Jun 29, 2010

PRAKTIKUM HARI 2

Hari ke-2 praktikum kat SK Dato Kramat..masih slamat..masih berjalan lancar..masih aku boleh tersenyum..

Setakat nie aku sangat berpuas hati dengan sekolah nie..dengan cikgu-cikgunye..dengan budak-budaknya..dengan pekerja-pekerjanya. Cikgu-cikgu yang aku jumpa pun sangat 'helpful'..senang nak bincang dan tak kedekut ilmu langsung. Aku syukur sangat dipermudahkan segala urusan aku kat sekolah nie. Hopefully, sumenya dapat berkekalan sampai bulan ogos nantilah..amin!

Hari ini aku banyak jumpa cikgu..Cikgu Hadi, Cikgu Sham dan Cikgu Zulkifli..
haha...patutnya pagi tadi kena ajar pj tapi hari ini baru aku berpeluang jumpa cikgunya.. alhamdulillah syukur tak kena ajar tadi, tapi agak lucu jugak bila pergi padang pakai kasut tumit dengan baju kurung dengan tanah padang yang lembab-lembab tu.Hmm..kasut aku dengan kain-kain baju kurung kotor bertanah la. Takpelah, janji urusan aku dengan cikgu PJ dah sudah dh...

Dengan cikgu Sains pulak..hehe..sukanya...diorang sangat baikkkkkkkkkk...tabik spring la kat diorang! xdelah nak act semacam je bila kita nak minta bantuan. Hehe..selamat bekerjasama dengan cikgu..bantulah saya yang baru nak belajar jadi cikgu sains ini yea!

Hari nie kena ganti kelas tahun 6..6 usaha..kelas ketiga. Aku kata okay la..takdelah teruk-teruk sangat nak kena control, tu suka tu! Cuma suara baru nak practise kot!Rasanya..bukan..wajibnya aku kena keluarkan suara dari perut bila nak bercakap. Sebabnya tadi aku tak keluarkan suara perutlah maka suara aku pancit awal...x sampai sejam dah mula serak suara aku nie!Ishhh..teruk..

Jadual waktu aku dapat pun xdelah padat sangat. Seminggu aku ajar 9 jam saja..7 Sains dan 2 PJ. Okay la tu. Isnin ngan Rabu x de kelas. Masa yang sesuai nak wat lesson plan ngan bahan bantu mengajar. Overall terima kasih banyak2 jugalah kat PK1 yang bagi jadual tu yea!

Malam nie kenalah tengok apa yang patut untuk lesson hari khamis ngan jumaat nie. Wat lesson plan..ok pensyarah pembimbing (baru je jumpa tadi)..dah bagi briefing kat aku. Portfolio dh kena ready minggu depan, juz bagitau die klo dh ready nak kena observe. Hehe..belum lagi kot Puan sebab saya nak kenal2 dengan budak-budak dulu dan introduce topic hari khamis nie..mula mengajar minggu depan. Hmm..maybe week ke-3 Puan boleh observe saya..lagi cepat lagi bagus..lagi relax!

Ok..itu saja yang nak aku postkan hari nie..huhu..sedikit letih tetapi gembira juga!

Jun 25, 2010

BILA PRAKTIKUM DATANG

"Orang kata wat pe belajar kalau tak applykan.."

Hmm, itulah yang guru pelatih macam aku nie nak kena buat.
 Jujurnya, aku sangat suka belajar daripada pergi praktikum. Kalau belajar, duduk dalam kelas dengan kawan-kawan, lecturer kat depan tu dengar je diorang membebel. Kalau pergi praktikum, hari-hari kena ready bangun awal, wat lesson plan, ready exercise tuk budak-budak, wat portfolio,wat abm..pendek kata sumela nak kena ready. 
Klo korang dengar aku bebel camne mesti korang cakap aku nie tak layak nak jadi cikgukan..

hehehe..tapi xde la aku sampai menyampah sangat ngan praktikum nie sangat..

Memandangkan aku baru je ada experience praktikum selama sebulan sebelum nie campur lak ngan 4 kali experience wat SBE (School Base Experience) kat banyak-banyak sekolah, so okay la dengan sistem kat sekolah. Juz yang aku malas sangat bila kena pikir camne wat lesson plan berjela-jela dengan ada 5 pasa yang dipanggil Needham's 5 Phase untuk subjek sains. Setiap fasa tu nak kena pikirkan aktiviti yang sesuai dengan budak-budak dan capai tujuannya. Bagi aku yang berapa kreatif nie, tersangatlah susah nak memikirkan aktiviti yang bersesuaian. Berdasarkan pada experience aku yang sebulan dulu, esok nak mengajar mesti aku tak tido punya. Nie klo 2 bulan, mak oii x tido la aku bila nak mengajar keesokan arinya. Akukan spesies yang kena ready sume benda, baru jiwa aku tenang..klo x siap isi pengajaran aku, mana boleh aku tenang oii...
so that's my problem bila nk berpraktikum nie...

