikku, kurniaan Tuhan yang Maha Agung. Di hati inilah segalanya bermula. Kisahku, cerita suka dan duka. Segalanya tersemat kukuh di hati ini dan hanya aku yang dapat merungkainya satu persatu...

Jul 5, 2009

CINTA NAN INDAH


"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"

"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"

"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"

"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"

"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"

"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"

"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"

"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

Jul 2, 2009

BULAN JULAI YANG PADAT

Bulan Julai yang padat.
Semua aktiviti dan program hendah dijalankan pada bulan ini.
Habis saja Biro Tatanegara (BTN), ada sambutan hari guru, gerak kerja ke Zoo Taiping, Kem Penghayatan Islam, Kuiz Sains dan Bina Insan Guru.
Masa sepenuhnya full..semua kena handle properly.
Tambahan pula aku merasakan tugasan pada semester ini agak berat.
Banyak subjek perlu diberi perhatian khusus. Ada juga tugasan dan tanggungjawab baru diberikan dan semuanya perlu dilaksanakan sebaiknya.
Elaun pun sudah masuk.
Beringat-ingat semasa menggunakan wang..jangan membazir sampai hujung semester merana.
Sekarang juga bukan masa terbaik untuk bercinta. Ia hanya khayalan yang boleh binasakan diri.
Disiplin dan keyakinan diperlukan disamping semangat juang yang tinggi dalam menempuhi semester 4 yang agak mencabar.
All the best to myself and all my friends.
Insyaallah..semuanya akan berjalan lancar.