Feb 14, 2011

Kisah Dalam 1 Kelas

"Saya pelik la cikgu."
"Isshh..pelik la!"
"Pelik."
Sorang murid lelaki berkata.
"Apa yang peliknya? Cuba bagi tau cikgu.
Cerita sikit." 
 Mia bertanya.
Murid tersebut pandang Mia dan berkata:
"Saya pelik la cikgu, kenapa manusia ramai sangat kat dunia nie?" tanyanya.
Mia tersenyum.
Dalam hati Mia berkata:
'Penat je aku explain tadi. Tak faham-faham lagi budak nie rupanya.'
Mia pun menjawab soalan murid tadi.
Mia kata manusia ramai kat dunia nie sebab manusia boleh membiak.
"How human reproduce, class? 
Takde respon.
Macam mana manusia membiak?" 
Mia convert soalan.
Mia tanya murid-murid lain.
Semua senyap.
 Mia pun explain;
" When a man and a woman get married, then the woman pregnant and will be a mother."
After a few months, the woman giving birth of her offspring.
Mia siap  action lagi macam mana pregnant woman dengan perut besar.
 Ini terpaksa dan spontan berlaku.
" What is the meaning of giving birth, class? What is the meaning of offspring, class?"
tanya Mia.
Beberapa murid sahaja boleh jawab.
Mia buat drilling dengan diorang.
Mia ulang-ulang dan ulang beberapa istilah tertentu sampai murid-murid jadi familiar dengan 
terms tersebut.

Budak lelaki tadi tanya lagi.
"Cikgu, saya ada tengok video. Ada lembu tukan, dia beranak anak manusia. 
Awat jadi macam tu, cikgu. Ishh..saya pelik la!"
Mia pun terpikir-fikir, macam mana nak jawab soalan tersebut.
Tetiba Mia teringat beberapa kisah manusia dihukum oleh Allah menjadi haiwan dalam satu ceramah yang Mia pernah ikut dulu.
Mia pun kata:
" Kadang-kadang manusia suka buat jahat kepada haiwan. 
Jadi, Tuhan balas perbuatan manusia yang buat jahat kat haiwan nie. 
Sebab itulah lembu yang dia bela lahirkan anak manusia dan bukannya anak lembu.
Ingat class, kita nie tak boleh wat jahat pada haiwan. Tak boleh dera haiwan.
Kita kena sayang haiwan."
Ini explanation spontan Mia selepas berfikir selama 1 minit.
Mujur budak-budak dah tak tanya pelik-pelik lagi lepas tu.

Pss:
"Lega sebab budak-budak tak tanya soalan macam mana baby terjadi. Klo tak, sah-sah pening kepala Mia nak pikirkan ayat-ayat sesuai untuk terang pada diorang.

Fact: Children curiosity is higher than us!"

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

No comments: