Dec 19, 2010

'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan'


Andaiku tahu kapan bila ajalmu,
ku akan memohon Tuhan berikan peluang buatku
 memohon maaf andaiku bersalah padamu,
 temanku.
...... 
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Setiap awal ada akhirnya.

Al-fatihah buat teman sekelas Mia:
Allahyarham Ahmad Abdillah Hafiz Bin Mohamed.

Teman ini teman seperjuangan Mia.

Menerima dan redha dengan qada dan qadar Tuhan.
Mia sebagai teman sekelas yang telah bersama-samanya selama 4 tahun lebih
di IPG Kampus Pulau Pinang berasa sangat terkejut dan tergaman
di atas berita yang Mia terima semalam.
Mia ingat itu hanya gurauan.
Namun itulah kenyataan. Itulah suratan.
Teman Mia ini telah pergi menyahut seruan Ilahi.
Teman Mia ini telah pergi menghadap Allah S.W.T.
Saat itu Mia sedar, ajal maut seseorang hamba-Nya tidak pernah mengenal usia.
Hidup dan mati kita hanya Allah yang tentukan.
Akhirnya, teman Mia pergi jua
pada usianya 22 tahun.
Sangat mudakan?
Innalillah…

Sebenarnya dah lama Mia berhasrat untuk menulis kenangan bersama teman-teman sekelas yang 18 orang semuanya selama berada di kampus.
Namun siapa sangka,
nampaknya  Mia harus menulis terlebih dahulu tentang teman ini.

Menyoroti kenangan bersama arwah teman ini,
arwah merupakan seorang yang berpenampilan kemas dan menarik.
Mia dan rakan-rakan girls yang lain pernah gelarkan teman ini si Pinky Dillah
kerana dia ada memakai kemaja berwarna pink lembut .
Teman ini juga hebat.
Dia sangat aktif dalam bersukan sampai  tiada siapa yang sedar rupa-rupanya dia juga
mempunyai penyakit asma macam Mia juga.
Mia selalu juga ditakdirkan buat kerja satu group dengan teman ini.
Dari sudut mata Mia, teman ini merupakan seorang yang well-prepared dan kreatif. 
Semasa dia menjadi ketua kumpulan akademik SNED2 juga,
segala urusan kelas berjalan lancar.
Teman ini juga seorang yang bersikap ramah-tamah dan
sering menceriakan Mia dan  girls yang lain
dengan lawak lucu spontannya di dalam kelas.

Beberapa kenangan yang Mia tak pernah lupakan bersama teman ini iaitu
 semasa bersama-sama terlibat dengan
Program Bina Insan Guru (BIG) 2007 di Telok Batik, Perak.
Masa tu, Mia belum fully recovered daripada penyakit asma Mia.
 Jadi, malam itu ada program burung hantu dijalankan.
 (ala..program yang kena duduk dalam hutan sorang-sorang tu..).
 Teman Mia ini dengan murah hatinya telah menghulurkan sweaternya kepada Mia
kerana dia faham tentang keadaan Mia yang alah dengan cuaca sejuk.
Masa tu, Mia rasa terharu sangat-sangat sebab ada yang memahami keadaan diri Mia.
Rasa sangat-sangat berterima kasih kepadanya
sebab mengambil berat terhadap teman sekelasnya ini.
Sejak itu, bila Mia sakit saja mesti teman ini dan beberapa rakan lain akan kata pada Mia:
“Tak bawa saksofon ke?”
(Saksofon di sini merujuk kepada inhaler yang digunakan oleh pesakit asma seperti Mia.)

Aktiviti berkayak bersama teman ini di Telok Batik, 2007.

Teman ini juga dengan sabarnya telah mengajar Mia cara untuk berkayak
sampai kami menjadi antara pasangan terawal sampai ke destinasi.
Bagi Mia,
teman ini telah menyelamatkan diri Mia daripada
 kena membuat persembahan di depan kawan-kawan lain.
Alhamdulillah.
 Sampai sekarang pun Mia tak pernah lupakan kenangan tersebut.

Mia ada adik sebaya teman ini.
Jadi, selain teman, Mia senang menganggap teman ini sebagai sorang adik.
Sebab itulah selepas mendengar berita permergian teman ini,
Mia rasa jantung Mia macam terhenti.
Sangat-sangat terkejut.tergaman.dan tak terkata.
Mudah saja air mata Mia gugur.
Masyaallah…
Mia tak sempat nak minta maaf apa-apa pun.

Bina Insan Guru di Langkawi bersama teman ini.
Nampaknya pada semester hadapan,
teman ini sudah tidak  bersama Mia dan teman-teman lagi .
Kami telah kehilangan teman ini untuk melengkapkan bilangan 36 orang pelajar major Sains ambilan Januari 2008 yang akan menamatkan pengajian di IPG Kampus Pulau Pinang pada tahun hadapan.

“Ya, kami amat-amat terasa kehilangan kau, Dillah.
Semoga kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Amin.”

Kenangan bersama teman ini di Taman Negara Pulau Pinang.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Namun, jangan disalahkan pertemuan jika perpisahan mendatang.
Manfaat pertemuan menjadi kenalan, daripada kenalan jadi nur kasihan,namun sekiranya perpisahan berlaku, anggaplah bila berpisah kita jadi tabah.
Setiap awal ada akhirnya.
Kita yang hidup jangan terleka.

Pic edited terakhir daripada Mia untuk teman ini.

Daripada Abu Hurairah r.a yang maksudnya:
Bahawasanya, ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya, yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain.
Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan.
Lalu Malaikat itu bertanya kepada lelaki itu:
“Hendak ke mana engkau?”
Lelaki tersebut menjawab:
“Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu.”
Malaikat bertanya lagi:
“Adakah bagimu budi kepadanya yang kau mengharap balasan daripadanya?”
“Tidak. Aku mencintainya kerana Allah Taala.”
                                  Maka berkatalah Malaikat itu kepadanya:
“Bahawa sesungguhnya, aku ini adalah utusan Allah kepada engkau.”
“Bahawa sesungguhnya, Allah Taala telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.”
(Hadis riwayat Muslim)


T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

5 comments:

anak pak man said...

semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.. amiin..

Budak Hati said...

hanya ada satu ahmad abdillag hafiz di dunia ni...pasti lain rasenye taun depan

SIS said...

innalilah..dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali.al-fatihah..

Anonymous said...

al fatihah buat shbt kita..

iKhRam said...

al fatihah
tulisan kak tiqah kembali menggamit kenangan bersama arwah..
sayunya hati...

sama2 kita titipkan doa dan al fatihah kepada arwah di sana..