Dec 30, 2010

MaLaysia H.E.B.A.T II


Final Piala AFF Suzuki sudah berakhir semalam.
Keputusannya sudah tentulah berpihak kepada Malaysia.
Ya, kan Mia dah beritahu dalam entri sebelum nie yang Malaysia sudah membawa bekal selesa ke Indonesia, jadi memang kelebihan berpihak di tangan pasukan K Rajagobal
yang turut merangkap sebagai pasukan muda terhebat Malaysia abad ini!
Semalam Mia agak sesak nafas juga bila tengok Si Pasukan Indonesia 
yang Mia tengok macam terpaksa.terdesak.tersemangat lebih
menyerang kubu pertahanan Malaysia.
Wah, tak dapat dinafikan kalau Mia jadi warga Indonesia
 (hmm, tak hingin pun..),
pasti puji habis dengan permainan Indonesia malam tadi.
Jadi, 
tak peliklah kalau Indonesia dapat juga bolos 2 gol malam tadi.
Kalau Malaysia boleh menang di tempat sendiri,
 Indonesia pun dah tunjukkan yang diorang juga tak nak malu di tempat sendiri.
Itulah, kalau diorang tak sia-siakan sepakan panalti dan peluang-peluang nak
menjaringkan gol masa awal-awal permainan, sah boleh menang
lantas menyedihkan Mia dan semua warga Malaysia.
WaKaakaa..
Tapi nampaknya sayang sekali sebab Malaysia ada pemain-pemain hebat.
Ingat senang nak menang mudah macam tu je!
 Mia puji sangat bila tengok barisan pemain pertahanan serta penjaga gol negara, 
Khairul Fahmi Che Mat 
yang hebat tu.
Syukur alhamdulillah, Allah bagi diorang hebat.
Jadi, kesimpulannya, siapa yang hebat, dia yang menang.
Tahniah.Tahniah dan tahniah!

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Dec 29, 2010

MaLaysia H.E.B.A.T

Malaysia H.E.B.A.T
Malaysia M.A.N.T.A.P
Malaysia B.O.L.E.H
Yeah!




Mia memang terOver excited. 
Tersangat gembira bila bercerita tentang bola sepak Malaysia sekarang nie.
Dengan bangga dan bersemangatnya Mia boleh cakap yang Mia lebih suka 
tengok bola sepak Piala AFF Suzuki nie 
berbanding dengan bola sepak Piala Dunia.
Hmm..agaknya tak pelikkan?

Dengan tulus hatinya, 
Mia mengaku Mia bukanlah seorang peminat bola sepak 
nombor 1 hingga 100 ribu pun.
Mia pun jarang tengok orang main bola kat padang atau TV,
apatah lagi nak main bola atau futsal dan yang seumpamanya,
Mia tak gemar sangat pun.
Tapi, itu tak bermaksud Mia tak suka bola sepak tau!
Seingat Mialah, 
setelah dihitung bilangan menonton siaran langsung bola sepak kat TV,
rasanya lebih kurang 4-5 kali  saja Mia tengok secara live kat TV.
HaaHaaa!
Agak lucu dan rasa ketinggalan juga diri ini nampaknya!

Namun begitu, 
Mia lebih suka membaca surat khabar kalau nak tau cerita pasal bola sepak nie.
Tentang Piala AFF Suzuki nie pun, 
Mia banyak tahu melalui surat khabar lagi berbanding dengan TV.
Bermula dengan berita kekalahan Malaysia 1-5 kepada Indonesia
sampailah final nie, Mia jadi berminat pula dengan
bola sepak Piala AFF Suzuki nie.
Paling best, 
bukan Mia saja yang sibuk nak tunggu final Malaysia dan Indonesia 
di Stadium Gelora Bung Karno malam nie, malah adik-beradik Mia pun sama jugak.
Diorang pun lebih sama macam Mia juga.
Dengan membawa gol selesa 3-0 pada perlawanan lalu,
diharap malam nie Mia dapat tengok corak permainan pasukan K Rajagobal
yang paling menarik dan seterusnya dapat memberi Mia semangat 
nak menonton perlawanan final ini sampai habis.




Akhir kata,
Malaysia H.E.B.A.T
Malaysia B.O.L.E.H
Harap-harap, takdelah penyokong fanatik yang gila-gila
sampai nak rosakkan mutu sukan ini pula.
Tak kiralah penyokong Malaysia ke Indonesia ke..
Jangan buat malu..OK!

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A



Dec 24, 2010

H.E.A.D.E.R baru: Yeah!

Mutiara kata hari ini:
“ Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan”. 
...
Persoalan minggu ini:
'Apa perasaan korang bila cuti makin dipenghujung?'
'Apa korang rasa bila cuti makin ciput?'
'Ada korang fikir apa nak buat bila cuti tinggal sipi-sipi lagi?'

Hmm.
Aktiviti Mia minggu ini pun tak banyak yang berubah.
Kadang-kala terpikir-pikir juga tentang action research dan praktikum tahun depan.
Mia rasa macam nak luruh nak gugur jantung saja.
Takut!
By da way, 
bila pikirkan cuti Mia yang tak berapa nak banyak nie,
okay..
Mia cuba mengEnjoykan diri ini dengan family
dan selesaikan tugas-tugas sampingan yang diamanahkan orang.
Itu saja..
dan termasuk juga 
spend masa sendiri untuk aktiviti yang disukai.
Nampaknya tangan Mia makin ligat.makin aktif
buat kerja edit-mengedit nie.
Jangan P.E.L.I.K
sebab ini lumrah bagi orang yang bosan macam Mia bila cuti
 makin di penghujungnya!
Huhuhu..
Hmm,
Bermula langkah 1-7, akhirnya siap juga benda alah nie.
'H.E.A.D.E.R baru Mia!'


Mia masih kekalkan tema ‘Pink’
biar nampak feminism sikit.nampak comel dan muda juga.
Maka,
inilah hasilnya,


dan Mia puas hati dengan header baru nie
sebab Mia sendiri yang buat.
Jadi, klo tak lawa pun Mia tetap akan puji juga tau!
HaaHaa..


Cuti ini juga bermakna buat family Mia sebab sorang ahli family kami
telah mendapat keputusan yang C.E.M.E.R.L.A.N.G dalam peperiksaan.
Mia juga tak lupa nak ucapkan tahniah pada adik Mia
sebab berjaya mendapat keputusan yang
C.E.M.E.R.L.A.N.G
dalam PMR.
Tahniah ya!


(Pss: Aku bangga giler  dengan hang sis!)


Di kesempatan ini juga,
Mia nak luahkan rasa terharu dengan feedback yang Mia terima 
tentang post 'sedih' yang lalu.


"Mia percaya pada qada dan qadar.
Mia percaya ada hikmah di sebalik yang berlaku.
Yang penting kita yang hidup teruskan hidup sebaiknya.
Hargai orang yang ada di sekeliling kita setiap masa.
Seimbangkan amalan di dunia dan di akhirat.
Pesanan ini untuk Mia dan semua juga."

Akhir kata, selamat membaca blog ini.
Assalamualaikum.



T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Dec 19, 2010

'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan'


Andaiku tahu kapan bila ajalmu,
ku akan memohon Tuhan berikan peluang buatku
 memohon maaf andaiku bersalah padamu,
 temanku.
...... 
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Setiap awal ada akhirnya.

Al-fatihah buat teman sekelas Mia:
Allahyarham Ahmad Abdillah Hafiz Bin Mohamed.

Teman ini teman seperjuangan Mia.

Menerima dan redha dengan qada dan qadar Tuhan.
Mia sebagai teman sekelas yang telah bersama-samanya selama 4 tahun lebih
di IPG Kampus Pulau Pinang berasa sangat terkejut dan tergaman
di atas berita yang Mia terima semalam.
Mia ingat itu hanya gurauan.
Namun itulah kenyataan. Itulah suratan.
Teman Mia ini telah pergi menyahut seruan Ilahi.
Teman Mia ini telah pergi menghadap Allah S.W.T.
Saat itu Mia sedar, ajal maut seseorang hamba-Nya tidak pernah mengenal usia.
Hidup dan mati kita hanya Allah yang tentukan.
Akhirnya, teman Mia pergi jua
pada usianya 22 tahun.
Sangat mudakan?
Innalillah…

Sebenarnya dah lama Mia berhasrat untuk menulis kenangan bersama teman-teman sekelas yang 18 orang semuanya selama berada di kampus.
Namun siapa sangka,
nampaknya  Mia harus menulis terlebih dahulu tentang teman ini.

Menyoroti kenangan bersama arwah teman ini,
arwah merupakan seorang yang berpenampilan kemas dan menarik.
Mia dan rakan-rakan girls yang lain pernah gelarkan teman ini si Pinky Dillah
kerana dia ada memakai kemaja berwarna pink lembut .
Teman ini juga hebat.
Dia sangat aktif dalam bersukan sampai  tiada siapa yang sedar rupa-rupanya dia juga
mempunyai penyakit asma macam Mia juga.
Mia selalu juga ditakdirkan buat kerja satu group dengan teman ini.
Dari sudut mata Mia, teman ini merupakan seorang yang well-prepared dan kreatif. 
Semasa dia menjadi ketua kumpulan akademik SNED2 juga,
segala urusan kelas berjalan lancar.
Teman ini juga seorang yang bersikap ramah-tamah dan
sering menceriakan Mia dan  girls yang lain
dengan lawak lucu spontannya di dalam kelas.

Beberapa kenangan yang Mia tak pernah lupakan bersama teman ini iaitu
 semasa bersama-sama terlibat dengan
Program Bina Insan Guru (BIG) 2007 di Telok Batik, Perak.
Masa tu, Mia belum fully recovered daripada penyakit asma Mia.
 Jadi, malam itu ada program burung hantu dijalankan.
 (ala..program yang kena duduk dalam hutan sorang-sorang tu..).
 Teman Mia ini dengan murah hatinya telah menghulurkan sweaternya kepada Mia
kerana dia faham tentang keadaan Mia yang alah dengan cuaca sejuk.
Masa tu, Mia rasa terharu sangat-sangat sebab ada yang memahami keadaan diri Mia.
Rasa sangat-sangat berterima kasih kepadanya
sebab mengambil berat terhadap teman sekelasnya ini.
Sejak itu, bila Mia sakit saja mesti teman ini dan beberapa rakan lain akan kata pada Mia:
“Tak bawa saksofon ke?”
(Saksofon di sini merujuk kepada inhaler yang digunakan oleh pesakit asma seperti Mia.)

Aktiviti berkayak bersama teman ini di Telok Batik, 2007.

Teman ini juga dengan sabarnya telah mengajar Mia cara untuk berkayak
sampai kami menjadi antara pasangan terawal sampai ke destinasi.
Bagi Mia,
teman ini telah menyelamatkan diri Mia daripada
 kena membuat persembahan di depan kawan-kawan lain.
Alhamdulillah.
 Sampai sekarang pun Mia tak pernah lupakan kenangan tersebut.

Mia ada adik sebaya teman ini.
Jadi, selain teman, Mia senang menganggap teman ini sebagai sorang adik.
Sebab itulah selepas mendengar berita permergian teman ini,
Mia rasa jantung Mia macam terhenti.
Sangat-sangat terkejut.tergaman.dan tak terkata.
Mudah saja air mata Mia gugur.
Masyaallah…
Mia tak sempat nak minta maaf apa-apa pun.

Bina Insan Guru di Langkawi bersama teman ini.
Nampaknya pada semester hadapan,
teman ini sudah tidak  bersama Mia dan teman-teman lagi .
Kami telah kehilangan teman ini untuk melengkapkan bilangan 36 orang pelajar major Sains ambilan Januari 2008 yang akan menamatkan pengajian di IPG Kampus Pulau Pinang pada tahun hadapan.

“Ya, kami amat-amat terasa kehilangan kau, Dillah.
Semoga kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Amin.”

Kenangan bersama teman ini di Taman Negara Pulau Pinang.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Namun, jangan disalahkan pertemuan jika perpisahan mendatang.
Manfaat pertemuan menjadi kenalan, daripada kenalan jadi nur kasihan,namun sekiranya perpisahan berlaku, anggaplah bila berpisah kita jadi tabah.
Setiap awal ada akhirnya.
Kita yang hidup jangan terleka.

Pic edited terakhir daripada Mia untuk teman ini.

Daripada Abu Hurairah r.a yang maksudnya:
Bahawasanya, ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya, yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain.
Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan.
Lalu Malaikat itu bertanya kepada lelaki itu:
“Hendak ke mana engkau?”
Lelaki tersebut menjawab:
“Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu.”
Malaikat bertanya lagi:
“Adakah bagimu budi kepadanya yang kau mengharap balasan daripadanya?”
“Tidak. Aku mencintainya kerana Allah Taala.”
                                  Maka berkatalah Malaikat itu kepadanya:
“Bahawa sesungguhnya, aku ini adalah utusan Allah kepada engkau.”
“Bahawa sesungguhnya, Allah Taala telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.”
(Hadis riwayat Muslim)


T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Dec 13, 2010

Bila Hati Insaf

Hiburan dunia yang banyak.
Fine!

Mia pun terasa diri ini banyak yang kurang.
Banyak mengagungkan hiburan dunia .
Masyaallah...!
Ini tak betul nie.
Subhanallah...!
Pernah satu ketika Mia terasa diri ini sangat-sangat disayangi oleh Allah
sampai terasa sangat-sangat insaf dan berjanji untuk menjadi hamba-Nya yang solehah.
Namun, hati Mia ini mudah juga berubah. 
Mudah dihasut oleh syaitan.
Nauzubillah...
Mia ingat lagi masa belajar subjek Pendidikan Islam dulu..
".. iman boleh bertambah dan berkurang.."
Maksudnya iman akan bertambah apabila kita banyak melakukan kebaikan.
Dan iman boleh berkurang bila kita banyak membuat kejahatan ataupun mendekatkan diri kita dengan perkara-perkara mungkar."
Ok...
Nampak mudahkan.
 Tapi kenapa yang mudah itu sukar dilaksanakan?
Bila diri banyak mengagungkan hiburan dunia,
hati makin jauh daripada mengingati Tuhan.
Bila hati tidak mengingati Tuhan, jiwa akan kosong.
Kosong kerana makanan jiwa tidak terisi dengan benda-benda yang sepatutnya.
Ok. 
Ini apa yang Mia rasa sekarang.
Takut bila diri terasa makin jauh dari Tuhan.
Moga Tuhan mengampuni dosa hamba-Nya
 yang tersangat lemah dan tersangat kurang imannya ini.
Ya Tuhan, 
pelihara la imanku ini.
Ya Allah,
jangan jadikan aku hamba-Mu yang lalai dan leka.
Amin.


Pss: 
"Waaa..nak pi solat Insyak sekarang..xnak main belog lagi masa nie..!"
T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Dec 11, 2010

Kuasa Photoshop & Photoscape


Mana lebih H.E.B.A.T ?
Mana lebih M.U.D.A.H?
Mana lebih SY.O.K?
Antara Photoshope dan Photoscape,
mana lebih berK.U.A.S.A?
yang mana pilihan korang?

Bagi Mia,
Mia suka dua-dua software photo editor nie.
Dua-dua ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Sebab tu Mia lebih senang guna kombinasi kedua-dua software ini untuk mengedit gambar
bersama dengan 1 lagi software special juga iaitu 
software Photo Editor.

Pada pendapat Mia,
klo nak hasilkan pic yang terhebat, maka gunalah Photoshop.
Setakat ini, software Photoshop sahaja yang boleh buat
 satu gambar biasa menjadi tersangat luar biasa.
Namun,
Mia rasa Photoshop agak sukar digunakan
 bagi orang yang kurang familiar dengan semua fungsi-fungsinya.

Tetapi, 
berdasarkan pengalaman Mia menggunakan Photoshop,
apa yang penting  adalah selalulah mengExplore dan mencuba kesemua fungsi-fungsi software tersebut
untuk memahirkan diri korang dengan Photoshop ini.
Lagi satu,
Mia pun belajar menggunakan software ini melalui video yang diDownloadkan di YouTube.
Sekarang, banyak video yang boleh ajar korang cara menggunakan software Photoshop
untuk mengedit gambar.
Jadi, gunalah peluang ini untuk belajar mengedit gambar 
supaya gambar korang 
S.U.P.E.R H.E.B.A.T 
ok!

Klo tak nak menyusahkan diri, tak mau tention-tention,
korang boleh guna Photoscape.
Free sahaja untuk menDownload software nie di internet.
Kesemua fungsi-fungsi software ini mudah untuk diExplore dan digunakan.
Paling best menggunakan software ini adalah 
korang boleh memilih mana-mana Film Effects
untuk membuatkan pic biasa korang nampak M.E.W.A.H.
Klo tak percaya, cuba lah jenguk-jenguk software nie yaa!

Cheeee..Wah!
Itu sahaja pendapat Mia tentang software ini.
Dua-dua best. Dua-dua hebat.
Tetapi,
kerajinan mengExplore dan kekreatifan
korang paling penting.
Sila enjoy picture yang telah diedit oleh Mia 
dengan menggunakan software ini.

Kamsahamida!




T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

Dec 10, 2010

Edit Photo Contest!



Yesh!
Joining Edit Photo Contest!
Photo editing.
Mengedit gambar.

Hmm..syarat-syaratnya ialah:

1.Buat satu entry yang bertajuk "edit foto contest"
Ok. Dah siap. Sila baca!


"Anyway, nie adalah kali pertama Mia tercuba mencuba dan nak cuba
join contest photo editing nie.
Yup!
Mia tak lupa nak ucapkan:
.Terima kasih.Thank you.Toochey.Kamsahamida.Arigato.
kepada 
Memang engkaulah ‘lagenda’ kerana buat julung kalinyer terbuka hati
untuk mengajak Mia turun padang memeriahkan contest nie!
Kamsahamida!
Kebetulan pula Mia pun memang tengah mengedit
beberapa gambar buat kenang-kenangan.
Nampaknya,
boleh juga share hasil kerja Mia dengan join contest ini.
Terima kasih."


Ni die rupanya si Tuan Puteri yang menganjurkan contest nie. 
Cutekan dia!"


 untuk join contest nie ya!

2. Mengfollow lah blog usang nie.
Dah follow.
Sila check!

3. Mengedit gambar ikut kreativiti sendiri.
Hmm.. ini gambar pilihan Mia.
Sila lihat di bawah ini!

Pic sebelum

Pic selepas edit
4. MengeTag 4 orang yang bertuah.
Jadi Mia nak pilih diorang kat bawah sini.
Anda bertuah k!


5. Meninggalkan link korang
Ye, dah tinggal.
Sila check yaa!

Pss: 
Masa edit pic bebudak lelaki kelas Mia,
adik Mia datang dan tanya pada Mia:
"Nie edit kumpulan nasyid mana pula nie?"
Hahaaa..
Nak je Mia jawab:
"Nie BoySNED2008 la!"
Hahahaaa..





T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A