Jun 29, 2012

July is the best month


Lama tak dapat internet sebab wireless tiba-tiba hilang arah, hidup bagai kembali bernafas dapat tengok blog sendiri. Ceis! Recently rasa hidup macam boleh bernafas. Rasa macam manusia. Rasa macam dapat lihat dunia luar. Almost a few month betapa kat Klang nie mula Januari lalu, Julai is the best month. Rasanya Julia nie banyak benda yang teringin nak buat dapat buat. Hang out dengan kawan-kawan baru. Okay! Kopitiam Pak Ali dah jumpa. Mohd Chan dah try. Orang belanja. Then, nasi arab yang tak penah makan pun dah santap. ABC Shah Alam dah makin muak. Coolblog dah mula jadi favourite. Apa lagi? Dapat ronda malam-malam tengok cahaya lampu pun cukup. Yeshh! Memang terbaik kalau dapat orang yang faham kita. Share benda dengan kita. Borak-borak dengan kita. Dapat jumpa orang yang lagi happy daripada kita, kita yang muram atau takde perasaan mula jadi gumbira. Why? Sebab aura kawan-kawan ceria nie buat diri sentiasa tersenyum dan baru terasa nikmat hidup.


Aku bagi petua sikit.


“Kalau kita nie jenis yang tak ceria, kawan la dengan orang yang lebih ceria dan tahu macam mana nak gelak. Then, kita pun belajar untuk jadi ceria dan rasa betapa indahnya hidup nie.”


Hidup sebelum ini hanya rumah sewa---sekolah----rumah sewa. Sampai rumah selalunya sunyi dan kurang selesa. Nak hang out, kadang-kadang saja ada peluang. Kawan kat sekolah semua dah kawin, takkan nak ajak pi keluar kot!  Cuti sure nak main dengan anak-anak, nak jaga laki. Sebab aku benci suasana sunyi kat rumah, maka aku rela sibukkan diri pergi sekolah ajar tuisyen. At the same time dapat gaji. Alhamdulillah. Cukup. Asal jumpa murid boleh gelak-gelak dengan diorang jadilah. Pastu, balik rumah jadi sunyi balik sampai aku fikir:


“Arghhh…. tak suka. Hidup apa macam nie? Sunyi. Buat rutin hidup yang sama. Cuti tak dapat nak hang out gelak-gelak. Dah bekerja bergaji pun hidup masih macam nie!"



Then, my lappy is my friend. Ada lappy, ada wireless, ada blog. Blog macam kawan maya yang dapat dengar apa aku nak sampaikan. Bila internet takdak minggu sudah, alahai macam mau beli unifi ganti wireless senget ni. Bila dah survey, dapat lak wireless semalam. So, hold dulu yang tak bape penting, utamakan yang paling penting dahulu.


"Gaji ada. Keselesaan hidup takdak. Useless.Sampai bila nak hidup macam nie saja?"



Then, bila jumpa kawan-kawan baru bulan Julai nie, demi Allah aku rasa hidup terisi. Hari pertama kenal, rasa macam dah lama kenal. Tak kekok nak bercakap, nak gurau senda, gelak-gelak, makan dan jalan sama-sama, sembahyang sama-sama. Dengan diorang, aku kenal cinta Masjid. Betapa kat Masjid Shah Alam yang dah lama jadi idaman nak pergi kat situ. Syukur! Allah kurniakan insan-insan ini padaku. Sekarang hidup jadi macam best sebab ada orang nak berbual, nak bercerita dan berkongsi benda yang sama. Then, next week dapat pergi kursus sama-sama dengan new housemate yang memang ramah tamah dan ceria. 



"Lihat, betapa hebatnya Allah aturkan hidupku!"



Jun 22, 2012

'Orang yang selalu berkira-kira kat dunia nie, selalunya Allah pun akan berkira-kira dengannya jugak.'

Ingat gadis je jadi rebutan, rupanya cikgu pon jadi rebutan jugak!


Assalamualaikum. Salam sejahtera juga.


JUMAAT


Penghulu segala hari. Hari para jejaka hensem pergi masjid dengar khutbah Jumaat. Hahaha. Hari paling best. Boleh tanya kat semua cikgu. Semua akan cakap Jumaat memang best. Bilik guru cepat saja lenggang kalau Jumaat. Tapi aku rasa biasa saja sebab aku kerja setiap masa sampai cuti pun duk kejar aku setiap masa. Kadang terdetik kat hati sampai bila aku nak cakap kat diri nie, 


'selagi aku berdaya, aku akan buat kerja.' 


Habis life aku takkan nak jadi hamba kerja saja kan? 


Haishhh...dah mula nak merungut. Sudah...sudah...sudah! Aku memang boleh terima apa-apa kerja selagi terdaya. Habis? Kalau tak wat kerja nak wat apa? Cuti-cuti melepak meronggeng berjoli, tidur sampai matahari hampir terbenam, tengok cerita Korea tak hinggat dunia, balik kampung???



Damn. Miss nak balik kampung lagi. Tapi tak suka kalau balik kampung nak balik sini jadi liat dan air mata meleleh. Lagipun, tak terfikir pun nak balik kampung kalau cuti setakat dua hari. Cukup tak berbaloi kalau setakat balik kampung dan terperap dalam rumah, masing-masing buat hal sendiri sampai even nak makan sama pun tak sempat. Kay sudah. 



CIKGU REBUTAN




Kenyataan, cuti pun sekolah tak sanggup nak lepaskan aku. Padahal, aku nak sangat lari daripada kerja tapi nak wat camne. Dah jadi cikgu rebutan. Cukup pakej pulak tu. Anak dara lagi. Rumah dekat pula. Rajin lagi. Hah! Perasan. Tak cukup cuti, kadang kala malam pun kena kerja jugak. Itu kalau ada yang sangat-sangat perlu bantuan. 


Baru-baru ini, sorang akak minta ajar anaknya BM. Nie pun sebab cikgu senior duk promote aku kat akak nie. Nak tolak, si akak nie so nice dan nampak usaha dia nak bagi anaknya bijak. Lagi satu dia tak harap aku ajar anak dia bagi dapat A, just bagi anak dia faham BM cukup la. Lagi 2 bulan nak exam UPSR, si akak minta aku continuous ajar anak dia BM pukul 6-7 every Monday, Tuesday, Thursday and Friday. Bila dia sebut berapa aku nak, then pasal soal bayaran aku cakap, 


"That's okay kak. Tengok pencapaian result dia dulu, then kita discuss about bayaran."


Bukan nak tunjuk aku baik tapi guru yang tak bertauliah nie berharap dapat bantu seorang ibu yang mahu anaknya berjaya. Kalau nak ajar pun, aku akan anggap anak dia tu macam my little brother. Lagipun, buat masa sekarang takde terdesak sangat nak kutip duit. 


Before decide anything, aku fikir jugak, kalau  aku tak mengajar then pukul 6-7 adalah masa aku spend untuk rehat, layan FB, layan movie sampai malam pun tak habis-habis. Compare dengan masa tu aku ajar budak untuk UPSR just for 1 hr, which one is better? 


Sebab tu aku pilih yang ini. Asal Sabtu lepas 12.30 tgh dengan Ahad satu hari jangan ada yang kacau. Tapi tetap ada yang kacau. Sepatutnya, my name dah register under Science Year 4, tapi kalau cikgu-cikgu English ada komitmen yang 'terpenting' sampai tak dapat datang kelas tambahan hari Sabtu, then aku diminta ajar BI dan lepaskan Sains untuk cikgu lain. A little bit sedih because,


'I love Science more than i love English.'
'I can teach Science well than English.'
'I can talk a lot about Science than English.'


Tapi nak wat camne. Benci tapi otak cakap buat dengan ikhlas. Buat yang termampu. Bayaran masuk jugak. Itu yang risau tu. Kalau ajar tak best, budak tak paham, ingat gaji dapat tu halal ke? Bab halal-halal nie jangan main, bawa sampai ke kubur tu.


Aku nak cari keberkatan di dunia. Kalau ada keberkatan, insyaallah kat akhirat takdak la kena soal dengan malaikat mungkar nangkir lama-lama. Takda la badan aku kena libas dengan cemeti api neraka. Tak mau la kena bakar dengan api neraka. Takut bila fikir duit gaji yang dapat tak halal. Boleh rosak semua amalan. 



HARI TERBUKA SEKOLAH


Rabu lalu aku ada hari terbuka. Seperti yang dijangkakan oleh guru-guru lain, budak-budak bermasalah memang tak datang ke sekolah. Hah! Petang koko ada pulak ye korang-korang nie!


Then, i heard some bad new about one of my anak from other anak-anak. Sorang anak ceritakan kisah si anak saya yang sorang lagi. Aku memang tersentap. Pendek kata, sebab ada penjaga yang tak bertanggungjawab, then anak ini jadi macam tu. Okay! Sedih dan mula fikir dah besar apa akan jadi pada dia. Macam mana yang girl berumur 11 tahun boleh tanggung problem yang besar. Macam mana perasaan dia? Apa yang ada dalam fikiran dia? Kat siapa dia nak mengadu? Aku macam nak ambil satu masa dan korek cerita daripada anak itu. Sebab tengok dia pun aku tahu dia ada masalah. Cuma tak dapat detect masalah apa. Sekarang dah tahu sikit-sikit, harap boleh tahu semuanya. Nanti nak tanya empunya badan.


Satu lagi, sorang anak nie memang bermasalah pun. Tapi depan emaknya, pandai dia berlakon macam pijak semut tak mati. Rasanya si emak nie ingat anaknya baik sangat, sampai nak marah anak pun boleh cakap lemah gemalai. Hei, akak. Jangan lembut sangat dengan anak. Kena bantai jugak dengan rotan sekali sekala.


Sorang parent lagi suka hentam cikgu dengan sekolah. Berangin juga aku tapi alhamdulillah, mujur aku tak rasa nak berdebat dengan encik nie. Sebabnya, aku fikir,


'patutla anak  teruk. Dah mentality parent pun macam tu.'


Sepatutnya, kalau anak tak pandai paksa la dia datang tuisyen sekolah. Nie tak, dia siap cakap,


"saya tahu anak saya tak boleh. Jadi, saya tak nak ambil kelas tambahan..." 
(Cehh..padahal ko taknak bayar duit kelas tambahan anak ko!)


"..lagi satu, lembaran kerja yang RM5 tu kena bayar jugak ke? Bukan sekolah yang sediakan ke? Itu saya hold dulu."


Amboi-amboi. Orang tak kutip yuran sekolah pun kira untung la. Sekolah tak cas buku teks pun kita bagus la. Nie nak berkira-kira. Sebab tu, tuhan pun berkira juga nak bagi anak ko pandai. Geram satu lagi dia cakap cikgu tak bagi anak dia kerja. Padahal, kalau bagi 5 soalan Matematik pun belum tentu anak dia buat kat rumah. Nampak sangat tak check beg anak kat rumah, then dok harap cikgu pulak ambil peranan jaga anak dia 24 jam. Hello, ingat orang takde kerja lain ke??? Cuba sesekali jadi cikgu kat anak-anak pulak...




