Jun 9, 2009

Novel Minggu ini: SETIAP JUMAAT


Setiap Jumaat merupakan karya Norhayati Berahim. Ia mengisahkan dua watak yang bertemu di Jepun selepas masing-masing berasa jauh hati dengan ibu bapa masing-masing.

Jasmine agak terkilan apabila mengetahui berita emaknya berkahwin lain selepas kematian bapanya. Ketika dia masih belajar di Jepun. Ku Pian pula tidak suka dengan sikap bapanya yang dirasakan mengonkong hidupnya.Di bawah pohon sakura mereka bertemu dan saling menjalinkan persahabatan.

Novel ini juga menyentuh sikap sahabat yang sanggup menikam sahabat sendiri. Sahabat Jasmine, Daun sanggup merampas Jabar, kekasih hati Jasmine menyebabkan gadis itu hampir-hampir menggagalkan dirinya dalam pelajaran. Mujurlah sokongan kawan-kawan lain telah memberi kekuatan kepada Jasmine.

Novel yang menyentuh realiti kehidupan di negara Jepun ini amat menarik dan memang memberi perspektif baru kepada kita tentang corak kehidupan di sana.

Oleh itu, bacalah novel ini..tak rugi pun.

No comments: