Feb 12, 2011

Alkisah Si Guru Pelatih 1


Jumaat semalam, Mia ada masuk satu kelas Tahun 4 ajar diorang topik
 'Human response to stimuli.'
Apa yang Mia sangat best pasal budak-budak nie ialah 
diorang boleh ikut arahan Mia.
Bila Mia sebut L.I.S.T.E.N, automatik diorang dah faham.
Pastu terus diam dan pandang muka Mia.
Ya, itupun selepas a few times juga Mia drilling diorang dalam tempoh sejam mengajar tu.
Budak-budak nie kena selalu diingatkan.
Karang banyak benda yang diorang boleh lupa.
Pasni..insyaallah klo Mia selalu amalkan rule nie,
diorang dah faham dan behave well dalam kelas.

Semalam juga, Mia rasa seronok sangat sebab
set induksi yang Mia buat untuk budak-budak nie berjalan lancar dan berjaya.
Yalah, sesetengah budak kita ajar senang saja tangkap.
Tetapi bagi budak-budak kelas nie,
diorang juz intermediate pupils saja,
sekali ajar belum tentu dapat.
Jadi, Mia mengajar balik diorang tajuk tu,
tetapi Mia guna kaedah lain pula.
Untuk set induksi,
Mia masukkan sejenis toy berbulu dengan botol plastik yang Mia potong tajam sikit 
(tapi tak bahaya, sebab budak akan sentuh sahaja).

Bila masuk kelas Mia tanya diorang, 
siapa yang takut kucing.
Ada dua tiga orang little girls yang angkat tangan.
Mia pilih sorang datang depan.
Takut-takut juga dia.
Pastu Mia suruh dia masukkan tangan dalam kotak ada toys tu
tanpa melihat apa yang ada di dalamnya.
Bila sentuh saja,
apa lagi terjerit budak tu pastu terus tarik tangannya daripada kotak itu.
Dalam hati, Mia dah boleh tersenyum.
(Yeshh! Set induksi dah berjaya!)
Budak-budak lain pun dah boleh nampak reaksi little girl kat depan tadi.
Mulalah diorang pun sesibuk juga nak sentuh objek tu bila tengok a few pupil lain
juga memberikan respon serupa.
Lepas sentuh saja objek tu, terus  cepat-cepat pulls back tangan diorang

Mia pun tanya murid-murid lain,
apa yang diorang nampak daripada perilaku kawan-kawan diorang.
Macam-macam feedback yang Mia dapat.
Pastu Mia pun terangkan yang kalau kita sentuh objek dalam kotak tu, itulah 'stimuli.'
Bila kita tarik tangan dan jerit sebab sentuh objek tadi, itulah yang dikatakan 'respose.'
Budak-budak pun dah faham sikit konsep tersebut.
Pastu,
diorang sume sibuk nak tahu apa kebendanya dalam kotak tu.
Mia pun cakap la kat diorang, 
"I will show you after this. But you must close your mouth and finish your work first."
Diorang memang ikut arahan Mia.

Akhir pengajaran saja, 
Mia suruh diorang teka dulu.
Ada yang cakap ada kucingla, apa jenis binatang la...biasalah budak-budak punya jawapan.
Mia pun tunjuk hairy toys tu kat diorang dan bagi sorang-sorang pegang.
Diorang kelihatan sangat happy dan
bila Mia melangkah keluar kelas,
diorang semua cakap,
"Bye-bye teacher!"
pada Mia.
Masa tu, Mia rasa gembira sangat.
Rasa kehadiran Mia dihargai dalam kelas itu.

'Inside my heart, i feel that they start to love me as their Science teacher.'

L.O.V.E it!

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A



2 comments:

Budak Hati said...

ahaks..cam bes ja set induksi...tapi aku tak ngajo darjah 4..uwaa

mia Olive said...

boley laa..soo simple but effective.