Jun 10, 2012

Wei Mr. Frogie, bila mau turun dari awan amek aku?

Nak madah pujangga sat walaupun aku tau bahasa aku tak baguih sangat..
Mencuba tak salahkan??

...
Awan bagaikan tahu perasaan aku. 
Setiap kali awan mendung tiba, hatiku sebegitu juga.
Kadang kala tertanya, jika awan ibarat hati aku, 
maka sungguh aku rindukan awan  yang lembut dan redup itu. 
Hati tenang melihat awan sebegitu. 
Senyuman mudah terukir.
Aku rindukan awan itu.
...

Source: Google


Tinggai haiwey sat! Jom p menyusuq jalan kampung dulu mOla dari negeri Kedah pi Perak pi Selangor. Wey! First time aku makan durian tepi jalan! Cik Omaq dengan Cik Sinah mengidam durian, aku pon tumpang sekaki r. Tak sangka durian Perak sedap gak. Ingat durian Kedah dengan Pulau Pinang ja sedap. Buah kecik tapi isi  mantap gila. Boleh bedal lebih 10 ulas tepi jalan...memang hebat r! Lepas ni, kalau lalu dengan abah dengan family aku pulak, aku nak suruh abah wat camtu jugak. Makan durian fresh-fresh tepi jalan. Dak pun, insyaallah nanti aku yang beqenti tepi jalan bagi abah dengan ma makan durian fresh!


Source: Google

Lepas tu, aku lalu Teluk Intan. Bila dengar orang sana bercakap, terus ingat Yana sebab stail dia bercakap memang pure Teluk Intan. 

Sempat snap pic kat menara condong. Boleh la berangan macam duk kat China sat sebab aku suka tengok reka bentuk Menara Condong Teluk Intan nie macam kat China. Lawa....! 





A'aa..bangunan nie memang condong pun. Sampai situ pun sebab Cik Omaq nak cari udang galah. Tu yang ronda Perak sakan tu. Tapi takdak rezeki Cik Omaq. Hah! Orang sana cakap udang galah nak kena booking dulu. Sapa tak nganga...siap kena booking udang galah online pulak! Hebat gak penangan udang galah kat Perak nie. Sebab tu la kedai makan kecik-kecik kat sini tak berani jual udang galah. Kalau sekoq RM10, ada ka yang sanggup nak makan udang galah yang mahai tu? Jawabnya, telan ayaq liuq ja la...


Sempat jugak amik angin laut kat Telok Senangin. Kak Pah kata banyak kot ikan senangin kat situ, sebab tu nama pun Senangin. Ikan senangin tu ikan apa r?..nak goggle sat..


Source: Google

Dah lama tak rasa suasana pantai. Dapat pi rehat makan-makan kat Telok Senangin pun cukup la. Haha..nak tau aku memang suka pantai. Tak kisah r pantai pa pun asaikan ada ayaq laut...ada pasiaq...ada bunyi ombak...ada pokok ru...ada nampak awan...enough! Hati memang cukup berbunga dengan pantai.


'Setiawan - Slim River - Tanjong Malim.'

Aku dok hafai sikit-sikit area Perak nie.


Tanjung Malim: Tak pi pun UPSI. Lalu nampak sign board ja. Terus ingat budak gumok kat umah tu. Nak tau, last day before tinggaikan rumah, gila-gila dia tarik tangan aku nak cium aku. Haha...memang aku lari dulu sebab dia tak mandi. Macam tau ja aku sedih, pastu tunjuk peqangai gila-gila dia kat aku. Lepas masuk qeta, terus aku teqiak r. Tapi, memang aku ingat dia bila nampak perkataan UPSI. Pastu tequih terpikiaq, jauh gak Kola Nerang nak pi Tanjong Malim. Masa ma dengan abah p konvo budak gumok nie, qeta abah buat hai tengah jalan sampai kena sewa keta lain nak p konvo dia. Nampaknya, dia lagi kesian daripada aku. Aku walaupun memang sedih ma tak p konvo aku, at least abah dengan kak cik Natrah tak dak la nak kena tunggu tepi jalan dengan qeta rosak macam budak gumok tu. Hmm...kena la terima la hakikat aku lagi beruntung daripada dia. Alhamdulillah.


