Dec 29, 2010

MaLaysia H.E.B.A.T

Malaysia H.E.B.A.T
Malaysia M.A.N.T.A.P
Malaysia B.O.L.E.H
Yeah!




Mia memang terOver excited. 
Tersangat gembira bila bercerita tentang bola sepak Malaysia sekarang nie.
Dengan bangga dan bersemangatnya Mia boleh cakap yang Mia lebih suka 
tengok bola sepak Piala AFF Suzuki nie 
berbanding dengan bola sepak Piala Dunia.
Hmm..agaknya tak pelikkan?

Dengan tulus hatinya, 
Mia mengaku Mia bukanlah seorang peminat bola sepak 
nombor 1 hingga 100 ribu pun.
Mia pun jarang tengok orang main bola kat padang atau TV,
apatah lagi nak main bola atau futsal dan yang seumpamanya,
Mia tak gemar sangat pun.
Tapi, itu tak bermaksud Mia tak suka bola sepak tau!
Seingat Mialah, 
setelah dihitung bilangan menonton siaran langsung bola sepak kat TV,
rasanya lebih kurang 4-5 kali  saja Mia tengok secara live kat TV.
HaaHaaa!
Agak lucu dan rasa ketinggalan juga diri ini nampaknya!

Namun begitu, 
Mia lebih suka membaca surat khabar kalau nak tau cerita pasal bola sepak nie.
Tentang Piala AFF Suzuki nie pun, 
Mia banyak tahu melalui surat khabar lagi berbanding dengan TV.
Bermula dengan berita kekalahan Malaysia 1-5 kepada Indonesia
sampailah final nie, Mia jadi berminat pula dengan
bola sepak Piala AFF Suzuki nie.
Paling best, 
bukan Mia saja yang sibuk nak tunggu final Malaysia dan Indonesia 
di Stadium Gelora Bung Karno malam nie, malah adik-beradik Mia pun sama jugak.
Diorang pun lebih sama macam Mia juga.
Dengan membawa gol selesa 3-0 pada perlawanan lalu,
diharap malam nie Mia dapat tengok corak permainan pasukan K Rajagobal
yang paling menarik dan seterusnya dapat memberi Mia semangat 
nak menonton perlawanan final ini sampai habis.




Akhir kata,
Malaysia H.E.B.A.T
Malaysia B.O.L.E.H
Harap-harap, takdelah penyokong fanatik yang gila-gila
sampai nak rosakkan mutu sukan ini pula.
Tak kiralah penyokong Malaysia ke Indonesia ke..
Jangan buat malu..OK!

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A



2 comments:

iKhRam said...

bukan kak mia jer.. ni ikhram sendiri yg tak minat pun tertunggu jugak malam ni
semoga pasukan negara berjaya mengharumkan nama malaysia..

insy

mia Olive said...

cayalah Ikhram satu geng ngan kita.insyaallah, sapa yang hebat dia yang menang. Hopefully, pasukan yang hebat malam nie adalah Malaysia yaa!