Mar 25, 2012

Bila saya boleh membaca dan menulis, saya tahu itu adalah jasa ma!

Ma 
Dia garang.
Sungguh dia sangat garang.


Bila dia marah, saya tak berani tegur.
Bila dia marah, satu rumah pasti senyap sunyi.
Saya takut nak bercakap.
Takut dengar bebelan ma.
Jadi, saya juga mendiamkan diri.
Saya tak pandai cari ma untuk minta maaf.
Lama-lama keadaan pulih seperti biasa.


Dulu masa kecil, saya pernah cakap saya benci ma.
Alasan ma suka marah.
Ma tak pernah beli permainan kat saya.
Abah pernah pukul saya dengan rotan sebab saya cakap perkataan tak elok dekat ma.
Akhirnya, saya simpan duit dan beli sendiri anak patung barbie.
Sampai sekolah menengah pun, saya senyap-senyap beli barbie dan main sorang-sorang dalam bilik.


Meningkat dewasa.
Saya masih lagi ada perasaan tak puas hati dengan ma.
Saya rasa ma tak faham diri saya.
Ma tak cuba faham apa yang saya mahu.
Saya rasa ma tak cuba ambil tahu apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka.
Saya rasa ma tak nampak usaha saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Ini membuatkan saya rasa lebih rapat dengan kawan berbanding ma.
Saya rasa kawan lebih faham saya berbanding ma.


Sekarang.
Zaman saya bekerja.
Mata saya makin terbuka luas.
Saya boleh rasa apa yang ma rasa.


Dulu saya pelik lagi hairan.

"Ma nie masak laju-laju sampai marah saya kalau saya terkedek-kedek
 wat kerja kat dapur apasal?"

Saya cukup tak puas hati kalau kena marah dengan ma masa memasak di dapur.
Ohhh...sekarang saya baru faham.
Rupa-rupanya bila kita bekerja, masa itu sangat berharga. 
Kalau kita terkedek-kedek buat kerja, alamatnya kita tak sempat buat apa-apa.
Kerja lain pasti terbengkalai.
Itu apa yang saya belajar dengan ma sejak saya mula bekerja.
Jadi, saya pun belajar buat kerja dengan cepat supaya saya boleh selesaikan semua kerja saya dengan baik.


Dulu, hati saya suka memberontak:

"Ma tak pernah bawak orang jalan-jalan. Bila cuti saja, asyik duduk rumah saja.
 Bosan la macam nie!"

Sekarang saya rasa saya tak patut cakap macam itu.
Bila kita bekerja, masa kita untuk diri sangat terhad.
Banyak masa kita habiskan dengan buat kerja.
Balik kerja rasa sangat letih.
Bila hujung minggu, rasa seronok sangat sebab dapat rehat dekat rumah.
Jadi, saya dapat faham kenapa cuti panjang ma banyak menghabiskan masa di rumah.



Saya makin faham apa ma rasa lepas saya mula bekerja.
Saya juga belajar untuk memahami ma sekarang.
Semua persoalan saya, perasaan tidak puas hati saya terjawab selepas saya mula bekerja.




Terima kasih ma.
Sebab ma, saya ikut jejak langkah ma jadi guru.



Langkah ma sebagai guru bakal berakhir beberapa hari lagi.
Namun, 
langkah saya sebagai guru novis baru saja bermula.


Ma sudah lama merasa penat jerih menjadi seorang guru.
Ma mampu bertahan sampai 32 tahun.

Saya pula masih terkial-kial belajar menjadi seorang guru.
Belum tahu selama mana saya bakal berkhidmat.

Ma sudah merasai asam garam dunia pendidikan.
Saya baru mengenali profesion ini.


Kepada ma,


terima kasih atas bakti ma selama ini.
Sebab ma,
saya berjaya jadi cikgu.
Sebab ma, kawan-kawan saya juga ramai yang berjaya.


Bila saya boleh membaca dan menulis,
saya tahu itu adalah jasa ma.
Bebelan dan marah ma 
adalah sebab saya menjadi diri saya seperti hari ini.


Ya Allah,
kepada-Mu aku berdoa.
Berilah kesihatan yang baik kepada ma.
Berikanlah kelapangan kepada ma untuk beribadah kepada-Mu.
Permudahkanlah urusan seharian ma.
Jadikanlah aku anak ma yang solehah.
Yang tahu mengenang jasa ma.
Yang tahu sayang ma.
Semoga ma sentiasa gembira.
Amin.







No comments: