APABILA GURU KENCING BERDIRI, MAKA MURID AKAN KENCING BERLARI...
Saya puas hati dengan kerja hari ini. Terutamanya budak-budak kelas saya. Shah Rizman dapat membaca dengan jelas dan baik hari ini. Iman tanya saya macam mana nak buat kerja dan buat kerja tanpa banyak soal. Izwan berani bertanya dan tolong saya hantar register. Irfatin dapat jawab soalan saya dengan tepat. Izzati tolong Alif Haikal membaca. Kamarul terus buat kerja tanpa banyak bercakap.
Cuma ada beberapa orang lagi saya masih tak dapat kawal.
Zubaidah selalu tak bawa buku. Suka berjalan tanpa buat kerja. Tidak takut walaupun saya marah dan denda dia.
Syafiq masih degil. Saya tengok dia tak wat kerja. Dia pandang saya tanpa rasa takut dan langsung tak buat kerja. Alasannya berjela-jela.
Azroi dan Rezuan tak boleh membaca. Lebih suka buat kerja sendiri dan tak ambil pusing apa saya cakap.
Nampaknya saya kena cari kaedah lain nak kawal diorang...siapa ada strategi yang best, sila usulkan!
.........................................................................................................................................
CIKGU MEROKOK
Guru : Apa lagi contoh tingkah laku yang tidak tak baik? Cuba bagi tahu cikgu.
Murid 1: Hisap rokok.
Murid 2: Hisap dadah.
Murid 3: Hisap gam.
Guru : Ha..betul la tu. Ada lagi tak?
Murid 1: Cikgu, hisap rokok nanti paru-paru rosak. Warna hitam.
Guru : Pandai pun kamu!
Murid 4: Cikgu, kenapa cikgu lelaki hisap rokok kat sekolah?..Haaaa...suami cikgu mesti hisap rokok
jugakkan (tersengeh-sengeh).
Guru : (Hadoooiiiii.....) Saya belum berkahwin la. Jadi, saya tak ada suami yang merokok!
Murid : Habis tu, kenapa cikgu lelaki merokok?
Guru : Diorang merokok sebab takde kesedaran. Tak takut mati!
(Hamek kau cikgu yang merokok!)
CIKGU TIRU
Guru : Apa yang kita bincang hari nie, cikgu nak kamu salin dalam buku sekarang!
(Buat peta minda sambil melihat kertas di tangan).
Murid : (Datang ke hadapan sebelah cikgu).Ohhh....cikgu tiru kertas, patut la cepat salin!
Guru : ???
CIKGU TIRU
Guru : Apa yang kita bincang hari nie, cikgu nak kamu salin dalam buku sekarang!
(Buat peta minda sambil melihat kertas di tangan).
Murid : (Datang ke hadapan sebelah cikgu).Ohhh....cikgu tiru kertas, patut la cepat salin!
Guru : ???
CIKGU CANTIK
Murid 1: Assalamualaikum cikgu. Cikgu cantik la hari nie. (Senyum lebar).
Guru : Waalaikumsalam. (Senyum...)
Murid 2: Cikgu cantik....!
Guru : Terima kasih...(senyum lagi luas. Hahahahaaa...poyo r!).
No comments:
Post a Comment