Feb 20, 2012

Cerita KRU II

APABILA GURU KENCING BERDIRI, MAKA MURID AKAN KENCING BERLARI...




Saya puas hati dengan kerja hari ini. Terutamanya budak-budak kelas saya. Shah Rizman dapat membaca dengan jelas dan baik hari ini. Iman tanya saya macam mana nak buat kerja dan buat kerja tanpa banyak soal. Izwan berani bertanya dan tolong saya hantar register. Irfatin dapat jawab soalan saya dengan tepat. Izzati tolong Alif Haikal membaca. Kamarul terus buat kerja tanpa banyak bercakap. 

Cuma ada beberapa orang lagi saya masih tak dapat kawal.

Zubaidah selalu tak bawa buku. Suka berjalan tanpa buat kerja. Tidak takut walaupun saya marah dan denda dia.

Syafiq masih degil. Saya tengok dia tak wat kerja. Dia pandang saya tanpa rasa takut dan langsung tak buat kerja. Alasannya berjela-jela.

Azroi dan Rezuan tak boleh membaca. Lebih suka buat kerja sendiri dan tak ambil pusing apa saya cakap.

Nampaknya saya kena cari kaedah lain nak kawal diorang...siapa ada strategi yang best, sila usulkan!
.........................................................................................................................................


CIKGU MEROKOK

Guru     : Apa lagi contoh tingkah laku yang tidak tak baik? Cuba bagi tahu cikgu.
Murid 1: Hisap rokok.
Murid 2: Hisap dadah.
Murid 3: Hisap gam.
Guru     : Ha..betul la tu. Ada lagi tak?
Murid 1: Cikgu, hisap rokok nanti paru-paru rosak. Warna hitam.
Guru     : Pandai pun kamu!
Murid 4: Cikgu, kenapa cikgu lelaki hisap rokok kat sekolah?..Haaaa...suami cikgu mesti hisap rokok 
              jugakkan (tersengeh-sengeh).
Guru     :  (Hadoooiiiii.....) Saya belum berkahwin la. Jadi, saya tak ada suami yang merokok! 
Murid   : Habis tu, kenapa cikgu lelaki merokok?
Guru     : Diorang merokok sebab takde kesedaran. Tak takut mati! 
               (Hamek kau cikgu yang merokok!)




CIKGU TIRU

Guru   : Apa yang kita bincang hari nie, cikgu nak kamu salin dalam buku sekarang!
            (Buat peta minda sambil melihat kertas di tangan).
Murid : (Datang ke hadapan sebelah cikgu).Ohhh....cikgu tiru kertas, patut la cepat salin!
Guru   : ???


CIKGU CANTIK


Murid 1: Assalamualaikum cikgu. Cikgu cantik la hari nie. (Senyum lebar).
Guru     : Waalaikumsalam. (Senyum...)
Murid 2: Cikgu cantik....!
Guru     : Terima kasih...(senyum lagi luas. Hahahahaaa...poyo r!).

Feb 19, 2012

Mujur saya guru bujang yang takde benda nak buat kat rumah...



Sudah selamat melaksanakan tugas.
AJK Dokumentasi sempena Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.
Mula-mula malu nak ambil gambar di tengah-tengah ramai orang.
Bila fikir itu tugas yang dipertanggungjawabkan,
saya cuba buat yang terbaik.
Partner kena pergi PPD, jadi terpaksa kena kerja seorang diri.
Seorang guru pula hebat dengan DSLRnya.
Ingat boleh tumpang gambar sekaki, rupa-rupanya dia terdelete pulak gambarnya.
Hampeh...(maaf...saya tak patut cakap macam itu.)
Mujur  tak bergantung kepadanya.
Saya tetap tebalkan muka naik pentas tangkap gambar peserta dan pemenang.
Mujur  dapat buat yang termampu.


Hai..ini Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SKKRU.
Tahniah sebab pilih saya.
Sekarang tugas saya kena belajar macam mana nak uruskan inventori
BBM sivik yang baru dibeli.
Kemudian, 
saya kena informkan cikgu lain tentang aktiviti panitia untuk Minggu Pusat Sumber bagi tahun 4,5 dan 6.
Maaf saya tak dapat menyempurnakannya lagi
Ohhh...tugas ini sepatutnya saya selesaikan minggu lepas.
Namun sedikit kekangan sampai saya tak sempat nak buat lagi.
Arghhhhhhhh...!