SATU KISAH

Aku teringat satu kisah nie. Kisah betul. Seorang ibu yang susah sanggup pinjam duit orang semata-mata nak kasi anak-anak dia berjaya. Usaha ibu itu berbaloi sebab semua anak-anaknya berjaya. Namun, ajalnya telah tiba. Alhamdulillah, anak-anak sudah berjaya dan anak-anaklah yang melangsaikan semua hutang ibunya itu.


That's a great story. Kejayaan seorang anak itu bukan sebab anak itu pandai. Tapi usaha, doa dan redha ibu bapa yang memimpin kejayaan anak itu. Jadi, jangan berhenti berusaha untuk bantu anak-anak berjaya.


'Doa seorang ibu itu mustajab. Pasti Allah memakbulkannya.'


PENUTUP


'Orang yang selalu berkira-kira kat dunia nie, selalunya Allah pun akan berkira-kira dengannya jugak.'













Jun 19, 2012

Semoga awok-awok semua jumpa hero-heroin masing-masing

Mukadimah

Sapa tak mau kekasih hati yang perfect? Sempurna semua aspek. Kacak. Hebat. Kaya. Penyayang. Penuh kasih sayang. Tatang kita bak minyak yang penuh. Memahami. Romatik. Boleh menangis kerana kita. Pandai memasak. Boleh jadi driver kita. Boleh jadi pemimpin kita. Hah! Aku pun nak hero macam tu.



'Hampa salah sorang peminat cerita korea?'



Kalau tanya aku, memang aku mengaku aku minat gak cerita korea. Tapi tak dak la rajin pi download cerita kat internet. Daripada aku peqabih masa download cerita, baik aku bagi orang lain download, pastu aku kosongkan external aku, buang cerita lama yang boring takmau tengok dah dan pi sedut cerita baru yang orang lain download. Ceredik dak aku? Hah! Mau marah kak aku kalau dengaq nie.



Masa zaman duk kat maktab dulu, aku rajin gila pi pau external Sarah sebab dia memang gila sket bab-bab Korea. Habaq la cerita pa, realiti show korea, lagu dengan penyanyi korea mana, semua dia tau. Ingat lagi dia bukak hadiah dia dapat daripada Korea kat bilik aku. Dia sanggup pi beli CD kumpulan Infinite ori dari Korea (time tu aku tak kenai lagi kumpulan tu), poster kumpulan k-pop sume. Ternganga aku tengok betapa addictednya Sarah dengan Korea. Tu tak masuk lagi reality Show We Got Married dengan Running Man yang influence aku sampai sekarang dengan video-video Super Junior yang berlambak-lambak dalam external dia. Tak cukup 450GB, pi cari lak yang 1 tera sebab nak simpan semua benda tu. From Sarah, aku mula kenai kebanyakkan kumpulan korea yang famous  macam Super Junior, Girl's Generation, Wonder Girls, Infinite, 2AM, 2PM, Big Bang, Kara, Beast, CNBlue, FT Island dan lain-lain. Pastu, dulu punya la tergedik-gedik tengok video K-POP sampai aku pun terikut-ikut nak menari macam depa. Huisshhh...buang tabiat!



Tapi sekarang umur dah masuk 25 tahun, maka aku pOn makin kurang minat dengan kumpulan k-pop  especially yang terbaru, yang muda remaja sebab rasa umur pun dah tak sesuai untuk semua tu. Walaubagaimana pun, aku tetap  layan drama Korea yang latest-latest. Apa susah,  cari saja Kimchidrama , ada line internet yang takdak buffering banyak sangat dan tengok. Habis cerita. Lagu Korea aku pun masih dengaq tapi  tak dak la se-addicted macam zaman dulu-dulu. Video-video k-pop semua dah tak dak dalam lappy sebab aku saja delete.

'Nak ajaq diri tak mau laqa sangat!'


Dalam banyak-banyak cerita Korea, rekod paling banyak aku pegang sebab tengok lebih daripada 5 kali adalah cerita You're beautiful. La nie, kalau nampak ja folder cerita nie dalam external aku, rasa nak muntah sangat-sangat sebab dah boleh hafai jalan cerita dia. Tapi, cerita nie memang syok. Sebab tu aku tak buang dalam external aku. Terbaru aku baru habih tengok cerita Myung Wol Spy. Okay gak cerita nie sebab hero dia segak sangat! Boleh jatuh cinta kat hero macam dia tu. Pastu, jalan cerita pun seronok walaupun aku tak suka sangat heroin dia.


'Tak bapa lawa macam Song Hye KyO! Tak comei macam Park Shin Hye!'





Kalau hampa perasan la, dalam cerita korea mesti banyak cerita cinta bersegi-segi sampai tak tau berapa segi sebab banyak sangat cinta bersegi. Orang nie cinta kat orang tu la, orang tu minat kat orang lain la, orang lain jatuh cinta dengan orang situ la, orang situ nak kawin dengan orang sini la. Huh! Macam-macam la nak bagi orang tengok cerita depa.


Kalau hampa perasan la, biasanya mesti ada dua hero dengan dua heroin dalam cerita korea. Sapa yang jadi hero dengan heroin memang syok la sebab selalunya cerita depa berakhir dengan happy ending.


'Ini fakta kay!'

(Tapi tolak cerita Autumn In My Heart. Hero dengan heroin mati. Apa punya ending la? Tak suka.)



Dalam drama Korea, sapa yang jadi hero kedua biasanya digambarkan seorang yang baik, begitu tulus cintanya kat heroin, rupa pun ada. Tapi nak wat macam mana, nama pun hero kedua, memang lagi sudah terang lagi bersuluh yang depa memang takkan dapat cinta heroin sebab dah ada hero utama. Jadi, hero kedua memang selalu tergigit jarilah tengok hero dengan heroin, padahai depa bukannya tak baguih, malah lagi baik daripada hero. Tu cerita pasai hero nombor dua. 




La nie aku nak cerita pasai heroin nombor dua pulak. Biasanya, sapa yang jadi heroin nombor dua digambarkan sebagai watak antagonis. Yang jahat-jahat bagi semua kat heroin kedua.  Depa nie lagi kesian.  Dah la kena maki hamun dengan penonton, lepas tu depa nie memang conform la tak dapat memenangi hati si hero. Jadi, dok pakat nganga mulut r sambe meleleh ayaq liur tengok hero couple dengan heroin. 




"Tertanya-tanya jugak awat hero nombor 2 baik, tapi heroin nombor 2 digambarkan jahat? Haisyhhh...! Confuse r."



Hampa tak percaya? Aku bagi contoh.




Cerita You're Beautiful. Si heroin menyamaq jadi lelaki pi duk satu rumah dengan penyanyi popular kumpulan Angle. Hero dengan hero nombor dua, dua-dua sama hensem, sama kaya. Tapi hero satu perangai buruk gila. Hero dua pula baik dan gentleman berbanding hero.  Yang heroin nombor dua pulak suka dok guna hero nak bagi heroin jeles. Last sekali, depa dua orang pakat gigit jari la bila heroin dengan hero jadi couple.




Cerita Shining Inheritance. Si heroin jatuh miskin sebab harta kena bolot dengan mak tiri. Yang si hero pun perangai buruk gak. Dok buli pompuan tu, pemalas nak mampus. Qeja dok peqabih harta keluarga. Hero kedua pulak hensem lagi daripada hero, pastu baik gila, kaya gak. Heroin kedua pula adik tiri heroin, dok dengki dengan heroin. Ending cerita nie, heroin pilih gak hero tu.




Nak lagi contoh? Dah. Pi tengok sendiri.



Cukup dengan cerita hero, heroin, hero nombor dua dan heroin nombor dua. Takda depa, tak da seri la cerita Korea. Ada depa, baru aku minat nak tengok. Yang pasti, hero dengan heroin nak kena hensem dengan cantik. Pastu baru aku tengok jalan cerita dia seronok ka dak. Kalau boring, tambah speed bagi laju cerita, skip part yang boring dan berjela-jela dan stop bila sampai ending. 


Kalau tengok cerita Korea, sumpah tak tipu boleh buat aku berangan alangkah bestnya kalau  dapat watak hero macam cerita tu dalam cerita hidup aku. Macam Myung Wol Spy, serious aku suka gaya hero dia. Dia macho r! Dia jarang senyum tapi nampak sangat macho. Pastu, dia nampak keras kat luaq, tapi rupa-rupanya dia juga soft-hearted. Lelaki yang soft hearted manis kan? hahahaaa...





Watak hero macam cerita Persecutor Princess gak best. Sebagai seorang penguam bela, dia memang smart habis, pastu dia macam superman. Dia pasti ada kalau heroin dalam kesedihan dan kesusahan. Dia sangat gentleman. Sapa tak suka lelaki yang gentlemankan?





Cerita The Moon Embraces The Sun. Hero dia sorang Maharaja. Dia hero yang setia. Oooo..bukan senang nak cari yang setia macam hero nie. Hensem pulak tu. Nak buat macam mana, sekarang sangat susah nak cari orang yang setia macam hero ini...Tapi tetap percaya mesti ada. =)








Snow Queen. Hero berwatak bijak. Genius Math. Hyun Bin takdak la hensem sangat. Hmm..walaupun sekadar lakonan, tapi buat orang respek la lelaki yang genius-genius nie. Well, lelaki kena la bijak daripada perempuan. Kat situ, baru boleh nampak kemachoan seorang lelaki. Lelaki bijak adalah lelaki yang macho.








Back to the real life. 

"Macho. Soft-hearted. Macam superman. Setia. Bijak. Baik. Hormat wanita."




Realiti hidup tak sama macam cerita korea. Hye Cik kak! Ingat senang nak jumpa hero Malaysia yang ada ciri semua tu. Tolong ingat sikit, kalau diri sendiri pun tak sesempurna heroin dalam cerita korea, jangan berangan la nak cari hero yang ada semua ciri tu. 




'Ok..kalau berangan tak salahkan?'




Pss: 

Pemimpin keluarga. Itu yang dicari.  
Semoga awok-awok semua jumpa hero-heroin masing-masing =D



Jun 14, 2012

Pasrah dengan takdir tanpa ada penyesalan



Tah aku sentiasa ingat nie…

“Kalau kita mudahkan urusan orang lain, insyaallah Allah akan memudahkan kerja kita juga. Bila pegang itu, aku pasrah dengan takdir tanpa ada penyesalan.”






Pagi tadi terjaga masa orang duk azan subuh. Aku mOla tak tentu hala. Gila. Semua kerja tak siap. Buku adap tak tanda. Lesson plan 3 kelas tak buat lagi. Nanya..abih! Duk try cool sambe mulut dok sebut istifar.

“Astaqfirullah..astaqfirullah..”

Hah! Time camni baru nak teringat Allah. Ampun. Aku tak sengaja nak tiduq lebih semalam. Sumpah tak jaga langsung. Bangun ja otak mula berjalan. Nak susun jadual hari nie. First, mandi dan solat. Bagi tenang hati dan mintak kat Allah bagi aku tak serabut gaban haqi nie. Selesai. Tengok jam. 5 minit lagi nak pukul 6.30 pagi. Nak mengaji ka x nak? Hah! Boleh dengan Tuhan pun nak berkira. Arghh…berjaya lawan syaitan dan mengaji bagi Allah tenangkan aku yang serabut nie. Selesai. Bersiap-siap aku budget dalam 5 mins tapi tengok jam ambik masa 8 mins. Maksudnya jam sekarang dalam pukui 6.40. Lagi 20 mins nak wat lesson plan hari nie sebelum pukui 7.00 pagi. Duk wat lesson plan pun bukan boleh on the spot ja. Belek buku teks, tengok tajuk lepas, cari pen yang best baru tulih. Tapi, aku mula gabra sampai tak tau nak wat pa. Terstop sat sambe tarik nafas. Nak tersemput aku. Adohai…

“Ya Allah…ya Allah! Sabaq-sabaq!”

Aku duk bagi cool diri sendiri. Last sekali 2 lesson siap. Sains dengan Math. PSK aku nak wat masa rehat nanti sebab kelas dalam pukui 11.15. Terus keluaq rumah bila jam tunjuk pukui 7.10. Jalan pi sekolah tak sampai 5 mins dan dapat punch card before 7.20 pg. Amin. Selesai satu benda. Sampai sekolah, aku tak duk saja. Nampak ja muka Cikgu Fuad, aku teruih mintak data berat dengan tinggi budak kelas aku. Mujuq dia ada dan aku pun teruih salin semua sebab nak kena masuk dalam buku adab jugak. Lepas tu, ada budak panggil aku tanya nak main badminton kat mana.

“Kamu panggil semua budak datang kat tapak perhimpunan. Dah cukup nanti cikgu pergi.”

Hah! Frist time aku wat perangai camni sebab semalam aku dah handle almost fully badminton game. Jadi, aku memang harap la hari ni ada cikgu-cikgu lain pi handle budak-budak nie pulak. Dalam aku duk wat qeja, Kak Mala pi dulu suruh budak warming up. Aku nampak dia kilik buku p sana, aku pon ikut dia kilik buku gak. Sambe tengok budak main, aku boleh la isi buku budak yang tak siap tu. Selesai satu keja.

Pastu masuk kelas 4S. Perut baru rasa lapar. A’a..mana aku sarapan pagi tadi. Ayaq masak lupa bawak pulak. Nak suruh budak beli nampak macam aku kuli-kulikan budak-budak pulak. Hmm…takpa la. Aku mengajaq macam besa, tapi lain sikit rasanya hari nie. Aku rasa suara aku lebih jelas, arahan lebih tepat dan budak-budak dapat bagi respon yang baik kat aku. Paling hairan, sorang budak pompuan yang selama ini senyap dan terketar-ketar membaca boleh angkat tangan nak jawab soalan dan bagi jawapan betul. Perghhhhh…apa dah jadi nie? Walaupun dia baca dengan suara volume 1, tapi cukup buat hati rasa terharu dengan Syikin hari nie. Alhamdulillah. =)

Masa tengah duk bincang soalan semalam dengan budak-budak nie, si comel sebijik macam teddy bear gawang-gawang tangannya kat aku.

“Hah, kamu kenapa?”

Dia duk sengih-sengih sambil pegang beg kertas kat tangannya.

“Ni nak bagi cikgu,” katanya.

Ikmal datang kat depan dan bagi aku sebiji kek. Bukan kek biasa, nie kek lapis Sarawak. Perghhh…macam tau-tau ja aku lapaq dan aku memang suka kek lapis Sarawak. Last makan masa tunang kak cik bawak kat rumah hari tu. Tapi tak puas makan. Dapat pulak sebijik hari nie, memang bertuahnya aku! Aku tanya si Ikmal nie dia pi Sarawak ka sebab aku tau dia asai orang sana, tapi orang ambik dia jadi anak angkat dan bawak duk sini. Kata Ikmal mak saudara dia yang kirim. Entah, lega aku dengaq dia cakap macam tu. Aku ada dengaq daripada Cikgu Tai yang lepas family angkat ambik dia, terus diorang dapat baby baru. Yang si Ikmal nie katanya banyak duduk dengan maid la. Sebab tu, aku harap sangat jagala si Ikmal nie dengan elok sebab dia the cutest boy dengan pipi yang tembab mata yang sepet sebijik macam Korean little boy. Serius comel sangat macam nak tarik pipi gebu dia tu. Hahaha….cukup cerita Ikmal. Alhamdulillah. Aku keluar kelas 4S dengan perasaan suka hati dan paling penting aku dapat rasa budak-budak aku faham aku ajaq apa. Hah!Padahal lesson aku tak seperfect apa yang Allah aturkan kat aku hari nie. Syukran…syukran!

Terus masuk kelas anak-anak aku pulak. 5M. Hah! Aku malas nak tengok balik lesson plan yang aku tulih. Aku terus ajaq apa yang aku rasa budak aku boleh faham. Asai dapat capai learning outcome jadi la. Hah! Mujuq la budak-budak kelas nie pun yang biasanya dok wat aku panas hati dapat buat qeja aku dengan elok. Ada la 4-5 orang yang nak kena balun sikit baru nak berjalan qeja. Tapi sungguh aku rasa sebab dapat tiduq yang cukup semalam, aku jadi lebih bersemangat nak ajaq dan banyak sabaq dengan karenah anak-anak aku hari nie. Okay! Hari nie dapat kumpul semua buku depa. Memang rekod yang baguih. Aku dengaq loceng bunyi dan nak keluaq, tapi aku tengok cikgu lepas tu takdak lagi. Aku malas nk keluaq sebab satgi aku tau la anak-anak aku buat hinggaq sampai boleh dengaq kat bilik guru. Jadi, aku pun duk tunggu lagi la. Sampai masa nak habih, baru la sorang cikgu kat sebelah kelas bagitau aku PK lupa nak letak cikgu ganti kat masa tu, jadi aku kena la masuk sampai rehat. Ohshhh…aku lapaq tapi masih boleh kawai deorang lagi la. Depa pun dok gelak kat aku bila aku mengadu cakap aku lapaq. Dah la lepas rehat satgi aku kena masuk kelas nie jugak ganti cikgu yang takdak.

Rehat ja baru teringat lesson plan PSK tak wat lagi. Terus duk dulu kat kelas tu tulis bagi siap. Lepas tu baru cepat-cepat turun kantin makan apa yang ada. Lepas makan, naik balik kelas tadi dan tanda buku budak. Mujuq cikgu diorang ada tinggaikan qeja kat depa. Sains pulak. Boleh la aku nak ajaq apa yang depa tak qeti. Huh! Ingat Math ja yang teruk, Sains pun lagu tu gak. Kena la aku terang kat depa pasai sumber tenaga sebijik-sebijik. Ternganga depa tengok aku cakap pasai Sains.

“Cikgu pandai Sains la.”

“Hah, baru tau ka? Cikgu memang mengajaq Sains pun. Kelas kamu je cikgu ajaq Math.” 

Nampak kak Mala kat tepi kelas. Dia tanya aku free dak malam nie nak mintak ajar budak darjah 6 tuisyen BI. Cikgu-cikgu BI lain ada hai sikit. Nak mintak cikgu petang macam susah sikit, katanya. OhoOOO…aku pikiaq 3,4,5 kali gak. Nak tolong ka tak nak? Aduhai..susah gak nie. Last aku jawab okay la kak Mala sebab aku perasan LADAP dibatalkan. Biaq Sabtu nie aku rehat kat rumah cukup-cukup. Nampaknya, malam nie kena jalan kaki sorang-sorang pi sekolah ajaq tuisyen sampai pukul 9.30. Mintak-mintak takda apa yang buruk berlaku. Amin.

Aku pi kelas 4K pulak. Kelas mulut murai. Banyak bercakap. Mujur aku kuat lagi. Mengajaq salasilah keluarga. Guna keluarga aku sebagai contoh.

“Huisshh…banyaknya cikgu dalam keluarga cikgu.”

“Hah! Memang keluarga cikgu ramai yang jadi cikgu.” Aku bangga.

Well, semua berjalan lancar. Ingat nak ajaq satu tajuk ja, tapi dapat ajaq dua tajuk terus. Pergh…terbaik la hari nie. Aku keluaq kelas 4K pun takdak la stress atau letih sangat. Lega sebab semua berjalan lancar walaupun pagi tadi serabut gaban sampai rasa takdan nak nafas. Ingat nak sambung tanda buku budak. Tapi, bila tengok bilik guru dah lenggang, rasa tak best lak nak wat kerja sorang-sorang. Jadi, cukup la kerja aku takat nie. Rehat sat petang nie. Malam nak p qeja lagi.



Jun 13, 2012

"Cuba pikiaq, celah mana aku nak pikiaq pasai jodoh klo cam ini la sibuknya aku"


Sebenaqnya aku tak kisah pon orang cakap aku tak macam orang Kedah. Mai Selangoq mengajaq terus takdak slang Kedah. Suka hati. Asai aku tau aku orang Kedah dan aku tak kacau orang cukup. Kalau menyampah tu masalah hampa bukan aku. Hah! Jahat.

Bila mengajaq memang aku guna bahasa sana sebab banyak yang baku, tapi bila marah budak memang sedap guna bahasa Kedah.

“Hang mai sini!” “Ishh…nak kena sungguh!” “Awat la ketegaq sangat!” “Pemalas nak mampuih!”

Mukadimah saja. Haqi nie aku takdan nak letak kepala langsung. Dari pagi sampai malam aku dok wat qeja tak beqenti. Risau gak takut lebih sangat wat kerja sampai lupa pikiaq pasai jodoh. Aduhaiii…

Kelas full 3 jam sampai rehat. Sambung 1 jam lepas rehat. Kalau tak besa memang ketaq lutut berdiri dalam kelas. Dah la jenis aku nie jenis yang tak reti nak duduk. MOla dulu memang aku rasa nak pengsan sebab letih. La ni alhamdulillah rasa lega sikit sebab boleh berdiri sampai duduk 3 jam sambil jalan-jalan pusing kelas tengok budak wat qeja.

Haqi nie kena observe dengan 3 orang cikgu. 1 cikgu tumpang kelas aku nak ajar budaknya menjahit. 2 lagi cikgu pelatih shadow nak ambik kelas aku untuk tiga bulan. Takpa aihh…aku mengajar apa yang boleh ja. Tak heran r hampa kat hujung sana. Asal budak aku wat keja, paham jadi la.

Hah! Tipu. Berpeluh tergagap-gagap sikit gak masa tanya budak soalan.

‘Haisyyhhhhhhh…besala. Hak betoi pun rasa salah kalau orang tengok kita mengajaq.’

 Tapi okay la…takdak la teruk sangat.

Habih kelas ja terus tanda buku PSK tuk tiga kelas dalam 60 lebih sampai habis sekolah. Time orang lain semua balik rumah sebab petang nie ada koko, aku duk lagi tanda buku sampai habis. Mujuq gak satu qeja dah selesai.  Pastu, balik rumah aku tak terus mandi sembahyang letak kepala.  Hampa jangan tiru perangai nie tau. Aku tunggu bagi badan sejuk  dulu sambil aku print markah budak nak tampai dalam buku. Pastu aku isi buku adap. Aduh! Tu la sapa suruh sedap sangat cuti. Ha…malam nie sumpah memang stay up la nak isi buku adap budak. Esok last nak kena hantaq. Haiss..aku klo takdan hantaq esok, nak wat kepala sendiri gak. Aku hantaq hari Jumaat.

