Mar 6, 2012

'Hidup ini penuh dengan Question mark kan???'

'Bila sudah berkahwin adakah komitmen aku masih sama 
seperti sekarang (zaman bujang)??'


Salam sume.
Hai juga!


Benci betul bila rasa nak bercakap sesuatu tapi tak dapat nak cakap!


Okay...fikir secara positif Mia.
Walaupun ini blog kita, 
bukan bermaksud kita boleh lepas kaki tangan mulut untuk bercakap sesuka hati 
tanpa had dan tanpa sempadan.


"Kata-kata kita mencerminkan diri kita.
Diri kita adalah bayangan orang tua kita."


Ya...kalau hati rasa jahat, mulut rasa bengang nak cakap pelik-pelik, 
aku akan ingatkan diri ini akan kata-kata ini.
Maksudnya,


'Mak abah ajar aku elok-elok. 
Buat apa aku nak jatuhkan air muka mereka dengan 
kata-kataku yang nista!'


Sekarang aku sedang belajar menjadi orang yang positif.
Aku nak jadi macam Dr.Fazilah Kamsah, macam H.M Tuah.
Macam Wardina Saffiyah.
 Macam Puan Hariton, pensyarahku.


Aku nak jadi guru yang positif.
Guru yang positif mindanya kuat.
Akalnya sihat.
Badannya hebat.


Bila berhadapan dengan sikap manusia yang pandai bermain opera sampai 
rasa nak termuntah yang amat sangat,
aku sentiasa berpesan pada diri ini supaya abaikan orang macam tu.
Dalam hati, katakan saja mereka itu 'kanak-kanak'.
Tak pandai jaga hati orang.
Anggap sahaja mereka sebahagian manusia istimewa yang Allah jadikan
untuk mewarna-warnikan hidup kita di dunia ini.


Yang penting kita jangan jadi macam mereka.
Kita jangan jadi orang yang menyusahkan orang lain.
Yang penting kita jaga hidup kita, 
jaga diri kita
supaya kita tidak menyakiti hati insan-insan lain.


Hidup ini macam roda.
Sekejap di atas sekejap dah jatuh ke bawah.
Hidup kita ada pasang surutnya.
Macam lautan yang tenang.
Bila-bila masa pasti badai menjelma.


Prinsip hidup aku mudah.


"Jangan menyusahkan orang lain 
kalau tak nak orang lain tidak menyusahkan kita."

Jangan bagi pelbagai alasan jika tidak mahu buat sesuatu kerja.
Terus katakan tidak supaya kita tak menyusahkan kerja orang lain.
Bila bekerja, buat sehabis daya. Buat yang terbaik.
Kita bekerja bukan nak tunjuk hebat.

'Kerja kita harga diri kita.'

Buat kerja macam sampah, harga diri kita pun macam sampahlah! (maaf)
Buat kerja elok, kita sendiri rasa berpuas hati.
Orang juga akan hormati kita disebabkan kerja kita yang berkualiti.


Setiap kali balik sekolah,
aku selalu tertanya-tanya pada diri ini:


'Bila sudah berkahwin adakah komitmen aku masih sama 
seperti sekarang (zaman bujang)??'

Bila melihat rakan sekerja yang majoritinya sudah berumah tangga,

"aku takut bila aku dah kawin nanti, 
aku tak dapat bagi komitmen macam apa 
yang aku bagi sekarang "


Kenyataan kat atas tu bukan bermaksud aku tak nak kawin.

'Perkawinankan antara pelengkap iman seseorang..'


Sekarang,
 aku mengaku komitmen aku memang sepenuhnya dengan kerja.
Boleh dikatakan kerja adalah rutin hidup.
Dari pagi sampai ke malam aku pasti buat kerja berkaitan sekolah.
Masa lapang aku juga aku habiskan dengan kerja sekolah.

Aku pun tertanya-tanya,
kalau aku kawin nanti adakah aku boleh buat kerja macam aku buat sekarang?


Aku sendiri tak dapat menjawab soalan itu.


'Hidup ini penuh dengan Question mark kan???'



Sekarang,
aku hanya boleh berdoa dan berusaha
supaya aku dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam kerja aku
sampai ke akhir hayat.


Masa bujang aku boleh buat kerja dengan elok, 
masa dah berkawin sampai dah beranak pinak, 
bercucu cicit, nak berpencen pun aku harap
dapat terus buat kerja yang terbaik.


'Aku nak jadi cikgu si penyapu baru.'

Bukan cikgu si penyapu lama yang tunggu masa nak dibuang saja 
sebab dah tak berapa berguna.

No comments: