Dec 31, 2012

Cerita 16.1.2.2012

Lupa nak cerita pasal wedding akak dengan adik yang lepas. Buat yang hadir, alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak. Buat yang tidak dijemput, maaf banyak-banyak. Mungkin saya dan keluarga terlepas pandang juga. Saya mewakili ahli keluarga saya mengucapkan terima kasih dan kami sememangnya gembira dan bahagia dengan kehadian anda semua. Insyaallah, pada masa akan datang segala kekurangan akan kami perbaiki. Yang penting, kami mahu tetamu kami pulang dengan perasaan puas hati, kenyang dan penuh senyuman.

Tarikh 16.12.2012.

Sebulan sebelum tarikh di atas.

Okay, nak cakap aku memang relax habis sambil goyang kaki masa tu. Dalam fikiran rasa majlis kenduri lambat lagi. Tambah pula cuti-cuti sekolah, maunya nak landing dalam rumah dan malas nak buat apa-apa kerja yang memenatkan diri sendiri. Pastu, cukup pulak kakitangan dalam rumah.Kalau aku tak buat bahagian ni, ada orang lain buatkan. Aku buat bahagian ini, orang lain pula goyang kaki. So, fair and square. Itu la untungnya kalau beranak anak perempuan banyak-banyak. Tak tolong banyak pun, sekurang-kurangnya ada juga kerja yang kami buat nak ringankan beban ma. Kalau cerita pasal beban, ma dengan abah paling hardworking sekali. Setiap hari, ada saja aktiviti depa kat dalam, kat luar rumah. Angkut kayu api, potong rumput, clear kawasan rumah, batu-batukan tanah sebab risau tanah berlumpur bila hujan. Iyala...masa tu musim hujan. Asal petang saja, hujan turun. Ma risau la kenduri hujan...nanti lecei tau!

2-3 minggu sebelum tarikh.

Rumah makin sibuk. Abah beli cat. Pakat-pakat cat rumah, cat pintu semua. Bab ni Mila, abah dengan kak cik settlekan. Bab urus rumah atas aku tolong kemaskan. Aku takda la sebusy si bakal pengantin.  Diorang banyak nak kena fikir. Ada yang nk kena fitting baju, conform photographer, tukang make-up, hantar card, buat hantaran, tempah kek, fikirkan goodies apa nak kasi kat tetamu dan blablabla. Macam-macam nak buat. My sis yang nak kawin ni ada tempah baju untuk majlis bertandang. Baju dah cantik siap tapi dia tak berkenan pula. Siap nak tempah baju lain. Kalau senang dapat saiz tak apa la jugak. Nie hujung-hujung nak cari agak susah sikit. Lagi satu bab kos. Kena keluar duit lagi kalau sewa baju lain. Aleh-aleh ma suruh cari lace jahit kat baju dia tu. Mangsanya aku la. Ilmu menjahit ma sikit aku warisi sikit-sikit. Mula la adegan mencari lace. Pi cari kat satu kedai Jakel ni. Ingat nak cari lace yang murah-murah saja, sebab tak pakai banyak sangat. Jakel kan promote sakan kain-kainnya, sebab tu nak cari kat situ. Tapi hampa sangat sebab lace kat sana mencecah ratus ke ribu ringgit untuk satu meter. Nie lace mak datin ni! Paling aku tak puas hati layanan si akak pekerja Jakel ni. Bila nak beli, siap dia layan aku dengan adik  macam kami ni miskin sangat. Senyum pun tidak. Pendek kata ni la contoh pekerja Jakel paling berlagak! Sebab terpaksa beli, beli la jugak lace paling murah dalam kedai tu.Aku memang tekad, lepas ni baik aku pi Kamdar ja, pi kedai-kedai yang lebih mesra pengguna.

Ambil masa berhari-hari jugak aku menjahit baju adik. Manik takyah cakap la. Berbungkus-bungkus dan berjenis-jenis manik kena beli sebab nak bagi baju bermanik tebal. Nama pun baju pengantin, simple sangat tak bape elok la. Dan ini hasilnya...


Aku teman si akak pula pi fitting baju pengantin kat Ixora, Changlun. Anyway, aku la yang pilih baju ala-ala si Irma Hasmi kat dia. Tapi, risau gak bila balik kak cik kata abah puji baju akad nikah dia lagi cantik. Ma dengan Kak Ani pula kata baju tu tak berapa putih sangat. Warna kusam sikit. Yang si kak cik ni pula pada pendapat aku jenis yang 'cerewet'..(maaf ya!). Takut satgi duk dengar pendapat orang sana sini, tak pakai kot baju tu. Lagi satu, aku yang suggestkan dia pilih baju tu. Sebab tu la satu-satunya baju yang orang tinggi boleh pakai, modern dan masih sopan. Sesuai la untuk seorang ustazah yang nak jadi isteri seorang kapten. Pastu, nak sesuaikan dengan majlis 'swordbarrer' plak. Hasilnya, ramai tanya si akak sewa baju kat mana...



Cuba tengok bunga tangan ni pulak... 


Bunga tangan akak yang merah semua tu ditempah. Yang satu lagi tu buat sendiri. Nie memang idea si adik. Pendek kata, bunga tangan boleh buat sendiri. Sangat mudah. Yang beli tu boleh recycled untuk majlis lain pula.

Cerita sireh junjung pula. Lewat malam. Si bakal pengantin sibuk dengan inai. Sireh junjung akak tak sentuh apa pun padahal esok nak hantar belah lelaki. Last sekali, tangan ni juga kena buat dibantu si mila dengan nasriah. Cucuk sana, cucuk sini, refer buku pengantin, buat semua. Dapat gak hasilnya... pukul satu lebih baru tidur. Tengok dua-dua bakal pengantin dah tidur tak sedar diri dengan inai masih kat tangan...


Hari yang ditunggu tiba juga. Rumah sejak semalam memang dah ada saudara mara yang datang dan tidur kat rumah. Ma pun tak payah nak susah hati fikir lauk tak masak. Kali ini, family kami amek katering. Berbaloi la sebab buat dua orang sekali. Tak payah banyak nak perah otak fikir pasal khemah, pasal makanan, meja pengantin semua. Cakap berapa nak, prepare duit untuk bayar. Selesai satu bab.

Oo...lupa nak cerita. Sebab si adik dah langkah bendul aku, dia sendiri dengan rela hati kasi aku dua pasang kain. Ingat nak mintak mas banyak-banyak, tapi tak apa la. Siap dia sanggup nak tempah baju kat aku lagi. Padahal aku tak kisah pun banyak bedul dia nak langkah. Nama pun jodoh. Dah jodoh dia cepat, takkan dia nak tunggu aku dulu kot. Kawin la dulu...aku okay saja.

Then, hari yang ditunggu pun tiba la. Pukul 10 pagi aku dengan mila dengan nasriah kena pi ambik kek 4 tingkat. Punya la duk kalut fikir sapa nak pi ambil kek tu kat kedai. Sampai saja kedai, terus disapa seorang pekerja kedai tu. Ya Tuhan...jumpa kawan aku masa kat SMKKN. Ramah dia tegur aku dan bagi penerangan macam mana nak pasang kek empat tingkat. Paling tak tahan si Aisy, anak saudara aku. Orang sibuk pasal nak angkut 4 kotak kek tambah dua kotak kek nak bagi kat belah lelaki, dia pun sibuk nak beli topi besday pulak. Meraung-raung dalam kedai nak beli. Dapat la jugak kat dia. Sampai rumah habis putus tali...alahaiii...


Masa pasang kek empat tingkat. Nampak mudah, tapi...hehehe...cuba la pasang sendiri.


Takmau panjangkan cerita. Kita tengok saja la pengantinnya.




Cantik tak make upnya? Ni hasil 2 jam make up. Si adik mula make up pukul 8.00-10.00 pagi. Si kakak 10.00 - 12.00 tgh. 2 jam make up. Mau tak cantiknya...Kalau nak tau, ni adalah make up by Kak Betty Kuala Nerang. Memang cantik sesuai dengan harganya...=)

Masa berposing dengan pengantin. Nanti takde make up x bley amek dah...



Memandangkan ramai yang jarang tengok acara swordbarrer, maka memang ramai la orang kumpul masa geng-geng askar datang. Mula-mula, adik aku dengan suami dia yang jalan dulu. Si mila jadi pemayung dia.


Pastu, turn aku bawak kak aku pi berdiri sebelah suaminya. Pastu jalan sambil diiringi oleh tiupan alat muzik. Sampai depan rumah, hanya pengantin yang lalu bawah pedang. Aku nak lalu jugak tapi pengiring pengantin lelaki tak bagi aku lalu. Nak wat camne...hehe



Acara potong kek dan makan beradab pulak....




Masa tengah-tengah pengantin makan beradap, aku nampak kak pah, diyana, syida, pak cik omor dengan mak cik sinah. Sumpah senyuman memang lebar sangat. Seronok gila jumpa depa semua sebab lama tak jumpa lepas konvo dulu. Then, sempat makan, cerita perkembangan baru masing-masing. Masa depa semua nak balik memang rasa sangat sedih. Iya la...tak tahu bila pulak nak jumpa lagi...

Pendek kata, syukur sangat-sangat sebab majlis kali nie berjalan lancar. Hujan tak turun, itu paling penting. Kemudian, lauk pauk semua memang cukup untuk tetamu yang hadir. Bertemu kawan-kawan, paling aku gembira sangat-sangat. Ma walaupun dah pencen jadi cikgu, memang ramai la kawan-kawan cikgu datang, anak murid mai kenduri kali ni. Abah pun sama jugak. Kawan abah rasanya paling ramai datang. Abah dalam duk batuk tak henti-henti, tapi masih nampak wajah kegembiraan dalam matanya. HEHE...


Akhir sekali, terima kasih buat si budak Baling bersama keluarganya yang datang. Dia tunaikan janji nak datang dan senyuman dia aku nampak daripada jauh. Maaf tak dapat bagi layanan terbaik. 

Well...taknak panjangkan apa-apa. Itu saja cerita pasal kenduri 16.12.2012.

Tamat.

Dec 30, 2012

I was given an opportunity to get this experience.

"Are you applying to teach in the evening session?"one of my friend asked when i attend the first meeting.

"Welcome to our group!" other added.

'Hey..what going on?' I blurred.

Then, i got my timetable for 2013. Hoho..it's quite surprising.



Nobody told me that i will teach level 1 pupils. Year 1 for English subject and Year 3 for Art and Science. Congratulation! Hoho...my heart beats faster. I'm okay to teach level 1 pupil but NOT OK to teach English for Year 1. I'm not confident even though that subject is my minor subject. During my practical time, i never had any experienced in handling the small kid. I feel comfortable to give instruction to level 2 pupils compared the small kid. I had no enough knowledge about KSSR, PBS, never attend any courses about it, what is lesson study, and there is a native speaker in my school that all the English teachers in the evening session need to face him.Ooo...

I really want to think positive.

'I was given an opportunity to get this experience.'

In some aspect, i'll say yes..it was a burden. I want to serve my pupils well. But i'm soO lacking in many aspect to be an English teacher.

Now, i need to work harder. People say,

'everything at your fingertips.'

So, i cannot give any excuses to say,

'I cannot teach English subject.'
'I cannot say I am bad in Grammar even though in reality I hate grammar.'
'I am lacking in language skills but i need to show off that i'm good.'


I need supporter to motivate me. I must throw all the shyness if i want to learn. I must open my mouth widely to ask the experience teachers if i have any problem. I pray I can open my mind to accept  any advice and guidance from all the teacher. I try to talk to myself,

'It's okay to be humble to learn something. Not because I am too bad but I want to be a better person.  I want to be a good teacher.'

Hope you all can pray for me.

*Thank you for reading this post. Forgive me for all the grammar mistake. Haha...a lot, right? Sorry. I'm still learning.