‘Ada berani ka?’

Tengok jam sampai pukui 3, aku pi basuh baju sebab serabut tengok dalam baldi. Kalau biaq, esok nak kena basuh lagi banyak. Dok tonyoh la baju sambil mandi sebab nak jimat masa. Selesai sembahyang tukaq baju make up semua, dah pukul 4.15. Pi la lari-lari jalan kaki pi sekolah. Peluh toksah cakap la banyak mana.

Sampai sekolah, tengok KOKO tak mOla lagi. Aku masuk bilik guru check jadual perlawanan badminton untuk program Tunas Atlet. Ha elok la. Aku pi meeting, aku wat jadual perlawanan, sedia borang markah, tukang cari budak, tukang amek gambaq…….wooo…wooo…wooo..Mujuq gak ada Kak Aya volunteer tolong aku jadi pengadil. Amin.

Budak-budak pon satu hai gak. Aku punya susah susun atuq game, ada la yang tak mai, nak tukaq partner..pi melilau kat tempat lain. Nak angin gak aku. Memang petang tadi naik gak suara aku. Last sekali aku wat cara mudah. Yang mana ada yang tu lawan. Sapa tak dak, batai penyertaan. Hah! Siap. Petang tadi siap semua game lelaki dan perempuan Tahun 4 dan 5. Selesai nie, maknaya esok 1M1S, tak payah susah-susah nak lawan lagi. Tunggu bagi hadiah kat depa ja.

Habis KOKO ingat nak blah. Kak Aya ajak men badminton lak. Enjoy gak main dengan dia. Pastu partner dengan budak-budak pulak. Memang terbaik la. Rasa badan cam tak letih langsung, padahai seminit rehat pun aku tak dan lagi hari nie.

Habis main, terus balik rumah sembahyang Asar. Cis! Lewat-lewatkan solat lagi. Ampun Allah. Aku tak sengaja. Pukui 6 lebih aku mesej Jiha cakap nak pergi pasar malam. Perut baru tau lapaq. Jiha hon ja keta dia, terus ja aku ikut dia pi pasaq malam. Memang aku bantai beli 2 jenis ayaq dengan soto dengan mutabak daging. Mujuq aku tak pi beli nasik dengan sate lagi. Kang meletOp perut aku makan macam-macam.

Sampai rumah dah azan Maghrib. Aku tak makan lagi tapi terus mandi dan sembahyang dulu. La nie aku duk lappy taip apa aku wat kat sekolah sampai la saat ini. Okay. Perut tersangat padat sampai mata mOla rasa nak tutup.

‘Oh jangan! Malam nie aku ada misi hebat nak kena wat. Tak wat cari nahas.’

Kay..nak pi Solat Insyak sat…pastu nak letak Balm Tiger kat perut dan letak kepala dalam 30 mins sat. Klo terlajak, tandanya aku memang cari penyakit. Hah! Lesson plan tuk esok tak siap lagi. Argh...lupakan seketika. Mata nak layu nie...ohh..tidak! 

Kay, terima kasih sampai baca kat sini. Assalamualaikum.




Pss: 
"Cuba pikiaq, celah mana aku nak pikiaq pasai jodoh klo cam ini la sibuknya aku"





Jun 10, 2012

Wei Mr. Frogie, bila mau turun dari awan amek aku?

Nak madah pujangga sat walaupun aku tau bahasa aku tak baguih sangat..
Mencuba tak salahkan??

...
Awan bagaikan tahu perasaan aku. 
Setiap kali awan mendung tiba, hatiku sebegitu juga.
Kadang kala tertanya, jika awan ibarat hati aku, 
maka sungguh aku rindukan awan  yang lembut dan redup itu. 
Hati tenang melihat awan sebegitu. 
Senyuman mudah terukir.
Aku rindukan awan itu.
...

Source: Google


Tinggai haiwey sat! Jom p menyusuq jalan kampung dulu mOla dari negeri Kedah pi Perak pi Selangor. Wey! First time aku makan durian tepi jalan! Cik Omaq dengan Cik Sinah mengidam durian, aku pon tumpang sekaki r. Tak sangka durian Perak sedap gak. Ingat durian Kedah dengan Pulau Pinang ja sedap. Buah kecik tapi isi  mantap gila. Boleh bedal lebih 10 ulas tepi jalan...memang hebat r! Lepas ni, kalau lalu dengan abah dengan family aku pulak, aku nak suruh abah wat camtu jugak. Makan durian fresh-fresh tepi jalan. Dak pun, insyaallah nanti aku yang beqenti tepi jalan bagi abah dengan ma makan durian fresh!


Source: Google

Lepas tu, aku lalu Teluk Intan. Bila dengar orang sana bercakap, terus ingat Yana sebab stail dia bercakap memang pure Teluk Intan. 

Sempat snap pic kat menara condong. Boleh la berangan macam duk kat China sat sebab aku suka tengok reka bentuk Menara Condong Teluk Intan nie macam kat China. Lawa....! 





A'aa..bangunan nie memang condong pun. Sampai situ pun sebab Cik Omaq nak cari udang galah. Tu yang ronda Perak sakan tu. Tapi takdak rezeki Cik Omaq. Hah! Orang sana cakap udang galah nak kena booking dulu. Sapa tak nganga...siap kena booking udang galah online pulak! Hebat gak penangan udang galah kat Perak nie. Sebab tu la kedai makan kecik-kecik kat sini tak berani jual udang galah. Kalau sekoq RM10, ada ka yang sanggup nak makan udang galah yang mahai tu? Jawabnya, telan ayaq liuq ja la...


