Jul 29, 2010

DON'T RUN AWAY

DON'T RUN AWAY
Don't run too far away from Mia
Awak tak buat salah pada Mia
Mia lagila tak buat salah pada awak
So, don't run away
Awak buat Mia pula rasa bersalah pula
Kalau terus berlari, bila awak nak berhenti?
Nanti awak letih, Mia pun penat tau..
Mia hanya nak awak duduk diam-diam
Teruskan hidup awak macam biasa
Kita kawan kan?
Nape nak lari?
Rasa bersalah..?
Takla..Mia tak rasa awak salah pun.
Klo awak wat salah kat Mia, Mia bukan tahu pun.
Sebabnya, awak nun di sana...Mia memang betapa kat sini pun.
Hidup kita lain..tak sama.
Jangan lari lagi. 
Mia pun bukan suka sangan jaga hidup orang. 
Baik Mia sibukkan hidup Mia  dengan family Mia, dengan hal pelajaran Mia k!
Mia doakan yang terbaik untuk awak.
Awakkan kawan Mia.
Kawan dulu sampai sekarang.
Ok..kita kawan kan?...
=)



Jul 24, 2010

HeLLo Baby:SHiNEE

Hari nie Mia rasa sangat boring..wah patutnya Mia happy cuti-cuti camnie, tapikan bila roomate Mia balik umah die, Mia rasa bosan lak. Yea la..roomate Mia adalah orang yang paling tahan mendengar Mia bercakap. Dengan roomate, semua benda Mia boleh kongsi..hehe..pesanan: "Roomate..besok balik awal sket yea!"

Dalam boring-boring nie, Mia pun layan kejap citer yang Mia amek kat kawan, bukan citer sangat la macam TV Show Korea la. Tajuknya "Hello Baby: Shinee". Mia nie kiranya giler jugala tengok citer korea dan bila nampak fail nie dalam external seagate Mia,tup-tup Mia dah habis tengok sampai episod akhir. 

TV show nie pasal artis korea yang kena jaga sorang baby. Yang Mia tengok nie pasal kumpulan Shinee, yang dianggotai oleh: Onew (Lee Jinki 이진기), Jonghyun (Kim Jonghyun 김종현), Key (Kim Kibum 김기범), Minho (Choi Minho 최민호), and Taemin (Lee Taemin 이태민). 

                                
Hmm..dulu Mia tahu diorang nyanyi lagu 'ring ding dong' (rasanya cam gitula bunyi lagu diorang dengan tarian yang pelik), tapi bila tengok perangai diorang dalam citer nie, okay la..sangat lucu dan menghiburkan! Dapat la kenal karekter sorang-sorang. =)

Karekter 'Onew appa' paling lawak. Mia rasa dia tak biasa dengan baby, bila baby tu nak dekat dengan die, dia kaku dan lari..(Mia memang ketawa sangat-sangat tengok perangai die tu..tapi masa last-last episod, Onew appa dah boleh pegang baby tu..huhu...Mia tersentuh)!


'Taemin appa' pula telah cuba nak jadi appa yang terbaik..haha..tapi baby tu tak layan sangat die. Dia selalu kena pukul ngan baby tu. Mia tengok karekter dia nampak lembut, so no wonder la bila die pakai pakaian pompuan memang cute sangat!


'Jonghyun'............Mia rasa die paling maskulin kot. Karekter nakal nampak sangat dalam show nie. Tapi Mia rasa die paling bijak cipta memori yang best-best dalam show nie. Contohnya, semua gambar dengan baby die abadikan dalam photobook...wah Mia soo touching. Baby pun suka dan pilih Jonghun appa sebagai top appa juga! Tahniah Jonghyun!


'Minho' pada Mia adalah top appa dalam show nie. Appa paling caring pasal baby dan everytime dia slalu dengan baby. So, baby juga pilihnya sebagai toplist appa. 'Minho so sweet!'


'Key appa'...hmm die paling cute dalam group Shinee nie. Mia suka tengok rambut tempurung die tu..comey sangat-sangat!...dia macam Minho jugak walaupun a little bit childish..!Dia adalah toplist appa setaraf macam Minho juga..congrat Key appa!







Mereka adalah orang-orang yang Mia kenal selama 5 tahun setengah ini. 



"Kenal tak bermaksud cinta,
Cinta sudah tentu sayang ,
Sayang tak semestinya benci,
Benci belum tentu tak suka"

Itulah perasaan Mia.
Good luck semua. 
Praktikum ini sama-sama buat elok-elok! 
Next year tahun terakhir kita.
Lepas tu, insyaallah jadi cikgu kita semua nie!


Jul 19, 2010

Mana Idea Pergi nie!?

Malam nie Mia tension sket coz x banyak idea nak ajar bdak-budak besok. Lagipun malam macam nie la Mia nak batukla..kurang sihat sikit. Mujurla lesson PJ Mia dah siapkan tadi kat sekolah. Ala...lesson PJ nk ajar bdak-budak yang dah hancusskan lesson Mia minggu lalu... =(.

Mia tengah pikir nie macam mana nak ajar budak-budak rushing sket..coz next week diorang exam sampai topik yang Mia tak ajar lagi. So, Mia kena selesaikan topik tu dalam minggu nie jugak.Hmmm...payah la jugak coz topic 'rusting' nie kena wat dalam 2 minggu..wah hebatlah Mia klo bely ajar topik 2 minggu untuk dua hari..(wahhh...dalam hati agak kepeningan memikirkan problem ini)!

Lagi pun Mia kesian sama budak-budak..conform la klo nak sumbat sume benda dalam satu masa, mana boleh diorang cedok sume!Arggghhhhhhhhh....tolong! Mia nak wat camne nie!..Mia risau jgak kalau Mia ajar sume benda besok, then hari Khamis nie nak kena observe dengan lecturer Mia, kalau bdak-bdak tak paham..lagi sakitla Mia! Nak wat camne, Mia kena wat jugak.Hopefully diorang boleh cope ngan topik nie...!


..Ya Allah, bantulah Mia!..

-Mia Olive-

Tahniah! Dia sumber inspirasi!


Tahniah...dia dah graduate!
Mia sangat bangga dengan dia!
Walaupun kejap je Mia dapat kenal dia, tapi Mia rasa dia sangat istimewa..
Dia sorang yang pintar, nampak berdikari, tak sombong dan cantik!
Bila tengok pic dia dalam fb, Mia suka sangat sebab walaupun dia belajar kat luar negara,
jati diri dia tetap teguh. Agama tetap dia jaga. Nie la anak bangsa yang kita cari.
Tak mudah goyah dan alpa dengan keduniaan.
Selamat kembali ke Malaysia.
Ni la hasil didikan cikgu-cikgu..anak murid yang cemerlang!
Tahniah..tahniah dan tahniah!

Sorry coz Mia copy gambar die dalam fb..hehe Mia suka tengok gambar nie.. =)
Banyak cerita dalamnya..
Klo wat kulit novel pun boleh jugak nie!

-Mia Olive-

Jul 14, 2010

FRUST ARINIE TAPI SABO JE

Sedih juga..pilu juga..
tapi nak wat camne kan..
adat jadi guru pelatih..
banyak cabarannya...
............................................................................

Arinie aku kena mengajar Pendidikan Jasmani. Juga nak kena observe dengan lecturer juga. Lecturer pun dah cakap nak tengok aku dan kawan sorang lagi ajar arinie. Sebelum nie aku amek kelas first, so okay la. Diorang sume dengar cakap...klo x suka aku ajar pun diorang ikut je. Then, kawan aku minta tukar kelas, aku follow je dan amek la kelas kedua nie. Lagipun,waktu subjek Sains aku memang ajar kelas nie, so at least aku kenal a few pupils yang naik kepala dalam kelas. Okay la..aku tukar..!
............................................................................
Aku nie punya la sediakan lesson elok2 selama sehari semalam..berhempas pulas nak ajar budak-budak main..last skali aku agak kecewa jugala bila lesson yang aku plan tak berjalan dengan elok. Citernya macam nie..
..............................................................................
Sebelum aku bawa budak masuk padang lagi, ada la beberapa budak cakap dengan aku nak main bola sepak. Mestilah aku tak ajar punyer..coz aku kena ajar PJ ikut cara TGFU (Teahing Games For Understanding). Mana boleh suka hati aku bagi bola suruh budak main..nk kena soung ngan lecturer ke!
Pastu, masa nak wat regangan diorang nie dah cakap tak nak wat..boring..!..padahal aku baru je nak mula buat. Bila aku bagi arahan, ada je yang sibuk cakap-cakap, main2..tengok kanan kiri..
Aku??..hmm...sabo je..Aku suruh juga budak-budak buat. Okay la untuk regangan pertama, semua ikut. Bila masuk game yang kedua..adoii....hancur terus!
Reasonnya:
1. Bila aku bagi arahan, ada a few yang degil tu tak nak dengar cakap lansung.Bila aku tengoknya, dia tengok sana sini..memang tak boleh fokus langsung kat aku. Aku rasa nie spesis yang ada ADHD. Spesis yang tak bagi tumpuan..kerja nak gerak je...

2. Ada budak yang slow sangat...check punya check...rupanya ada autism budak aku nie. Patutlah, tiap pagi aku nampak die duduk atas kerusi macam meratik..gerak kepala sorang-sorang ..cakap sorang2...

3. Tak bawa baju PJ...adoii....aku geram tul spesis nie. Bila aku suruh tolong aku amek barang, terhegeh-hegeh..boleh lak nyanyi bawah pokok macam berpicnic...banyak cantik! Aku dh bagi warning kat budak-budak yang tak pakai baju PJ nie, next kelas siap diorang!..(huhu..GARANG nie!)
................................................................................
Atas sebab-sebab di atas, maka game kedua aku tak dapat dijalankan. Okay..aku teruskan dengan game yang ke-3, main jaring ikan. Mula-mula okay permainan diorang, tapi lepas tu bila aku tengok diorang dah tak ikut peraturan permainan, main suka hati, jatuh sana-sini, aku suruh stop permainan pun tak nak...last skali aku STOP kan sume game! Aku sangat geram sebabnya aku risau budak-budak nie tercedera! Jadi apa-apa kat diorang, mati aku!
Aku suruh diorang duduk..aku marah la diorang. Cakap kenapa aku berhentikan permainan..aku pot pet pot pet la masa tu..ada few pupils nampak takut bila aku marah. Ada yang faham la kenapa aku marah ahri nie. Tapi yang problem tadi tu wat bodoh je..tak hirau langsung apa aku cakap. Pastu aku cakap klo minggu depan attitude diorang sama juga, nampaknya aku kena mintak bantuan cikgu-cikgu kat situla! Tak pun panggil GB..senang citer..(walaupun aku nie bukan suka sangat buat benda-benda macam nie!)
.................................................................................
Last skali, paling aku terasa sangat la bila lecturer yang observe tu just kata "saya nak tengok kamu minggu depan.Saya tak nak tipu..apa-apa ke bila isi borang nanti"..tu je dia cakap dan bagi record book aku. Aku tak kisah klo die nak komen negatif pun, at least bincang kejap dengan aku, apa masalah aku..nie tak..dia biar je aku kat situ macam tunggul pastu komen kawan aku yang sorang lagi. Masa tu memang sakit hati sikit la...kata nak observe..paling kurang cakap la something tuk naikkan semangat aku..nie tak..biar aku macam tu je!
Okayla. Dalam hati aku cakap .."sabo je la."Huhu..nak kata apa lagikan..
..........................................................................................
Sedih memang sedih..
pilu memang pilu..
adat menjadi guru pelatih..
banyak cabarannya..


Mia Olive













Jul 10, 2010

GREEN LIGHT MA












"Asal Mia balik je, mak tanya takde boyfriend ke?..hoho..soalan sensitif tu maa.."



Macam-macam alasan Mia cakap, macam:
 "Mia sibuklah, Mia pening la tengok orang yang berboyfriend nie bermasalah..macam2 la yang mia cakap kat Mak"..Lagipun Ma, Mia nie tak reti nak mencari orang la. Mia bukan perisik yang hebat tau. Klo Mia jalan pun Mia memang tak pandang orang dh..hoho..tula keburukan Mia nie..
Ala..klo ada jodoh tak ke mana..apa nak risau!..
(chewaahh, pastu mak akan cakap, kena jugak cari..huhuhu)
Pastu Mia cakap kat Ma:
"Ma doa la kat Mia masa pergi Makkah nanti. Biar Mia jumpa jodoh yang elok, yang boleh jaga Mia macam mak abah jaga yea!"
Klo kawan Mia tanya pun, Mia akan cakap Mia nak keje dulu, Mia nak pegang duit dulu. Pastu diorang akan cakap klo ada boyfriend kan bleh jugak keje..boleh juga pegang duit..
Ha, setiap orang lain pandangannya. Pndangan Mia pula lain.
Yang penting Mia nak enjoy life sorang-sorang dulu dengan family Mia. Lagipun Mia percaya jodoh Mia ada. Buat apa nak risau, klo x ada jodoh kat dunia nie, kat akhirat nanti adalah kot.. =) 
Betulkan kan..kan..


Mia Olive

Jul 7, 2010

HOLIDAY itu B.E.S.T

Yesh..yesh! Cuti adalah saat paling best dan bermakna bagi Mia dan cikgu-cikgu pelatih yang lain. Kenapa yea?..oo mestilah best sebab Mia dapat rehat otak jap before mula prepare nak buat lesson plan untuk hari-hari yang seterusnya. Hari nie saja cuti. Besok Mia dah nak kena observe dengan lecturer dah.Huhuhu..Mia nervous jugak!

Biar Mia citer sikit tentang kelas yang Mia masuk mengajar. Ada 2 kelas yang Mia masuk, kelas 4J dan 5M. Kelas 4J nie la yang lecturer Mia nak masuk besok. Budak-budaknya okay saja, cuma yang Mia risau sikit sebab Mia diminta oleh lecturer ajar diorang guna Bahasa Inggeris, tapikan semalam bila Mia masuk mengajar kat kelas diorang, Mia perasan BI budak-budak nie lemah sikit. Biasanya cikgu-cikgunya banyak guna Bahasa Melayu bila mengajar. Hmmm...pening juga Mia nak pastikan budak-budak nie nak paham Bahasa Inggeris. Yela..Miakan ajar subjek Sains, jadi banyak juga 'term-term' sains yang Mia kena terjemahkan dalam Bahasa Melayu. Takpun Mia tunjukkan situasi tertentu dan budak-budak sendiri dapat teka apa maksudnya.

Mia sebenarnya kesian kat budak-budak nie. Nanti bila Sains dan Matematik fully dilaksanakan dalam bahasa Melayu, pada pendapat Mia memang makin kuranglah penguasaan Bahasa Inggeris diorang. Mia pun mengaku Bahasa Inggeria Mia pun takde la bagus sangat,  sebab tu la Mia tak nak budak-budak nie pun jadi macam Mia. Mia pun kenal Bahasa Inggeris sebab Mia belajar Sains dalam Bahasa Inggeris masa masuk matrik sampailah sekarang. Diri Mia pun makin banyak peningkatan seiring bertambahnya usia Mia.

Hmm..memang cabaran juga bagi Mia kali nie. Mia pun cuba nak memperbaiki lagi skill Mia mengajar dalam kelas. Jadi Mia fikir macam niela.."Bagus juga klo lecturer datang observe. Dapat juga Mia kenal kekuatan dan kelemahan Mia."Apa yang lemah Mia akan cuba perbaiki lagi, yang kuat Mia akan kekalkan. Mia akan pastikan apa yang Mia ajar bukan sia-sia. Mia nak murid-murid Mia dapat faham apa yang Mia ajar. Tak banyak pun sikit jadilah. Janji ada juga ilmu tang Mia sampaikan dapat murid-murid Mia faham. Itu je yang Mia harapkan sekarang. =)