Mia post lagi entry hari ini.
Sesuai dengan trademark Blog Mia Olive
‘Tulis sebab suka, bukan terpaksa'.
Jadi Mia nak tulis juga sebab Mia suka menulis dan terasa nak menulis lagi entry baru walaupun tengah menyibukkan diri memperbaiki 2-3 bahagian proposal
kajian tindakan Mia buat kali terakhir.
Yesh..last time!
…
Post ini ditulis selepas Mia dengar satu lagu ini.
Tajuknya
'Taubat seorang hamba'
oleh
Irsyadee feat Hafiz (ex-UNIC).
Cuba hayati liriknya sekejap:
Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah
Taubatku ini
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha-Mu ya Tuhan
Di hamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima.
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah
Taubatku ini
Seminggu yang lalu Mia ada post
satu entry
(KLIK SINI).
Ada sorang hamba Allah ini dah terasa dengan entry tersebut,
menyebabkan dia dah salah faham dan postkan di FBnya
untuk balas balik entry tersebut.
Perasaan Mia masa tu sangat terkejut.
Masa tu Mia tertanya-tanya:
'Kenapa dia tak tanya Mia dulu atau orang-orang di sekitar Mia
untuk dapatkan maklumat, penjelasan dan sebagainya tentang entry itu
SEBELUM dia balas balik kenyataan Mia di FB?'
'Adakah dia pasti Mia tuju entry tu bulat-bulat padanya?'
Kesannya sudah tentulah negatif.
Perasaan Mia memang sedih.
Mia nak salahkan dia pun, Mia yang tulis entry tu.
Mia nak salahkan diri Mia pun,
kenapa dia tak tanya Mia pasal entry tu dulu sebelum judge Mia.
Hai..macam-macam Mia fikir masa tu.
Jadi, Mia lebih suka mendiamkan diri dan jadi invisible saja.
Mia follow je apa yang akan berlaku untuk hari-hari seterusnya.
Beberapa hari ini, si hamba Allah ini mula berikan reaksi positif dengan menegur Mia.
Bila si hamba ini tegur, Mia bagi reaksi.
Bila dia diam, Mia juga diam.
Mia jadi kaku dan tak dapat nak bagi reaksi normal padanya.
Sebabnya Mia adalah jenis yang:
'when people was hurting me with their words or their bad action,
then i need some times to recover that scar before i can back to normal.'
Betul.
Mia sendiri perlukan masa untuk jadi normal balik,
boleh berinteraksi, bergelak ketawa
seperti tiada masalah antara kami.
Bila Mia dengar lagu ini berulang-ulang kali,
ada sesuatu yang buat Mia rasa nak cakap apa yang Mia rasa di sini.
'I'm totally not put this offence on her shoulder because this is just misunderstanding.'
'i'm blame myself because i don't explain everthing to this person.'
Mia bukan orang yang akan benci seseorang itu selamanya.
Mia cuma perlukan masa untuk lupakan apa yang berlaku dan jadi normal balik.
Mia tahu manusia memang tak sempurna.
Kadang-kadang kita salah, dan kita perlu minta maaf.
'Kemaafan itu sesuatu yang sangat berharga,
dan biarlah ia menjadi sesuatu yang bernilai,'
di mana sekali kemaafan itu diucapkan, itu tandanya kita sudah boleh lupakan apa yang berlaku dan tak akan ungkit lagi perkara tersebut.
Itulah 'kemaafan bermakna' bagi Mia.
Pss:
"I cannot tell you everything, but i can write anything.
That's why i have this blog to speak out what my heart said."
T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A
No comments:
Post a Comment