Sempat jugak amik angin laut kat Telok Senangin. Kak Pah kata banyak kot ikan senangin kat situ, sebab tu nama pun Senangin. Ikan senangin tu ikan apa r?..nak goggle sat..


Source: Google

Dah lama tak rasa suasana pantai. Dapat pi rehat makan-makan kat Telok Senangin pun cukup la. Haha..nak tau aku memang suka pantai. Tak kisah r pantai pa pun asaikan ada ayaq laut...ada pasiaq...ada bunyi ombak...ada pokok ru...ada nampak awan...enough! Hati memang cukup berbunga dengan pantai.


'Setiawan - Slim River - Tanjong Malim.'

Aku dok hafai sikit-sikit area Perak nie.


Tanjung Malim: Tak pi pun UPSI. Lalu nampak sign board ja. Terus ingat budak gumok kat umah tu. Nak tau, last day before tinggaikan rumah, gila-gila dia tarik tangan aku nak cium aku. Haha...memang aku lari dulu sebab dia tak mandi. Macam tau ja aku sedih, pastu tunjuk peqangai gila-gila dia kat aku. Lepas masuk qeta, terus aku teqiak r. Tapi, memang aku ingat dia bila nampak perkataan UPSI. Pastu tequih terpikiaq, jauh gak Kola Nerang nak pi Tanjong Malim. Masa ma dengan abah p konvo budak gumok nie, qeta abah buat hai tengah jalan sampai kena sewa keta lain nak p konvo dia. Nampaknya, dia lagi kesian daripada aku. Aku walaupun memang sedih ma tak p konvo aku, at least abah dengan kak cik Natrah tak dak la nak kena tunggu tepi jalan dengan qeta rosak macam budak gumok tu. Hmm...kena la terima la hakikat aku lagi beruntung daripada dia. Alhamdulillah.


Malam sampai Shah Alam. Pi cari rumah sewa kakpah dulu kat Alam Megah. Cik Omaq dengan Cik Sinah tidoq semalam ja sana. Aku tambah semalam lagi tiduq kat umah kakpah. Aku rasa orang yang dapat rumah sewa luas macam kak pah adalah orang paling beruntung. Memang selesa sangat sampai aku mula terpikiaq macam mana nak wat rumah sewa aku yang comei haluih jadi selesa macam rumah kakpah. Aku jenguk-jenguk IKEA..perh...memang rasa nak letak barang IKEA dalam rumah comei aku. Sure aku tak menyesai duk bertahun-tahun dengan selesanya kat rumah sewa sekarang nie. 


Source: Google


" A home doesn't need to be big, just smart"


Aku suka tagline catalog IKEA nie.
Aku kena SMART gak bagi selesa rumah comei aku nie!


Lepas Cik Omaq dengan Cik Sinah balik Kedah (petang Sabtu jugak..dalam kul 5 lebih), kakpah bawak aku pi Giant. First time ada semangat nak pi beli belah macam duk kat Penang dulu. Memang seronok kalau dapat geng satu kepala yang faham aku. Ex-housemate 5 and half year nie la yang boleh bagi feel tu..hehe..kalau jumpa girls sned2 yang lain, conform lagi best shopping. Then, aku terus dapat semangat. Kalau Sabtu aku free, memang aku nak p cari balik depa semua, nak tiduq rumah sewa depa nak pi jalan-jalan dengan depa. Bestnya bila dapat rasa macam 5 tahun dulu...! Benda nie pon aku beli sekali macam kakpah. Agak-agak benda pa nie?




Haqi ni, time aku depart to KRU. Waaa...sedih..takmoo balik sini. Waaaaa....


Pukul 12.00 lebih tadi, kakpah terpaksa hantaq aku balik gak. Kak Umu, new housemate kakpah pun hantaq gak kat stesyen komuter Shah Alam. 


"Wei kak cik Natrah ...kenai dak kak ummu hani? Dia amek sains gunaan kat UM dulu. Dia kenai hang. Dia cakap muka hang sama macam muka aku..hehehe...sama ka kita? Yang pasti gigi hang tak sama dengan gigi aku. Hidung aku tak sama dengan hang..hahaha...
Ok! Aku melawak ja...!"


Aku bye-bye kakpah macam nak p Korea nu.......ceh padahai nak p KRU ja. Tapi nak wat camna, aku rasa sedih gila masa berpisah dengan kawan lima taun setengah aku tu. Dah la masa tinggai kampung Jumaat tu, aku dok seka ayaq mata tak bagi meleleh dalam qeta masa abah hantaq aku pi rumah kakpah..huhuhu..tak penah aku sedih gila macam nie. Macam nak berpisah tak jumpa dah pun rasa...isyshhhhh...takmau la ada rasa lagu tu. Wat hati tak sedap lak!


La ni aku dah ada kat sini. Kat KRU. Haha...esok mula mengajaq. Wei..ingat senang nak adjust balik otak cuti jadi otak nak mengajaq? Sebab tanggungjawab aku nak mengajaq budak-budak kat sini, nak kutip gaji halal r nak beli qeta, aku paksa gak wat gelak sorang-sorang senang hati kat umah sewa nie. Sebab tu la aku cakap sebelum nie,


"Do you know why i hate holiday?  Because i start my holiday with a beautiful smile and end up it with tears."



Okay..tak mau bagi hampa pikiaq banyak-banyak. Jawapan bagi gambaq tadi..ni dia...




Comb.
Comei dak...???
 Aku punya Mr.Frogie.
Kakpah punya comb Ms. Panda mata hitam.

Pss:

Wei Mr, Froggie, hang dok p mana? 
Bila hang mau turun dari awan amek aku?