Oct 28, 2012

Please be a good wife.

Dari Aisyah Radiallahu-Ahna ia berkata: 
Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: 

'Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku.'

 (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

....




Aku teman dia ke masjid hari ini.
Tak nak lepaskan peluang tengok akad nikahnya.
Tapi hati jadi sayu saat melangkah masuk menemaninya di dalam masjid.
Bukan aku sahaja berperasaan begitu.
Sis kecil sorang lagi turut berperasaan demikian.
Entah samakah rasanya seperti aku?




She's beautiful.
She's a wife.
Now, she holds a big responsible.
Please be a good wife.








Oct 7, 2012

Cabaran wanita muda anak dara

Anak dara berhadapan banyak cabaran. Tersalah langkah, fitnah melanda.


Mata-mata jahat sentiasa memerhati. Ada sahaja yang cuba ambil kesempatan. Ambil peluang. Anak dara selalu jadi bahan usikan. Kadang-kadang terlebih gurauannya. Apa sahaja yang dilakukan anak dara diperhatikan. Apa sahaja yang dipakai akan ditilik rapi. Bila berjalan seorang diri, rasa tidak selamat pun ada. Kalaulah ada yang berniat jahat, aduhai...malangnya si gadis itu.=(

Bila jadi gadis, tolong letakkan satu standard pada diri kita. Kita bukan nak jual mahal, bukan nak berlagak mahal. Tapi, kita letakkan standard pada diri kita supaya kita tahu dihormati oleh orang lain, terutamanya si mata lelaki yang nakal dan tunggu peluang sahaja nak ambil kesempatan.

Aku pernah ceritakan pengalaman apabila seorang lelaki ini berani bercakap lucah pada aku (..apa dia ingat aku tak faham ke?). Sejak dia berkurang ajar dengan aku, memang aku sepenuhnya tak bagi muka kat dia kalau dia tegur aku. Sebagaimana dia tak tahu nak hormat aku sebagai seorang wanita (padahal dia mempunyai isteri dan anak perempuan), maka aku sesekali tak bagi muka pada orang tu. Maksudnya, kalau dia senyum kat aku, aku tak balas. Bila berdiri depan meja, aku aku sibukkan diri buat tak nampak. Kalau aku tengah gelak-gelak tiba-tiba aku perasan dia pun tengok aku sambil gelak, terus aku matikan gelak aku. Kalau dia jenguk aku mengajar kat kelas semata-mata nak tanya benda tak penting, aku jawab dengan tegas. Kalau aku kena berurusan dengan dia, aku akan bercakap secara formal supaya dia boleh rasa ada gap dengan aku. Pendek kata aku tak pandai nak lemah gemalai depan orang-orang yang aku rasa cuba menjadikan aku objek mainan. Aku telah tetapkan satu standard diri aku supaya orang sepertinya tahu dan berani main-main dengan aku. Kesannya, alhamdulillah aku rasa lebih aman tanpa ada gangguan orang sepertinya.

Ada alasannya kenapa aku buat macam itu. Satu, aku nak orang itu tahu aku bukan wanita muda anak dara yang senang-senang orang nak jadikan objek mainan. Maksud objek mainan ialah perempuan yang senang-senang orang nak dapat, kemudian main-main dan lepaskan. Wah-wah! Sebab itulah, aku cukup pantang bila jumpa lelaki yang tak sedar diri. Paling mudah, lelaki yang sudah berkahwin lepas itu dengan tak malunya cuba mengorat anak dara orang. Ini kes yang berlaku baru-baru ini depan mata aku, dekat dengan aku. Walaupun aku bukan la orangnya, tapi sebagai wanita yang kalaulah nanti sudah berumah tangga, sumpah aku juga sakit hati kalau suami aku boleh buat sebijik macam lelaki ini.

Itu hal lelaki yang menggatal. Lagi aku marah bila si gadis yang sorang ini pula seakan buka peluang bagi lelaki gatal ini jadikan dia objek mainan. Wei, sudah terang lagi bersuluh. Si gadis nie memang dah tahu perangai gatal lelaki ini, yang buka peluang ikut suami orang naik satu kereta kenapa? Kalau nak salahkan, memang orang akan lebih salahkan gadis ini. Aku yang anak dara pun tak setuju dengan apa yang aku tengok. Come on la girl!!! Fikir la sikit. Letakkan satu standard pada diri kau supaya lelaki gatal yang mainkan isterinya itu tahu hormat kau!

Anak dara kalau tak pandai jaga diri, senang saja orang nak buat fitnah. Sebab itu, kena jaga diri elok-elok.
Kita kena letakkan satu standard diri kita supaya orang lelaki tahu kita bukan benda yang senang-senang nak  pikat, nak goda. Bukan kita nak jual mahal, tapi kita nak cari orang yang tahu hormat kita. Macam kes aku cerita tadi, aku nak simpulkan yang lelaki ini tidak tahu nak hormatkan gadis ini. Sebab itu, dia berani message, call, bawa keluar gadis ini terang-terang depan mata rakan sekerja yang tahu dia sudah berkahwin. Inikah ciri-ciri lelaki yang hormat wanita?? Si gadis pula tak letakkan standard dirinya. Kenapa mudah nak ikut lelaki itu sedangkan diri sudah tahu bahawa lelaki itu sudah berkahwin?Kenapa mudah tertawan dengan kata-kata lelaki itu walaupun sudah tahu perangai nakalnya itu?

Sebab itulah, aku sendiri sejak dua tiga menjak nie mula terfikir (sebab rasa jadi wanita muda anak dara kat tempat orang) macam tak selamat saja. Aku bukan fikirkan diri aku saja, aku tengok juga keadaan kawan-kawan aku yang macam aku, memang kami juga rasa tak selamat bila jadi anak dara kat tempat orang. Depan rumah kami jadi port anak muda bertenggek. Makin lama makin ramai anak muda sampai aku dengan housemate bujang jadi malas nak keluar rumah. Nak sidai kain, nak buang sampah pun kena tunggu bagi diorang takde. Kalau kami nak keluar, memang mata kena pandang bawah saja. Bukan je anak muda, sekali dengan sorang lelaki yang tak pernah nampak tanggal kopiah nie pun sama gak, mata tak pernah lepas pandang rumah kami, pandang housemate-housemate aku. Adohaiii...

Bila jadi macam ini, rasa bertuahnya kalau ada orang yang jaga diri kami.

Aku teringat kata rakan sekerjaku,

"Ala kesiannya anak dara ini, masih batuk-batuk, tak sihat, takde orang nak jaga." 

Aku senyum dan terfikir kata-kata-katanya. Memang bertuah kalau ada yang jaga. Tambah-tambah lagi yang boleh jaga kita adalah orang yang hormat kita. =)




'The best way is doa'.

'Kalau ada goggle jodoh kan mudah, dapat jumpa orang yang betul.'
Itu kataku.

Katanya,

'The best way is doa'. 
Perbaiki akhlak diri, perbanyakkan amalan dan banyakkan berdoa. 
Allah telah berkata lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.'


Well hati...sila jangan tersalah beri kepada orang yang tak tepat.
Apa yang kita nampak indah belum tentu tepat pada kita.
Maka, 
istiqarah dan doa adalah sebaik-baiknya.


'Perempuan yang baik untuk lelaki yang baikkan.'