Malam sampai Shah Alam. Pi cari rumah sewa kakpah dulu kat Alam Megah. Cik Omaq dengan Cik Sinah tidoq semalam ja sana. Aku tambah semalam lagi tiduq kat umah kakpah. Aku rasa orang yang dapat rumah sewa luas macam kak pah adalah orang paling beruntung. Memang selesa sangat sampai aku mula terpikiaq macam mana nak wat rumah sewa aku yang comei haluih jadi selesa macam rumah kakpah. Aku jenguk-jenguk IKEA..perh...memang rasa nak letak barang IKEA dalam rumah comei aku. Sure aku tak menyesai duk bertahun-tahun dengan selesanya kat rumah sewa sekarang nie. 


Source: Google


" A home doesn't need to be big, just smart"


Aku suka tagline catalog IKEA nie.
Aku kena SMART gak bagi selesa rumah comei aku nie!


Lepas Cik Omaq dengan Cik Sinah balik Kedah (petang Sabtu jugak..dalam kul 5 lebih), kakpah bawak aku pi Giant. First time ada semangat nak pi beli belah macam duk kat Penang dulu. Memang seronok kalau dapat geng satu kepala yang faham aku. Ex-housemate 5 and half year nie la yang boleh bagi feel tu..hehe..kalau jumpa girls sned2 yang lain, conform lagi best shopping. Then, aku terus dapat semangat. Kalau Sabtu aku free, memang aku nak p cari balik depa semua, nak tiduq rumah sewa depa nak pi jalan-jalan dengan depa. Bestnya bila dapat rasa macam 5 tahun dulu...! Benda nie pon aku beli sekali macam kakpah. Agak-agak benda pa nie?




Haqi ni, time aku depart to KRU. Waaa...sedih..takmoo balik sini. Waaaaa....


Pukul 12.00 lebih tadi, kakpah terpaksa hantaq aku balik gak. Kak Umu, new housemate kakpah pun hantaq gak kat stesyen komuter Shah Alam. 


"Wei kak cik Natrah ...kenai dak kak ummu hani? Dia amek sains gunaan kat UM dulu. Dia kenai hang. Dia cakap muka hang sama macam muka aku..hehehe...sama ka kita? Yang pasti gigi hang tak sama dengan gigi aku. Hidung aku tak sama dengan hang..hahaha...
Ok! Aku melawak ja...!"


Aku bye-bye kakpah macam nak p Korea nu.......ceh padahai nak p KRU ja. Tapi nak wat camna, aku rasa sedih gila masa berpisah dengan kawan lima taun setengah aku tu. Dah la masa tinggai kampung Jumaat tu, aku dok seka ayaq mata tak bagi meleleh dalam qeta masa abah hantaq aku pi rumah kakpah..huhuhu..tak penah aku sedih gila macam nie. Macam nak berpisah tak jumpa dah pun rasa...isyshhhhh...takmau la ada rasa lagu tu. Wat hati tak sedap lak!


La ni aku dah ada kat sini. Kat KRU. Haha...esok mula mengajaq. Wei..ingat senang nak adjust balik otak cuti jadi otak nak mengajaq? Sebab tanggungjawab aku nak mengajaq budak-budak kat sini, nak kutip gaji halal r nak beli qeta, aku paksa gak wat gelak sorang-sorang senang hati kat umah sewa nie. Sebab tu la aku cakap sebelum nie,


"Do you know why i hate holiday?  Because i start my holiday with a beautiful smile and end up it with tears."



Okay..tak mau bagi hampa pikiaq banyak-banyak. Jawapan bagi gambaq tadi..ni dia...




Comb.
Comei dak...???
 Aku punya Mr.Frogie.
Kakpah punya comb Ms. Panda mata hitam.

Pss:

Wei Mr, Froggie, hang dok p mana? 
Bila hang mau turun dari awan amek aku?



2 comments:

Anonymous said...

terbaek..kakapah

kak cik said...

ummu hani orang sik ka???yg tu aku kenai la...tau la gigi ak terkedepan n idong aku termancung dr ang...hehe...no hal la