Mar 25, 2012

Bila saya boleh membaca dan menulis, saya tahu itu adalah jasa ma!

Ma 
Dia garang.
Sungguh dia sangat garang.


Bila dia marah, saya tak berani tegur.
Bila dia marah, satu rumah pasti senyap sunyi.
Saya takut nak bercakap.
Takut dengar bebelan ma.
Jadi, saya juga mendiamkan diri.
Saya tak pandai cari ma untuk minta maaf.
Lama-lama keadaan pulih seperti biasa.


Dulu masa kecil, saya pernah cakap saya benci ma.
Alasan ma suka marah.
Ma tak pernah beli permainan kat saya.
Abah pernah pukul saya dengan rotan sebab saya cakap perkataan tak elok dekat ma.
Akhirnya, saya simpan duit dan beli sendiri anak patung barbie.
Sampai sekolah menengah pun, saya senyap-senyap beli barbie dan main sorang-sorang dalam bilik.


Meningkat dewasa.
Saya masih lagi ada perasaan tak puas hati dengan ma.
Saya rasa ma tak faham diri saya.
Ma tak cuba faham apa yang saya mahu.
Saya rasa ma tak cuba ambil tahu apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka.
Saya rasa ma tak nampak usaha saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Ini membuatkan saya rasa lebih rapat dengan kawan berbanding ma.
Saya rasa kawan lebih faham saya berbanding ma.


Sekarang.
Zaman saya bekerja.
Mata saya makin terbuka luas.
Saya boleh rasa apa yang ma rasa.


Dulu saya pelik lagi hairan.

"Ma nie masak laju-laju sampai marah saya kalau saya terkedek-kedek
 wat kerja kat dapur apasal?"

Saya cukup tak puas hati kalau kena marah dengan ma masa memasak di dapur.
Ohhh...sekarang saya baru faham.
Rupa-rupanya bila kita bekerja, masa itu sangat berharga. 
Kalau kita terkedek-kedek buat kerja, alamatnya kita tak sempat buat apa-apa.
Kerja lain pasti terbengkalai.
Itu apa yang saya belajar dengan ma sejak saya mula bekerja.
Jadi, saya pun belajar buat kerja dengan cepat supaya saya boleh selesaikan semua kerja saya dengan baik.


Dulu, hati saya suka memberontak:

"Ma tak pernah bawak orang jalan-jalan. Bila cuti saja, asyik duduk rumah saja.
 Bosan la macam nie!"

Sekarang saya rasa saya tak patut cakap macam itu.
Bila kita bekerja, masa kita untuk diri sangat terhad.
Banyak masa kita habiskan dengan buat kerja.
Balik kerja rasa sangat letih.
Bila hujung minggu, rasa seronok sangat sebab dapat rehat dekat rumah.
Jadi, saya dapat faham kenapa cuti panjang ma banyak menghabiskan masa di rumah.



Saya makin faham apa ma rasa lepas saya mula bekerja.
Saya juga belajar untuk memahami ma sekarang.
Semua persoalan saya, perasaan tidak puas hati saya terjawab selepas saya mula bekerja.




Terima kasih ma.
Sebab ma, saya ikut jejak langkah ma jadi guru.



Langkah ma sebagai guru bakal berakhir beberapa hari lagi.
Namun, 
langkah saya sebagai guru novis baru saja bermula.


Ma sudah lama merasa penat jerih menjadi seorang guru.
Ma mampu bertahan sampai 32 tahun.

Saya pula masih terkial-kial belajar menjadi seorang guru.
Belum tahu selama mana saya bakal berkhidmat.

Ma sudah merasai asam garam dunia pendidikan.
Saya baru mengenali profesion ini.


Kepada ma,


terima kasih atas bakti ma selama ini.
Sebab ma,
saya berjaya jadi cikgu.
Sebab ma, kawan-kawan saya juga ramai yang berjaya.


Bila saya boleh membaca dan menulis,
saya tahu itu adalah jasa ma.
Bebelan dan marah ma 
adalah sebab saya menjadi diri saya seperti hari ini.


Ya Allah,
kepada-Mu aku berdoa.
Berilah kesihatan yang baik kepada ma.
Berikanlah kelapangan kepada ma untuk beribadah kepada-Mu.
Permudahkanlah urusan seharian ma.
Jadikanlah aku anak ma yang solehah.
Yang tahu mengenang jasa ma.
Yang tahu sayang ma.
Semoga ma sentiasa gembira.
Amin.







Mar 20, 2012

"Tolong tanya saya dulu, boleh?"

Saya wanita bujang.
Saya baru bekerja.
Saya tak pandai nak komplen sana sini.


Saya faham awak semua sudah bekerluarga.
Awak semua lebih berpengalaman daripada saya.
Awak semua sudah faham asam garam dunia pekerjaan kita.


Saya boleh tolong awak semua.
Sebab komitmen awak semua lagi berat daripada saya.
Cuma satu saya minta,
"tolong tanya saya dulu, boleh?"


Maksud saya,
kalau mahukan bantuan saya,
sila tanya saya dahulu.


Saya pun ada kehidupan saya jugak.
Walaupun saya belum ada komitmen dengan keluarga, dengan anak-anak,
saya juga perlu ada masa untuk diri saya.
Bukan setiap masa bekerja.




Mar 16, 2012

Officially Graduate! Congratulation!

A bunch of roses from my family... thank you to Abah and Kak Cik.


Saya tanya kenapa tak beli bunga yang ada teddy bear..
Bukan bermaksud saya seorang jenis yang meminta, 
tapi sebab saya rasa sayang beli bunga ros mahal-mahal, nanti layu.
Kak cik cakap abah suruh beli bunga hidup. So, saya lagi suka.
Tak sangka bunga ros pertama saya terima daripada family saya. 
Bukan dari tangan orang lain.
Alhamdulillah.
On the way dari PICC to PUDU,
saya jaga bunga ros saya dengan elok.
Saya sayang nak kembangkan bunga itu,
jadi saya tak bukak penutup ros-ros itu.
Masa naiK LRT,
semua pandang saya bawa sejambak bunga ros.

"Is that flower for me?"
 tanya seorang pak cik berbangsa Cina.
Maaf.
"No." 
Saya terus sedekahkan senyuman kepadanya.
Saya sayang ros saya.
Ros yang dihadiahkan keluarga saya pada hari bersejarah saya.
Now,
i'm waiting for the roses to blossom.
3 sudah berkembang. 
Lagi tujuh masih malu untuk melihat saya.
Now,
i'm officially graduate!
Tahniah!

Just sharing my pictures.

Putrajaya International Convention Centre (PICC)
My daddy! 

Thank you for sharing this moment =)
Thank you Kak Cik!
Officially graduate: Wednesday, 14th of March 2012




Mar 9, 2012

Let's fight together!!

Tanda paper budak kali ini...rasa ...HORRIBLE sangat-sangat!


Kenapa aku rasa macam tu?


1. UNLUCKY SHOOTER

Boleh bayangkan 30 soalan objektif murid aku boleh dapat telur ayam?
Seumur hidup aku la,
setakbijaknya mana pun seseorang tu, 
paling kurang ko boleh betul satu walaupun kau tembak guna pistol mainan aje...aduhaiiiiii!


2. CINEMA STYLE

Ado murid engkau jawab soalan bagi jawapan nama filem???
Haaa....aku ada!
Tak percaya?...Nie buktinya...


Siap filem dalam botot kicap lagi...
Advance tul...!
Cuma aku pelik,
bila la aku ngajo diorang camni??
Macam nak lekuk je budak nie!


3. ZERO HERO

Boleh anak murid tak jawab semua soalan kertas 2?
Jadi aku pon letak Question Mark?????? besar-besar.
Tapi, buat buat aku terfikir,

"i'm a bad teacher???Teach them nothing???"
Sedih la.


4. COPYCAT

Style bijak tapi tak kena tempat.
Asal ada tempat kosong aje,
sesuka hati je diorang copy perkataan/frasa/ayat
daripada soalan letak kat jawapan.
So, kerja aku tanda reben merah besar-besar!


5. SUKASUKI

Kertas haku, suka hati haku nak tulis apa.
Agaknya,
apa yang diorang fikir agaknya??



What do you thing about SCIENCE?

Science .... KILLER subject?

Science...DIFFICULT subject?


My ANSWER:

Science is about our life.
We have a lot of experience during our life.
Through Science, we learn to understand why this happen? Why that happen?
Through Science, it teach us about observing, about reasoning, about making conclusion.
Science tell us to be more realistic and logic.
By understanding Science, our life more meaningful.
By learning Science,
we know GOD is the greatest creator.

So my lovely pupils,
let's learn Science.
I teach you and i hope you'll learn something through my lesson.
Open your heart.
Pay attention during my class.
Let's challenge yourself.
Let's fight together!!

Teacher love you all!

Ok.
Aku tengah berserabut.
Ity yang seketap omputih, sekejap bahasa melayu.
Ada yang bahasa pasar, apa bahasa tunggang-langgang.
Bedal je...asal isi hati dapat diluahkan.


Pss:


"Kan best kalau ada teman (hopefully my future husband...i don't know where u r) 
boleh bawa aku pergi tempat tinggi menghadap lampu-lampu kota raya.
Aku rasa nak jerittttttttt kuat-kuattttttttttttttttttttttttttt!"