Tapi bila dah start berpraktikum, semua okay je. Nervous pun bila ada orang observe je. Tapi pada aku, aku x nervous sangat bila orang observe kalau aku dah plan semua benda yang nak diajar hari tu. Klo tak prepare, tu yang takut. Apapun, betul jugak la apa yang lecturer aku penah cakap..time berpraktikum nie la aku boleh tengok sama ada aku  nie layak ke tak nak jadi cikgu. Masa nie la aku leh tengok aku nie leh apply tak segala yang aku belajar.

Well..well..well..

Memandangkan praktikum 2 bulan nie mula sebaik saja abih holiday, tu yang tak syoknya....
Dah la aku  nie klo cuti, memang cuti sepenuhnya..soo bila pikir sekolah ,,mak oii..pening kepala..
Takpa la. Namapun cikgu pelatih, memangla nak kena berlatih mengajar pun. Apapun aku nak wat yang terbaik. 
Nak ajar budak-budak jadi orang berguna..
Orang kata jadi cikgu nie senang dapat pahala, senang dapat dosa.
 So, pilih la jalan yang betul..kan..kan..kan..


"Biarlah niat aku pergi berpraktikum nie kerana Allah, bukan kerana terpaksa. Mungkin aku banyak merungut, tetapi itu tidak bermaksud aku membenci tugasku sebagai seorang guru pelatih."

Jun 22, 2010

ALL ABOUT ME?

Agak lama jgak aku terpikir apa yg aku nk post dlm blog nie..
Nak citer sume ke apa yang aku buat
ALL ABOUT ME?
well,
pikir punyalah pikir, last skali rasanya mesti enjoykan 
kalau aku lebih banyak coretkan tentang aku
GURU PELATIH
TRAINEE TEACHER
banyak sebenarnya pengalaman yang aku dh tempuh
5 and half years kat sana
hmm...rasanya banyak yang aku boleh kongsi
banyak yang manis-pahit-duka-masam-sumalah..
Ini adalah permulaanku.




“Perjalanan bermula dengan satu tapak”


Perjalanan aku sebagai seorang guru pelatih di IPG bermula pada tahun 2006. Kalau tak silap, aku mula mendaftar di IPG pada 10 Julai 2006. Itupun aku beruntung dapat masuk IPG walaupun second intake. Masa tu umur aku 19 tahun. Nak kata muda pun xdela sangat. Ramai kawan-kawan yang masuk kebanyakannya sekitar usia 18 tahun. Kiranya aku nie dikatakan rugi setahun la masuk ke IPG. Sebelum tu, aku habiskan study aku kat Kolej Matrikulasi Melaka selama 1 tahun.

Habis saja matrik, masa check kat internet, nama aku tak layak masuk IPG, memang aku frust jugala. Bukan apa..mak aku kan nak sangat aku dapat masuk IPG nie, lagipun aku nie jenis yang ikut cakap mak aku. Lagipun dah la dah 2 kali aku apply IPG. Bila tak dapat memang frust jugala. Mujur dapat juga masuk USM dengan result matrik aku yang tak berapa cemerlang tu. Itupun aku dapat pilihan keempat: Jurusan Sains Biologi. Berhempas pulas jugaklah aku nak sesuaikan diri aku yang pasif masa tu dengan kehidupan universiti.

Selama seminggu ++ 2-3 hari lepas tu, emak aku telefon aku. Katanya ada orang IPG telefon suruh aku daftar kat IPPP. Masa tu aku nie dah macam bengong-bengong sikit, tak tau nak buat pilihan macam mana. Kat U rasanya dah macam okay je. Tapi bila tengok mak cakap dengan aku bersungguh-sungguh,mak sebut  peluang bila dapat masuk IPG, pasal elaun dan lain-lain, aku tahu mak memang nak aku masuk IPG. Bila aku nangis-nangis masa tu sebab blur sangat-sangat nak wat pilihan, mak langsung tak paksa aku. Mak ngan abah suruh aku fikir elok-elok dan buat pilihan yang terbaik.

Entah semangat apatah, klo tak silap hari tu hari khamis, aku tekad pergi ke Jabatan Pengajian Sains Biologi nak tanya pasal prosedur nak keluar daripada U. Berjalan berkilo meter jugalah aku pergi ke jabatan sana sini naik turun bukit nak selesaikan semua prosedur pengeluaran aku daripada U. Masa tu, ada beberapa pensyarah dan kakitangan U pelik bila aku cakap aku nak keluar U sebab pengajian pelajar-pelajar baru kan baru saja bermula. Tapi yang bestnya, bila aku cakap aku dapat tawaran IPG, semua kakitangan U yang aku jumpa bersetuju dengan pilihan aku. Ramai yang kata masuk IPG lebih terjamin bila nak kerja nanti…so aku dah buat pilihan tepat! Yes2X..!! arigato mak, abah!

10 Julai 2010, bemulalah perjalananku sebagai seorang guru pelatih untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pengajian selama 5 tahun setengah nie akan tamat pada tahun 2011. Aku pun dah 4 tahun bertapa di sini, dan minggu depan aku dah mula masuk IPG untuk sem 5 ditambah dengan 2 bulan praktikum.

Bila ingat balik macam mana aku dapat masuk IPG, aku sangat-sangat teruja. Pastinya aku amat-amat berterima kasih pada keluargaku yang bantu aku buat pilihan yang terbaik dalam hidup aku sekarang. Dulu aku nie tak rasa ada talent pun nak jadi cikgu, memang tak fikir pun masa kecik-kecik dulu nak jai cikgu. Tapi sekarang rasanya latihan yang aku terima di IPG telah membentuk semangat keguruan dalam diri aku. Sebagai pelatih, aku belajar banyak tentang ilmu-ilmu keguruan daripada  pengalaman orang-orang tertentu, tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan, teguran dan hukuman yang diterima. Semua pengalaman pahit dan manis di IPG membentuk peribadi aku sekarang. Alhamdulillah, banyak perubahan telah berlaku pada diri ini. Namun, masih banyak yang aku kena belajar. Aku sendiri sentiasa berdoa agar aku boleh jadi guru yang sebenar-benarnya guru. Biarlah nanti ilmu yang aku sampaikan pada anak didik aku ilmu yang diberkati, ilmu yang bermanfaat. Yang penting, gaji yang aku terima bukan gaji buta yaa!

"All da best to ME because I’m a trainee teacher!"








(Pic taken by my classmate: Abdillah Hafiz Mohamed masa pergi KL)



Jun 21, 2010

SELAMAT HARI BAPA

Apalah sangat sumbangan aku pada abah..
Sebab nak siapkan kad ucapan nie, aku  tidow lewat malam tadi..huhu..
Aku mengaku aku memang x pandai nak wish kat abah,tapi aku expresskan feeling aku dalam blog nie jew..
i'm not a good daughter, rite?..betul la tu..
bUT deep inside my heart, i really want him to know that this girl loves him so much.
Tanpa abah, sapa la aku nie..lahir pun tidak..besor macam nie lagi la..
So buat ABAH..Happy Father's Day
I love u soo much..muah3x!
Semoga abah sihat selalu.

Jun 18, 2010

BERIS LAKE VINEYARD

   "Sapa kata anggur Malaysia tak sedap..tak manis..tak mahal.."
Cubala korang jalan-jalan ke Beris Lake Vineyard.


Bulat mata aku menengok buah anggur tengah masak. 
Ladang anggurnya pun boleh tahan besarnya, dekat pula dengan tasik Beris.
 Masa aku pi sana dengan family aku, time tu pukul 2-3 petang juga la..soo panas terik kawasan tu. 
Kalau nak datang sini, mai  petang-petang memang syok sangat sebab lebih teduh. 
  Bila dh masuk dalam ladang anggur nie, puhh..nk je aku petik2 buah anggur tu. 
Mujur ada signboard x bagi petik je..

Buah yang berongkol-rongkol menanduk kepala aku..
ooo..
Memang aku teringin nak petik!!


Ni akak aku yang baru balik Sabah arini.
Tengok atas kepala dia tu..banyakkan anggur hijau..
tapi x masak lagi tu..
Bawah nie pulak mak dan abah aku..
oo..
bukan senang aku nak dapat pelunag jalan-jalan dengan mak abah nie.


Apa lagi..jom kita pergi ke 'Beris Lake Vineyard' kat Kedah
sambil menikmati panorama hutan-hutan yang cantik!

RINDU

Mana menghilang sekian lama dlm blog nie?..
hmm..akula tu..
aku tetiba terasa rindu pula dengan blog aku nie.
nice tengok blog orang, pusing-pusing dan mendapat inspirasi daripada blog yg dilawati.
hmm..
klo masa tidak menghalang ditambahkan pula dengan kerajinan yang bakal bertambah
..insyaallah..
adalah post-post baru yang aku boleh tuliskan di sini..
hmm..rindu dengan blog Mia ini.
.kenapa dh lama menghilang..
aku la tu..