Saya juga guru kelas 5M.
Tugas saya kutip semua jenis bayaran daripada murid-murid.
Awal-awal dulu memang pening nak uruskan macam-macam duit.
Sekarang sudah cekap.
Alhamdulillah.
Kemudian, 
pagi-pagi  kena ambil register dan isi kehadiran murid.
Sebelum rehat, kena hantar register ke pejabat.
Kemudian,
saya kena pastikan keadaan kelas saya bersih, kemas dan cantik.





Hari ini seorang diri pergi hias kelas. Takut sebab takde seorang guru pun
Guard je ada.
Tapi bila fikir nak cantikkan kelas bagi budak-budak semangat belajar,
belasah jugak pergi sekolah seorang diri.
Alhamdulillah, 
berpuas hati.
Tunggu kaya sikit untuk up-grade-kan kelas saya.
Insyaallah.

Sebagai guru kelas, saya wajib isi sistem maklumat murid.
Yang itu saya dah siap buat .
Yang terbaru nie kena key-in kan pangkalan data murid pulak.
Lepas meeting hari tu,
balik rumah terus buka tenet nak wat kerja.
Try banyak kali tak boleh login.
Pergi sekolah tanya guru lain, diorang cakap sebab guru kelas satu Malaysia
semua masuk sistem.Jadi sistem pun jem la.
Saya tak puas hati.
Sanggup stay up 2-4 pagi tapi masih tak berjaya login sistem.
Data pula kena hantar 23 haribulan. 
Mampus!

Gotong-royong baru-baru nie jumpa guru data petang.
Si partner saya yang kena pergi PPD tu.
Saya bagitau dia masalah saya.
Rupa-rupanya bukan sistem yang jem, 
tapi dia yang salah key-in-kan ic saya sampai saya tak boleh masuk ke data murid saya.
Kalau saya tak sabar, mahu saya bubuh-bubuh je dia!
(Hah...ini tak baik....!)


Saya juga guru Unit Berunifom Pandu Puteri Tunas.
Maaf. Dulu saya Puteri islam.
Langsung tak tahu apa-apa pasal unit ini.
Apa saya buat?
Surf maklumat pasal Pandu Puteri. Buat satu folder pasal Tunas Putri dalam lappy.
Then, semalam saya jumpa guru Tunas Puteri pinjam fail nak photocopy sume info pasal unit nie.
Jumpa seorang guru lagi mintak buku Tunas Puteri.
Dapat pula berita katanya kena jadi guru pengiring Tunas Puteri.
Arghhhhhhhh...saya kena study dari A to Z.




Saya bukan guru bola jaring walaupun orang nampak saya macam pemain bola jaring.
Tapi setiap petang dah macam rutin pulak turun padang tengok budak berlatih.
Khamis lepas PK Koko mintak saya turun padang.
Takdelah dia suruh saya ajar budak,
tapi macam dia nak ajar saya macam mana nak latih budak.
Bagus...!
Sumpah saya rasa tak terbeban dengan tugas nie.


Saya juga tengah cari lagu dan pilih pergerakan untuk aerobik sekolah.
Saya hebatkan?...hahaha poyo!
Mujur dulu pernah buat aerobik.
Jadi, saya boleh terima tugas ini dengan hati terbuka
sebab saya suka dengan tugas saya.


Setiap sabtu,
nama saya akan naik untuk ajar murid kelas tambahan.
Tahniah.
Saya diberi peluang lagi untuk menimba pengalaman.
Mujur saya guru bujang yang takde benda nak buat kat rumah,
jadi saya tak dapat menolak kalau di suruh datang ke sekolah sebab saya suka jumpa budak-budak.
Ye ke?
Ye la...


Banyak tak tugas saya?

Itu yang saya ingat.
Yang saya tak berapa ingat ada jugak.

So, siapa cakap senang jadi guru?
Kalau rasa awak semua sanggup nak buat semua kerja ini,
sanggup lapangkan masa untuk anak orang,
jadilah cikgu.



Feb 14, 2012

Cerita KRU

Budak-budak sangat comelkan?..even kena marah sekali pun hati mereka tetap bersih. Tetap tegur saya setiap kali saya berjalan kaki pulang ke rumah. 

"Cikgu Atiqah!" 

Setiap masa saya mendengar nama saya meniti di bibir mereka.
Mungkinkah sebab saya cikgu bujang sampai buat mereka berasa mesra dengan saya?

Sekadar berkongsi cerita KRU (Kampung Raja Uda) di sini...

Halau Hantu

Murid: Cikgu, kenapa saya selalu tengok cikgu pakai celak tarik panjang-panjang kat mata?
Cikgu: (Terkejut murid perasan, tapi jawab dengan selamba.) Nie style cikgu nak halau hantu...
Murid: (Terkekeh gelak).

Kawin

Murid: Cikgu, cikgu dah kawin ke belum?
Cikgu: (Selamba). Kenapa? Kami nak kawin dengan saya ke?
Murid: (Senyum malu-malu)

Tanya Balas Tanya

Murid: Kenapa cikgu pakai baju sama warna macam cikgu tu? Cikgu adik-beradik ke?
Cikgu: Habis, kamu pakai baju sekolah warna putih macam orang lain, kamu adik-beradik diorang lah?
Murid: (Tersimpul-simpul senyum).


Pss:

Saya mula selesa dengan tugas saya. 
Tolong! Saya mahu jadi penyapu baru sampai akhir hayat saya. 
Amin.

Feb 3, 2012

"Hari nie juga, buku di tangan ringan melayang kat lengan diorang yang tak buat kerja!"

Alhamdulillah....
Miracle...
Getting better...


Semalam aku melangkah masuk ke kelas.
Sumpah aku terkejut.

"Kenapa anak murid aku behave sangat hari nie?"

Dalam hati aku terfikir:

"Ke diorang nie dah kena sound dengan cikgu-cikgu 
diorang sebelum aku masuk ke kelas tadi?"

Ye la,
lepas kelas Isnin lalu,
aku jumpa beberapa orang cikgu, tanya diorang macam mana 
nak handle kelas aku tu.
Aku nie dah la guru kelas diorang, 
ajar pulak Bahasa Melayu dengan Matematik kelas diorang jugak.
Face-to face setiap hari.
Hari-hari aku suara aku hilang bila masuk kelas diorang.
Seminggu setengah masuk kelas diorang sampai buat aku hari-hari rasa give-up nak jadi cikgu.
Sungguh.
Aku memang rasa macam nak resign je jadi cikgu.
Siap fikir nak ambil kursus menjahit jadi tukang jahit.

Tapi semalam lain.
Bila aku nak cakap sesuatu,
kalau ada sorang yang bercakap, pasti kena sound dengan kawan-kawannya.
Bila aku bagi arahan, majoriti anak murid tiba-tiba dengar cakap aku.

"Memang miracle. Aku terkejut."


Itu cerita semalam.

Cerita hari ini pula.

"Wei, hari nie aku dapat mengajar diorang apa yang aku plan!"

Alhamdulillah.

Paling best ramai yang dapat hantar buku latihan Matematik hari nie juga.
Budak-budak pun banyak bertanya bila tak faham soalan Matematik.

Hari nie aku boleh nampak kesungguhan anak murid aku buat kerja.




"Hari nie juga,  buku di tangan ringan melayang kat lengan diorang yang tak buat kerja!"



Aku nampak siapa yang nak belajar dan siapa yang masih tak berubah perangainya.
Anak murid aku makin kurang kesalahan ejaan.
Paling aku puas hati sekarang adalah prestasi Iman.
Isnin lepas,
aku mengamuk dalam kelas sebab dia cakap tak nak belajar.
Aku suruh dia keluar kelas dan dia ikut cakap aku.
Itu yang buat aku HOT sangat.
Tapi dua hari nie,
aku nampak Iman sedikit berubah.
Buat kerja makin kemas. Makin kurang main-main.
Kesalahan ejaan bahasa Melayu takde langsung.

"Subhanallah. Ajaib sangat."

Haha...tiba-tiba rasa mata bergenang.

Adakah doa aku sudah termakbul?
Adakah doa emak dan kawan-kawan kepadaku juga sudah dimakbulkan Allah?

Syukur alhamdulillah.
Hari ini aku balik ke rumah dengan senyuman.
Rasa sangat tenang.


Pss:

"I hope i can touch their heart"