Mar 6, 2012

'Hidup ini penuh dengan Question mark kan???'

'Bila sudah berkahwin adakah komitmen aku masih sama 
seperti sekarang (zaman bujang)??'


Salam sume.
Hai juga!


Benci betul bila rasa nak bercakap sesuatu tapi tak dapat nak cakap!


Okay...fikir secara positif Mia.
Walaupun ini blog kita, 
bukan bermaksud kita boleh lepas kaki tangan mulut untuk bercakap sesuka hati 
tanpa had dan tanpa sempadan.


"Kata-kata kita mencerminkan diri kita.
Diri kita adalah bayangan orang tua kita."


Ya...kalau hati rasa jahat, mulut rasa bengang nak cakap pelik-pelik, 
aku akan ingatkan diri ini akan kata-kata ini.
Maksudnya,


'Mak abah ajar aku elok-elok. 
Buat apa aku nak jatuhkan air muka mereka dengan 
kata-kataku yang nista!'


Sekarang aku sedang belajar menjadi orang yang positif.
Aku nak jadi macam Dr.Fazilah Kamsah, macam H.M Tuah.
Macam Wardina Saffiyah.
 Macam Puan Hariton, pensyarahku.


Aku nak jadi guru yang positif.
Guru yang positif mindanya kuat.
Akalnya sihat.
Badannya hebat.


Bila berhadapan dengan sikap manusia yang pandai bermain opera sampai 
rasa nak termuntah yang amat sangat,
aku sentiasa berpesan pada diri ini supaya abaikan orang macam tu.
Dalam hati, katakan saja mereka itu 'kanak-kanak'.
Tak pandai jaga hati orang.
Anggap sahaja mereka sebahagian manusia istimewa yang Allah jadikan
untuk mewarna-warnikan hidup kita di dunia ini.


Yang penting kita jangan jadi macam mereka.
Kita jangan jadi orang yang menyusahkan orang lain.
Yang penting kita jaga hidup kita, 
jaga diri kita
supaya kita tidak menyakiti hati insan-insan lain.


Hidup ini macam roda.
Sekejap di atas sekejap dah jatuh ke bawah.
Hidup kita ada pasang surutnya.
Macam lautan yang tenang.
Bila-bila masa pasti badai menjelma.


Prinsip hidup aku mudah.


"Jangan menyusahkan orang lain 
kalau tak nak orang lain tidak menyusahkan kita."

Jangan bagi pelbagai alasan jika tidak mahu buat sesuatu kerja.
Terus katakan tidak supaya kita tak menyusahkan kerja orang lain.
Bila bekerja, buat sehabis daya. Buat yang terbaik.
Kita bekerja bukan nak tunjuk hebat.

'Kerja kita harga diri kita.'

Buat kerja macam sampah, harga diri kita pun macam sampahlah! (maaf)
Buat kerja elok, kita sendiri rasa berpuas hati.
Orang juga akan hormati kita disebabkan kerja kita yang berkualiti.


Setiap kali balik sekolah,
aku selalu tertanya-tanya pada diri ini:


'Bila sudah berkahwin adakah komitmen aku masih sama 
seperti sekarang (zaman bujang)??'

Bila melihat rakan sekerja yang majoritinya sudah berumah tangga,

"aku takut bila aku dah kawin nanti, 
aku tak dapat bagi komitmen macam apa 
yang aku bagi sekarang "


Kenyataan kat atas tu bukan bermaksud aku tak nak kawin.

'Perkawinankan antara pelengkap iman seseorang..'


Sekarang,
 aku mengaku komitmen aku memang sepenuhnya dengan kerja.
Boleh dikatakan kerja adalah rutin hidup.
Dari pagi sampai ke malam aku pasti buat kerja berkaitan sekolah.
Masa lapang aku juga aku habiskan dengan kerja sekolah.

Aku pun tertanya-tanya,
kalau aku kawin nanti adakah aku boleh buat kerja macam aku buat sekarang?


Aku sendiri tak dapat menjawab soalan itu.


'Hidup ini penuh dengan Question mark kan???'



Sekarang,
aku hanya boleh berdoa dan berusaha
supaya aku dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam kerja aku
sampai ke akhir hayat.


Masa bujang aku boleh buat kerja dengan elok, 
masa dah berkawin sampai dah beranak pinak, 
bercucu cicit, nak berpencen pun aku harap
dapat terus buat kerja yang terbaik.


'Aku nak jadi cikgu si penyapu baru.'

Bukan cikgu si penyapu lama yang tunggu masa nak dibuang saja 
sebab dah tak berapa berguna.