Hiburan dunia yang banyak.Fine!
Mia pun terasa diri ini banyak yang kurang.Banyak mengagungkan hiburan dunia .Masyaallah...!Ini tak betul nie.Subhanallah...!Pernah satu ketika Mia terasa diri ini sangat-sangat disayangi oleh Allahsampai terasa sangat-sangat insaf dan berjanji untuk menjadi hamba-Nya yang solehah.Namun, hati Mia ini mudah juga berubah. Mudah dihasut oleh syaitan.Nauzubillah...Mia ingat lagi masa belajar subjek Pendidikan Islam dulu..".. iman boleh bertambah dan berkurang.."Maksudnya iman akan bertambah apabila kita banyak melakukan kebaikan.Dan iman boleh berkurang bila kita banyak membuat kejahatan ataupun mendekatkan diri kita dengan perkara-perkara mungkar."Ok...Nampak mudahkan. Tapi kenapa yang mudah itu sukar dilaksanakan?Bila diri banyak mengagungkan hiburan dunia,hati makin jauh daripada mengingati Tuhan.Bila hati tidak mengingati Tuhan, jiwa akan kosong.Kosong kerana makanan jiwa tidak terisi dengan benda-benda yang sepatutnya.Ok. Ini apa yang Mia rasa sekarang.Takut bila diri terasa makin jauh dari Tuhan.Moga Tuhan mengampuni dosa hamba-Nya yang tersangat lemah dan tersangat kurang imannya ini.Ya Tuhan, pelihara la imanku ini.Ya Allah,jangan jadikan aku hamba-Mu yang lalai dan leka.Amin.
Pss: "Waaa..nak pi solat Insyak sekarang..xnak main belog lagi masa nie..!" T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A
No comments:
Post a Comment